Assalamualaikum pembuka bicara. Sebenarnya aku geram ni.
Geram yang teramat sangat. Oh ya aku lelaki dari sebuah Universiti terkenal di Malaysia yang sekarang tgh musim exam. Aku geram dengan orang yg kurang atau maybe takde langsung common sense. Selalu oang confess pasal kawan yg kurang common sense bila naik kereta tak tong tong duit minyak , tp aku geram dengan roomate aku yg sangat sangat kurang common sense.
Satu perangai dia yang aku tak boleh tahan dia suka hentak2 barang. Eh weh, tau x kau duduk dengan ORANG dlm bilik ni, kau bukannya duduk sorang2 beb. Kau bukannya duduk dengan patung or kambing weh. Lagi2 sekarang tengah exam. Aku memang fed up betul dah ni.
Dan kalau kau tanya 'elleh kau pun hentak barang gak' . Nak tau apa tak? Aku hentak barang sebab kau start dulu!!! Aku hentak sebab geram dengan kau bukan aku saja2. Dia hentak pastu aku hentak dan suasana hentak-menghentak pun berlarutan. Aku benci situasi camni. Nampak macam tengah gaduh je padahal lepas tu elok je pegi beli makanan berbuka sama2. aku buat bodoh je malas nak cakap nanti gaduh pulak lagi2 kitorang ni dah dekat 2 tahun berkawan. Kadang2 bila situasi jadi camni, aku keluar bilik konon nak pegi tandas atau study atas katil mengharapkan dia akan faham. But still no. Hahh last2 aku sumbat telinga dengan earphone.
Macam tadi, dia duduk kt meja study pastu bunyi kan pen, hentak buku, hentak pen, hentak meja, tapi mulut tengah hafal tu bunyi sss sss sss. kau bising time menghafal tu aku boleh tahan. Tapi perlu ke kau hentak2 meja tu? Bising tau tak bising??? Weh tolong lah, meja kau sebelah aku je kot. Kau ingat aku ni patung ke?
Yelah mungkin orang akan cakap 'study lah tempat lain' ye aku memang teringin nak buat macam tu tp aku memang suka study dalam bilik. Dari sem 1 aku mmg suka study dlm bilik. Tolonglah faham wahai roomate kesayangan aku.
common sense weh common sense. COMMON SENSE. TOLONGLAH BACA. Kau suka bukak fb kan tolonglah baca tolonglah.
Admin tolonglah post. Tolong lah aku merayu
– Mr roomate sakit hati
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
hentak kepala dia sebijik. kompem insaf. good luck uitm. mmg uitm pun kan kan?
Uuuuuuuu kenal lettew ehh salah
ni mesti budak uitm. uitm xde page confession ke?
ada la.. uitm confession..
ooo uni lain x bole confess sini ke?
uitm confession bosan dowh. biarlah dorg post sini.. hihi
Mash Messi Bellamy tanya je
Erma Amira lps bhnti de jmpa lg x org mcm ni?
xde dah kak haha aman sikit ?
????
Bertahanlah, dah nak habis sem dah kan. Pasni jgn roomate dgn dia lagik. Pakai earfon headfon ke…Alih perhatian kau dari dgr hentak2 tu. Takpun kau ckp lah eee/ aish/ ishh, dlm nada gurau atau senyum ke.
Anie Feytrie Fitriani sorry
uitm ka ums ka ne..2x U ne masi ada exam kn.haha
Sy syak dia budak um, sbb um pn tgh exam.. situasi yg sma dgn sy, roomate ske tnjuk prangai..hentak2 brang..bkak pntu almari hentak pntu.. kluar g tndas,amik baju..hentak pintu blik skuat hati..pnah satu hari dia kluar..pastu hentak pntu kuat2.. sy dri dlm blik..jerit kt dia.. woiii, xreti ttup pntu plahan ke? snang kata jnis org ksar, buat kerja berbunyi2. Kdg2 gram jgk..tp mls nk ksah
korang dh berkawan 2 tahun kan? kenapa xberterus terang je ngan dia? cakap yang awak xsuka tabiat dia yg suka hentak2 barang tu..cakap la dgn berhemah kalau sayangkan persahabatan korang.. saya pun ada roomate jgk, kalau saya xsuka ape dia buat, saya ckap je terus terang dan apa yg dia xsuka saya buat, dia tegur n kami saling perbaiki la kekurangan tu.. bukan ape, kita kat uni ni kejap je, nanti mesti awak rindukan life uni lepas hbis belajar..so, nikmatilah sementara masih berkesempatan hehehe ✌️
#jangan_stress2