Sakitnya Ditinggalkan Seorang Toksik

Nama aku Shah dan aku berhubungan dengan seorang perempuan yang aku kenal 3 tahun lalu. Aku namakan dia Azwa. Hubungan kami hampir masuk 2 tahun. Sebelum kami putus banyak cabaran dan dugaan aku hadapi bila bersama dengan Azwa.

Azwa pada awal perhubungan sangat baik dengan aku, cakap pun sedap hati didengar, tak pernah bergaduh selepas 3 bulan kami berhubungan, rasa seronok sangat dengan dia, lagi lagi dia pandai ambik hati.

Habis sahaja honeymoon stage, dia mula tunjuk perangai dia sedikit demi sedikit, apabila timbul masalah atau aku mula buat benda yang dia tak suka walaupun untuk pertama kalinya, dia akan marah dan mula mencarut.

Pernah satu ketika, dia marah aku dan mencarut carut, menjeritnya dia yang satu floor boleh dengar segala makian dia, aku berasa malu dan sedih yang teramat sangat tak sangka dia sanggup cakap macam tu kat aku.

Perkataan pergi mampus pun penah keluar dari mulut dia. Maybe sebab aku sayang kan dia sangat, aku biarkan perkara ni, aku rasa aku boleh nasihat dia untuk tak mencarut dah.

Azwa ni tidaklah toksik sepangjang masa, tapi ada jugak layanan dia buat aku rasa special, happy sangat-sangat.

Cuma kalau ada benda dia tak puas hati, aku tak ikut apa yang dia nak atau salah faham sikit itu yang dia akan perbesar-besarkan, sampai dia mula startkan pergaduhan dengan cari salah aku yang kadang kadang tak masuk akal, sampai mula nak cakap kasar dan mencarut.

Sebab aku dah kenal perangai dia yang suka mencarut bila marah, aku terima je dengan seadanya.Aku masa tu bodoh tak sedar lagi.

Sebab cinta aku jadi buta walaupun dia pernah bagitau macamni “tiada hati siapa-siapa aku perlu jaga, sebab hati aku dah mati”.

Even aku silap terbeli makanan pun ataupun makanan tu tak ikut standard dia, dia akan marah sampai bergaduh besar tak kiralah depan orang ramai atau berdua.

Pernah dia baling burger depan muka aku sebab aku tersalah beli.Aku tergamam gila dengan perbuatan dia tu sampai sanggup buat makanan macamtu tapi si sebabkan sayang aku mengalah.

Aku mampu menangis je depan dia. Tak pernah dalam hati aku niat untuk sakitkan hati dia atau saja saja nak menimbulkan pergaduhan.

Sepanjang berhubungan ni akulah tempat Azwa bergantung, kalau dia nak pergi mana mana, aku lah transport dia bawak mana mana dia nak, dan hampir setiap bulan Azwa ni akan ada masalah kewangan, sentiasa gaji dia yang dapat tu tak cukup untuk cover sampai hujung bulan.

Aku lah dengan rela hati pinjamkan duit aku atau belanja perbelanjaan makan minum dia. Aku sentiasa nasihat Azwa untuk pandai manage duit, tak kira gaji banyak atau sikit dia sentiasa tak cukup, akulah yang sentiasa cukupkan perbelanjaan dia.

Aku sentiasa nasihat jangan beli barang bukan bukan bila dapat gaji, dia pantang nampak barang offer dia akan beli.

Kadang-kadang mak dia sakit, aku yang pinjamkan duit untuk bayar bil hospital. Aku tak pernah berkira dengan Azwa sebab prinsip aku susah senang bersama, atas dasar sayang aku sanggup untuk korban masa dan kesenangan aku untuk dia.

Aku ditinggalkan atau diminta putus oleh Azwa 3 bulan yang lalu atas sebab sebab yang tak masuk akal bagiku.

Punca Azwa ingin memutuskan hubungan adalah disebabkan aku melakukan aktiviti sukan dengan kawan-kawan lelaki ku yang mana ada satu kawan lelaki aku yang dia tak suka.

Azwa awal-awal lagi sudah melarang aku jangan pergi selepas aku beritahu dia yang aku mahu pergi keluar bersukan dengan kawan kawanku. Aku rasa bersalah sebab aku dah berjanji dengan kawan-kawan aku. Disebabkan sudah berjanji aku pergi juga.

Malam itu aku dan azwa bergaduh di telefon, aku tersepit bila dia kata aku lebih prioritikan kawan-kawan daripada dia. Aku minta maaf dengan Azwa dan kata taknak besarkan perkara ni sebab aku tahu kalau teruskan lagi teruk jadinya.

Azwa tak puas hati bila aku banyak berdiam dan meminta maaf, ya aku tahu aku salah, aku bagitau dia yang aku takkan keluar lagi dengan kawan-kawan and tak pergi lagi buat sukan tu. Dia bertambah marah lagi bila aku cakap mcm tu.

Dia terus attack aku sehingga limit kesabaran aku memuncak, Azwa terus minta putus, disebabkan aku dalam perasaan marah aku mengiyakan segala permintaan dia.

Azwa sebelum ini pernah juga minta putus kalau kami gaduh tapi kami akan berbaik semula selepas aku pujuk dia.Aku rasa sayang sangat dekat dia dan plan nak kahwin tahun depan.

Tapi disinilah mula dia mula mempergunakan aku atau meyeksa mental aku, disebabkan aku masih sayang Azwa, aku try untuk mengambil hati dia semula, tapi kali ini sangat lain, perangai dia berubah 100% .

Dia kata kat aku yang hati dia dah kosong disebabkan kata kata aku yang bagi dia sukar dimaafkan. Dia menyalahkan aku atas kenapa kami putus.

Walaupun dia sudah buat keputusan untuk break dan kata takde hati dekat aku dah, dia tetap bagi aku jumpa dia, disebabkan aku sayang dan nak getback dengan dia semula.

Ada satu hari dia mahu beli sesuatu dia kata takde duit tapi dia nak guna duit aku dulu, nanti dapat gaji dia bayar balik. Aku pun okay je dan haritu shopping barang dia hampir RM300.

Esoknya dia cuti, dia kata mahu keluar dengan kawan kawan sekolah dia ramai ramai, tapi dia takde duit, dia bagitau nak pinjam RM100.

Aku pun percayalah dan transfer terus. Tetapi aku rasa insctint aku tak sedap hati haritu, aku stalk kawan lelaki dia yang dia kenal through ig je, dan aku terkejut tengok story, yang mamat tu berterima kasih kat Azwa kerana belanja makan Kyochon.

Ya Allah aku rasa terus kena cucuk pisau kat hati aku masa tu rasa ditipu dan dikhianati. Belanja mamat tu makan Kyochon harga bil RM100 lebih.

Bayangkan Azwa takde duit sanggup pinjam aku, pastu buat macam tu kat belakang aku. Bila ditanya kawan saja. Sejak itu account aku diblock dari tengok ig mamat tu.

Sejak daripada tu aku dah jadi bukan diri aku, aku banyak overthinking, takde selera makan, depress macam mayat hidup selama sebulan lebih.

Banyak benda terjadi bulan tu, disebabkan aku masih sayangkan dia, kitaorang contact thru mesej je dah tak macam dulu-dulu, ada hari dia kata nak makan itu makan ini, aku bawak dia makan.

Tapi bila dia dengan aku perangai dia dah berubah, tak penyayang atau happy bila jumpa aku. Bila dah habis makan dia nak balik terus.

Dan satu harini Allah detikkan aku untuk untuk check phone dia, aku teringat password dia penah kata dulu-dulu, aku check Whatsapp dia dan aku nampak satu nama spesial yang dipinkan, aku export chat ke phone aku.

Bila aku baca satu persatu, diaorang dah mula ws sweet sweet sebulan sebelum kami break. Aku rasa fishy aku rasa dia play as victim bila dia salahkan aku keluar dengan kawan lelaki yang dia tak suka. Dia memang salahkan aku dan aku punca sebab dia nak breakup.

Dalam ws tu juga aku terkejut, lepas 3 hari kami breakup, Azwa confess I love you dekat mamat tu. Betapa sakitnya aku rasa time tu ditipu dan dipergunakan.

Macam macam aku tolong dia before aku tahu semua ni, salah satu nya dia nak jumpa aku, tapi hanya untuk pinjam duit katanya adik dia accident motor,

Nak pinjam duit RM500 sebab nak baiki motor tu, tetapi hakikatnya dia pinjam duit kat aku sebab nak bagi pinjam kat mamat tu RM500.

Banyak jugak dia pinjam lagi lepas tu RM150 dan last kata mak dia sakit nak pergi hospital, aku tanpa fikir panjang transfer terus RM200. Aku dah berhabis hampir RM1k untuk dia. Tapi semua ni aku buat before aku baca whatsapp conversation Azwa dengan mamat tu.

Percaya tak Azwa yang tak ada duit tu boleh bagi pinjam kat mamat tu yang dia baru jumpa tak sampai 2 minggu hampir RM1k.

Ya Allah aku rasa aku tak kenal dah Azwa yang aku kenal selama 2 tahun ni. Tapi disebabkan sayang jugak aku jadi bodoh, aku buat macam macam untuk sedarkan Azwa yang lelaki ni tak baik untuk dia.

Macam macam nasihat dah dibagi tapi dia still berdegil. Tak sangka dia jadi macam tu sekali. Tak sangka dia sanggup tinggalkan aku macam sampah semata-mata pilih lelaki macam tu dah tinggalkan pastu pergunakan aku dengan penipuan dia.

Selepas aku dapat tahu pasal segala isi ws conversation tu, aku bergaduh besar dengan Azwa, aku marah sangat dan kecewa dipergunakan ditipu macam tu sekali.

Macam macam aku maki dia buat pertama kalinya dekat dia .Kecewa sangat. Tapi Azwa ni jenis tak mengaku salah dia akan persalahkan aku jugak sebab punca dia dengan lelaki tu.

Azwa ni sepanjang berhubungan selalu kata dia ni seorang yang setia, takkan ada orang lain dah selepas aku. Haha. Bodohnya aku percaya.

Tetapi aku ni jenis cepat cool down marah dan sekali lagi decision aku dikaburi oleh perasaan sayang kat Azwa lagi. Dia mula tunjuk caring dia kat aku, ambik berat kat aku.

Sampai ada satu hari ni dia ajak aku kahwin, aku anggap benda tu serius, aku terus bagi tahu parents aku, mak ayah aku setuju, sampai ayah aku nak bagi rumah apartment yang takde orang sewa untuk kitaorang duduk.

Aku pun bagitau Azwa pasal benda ni. Tapi bila aku bercakap dengan dia dia macam tak ikhlas pun pasal kahwin ni. Bila tanya kenapa, dia jawab takde pape.

Sampai lah satu harini aku dapat tau dia still keluar dengan mamat tu. Walaupun dia kata haritu kata nak pergi ikea dengan kawan yang aku kenal.

Aku nekad aku ws dia bagitau yang aku tak boleh macam ni dah dengan dia selagi dia tipu aku.Aku ckap minta maaf jangan cari aku lagi.

Sejak daripada tu, segala contact ws, no phone dah diblock. Sejak Azwa kenal lelaki tu, performance kerja dia terus drop, banyak kali absent tak pernah tengok dia macam tu sejak kami berhubungan. Aku ada marah dia pasal ni sebab tak jaga masa depan dia.

Dia dari keluarga susah apa semua, hidup pun bersendirian. Lepas aku marah dia, dia cakap jangan ganggu hidup dia lagi. Dia nak aku pergi jauh jauh tinggalkan hidup dia. Okay aku buat.

Selepas beberapa hari, aku keluar dengan kawan perempuan aku dan kita orang ada buat ig story, tahu tak esoknya, dari pagi sampai malam Azwa tak henti henti miss call. Sebabkan aku block no dia just keluar mesej and aku kenal tu no dia.

Esok nya aku keluar lagi dengan kawan perempuan aku yang lain, dia nampak lagi story kami berdua orang lain yang buat, aku balik rumah terus dapat misscall setiap 5 minit beberapa kali dari Azwa, aku tak angkat langsung.

Aku pelik kenapa dia nak call aku sedangkan hari aku keluar tu dia dah keluar dengan lelaki tu, apa dia nak sebenarnya.

Aku pun unblock, okay 4.30am pagi dia call aku jawab, tahu apa jadi ? Dia menangis kata nak aku ada time tu, menangis sebab rindu.

Aku dengar dia menangis tu, rasa sebak dan kesian pulak, macam aku lupakan apa dia dah buat kat aku. Aku pun jadi bodoh lagi sekali .

Haha. Okay pagi tu kami facetime, tapi aku taktau nak cakap apa, dia tanyalah kenapa keluar dengan perempuan tu apa semua, aku tanya kenapa tak boleh ke? Dia kata tak boleh dia tak suka.

Sumpah pelik perangai dia ni. Time tu mulalah nak marah marah bila aku persoalkan kenapa dia nak kisah? Aku cakap kita kan dah putus.

Nampak tak perangai dia yang tak boleh nampak aku happy dengan orang lain atau dia tak nak aku hilang dari dia.

Tapi sekali lagi aku rasa dipermainkan bila aku ada mesej dia, tapi apa dia cakap dia nak aku jangan text dia lagi dah, dia cakap dia nak masa bersendirian, dia serabut tak boleh buat keputusan.

Aku rasa macam orang bodoh time tu bila dia cakap macam tu, sebab sebelum ni dia sendiri beria-ria cari aku.

Azwa ni sebab ada hutang aku yang dia tak bayar, aku ingatkan dia balik, okay dia janji dia nak bayar 10hb. Setibanya 10hb dia diam je takde tanda tanda nak bagitahu ke apa senyap seribu bahasa, sampai lah 12hb aku cari dia jumpa depan depan,

Katanya nak bayar hujung bulan pulak sebab kata takde duit, alasan dia bagi sebab baru pindah rumah.Aku tak percaya dengan alasan dia, aku minta tunjuk bukti, satu bukti pun dia tak bagi.

Memang betul dia menipu aku pasal pindah rumah tu. Aku suruh tunjuk baki akaun maybank and cimb, Ya Allah terkejut aku tinggal 100 lebih je, sebab baru dapat gaji berapa hari je, ataupun dia tipu aku dah transfer siap siap kat orang lain.

Aku marah dia cukup cukup sebab terasa tertipu tanya mana pergi duit tu semua. Dia diam seribu bahasa apa yang dia cakap suruh aku berambus.

Sumpah dekat media sosial tunjuk makan mewah mewah dengan boyfriend baru tapi hutang dia and hutang orang lain dia buat taktau je. Bermacam macam alasan dia bagi.

Dua minggu berlalu, Azwa cari aku lagi, kata nak jumpa aku, aku tanya kenapa? Nada aku keras. Aku cakap kenapa tak cakap kat telefon je? Tapi dia nak jumpa aku jugak.

Lepas tu dia suruh aku unblock ws, dia cakap boleh ke dia percaya aku jangan bagitau boyfriend kalau kitaorang jumpa. Wahwah demand betul. Okay kitaorang jumpa lepas dia balik kerja, dia bagitau dekat aku dia tengah runsing, takut, confuse.

Dia kata nak KAHWIN dengan lelaki tu lagi 2 minggu. Aku tanya kenapa pulak nak takut? Dia kata dia gaduh dengan lelaki tu, pastu lelaki tu tak cari dia atau biarkan dia sorang sorang. Dia kata apa dia dapat sama je apa yang dapat masa berhubungan dengan aku dulu.

So sama je dia cakap. Aku kalau gaduh dengan Azwa, aku jenis biar dulu sebab aku tak nak dia still marah tapi tak pernah aku tak cari lebih 1 hari. Pastu Azwa cerita dia try call lelaki tu berpuluh kali pun tak angkat. Aku tak pernah buat Azwa macam tu time kita orang berhubungan.

Okay aku bagi nasihat dekat Azwa, yang dia memang tak patut pun kahwin dengan orang macam tu, lagi lagi lepas break tak sampai dua bulan dah nak kawhin. Hati budi pun tak kenal lagi.

Aku nasihat dia betul betul kesan dia kalau dia kahwin jugak, sebab aku bagitau dekat dia kalau teruskan takkan kekal lama. Dia pun ada bagitau siapa lelaki tu.

Lelaki tu dari awal awal lagi aku tak suka, lelaki tu ada tatu satu badan, dengan kaki sebelah pakai kaki palsu, sumpah aku tak paham and tak boleh terima bila Azwa boleh suka orang macam tu. Lagi lagi bila baru kenal dah minta duit perempuan dah.

Azwa bagitau yang lelaki tu dulu jual dadah, and ambil pill bila dia sakit kaki yang hilang tu. Dia risau kalau dia buat kesilapan besar, tapi dia rasa yang lelaki ni boleh berubah kalau dah kahwin.

Aku nasihatkan dia elok elok untuk fikir masa depan dia. Dia rungsing macam nak hentikan dan batalkan perkahwinan sebab baju kahwin semua dah tempah, persiapan dah buat. Dia terbeban dengan benda tu.

Selepas aku hantar dia pulang dan aku sampai rumah dia call aku lagi, agak lama perbualan hampir 2 jam. Dia menangis bila awal perbualan yang dia nekad tak nak teruskan perkahwinan.

Dalam perbualan tu jugak aku bagi dia kata kata semangat suruh dia positif thinking, even dia ajak aku keluar tarikh sepatutnya diorang buat hiv test. Dia nak pergi tempat jauh-jauhlah. Aku okay je.

2 kali jugak aku jumpa dia sebab dia nak jumpa aku. Aku tanya Azwa kenapa kau cari aku balik, kenapa tak cerita dekat orang lain je?

Dia bagitau orang yang di boleh fikir tu dua orang je iaitu dua-dua tu semua ex dia. Azwa macam bagi dekat aku harapan dekat aku balik tau.

Aku bawak dia pergi makan apa semua jalan jalan KL. Malam tu aku share ws kat dia cara cara solat istikharah sebab dia tak tau langsung.

Dia cakap thanks apa semua and cakap yang satu hari nanti dia harap aku dengan dia boleh jadi macam dulu dulu balik. Rindu katanya tapi dia kata jangan letak apa apa harapan kat dia.

Hmm apa function nak bagitau semua ni kan kalau nak sakitkan hati aku balik, baik tak payah. Aku cakap kat dia kalau jodoh ada, adala.

Tapi setelah apa yang aku nasihat dan apa dia cakap pasal tak nak kahwin tu memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri, sumpah rasa bodoh bila cakap dengan orang macam ni.

Dia sendiri kata dah nekad tak nak kahwin tetiba ubah pendirian jadi nak kahwin dengan lelaki tu. Dia pernah ws kat aku dah cakap dengan lelaki tu and keluarga lelaki tu yang dia tak nak teruskan perkahwinan ni, pastu dia kata lelaki tu pun kata taknak teruskan.

Tengok beberapa hari lepas tu, eh baik semula Azwa dengan mamat tu.

Dan baru baru ni dioarang dah selamat dinikahkan tetapi dengan satu rahsia besar yang Azwa tak bagitau suami dia yang boleh efek rumahtangga diorang satu hari nanti. Hanya aku dan keluarga belah Azwa saja tau.

Aku tak sangka yang perhubungan aku dengan Azwa selama 2 tahun sia-sia sahaja dan aku macam tak boleh terima yang dia boleh kahwin selepas 2 bulan lebih putus.

Sejujurnya apa keputusan yang Azwa buat ni melulu mengikut kehendak hati dari akal, dia mengikut atas rasa seronok permulaan kenal orang baru dan attention yang dia dapat.

Dan sejujurnya jugak aku dapat rasa yang hubungan perkahwinan tak kekal lama. Dari raut wajah Azwa semasa hari nikahnya, dia nampak tak happy secara dalaman. Tapi apapun aku doakan dia bahagia.

Aku banyak buat research google pasal benda perangai Azwa ni, dia ada narcissistic personality disorder (NPD). Betul lah aku compare ciri ciri NPD dan Azwa buat ni banyak persamaan.

Azwa bagi dari penglihatan aku dia tak boleh putus lelaki, apa yang dia buat dekat ex dia sebelum aku pattern dia sama dengan apa dia buat dekat aku.

Aku pernah tanya dulu dekat dia, dia baru break dengan ex dia, aku tanya dia tak perlu masa ke untuk tenangkan diri semua.

Reaksi dia bila aku tanya dia marah aku. Azwa ni jenis play victim dan selalu kuat buat drama tak kisah dengan aku ataupun ditempat kerja.

Tidak normal kalau baru break terus nak ada pengganti baru tapi tidak untuk Azwa harini dia break 2-3 hari dah ada pengganti baru dan aku takkan terkejut kalau Azwa akan buat benda sama dekat suami dia.

Aku jadi mangsa emotional abuse, attachment trauma yang aku lalui sungguh perit untuk aku hadap. Semoga aku terus kuat. Aku bersyukur dekat Allah yang jodoh aku bukan dengan dia. Ada hikmah semua ini terjadi.

– Shah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *