Terima kasih aku ucapkan kepada tiga hamba Allah ini..
Kepada sahabat
Terima kasih kerana terus setia di sisi aku ketika aku di bawah, ketika aku merangkak cuba untuk berdiri kembali. Kau sabar dan tak pernah lelah memberi kata-kata semangat untuk aku. Kau berada di sisi aku ketika aku susah dn senang, gembira dan sedih….sahabat, moga ukhuwah ini sampai syurga.
Kepada kawan,
Terima kasih kerana memberi aku kegembiraan untuk sebentar. Aku syukur kerana masih ada memori manis dalam hidup aku walaupun engkau tinggalkan aku ketika aku di bawah.
Kepada musuh,
Terima kasih kerana memberi aku sebab untuk terus berjuang, alasan untuk teruskan hidup walaupun pahit dan perit untuk aku.
Yakni sekarang kau lah sebab kenapa aku kena terus berjuang. Aku kena berjuang untuk buktikan kepada kau yang aku tak lemah, aku bukan loser yang kau canang pada orang.
Aku takkan izinkan kau jatuhkan aku lagi wahai musuh. Aku takkan izinkan kau rosakkan hidup aku lagi.
Sepuluh sakit yang kau bagi ibarat kau beri kepada aku seribu kekuatan untuk terus lawan.
~The best revenge is your success
– Aku akan bangkit