Rumah Orang Tua Versi Moden

Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Saya menulis ini sekadar luahan sebab saya pun penat, walaupun orang yang hadap situasi ni lagi penat iaitu mama saya.

Saya masih ada seorang atok (lelaki) yang berusia 90 tahun rasanya? Entahlah kami pun lupa usia atok sendiri. Fizikalnya, dia masih sihat cuma tidak cergas.

Laporan kesihatan semua baik sahaja tiada penyakit yang pelik walhal penghisap rokok tegar, kaki air karbonat paling win. Bukanlah nak complaint pasal ini.

Sedikit ringkasan tentang atok, atok ni pendiam orangnya. Memang aku dari kecil aku tak nampak dia berbual. Sangat jarang.

Ayah aku satunya anak lelaki dan sulung 5 beradik. Yang lain semua perempuan, sudah berkahwin dan 3 orang tinggal di selatan termasuk keluarga kami, dua orang di kotaraya.

Dulu semasa nenek hidup, nenek perlu dialisis setiap 3 hari. Jadi nenek duduk dengan keluarga kami. Ketika itu aku masih belajar. Jadi aku memang jarang dirumah. Mama la yang setiap 3 hari tu menghantar, mengambil nenek ke/dari pusat dialisis.

Semua di pusat dialisis cakap mama menatu yang baik. Alhamdulillah mama memang baik. Ayah yang buat keputusan untuk jaga atok & nenek sebab ayah anak lelaki. Aku terfikir, anak perempuan tak perlu jaga mak ayah?

Kos dialisis semua ayah yang tanggung. Kami hidup alar kadar. Aku anak sulung. Semasa ayah buat keputusan untuk jaga nenek & atok, lima beradik kami, 3 masih belajar 2 masih bersekolah.

Ayah kerja kerajaan tapi Alhamdulillah rezeki tak pernah putus. Mungkin juga ini hikmah berbakti kepada orang tua.

Lepas nenek meninggal 3 tahun lepas, atok bersendirian. Walaupun atok masih kuat fizikal tapi bukanlah mental. Mama pula aku perasan dia semakin burnt out bekorban segalanya. Rumah atok (kampung) dengan rumah kami tak jauh mana. Setengah jam saja.

Mama tak nak mandikan atok. Meskipun boleh, mama malu. Jadi mama akan suruh ayah mandikan. Itupun ayah cuma mandikan seminggu sekali.

MashaAllah mana kebersihan. Geram juga kadang dengar. Mama dah tak larat nak bising. Nak bising kat orang tua, bising kat suami, bising kat adik bongsu kami yang baru 10 tahun lagi.

Kami tinggal di rumah kecil 3 bilik. Atok duduk di ruang tamu. Atok kadang dah lupa. Dia buang air merata dalam rumah. Dalam tong sampah. Kadang tong sampah dilanggar. Tumpah najisnya.

Buang air besar tahu pula ke tandas. Dah buang air di lap guna kain pelikat yang dipakai. Atau selimut. Satu rumah bau busuk.

Kami pernah pakaikan pampers. Tapi dia buka. Dia tak nak. Dia tak suka. Mama dah penat menyuci tiap hari. Ayah tak buat apa pun sedangkan itu ayahnya. Takda kesedaran untuk bergilir dengan beradik lain.

Yang makcik aku lain pun seperti lupa dah ayahnya disini. Balik jumpa di kampung 3-4 hari tu sahaja mereka jaga.

Kini tinggal 2 beradik je sekolah, yang 3 atas beradik kami dah kerja. Kadang cuti sekolah kami 3 beradik pakat bawa mama berjalan. Itupun susah ayah dah bising katanya siapa nak jaga tiap kali dia kerja. Geram kami 3 beradik.

Mama suka balik kampung berkumpul dengan adik2 dia. Mungkin tu saja cara mama “Lari” dari rutin yang sama. Tapi itu pun kena fikir “Nanti siapa nak jaga atok” jadi mama balik 1 malam je.

Aku penat tengok mama penat. Aku penat cakap dengan ayah suruh makcik2 aku balik kejap jaga atok. Weekend kan, cuti sekolah kan. Suruh yang sama negeri tu balik kampung jaga atok kejap. Dari JB nak ke tangkak tak jauh mana pun.

Alasan makcik aku sorang ni sibuk anak nak exam. Ye anak dia 2 orang nak darjah khas, nak SPM tahun ni tapi 1 malam balik jaga bapak takkan tak boleh?

Kadang mama penat sangat, lepas dapat izin dari ayah untuk balik kampungnya dia balik saja.

Tapi bila ayah tiada kat rumah untuk jaga atok, keluar berkebun atau tuntutan kerja (buat roadblock/ operasi dsb) memang atok terkurung. Ayah akan mangga grill.

Rumah bersepah, tunggu mama balik kemas. Kesian sangat. Makan, bungkus dari kedai. Sebab takda orang nak jaga atok.

Makcik yang lain? Sorang alasan jauh nak balik pakai duit, yang sorang lain meniaga takleh tinggal, sorang lagi kata duduk condo kesian atok tak tengok tanah. Mama faham. Mama mengalah tolong jaga ayah mereka.

Tapi bila cuti sekolah, takde sorang nak take over balik kampung jaga sekejap. Sungguh aku kesiankan mama.

Aku dah kahwin, aku dah ada anak lelaki. Aku cakap kat suami aku, kita kumpul duit untuk rumah orang tua la. Tak payah susahkan anak menantu satu hari nanti. Jaga makan dari sekarang la supaya tak sakit tua nanti.

Aku jarang balik kerana aku duduk di borneo. Adik aku no 2 offshore. Dan no 3 baru habis latihan dan ditempatkan di nun jauh utara tanah air. No 4 di MRSM dan no 5 masih sekolah rendah.

Semoga mama kuat menjalani hari yang mendatang. Semoga kebaikan mama dicatat. Semoga mama boleh ikhlaskan hati walaupun merungut penat. Semoga mama dapat ganjaran sebesar ganjaran.

– Kate Middleton (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Penat or jaga org tua..lebih2 lagi kalo sakit n nyanyuk..penat badan dan penat mental kita..kena ikhlaskan hati dan sentiasa istiqfar supaya marah tu xde..lebih2 lagi kita menantu .anak lain ada tapi xnak jaga .tanggujawab kita yg galas .kita pon keje juga ..ada komitmen dan banyak pengorbanan kena buat ..tapi dlm hati kita ada perasaan dongkol tu..Allah datgkan rezki dan dimudahkan segala apa pon hajat kita .smooth je dtg..kadang terfikir juga .mayb asbab jaga org tua maka Allah balas ..

  2. Suaminya yg tak faham bahasa dan tak faham agama. Isteri tak wajib jg mertua kalau dia x mau. Suami tak boleh paksa. Suami patut lebih tegas untuk bg tugas dgn adik beradik walau apa alasan. Suami yg wajib jaga ayah dia bukan alih tgjwb pd isteri. Lama2 bila isteri dah penat dn x tak ikhlas suami jg tanggung dosa.

  3. kesian mamanya. bukan tanggungjawab dia pun kena jaga bapa mertua. kalau ayah awak pun tak 100% membantu, kenapa dia tak bincang adik beradik upah orang jaga ayahnya. Sedihnya. Bawalah mama awak keluar kerap supaya dia tak burn out. Kesian mama.

  4. Tak faham budaya org lelaki yg mengambil keputusan nak jaga org tua tapi segalanya bini yg kena urus..lepas tu pujian kepada suami,ank lelaki yg baik menjaga org tua,kalau menantu tak tolong jaga pula dapat la label menantu hantu 😌

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *