Teruskan Atau Berhenti Di Sini

Assalamualaikum. Saya dan suami sudah berkahwin selama 14 tahun. Alhamdulillah kami mempunyai 3 orang cahaya mata berumur 9, 5 dan 4 tahun.

Suami saya pernah ditangkap basah masa tahun ke 5 perkahwinan kami. Semasa itu kami masih belum mempunyai anak.

Atas dasar cinta dan ingin menjaga nama keluarga, saya meneruskan juga ikatan perkahwinan kami walaupun hati sangat terluka.

Semasa masih dalam kes mahkamah saya yang menemaninya dan juga membantu suami menyelesaikan denda di mahkamah.

Alhamdulillah pada tahun yang sama atas rezeki daripada Allah kami dikurniakan cahaya mata.

Namun dalam tempoh kami melayari bahtera rumahtangga, saya masih menyimpan perasaan sedih terhadap suami atas apa yang telah dilakukannya dibelakang saya sehingga ditangkap basah.

Apatah lagi setiap butir perbicaraan di dalam mahkamah saya dengar sendiri.

Tahun ke 9 perkahwinan, saya hamil lagi. Dalam tempoh kehamilan tersebut sekali lagi suami saya kantoi mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

Kami bergaduh besar. Sehingga dia sanggup menampar dan menolak saya. Alhamdulillah tiada kecederaan serius berlaku.

Selepas beberapa hari suami saya memohon maaf bersungguh- sungguh.

Mengenangkan anak yang dikandung dan anak sulung yang berusia 4 tahun yang sangat rapat dengan ayahnya sekali lagi saya memaafkannya.

Tahun ke 10 perkahwinan saya hamil sekali lagi. Perkara yang sama berlaku dalam ikatan perkahwinan kami seperti sebelumnya.

Sekali lagi saya memaafkannya kerana memikirkan anak2 yang masih perlukan ayahnya. Tidak dinafikan suami saya seorang yang ringan tulang dan ayah yang penyayang.

Namun setelah beberapa episod curang, tipu kalau saya katakan hati saya tidak kecewa.

Saya sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada suami lagi. Hati saya dah tawar. Layanan saya kepada suami juga sudah tidak mesra seperti dulu.

Kadang2 saya dalam delima. Saya nak meneruskan ikatan perkahwinan kami kerana anak2 sangat sayangkannya. Saya juga tak tahu macam mana nak menghadapi orang sekeliling jika kami berpisah.

Tapi saya juga takut mengumpul dosa akibat perasaan dan kepercayaan saya tidak lagi pada dia.

Saya dapat rasakan saya berubah menjadi sangat sensitif dan cepat marah. Hati saya cepat berubah-ubah gembira, marah dan sedih.

Tiga hari lepas, saya sekali lagi kecewa apabila saya dapat tahu dia berkawan rapat dengan seorang rakan sekerjanya.

Suami saya mengatakan dia tiada perasaan terhadap perempuan itu. Dia mengatakan saya yang fikir lebih-lebih.

Tapi saya tak boleh terima mereka keluar makan tengah hari berdua. Berbalas wasap dan voice note. Serta menjalankan kerja luar bersama-sama walaupun dia ada pilihan bekerja dengan rakan yang lain.

Kami bergaduh besar lagi. Saya buntu, saya tertekan. Saya tak pernah menceritakan masalah saya kepada sesiapa.

Suami saya figura ayah dan suami yang hebat di mata ahli keluarga dan rakan-rakan kami.

– Amaryllis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Tahik kau laa.. Ehh panas aku.. laki kau dah pukul kau & tampar kau kau masih ucap alhamdulillah tak da kecederaan serius berlaku.. Kau fikir kesan kat fizikal je ke yang tak de luka & tak de calar balar??.. Habis tu kau punya kesihatan dan kestabilan mental kau tu macam mana kak?!.. Sendiri bikin diri sendiri merana.. Berbaloi ke kau terus bersabar??.. Ingatlah Allah tak kan ubah sesuatu nasib kaum tu melainkan kaum tu yang ubah sendiri..

  2. Buat solat istikharah sesungguh2 istikharah dik.. buat solat taubat juga. Nti Allah akan bg jwpn n jln terbaik. Kami pembaca tak boleh nak bg solusi sbb hy adik yg tahu hakikat kehidupan adik yg sbnr. Kalau ikutkan sakit hati kerana curang, mmg sggup bpisah. Tp bila tgk anak2 n msykt, u x sggup nak tempuhi ptanyaan demi ptanyaan sbb suami u baik di mata mereka. Jd minta petunjuk Allah. Jgn lengah2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *