sahabat

Assalamualaikum. Saya ni jenis yang susah dapat kawan sebab saya tahu ramai yang tak berkehendak untuk kawan dengan saya. Kadang saya jealous tengok orang lain yang senang sangat dapat kawan. Tapi bila saya fikir-fikir balik bagus juga saya tak ramai kawan. At least saya tahu menilai yang mana intan yang mana kaca.
Pengalaman cukup mengajar saya. Semakin meningkat umur ni semakin saya belajar erti hidup bahawa tak semua orang akan senang dengan kejayaan kita, tak semua akan ada dengan kita bila kita susah, tak semua orang suka kita. Jadi sekarang saya ambil inisiatif untuk biarkan apa sahaja yang orang nak cakap di belakang saya.
Saya tak sombong cuma saya berhati-hati ketika memilih kawan, nak kawan, kawanlah, tak mahu kawan pun takpa. Selagi Allah ada, selagi redha ibu bapa ada inshaaAllah saya yakin Allah akan mudahkan urusan saya terutama dalam urusan menuntut ilmu.
Nasihat saya tak payahlah kita nak ubah diri kita untuk orang lain agar diterima. Jadi diri sendiri dan terserah kepada orang sama ada nak terima kita atau tak. Terima kasih.?

– N

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *