Salam..terima kasih admin sudi approve…. :)
Hari tu aku ada terbaca mengenai confession mengenai lasik. Aku pun sebelum ini amat berminat untuk menjalani lasik. Aku rabun dari sekolah rendah lagi dan rabun aku teruk, lebih 800 power aku.Huhu. So, memang aku tak boleh berpisah dengan cermin mata. Dipendekkan cerita, selepas aku tahu mengenai lasik tu, aku memang teruja habis nak buat. Tak sabar nak bebas dari kacamata.Haha. Tambah teruja bila melihat beberapa penceramah, artis yang sebelum ni rabun tapi sekarang sudah bebas dari cermin mata. Aku pun cari la maklumat mengenai pusat2 lasik di seluruh negara. Aku bandingkan harga dan lain2. Dipendekkan lagi cerita, dalam pencarian itu jugak la aku terbaca perkongsian dari orang2 yang pernah menjalani lasik yang mana hasilnya tidak memuaskan. Antara kesan buruk yang diorang dapat ialah :
– mata menjadi kering selalu ( sangat tidak selesa & perlu bergantung kepada eye drop)
-gangguan pandangan terhadap cahaya pada waktu malam ( tidak boleh bawa kenderaan pada waktu malam)
-image menjadi kabur (kualiti pandangan tidak sebaik sebelum memakai cermin mata dahulu)
Side effect yang terjadi selepas lasik tidak boleh lagi dibetulkan dengan cermin mata. Tiada istilah berpatah balik. Pembedahan Lasik ini membuang / mengubah tisu kornea. Makin banyak power, makin tinggi risiko. (makin kecut perut aku dengar)
Lasik lebih kepada pembedahan kosmetik. Termenung aku selepas mengetahui mengenai risiko lasik. Sebelum ini aku ingatkan lasik dijamin selamat. Huhu. So, aku mengambil keputusan untuk membatalkan niat aku untuk lasik. Aku rela bercermin mata tebal daripada menanggung risiko lasik yang boleh menyebabkan ganggaun emosi.
Aku share supaya rakan2 yang mempunyai impian seperti aku agar berfikir semula. Ingat, kita hanya ada sepasang mata sahaja. Fikir2 kan.
=)
– unknown
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Nathrah Hsnl
Fazliyatul Azwa
Alaaaaa whyyyy
Izzati Ahmad Fie Qah Anuar
Xleh bukok ruhiiii..kuota hbis???
Hahaha..bahaya lasik klu nk buat baik xyh .. pakai je spek dia oyp gitu hahaha..ad side effect dio :D
Hahahah..ohhh i see.. baik smpan duit g honeymoon dr wak lasik.. haaaaahaaaa
Hahahaha..tulah..
Hairda Hairi kak cuba baca ni. Hari tu ade plan nk buat lasik kan.
Ummi Syazrina baru ada plan nk buat..tp bila dengar seram la pulak..:(
gulp….. renung2kan
alamak..yeke
Hafiz Hilmi Hasmudin read tis
Chenta Kami
Nanti saya bacaaa
Ok je buat lasik xde kesan apa2 pulak setakat ni…alhamdulillah
Buat d mana?rm?
Buat ngn prof muhaya tula ok. Tp harga pon mencekik 12k
Skang teknologi lain da, xsakit pon xmcm lasik..
Thn 2004 dlu pon sblh mata dh 5k. 2 blh 10k. Kira x jauh beza la hrga dlu dn skrg kku skrg 12k…
Nur Aina Shafiqah Norzan
Fazreen Aznee Yahaya oi baca lasik ni
Saya power 800 each eye. Buat lasik dh 3 tahun. Awal buat mmg takes longer time than org lain untuk heal. 5 -7 days. Tapi lps tu alhamdulillah ok. Dry eyes ada tapi mengganggu sgt. Rabun silau waktu mlm ada jugak but becomes better with time. Skrg bole drive mlm2.
Tapi x mengganggu pun actually
Buat d mana?rm?
Buat di prince court dgn prof muhaya. Masa tu tahun 2013 rm6990.skrg xtau brp.
Byrn ikut dgree ke? Tkut lak..sbb kite pun power each 800?
RELEX (Refractive LEnticule Extraction) SMILE (SMall Incision Lenticule Extaction) yg ni lagi better dari LASIK sbb x perlu buat corneal flap. LASIK kena buat corneal flap manually sbb tu ada risiko sikit.
Lepas buat lasik kan rabun memang dah tak akan berulang ke? Eh sape dah buat lasik tolong jawab ni.
doc kata mmg tk kan rabun balik.
Thankyou!
Doc sy plak ckp kemungkinan ada untk rabun balik…dlm umur 40an penglihatan kita mgkn akan merosot ckit …tp rabun tu x de la mcm sblm kita lasik…
Yg tu sebab faktor usia la pula kan.
Rabun jauh maybe/maybe not untuk terjadi lagi. Tapi rabun dekat pasti akan datang balik cuma cepat atau lambat je, normally usia 40+ tahun akan datang balik (Kalau before 40yo dah dpt rabun dekat tu, better check dgn doctor. Takut ada masalah lain). Getting rabun dekat is normal sebab ni memang disebabkan biological changes in our body lah. Usia dah tua kan. Bukan penyakit yg kita cari pasal sendiri or disebabkan faktor lain ke apa yg mcm rabun jauh tu. Cataract pun still everyone akan dapat especially after umur 60+ tahun. Ni pun sama mcm rabun dekat, penyakit semula jadi yang akan dihidapi oleh orang berusia. Cuma cepat atau lambat je benda tu tu terjadi.
Ni info saya dapat dari doktor pakar mata lah. Saya pun buat lasik jugak so before saya buat lasik tu saya tanya macam2 termasuk soalan pasal rabun jauh/rabun dekat etc ni hehe so boleh la kira2 berbaloi ke tak nak buat lasik or just stay with glasses.
Terbaik awak. Berapa habis all in ? Rabun ni ape punca nya sebenarnya ek. Ada tanya soalan ni dekat dokter tu tak.
Khairul Asri Lasik
Thank you for sharing.
May Allah bless u always.
InsyaAllah…
Tips turunkan power..Makan baby carrot2 21 batang hari2..kai slalu spek mata hitam lubang(xigt nama die) time membaca..tgk tv..tgk henpon..pastu titis toner mata 5xsehari(nama produk ainun beauty )..rajin bt senaman mata..pejam mata tp bebola mata ke atas kiri,kanan,bawah..kiraan 10 setiap posisi..ujung minggu testing rabun mata ..tampal no besar ke kecik kt dinding…dlm jarak 1 meter..n catat..setiap mggu ubah jarak lam smpai rasa mata makin terang n kurang rabun..sape yg da bt bole la share. In Shaa Allah..belanja x byk smpai ribu2..myb ratus2 je..
Setiap nk bt tu selawat n niat nk sembuh..kalo bole bt solat hajat mlm2..dgn usaha2 di atas In Shaa Allah.
Ahmad Nizar Ismail Hanim Ismail Dandarawi Ismail errr lasik pun ada risiko rupanya
Eiiii… Takutnya
Qeena Shuhari cuba komen sikit pglaman buat lasik
alamak. hehe. sakit sikit. tp best dah tk pyh pakai spek. ?
Qeena Shuhari hahahaha.. ?? akak gurau je..
Mgnai lasik ni.. xsemua org dpt buat, dr akn screening dulu samada sesuai ke tak dgn mata kita.. klau tak sesuai, dia akn cdgkn alternatif lain… n mmg risiko dia mmg ade, tp brgntung pd kita jgk sbnarnya.. dn dr bgtau awal2… mata yg kita pon akn tua jgk nnti..mcm org normal..dia ade possible utk power dtg kembali…jd penglihatan pon akn jd kurang sket bila dh meningkat umur.. jd, lasik ni bkn bntu kita utk mata terang smpai mati.. dia sbnarnya bntu bg sape2 yg power trlalu tggi dn sukar bergerak klau tiada spek… ibarat spek ni nyawa no 2.
Saya dah buat 2 kali prk-jenis lasik yg lain .. utk mata kiri je la.. sbb mata kiri sy dlm 800 sblum operate.. jd, lps operate tu power dtg kembali dlm 100 lbih.. mata kanan ok.. alhamdulillah.. dr tanya nk buat lg ke tak.. sy setuju dn buat mata kiri je utk kali kedua.. alhamdulillah, clear semua..
Sy buat kat eye specialist, kuliyyah medicine uiam kuantan.. kat sini murah, sy buat harga student 3k, klau org luar 3500.. tp xtau lah, dgr cite, nk tukar pengurusan, harga naik sket mgkin hmpir 5k.. tp for both eye..
Yg pnting klau dgn uia, klau ade ape2 cntohnya kna buat second lasik.. xprlu byr.. free, kcuali ubat dlm seratus lebih..
Dn lps buat lasik, dr akn buat post lasik assesment utk hari prtma lps operate, hari ketiga, ketujuh, 2 mggu, sbulan, 3 bln, 6 bln.. byk jgk.. hmm..tp xtau klau dah tukar jdual.. sy buat pd 2014, second tu thun lps..
Kat uia, ramai org luar dtg buat, even dari jhor..tp sbb kn org ramai, mgkin register n operate 3 bln lps tu ikot kekosongan..
Apepon, contact eye specialist,kuliyyah medicine uiam utk details.
Semoga bermanfaat..
Aqilla Ahmad
Assalamualaikum.
Teknologi terbaru?
Pakar bedah terbaik?
Tidak menjamin yang kesan sampingan tidak akan berlaku.
Hargai jika ada yang bermasalah selepas LASIK berkongsi pengalaman mereka.
Kerana ada yg rasa tertekan/menyesal selepas LASIK, namun belum ada kekuatan untuk berkongsi.
JANGAN galakkan sesiapun menjalani LASIK.
Kerana malang tidak berbau.
Jangan risikokan mata yang sihat.
Semoga mata2 yang sihat dilindungi dari pembedahan yang tiada keperluan klinikal seperti LASIK.
JAUHI LASIK, demi mata yang telah banyak berjasa.
Kalau bab mata kering tu memang betul…sy ambik masa 1 thn stgh nak hilang isu mata kering….alhamdulillah skrg dah ok
Advance vision damansara….dulu coast rm 2888 je…3 thn lps
Biasa org nk buat umrah , ade yg singgah mesir buat lasik kat sini murah sikit 2000 le = 1000 ringgit
ada suggestion tempat lasik yg berpatutan x?
Farid Afrz
Alaaaa..baru bercita-cita nak buat lasik kat uia kuantan nie. Seriauu laa plak bile baca nie.
Saya buat LASIK dgn Prof Dr muhaya.tahun 2014. So far alhamdulillah ok. Mase tu Dr.kat Prince court. Kos rm6990. Sebelom buat lasik ade test Mata dlu samada sesuai ke tidak untuk buat lasik.bukan main blasah terus buat je
Adik sy wat Alhamdulillah ok
Amirah Rahman
Tqqq. Ada masa aku bacaaa
Byha Rahim
Takde masalah pun nak buat lasik. Saya dah 1 tahun tepat (this month) buat lasik, so far okay.
Mata memang kering sikit awal2 tu and dah dipesan siap2 oleh doktor pun. Tapi kena check our diet jugak. Takut body sebenarnya dehydrated, so mata pun kering lah.
Masa initial checkup untuk doktor determine kita ni sesuai untuk buat lasik atau tak, doktor akan tanya mata jenis kering or tak. Kalau jenis kering biasanya doktor tak galakkan sgt buat lasik sbb mmg after lasik akan lebih kering (for early periods je, the first few months). So kalau mata jenis kering or kita ni jenis tak minum air sgt, bagitau kat doktor so dorang tau nak buat camne.
Kalau tengok skrin (phone, komputer, tv etc) lama sangat pun boleh jadi kering jgk, dan boleh sebabkan silau tu datang balik.
Silau memang akan sentiasa turun dan naik sebab ni semua bergantung kepada macam mana kita jaga mata kita. Jangan duk tengok cahaya terang untuk tempoh lama, etc etc..takde kena mengena dgn lasik pun rasanya. Masa saya before rabun dan semasa rabun (saya pakai spek for 15 years) pun silau saya turun naik, kejap 50, kejap 100, ada satu tahap 150, then after few months check tetiba turun jadi 50 balik.
Masa saya still rabun, mata saya kering jgk. Malah lagi teruk dari sekarang. Saya jenis kurang minum air. Dan taktau la apa masalah, dah minum air banyak pun mata still jenis cepat kering. Pakai contact lens dah try macam2 brand dan jenis pun still tak jumpa yang selesa di mata. Pakai 2-3 jam mata terus naik merah2 gatal. Tak selesa lgsg. So after that saya beli yang pakai buang je (sekali pakai, terus buang). Mmg mahal (dalam RM270 utk 30 pasang) tp saya bukan pakai selalu. Sebulan maybe pakai sekali je biasanya masa events. Beli 30 pasang boleh tahan 3 tahun haha (sila habiskan sebelum tarikh expiry). So tak rugi apa pun.
Pakai spek bagi saya susah bila nak buat aktiviti lasak, bila event nak mekap2 pun tak best sbb muka tertutup dgn spek hahaha nak cari tudung yang sesuai dengan muka saya yang pakai spek pun susah. Muka saya bulat, pakai spek pulak tu, so tak sesuai pakai shawl. Sedih betul haha (teringin nak pakai shawl sbb shawl byk choice yg kain jenis takyah iron. Saya pemalas haha tudung bawal mostly kena iron)
Another thing is,
Rabun jauh maybe/maybe not untuk terjadi lagi. Tapi rabun dekat pasti akan datang balik cuma cepat atau lambat je, normally usia 40+ tahun akan datang balik (Kalau before 40yo dah dpt rabun dekat tu, better check dgn doctor. Takut ada masalah dan terjadi sebab kita ada penyakit lain). Getting rabun dekat is normal sebab ni memang disebabkan biological changes in our body lah. Usia dah tua kan. Bukan penyakit yg kita cari pasal sendiri or disebabkan faktor lain ke apa yg mcm rabun jauh tu. Cataract pun still everyone akan dapat especially after umur 60+ tahun. Ni pun sama mcm rabun dekat, penyakit semula jadi yang akan dihidapi oleh orang berusia. Cuma cepat atau lambat je benda tu tu terjadi.
Ni info saya dapat dari doktor pakar mata lah. Saya pun buat lasik jugak so before saya buat lasik tu saya tanya macam2 termasuk soalan pasal rabun jauh/rabun dekat etc ni hehe so boleh la kira2 berbaloi ke tak nak buat lasik or just stay with glasses.
So mcm saya, saya buat kira2 lah, saya jenis clumsy (selalu terduduk, tergolek, jatuhkan spek, hilangkan spek haha), then suka buat aktiviti lasak jgk, pastu jenis hidung cepat berpeluh (tak selesa kat area hidung nak sangkut spek tu), and pemalas nak iron tudung, lasik bagi saya is the best thing i’ve ever done lah. Saya pun muda lagi umur 25 tahun masa buat lasik tu, so saya kira2 kalau saya dapat rabun dekat masa umur 43 tahun contohnya, saya ada 18 tahun hidup tanpa spek. Jimat dan selesa untuk saya. Plus saya bukan jenis pakai contact lens sgt untuk melawa-lawa. Selama ni pun pakai yg takde colour je untuk certain occasion.
Saya buat lasik mahal sikit lah kat Optimax Eye Specialist (RM7600 all laser surgery), so kalau RM7600 bahagi 18 tahun, sama mcm saya spend RM422 setahun untuk spek+contact lens. Tapi hasilnya pergerakan, hidup saya sekarang lebih senang. Nak mandi laut, terjun laut, main sukan semua lebih selesa and tak perlu bimbang spek rosak or hilang
Anyway, pilihan masing2. Buat kira2. Tengok bajet diri sendiri dan keperluan diri.
Good luck.
sy baru ja menjalani rawatan lasik 2 bulan yg lalu.Alhamdulillah setakat ni penglihatan makin jelas.mmg mata akan kering,tp setakat ni ok ja sbb selalu guna ubat titis mata.guna 5 kali sehari ja.kalau silau waktu mlm dan imej jd kabur tu xda pula lepas buat lasek ni.power mata sy tinggi 750 kanan dan 650 kiri, tu sbb sy buat lasik, supaya senang untuk kemudian hari.Alhamdulillah dpt lihat ciptaan2 Allah dgn lebih jelas. ;)