Rogol
Aku harap sangat cik admin dapat post confession aku ni sebagai pengajaran untuk semua. Terima kasih ya cik admin.
Aku anak perempuan tunggal dalam keluarga, atas aku ada 8 orang abang. Yep, you read it right dan aku adik bongsu kepada 8 orang jejaka – jejaka perasan macho ni. Hahaha. Waktu kecil dulu, aku paling rapat dengan abang no. 2 dan ayah aku. Mak cakap ayah memang teringin anak perempuan, dan kebetulannya lagi adik – beradik ayah pun semua lelaki jugak. Sepupu aku yang berbelas – belas orang tu pulak, dua orang je perempuan. Tu pun seorang dah meninggal sebab leukimia.
Aku ingat lagi waktu sekolah rendah ayah selalu tunggu aku depan pagar sekolah waktu balik. Lepas tu ayah akan bawak aku pergi makan ais krim. Kadang ayah bawak aku makan bihup sup yang aku suka tapi tak selalulah sebab mak marah kalau aku tak habiskan makan tengahari yang dia masak. Hahaha. Dengan abang – abang aku pun aku rapat. Sampai darjah 4 (umur aku first menstruate), aku still tidur dengan abang no.2 aku. Kadang – kadang, abang no.5 dan no.6 (kembar) cop aku tidur bilik diorang.
Tapi, ada satu kejadian tu yang buatkan aku menyisihkan diri dari semua lelaki dalam rumah aku. Waktu tu aku darjah 5, dan kitorang satu keluarga lepak – lepak depan tv tengok berita lepas maghrib. Lepas tu adalah satu berita ni pasal kes rogol dan bunuh, dan ayat yang keluar dari mulut abang no.2 aku ialah "itulah perempuan. Pakai seksi – seksi sangat. Memang mintak kena rogollah." Dan abang – abang yang lain pun menyampuk. Antara ayat yang aku masih boleh ingat;
"A'ah. Padanlah muka. Kau pakai seksi sapa suruh"
"Pakai baju macam tu, memang spesies hulur badan lah"
"Ingat senang kita ni nak kontrol nafsu tengok diorang pakai macam tu"
Dan aku waktu tu, membesar dengan ayah yang selalu bawak aku lepak kedai makan dengar kawan – kawan dia bersembang pasal politik, yang selalu tanya pendapat aku pasal isu semasa, yang selalu suruh aku berani bersuara pun membidas balik "korang paham tak beza antara tak nak menutup aurat dengan nak melakukan hubungan seks". And Booom!! My dad marah. Cakap I shouldnt be too straightforward. Dan lagi, ayah cakap sebab tu Islam suruh perempuan menutup aurat. Sebab tak nak bagi lelaki rogol korang. Aku ulang "sebab tak nak bagi lelaki rogol korang". Bukan sebab nak jaga maruah, bukan sebab nak pelihara iman, tapi sebab "tak nak bagi lelaki rogol korang".
That very instance the words came out of his mouth, aku memang terkesima. This is the dad who carried me in his arms dari aku tadika sampai darjah 2, this is the dad yang angkat aku masuk tidur tiap kali aku tertidur depan tv, and these are the brothers yang tidur peluk2 aku. Dan diorang cakap "tutup aurat atau kau kena rogol". Paham tak betapa ngerinya perasan aku pada waktu tu. That moment I realized aku berada serumah dengan orang – orang yang rasa it is okay to rape a girl if she does not wear a decent dress. Dan waktu tu pulak aku pakai t-shirt dengan seluar 3/4 ja.
Dan semenjak hari tu jugak aku jadi takut dengan makhluk – makhluk bernama lelaki ni. Aku kurung diri dalam bilik dan tiap kali nak keluar bilik untuk makan, aku akan tukar pakai baju lengan panjang. Aku takut. Aku takut kalau diorang nampak kaki aku, dan itu naikkan nafsu diorang, dan diorang akan rogol aku. Aku takut kalau nampak lengan aku yang putih ni, diorang akan rogol aku. Masuk sekolah menengah, aku apply sbp. Tiap kali cuti memang aku balik lepak dengan mak aku dalam bilik je. Habis spm, aku fly jepun.
Dan kat sini aku tengok tak ramai pun yang bertudung. Tak ramai pun yang menutup aurat. Tapi kes rogol dia tak lah setinggi di Malaysia atau negara – negara lain yang penduduknya menutup aurat. Bila aku bangkitkan persoalan ni di fb aku, ada kawan lelaki aku komen "alah kat jepun industri porno tak diharamkan". =="
Really Malaysians guys, tolonglah berhenti fikir yang some girls deserve to be raped. It is never okay to rape someone even dia kerja dekat night club sekalipun. Maaf lah kalau aku straightforward sangat, kalau admin nak censor censorlah. Aku nak tanya kau tak rasa bersalah ke kalau benih kau tu jadi bayi dan budak tu membesar dengan emak yang trauma sebab dirogol dan dia jadi tempat si emak tu melepaskan tekanan. Dan budak tu membesar tanpa ayah dan jadi perompak, pembunuh, atau ikut jejak bapaknya jadi perogol. Kau tau tak rantaian dosa kau yang akan berterusan even waktu tu kau dah mereput bawah tanah?
Tolong lah lelaki. Kau orang selalu bangga konon 9 kebijaksanaan 1 nafsu. Sayang 9 tu pun tak mampu nak kawal 1. Malulah sikit dengan kami. Malulah sikit dengan Tuhan yang menciptakanmu.
Dan berhenti gunakan agama untuk merasionalisasikan tindakan kau. Kau tunjuk aku ayat Al-Quran atau hadis yang cakap perempuan tak tutup aurat ni layak dirogol? Tak ada kan? Sebab agama tak pernah ajarpun kau merogol mana-mana perempuan hatta perempuan kafir sekalipun. Kau yang jahil dengan agama sendiri.
Dan kepada bapa – bapa yang ada anak perempuan sekalian, tolonglah jangan pernah kata perempuan tak tutup aurat layak dirogol depan anak perempuan korang. Kau tak tahu betapa dasyatnya ketakutan anak kau waktu tu.
Sekian.
– Ms.Z
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/
setuju. sedih dengan masyarakat yang selalu menyalahkan mangsa rogol
Setuju. Stop this Malaysian mindset.