Saat manusia lain mencari cinta manusia, aku sedang merangkak dan bergelut utk mencari cinta Ilahi dan mengenali diri aku.Justeru.Aku mencari sahabat yg bisa bantu aku dlm perjalanan suci ini. Namun ternyata,aku dan dia xpernah bersua. Tp selalu di sisi. Kerana sahabat itu dalam tubuhku. Dan dia adalah aku.
.
Aku bukan seperti wanita lain. Kalau wanita lain pakai make up,pakai shawl pakai kasut tumit tinggi. Tapi aku tak. Aku pakai tshirt kadang kameja. Aku pakai sneakers kadang pakai selipar. And aku pakai tudung bawal. Gi kerja naik motor.
Aku main gitar main futsal,hiking. Itulah aku.
.
Itu adalah watak aku. Namun jiwa aku sentiasa meronta rontaa mencari ketenangan dari Allah yg aku kira itu adalah kunci kebahagiaan dlm hidup ini. Aku mula kan 'pencarian' aku dgn sekecil kecil perkara. Dari mula aku buka mata dari tidur, ucapan SYUKUR adalah yg pertama terucap di bibirku kerana masih di beri peluang utk terus hidup di bumi Allah. Bila aku berdiri dan bergerak, itu adalah nikmat dari Allah yg sgt besar yg Wajib aku syukur kerana di beri fizikal yg sempurna. Ya, SYUKUR utk segala dari sekecil kecil hal sehingga lah sebesar hal. Itu adalah cara utk lembut dan tundukkan hati.
.
Dari situ, aku rasa hati aku mahu lebih dari itu. Bukan hanya sekasar syukur, namun aku ingin lahirkan rasa syukur tersebut. Sampai je di opis, aku terus baca Al-quran walaupun hanya satu muka surat.Sambung dgn tugasan di pejabat, aku akan berhenti utk solat dhuha.Yup,Solat dhuha telah beri kan impak yg sgt besar dlm hidup aku.
Setiap pagi selepas dhuha, aku akan rasa kan satu ketenangan dlm diri ni yg susah aku nk citer. Aku rasa lapang. Aku rasa gembira. Aku rasa sentiasa cukup dgn apa yg ada. Dan aku mula rasa kemanisan beribadat.
.
Dan sekarang ni, aku nak cuba utk istiqamah dgn setiap amalan itu. Percayalah, bilamana kita bebetul ikhlas mencari cinta Allah nescaya Allah akan mudah kan segala urusan kita. Dan kitaa akan rasaa kosong dan tak tentu arah bila kitaa tinggal kan amalan kita itu. Mula kan lah dgn sekecil kecil amalan. Contohnya kat opis, sentiasa senyum walaupun dgn mak cik cleaner. Waktu lapang sewaktu tengah berjalan ke surau atau ke cafe, cuba lah berzikir. Percayalah, akan rasa sesuatu perasaan yg luar biasa. Hati ini kan milik Allah. Sentiasa lah berdoa utk Allah tuntun hati kitaa dan minta supaya jgn lah Allah abaikan kita walaupun dgn sekelip mata.Dan sekarang ini, aku sedang berjinak utk merasa penangan kuasa. Ya kuasa Tahajjud. Moga Allah izinkan aku bertemu dgnNYA dgn lebih kerap di malam hari.
.
Entah lah. Entah apa yg aku telah aku buat sehingga diberi nikmat yg tak terhitung dlm hidupku sedangkan aku terlalu banyak dosa bagaikan pepasir di lautan. Terima kasih Allah.Aku punya family yg sgt rapat. Cousins pon sgt rapat. Kawan yg sgt baik. Klu nak ckp hal duit. Mmg ada masalah. Tp alhamdulillah aku sentiasa rasa cukup. Aku selalu ingat, dlm dompet kita, ada hak dan rezeki org lain.
.
Again. Appearance bukanlah segala nya. Mungkin org nampak aku mcm tomboi. Tapi dalam diri aku ini, sedang dahagakan kasih syg dan rahmat dari Allah. hidup ini sekejap je. Marilah kita berusaha utk jadi yg lebih baik.
.
Cinta kan manusia, manusia mati.
Cinta kan Ilahi, itulah yg hakiki.
.
Aku pendosa.
Ya, aku juga mahu ke SYURGA.
– A.S