Assalamualaikum..
Kisah yang bakal saya kongsikan ini banyak memberi pengajaran dalam hidup saya. Saya mempunyai sahabat yang baik dan selalu menasihati saya supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Semasa saya di tahun pertama pengajian, saya mempunyai seorang sahabat yang sangat rapat dan saya selalu berkongsi masalah dengan dia. Saya tidak tahu apa kesalahan yang telah saya lakukan sehingga sahabat saya itu tidak rapat lagi dengan saya. Saya sudah anggap dia macam adik beradik saya sendiri.
Saya akui personaliti dan perwatakan saya tidaklah peramah atau 'banyak cakap'. Saya masih ingat lagi sewaktu dia tegur saya, dia kata dia benci dengan sifat saya yang merendah diri.. Disebabkan sikap saya itu dia tak tegur saya. Terdetik didalam hati saya, hina sangat ke diri saya ni sampai sanggup dia berkata sedemikian.
Masuk tahun kedua pengajian, hubungan kami tak serapat dulu. Dia sibuk dengan aktiviti-aktiviti persatuan. Kami jarang bercakap dan semakin lama saya merasa janggal bila berdua dengan dia. Saya perasan dia semakin sombong dengan jawatan yang disandang. Jika saya berdua dengan dia, reaksi muka dia selalu masam dan tidak pernah senyum. Jika dengan kawan yang lain reaksi mukanya berubah ceria seakan-akan terseksa jika bersama-bersama dengan saya.
Saya pernah terasa nak bawa diri jauh-jauh sebab saya dah give up dengan orang sekeliling saya. Saya jadi takut dengan setiap perkenalan, takut terlalu rapat dan akhirnya dikecewakan dan dilupakan.
Saya bukanlah seorang yang sempurna. Saya banyak melakukan kesilapan. Tapi saya sangat menghargai mereka yang ada bersama-sama dengan saya kerana diri saya bukan orang lain.
Akhir kata dari saya hargailah persahabatan anda. Saya doakan sahabat saya itu bahagia didunia dan akhirat.
– Kawanmu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit