Sakitnya Struggle!

Sakitnya Struggle!

First impression. Aku seorang pelajar medical student. 22 tahun. Perjalanan hidup nampak semuanya smooth dan indah. Dari sekecil-kecil exam sampai lah ke SPM. Allah izinkan aku dapat result yang flawless. No B at all. Syukur? Of course. Semua ni Dia yang punya. Aku hanyalah peminjam sahaja. Semua orang sekeliling nampak aku ni malaikat. Tersusun bicara. Sopan akhlak. Walhal, jauh dari semua itu, aku sedang struggle untuk buang satu dosa. Dosa yang sangat perit. Iaitu dosa melihat video-video porno atau lucah. Say it. Semua video merosakkan akhlak tu telah aku tatap dan tonton.
Aku tak tahu nak mula macam mana. Cuma yang aku ingat, benda ini bermula dari rumah apabila seawal 7 tahun aku menonton satu filem english yang penuh adegan romantik. Yang aku pelik, ibu dan ayah ada di situ dan tak cuba untuk halang aku. Rasa ingin tahu membuak-buak, lalu aku mula mencari lebih banyak video di interner. Dan tabiat buruk ini berterusan sehingga saat ini. Wallahi,bukan ak tak pernah cuba untuk berhenti. Setiap kali. Setiap masa aku teringat segala dosa kotor yang aku buat ini, aku menangis. Merintih.

Mungkin ada di antara kalian yang
berbunyi..Pfft, bakal doktor tengok porn? Gila ke apa? !! Allah….air mata aku deras sekarang. Aku hanya mampu mengiakan dan tak sanggup untuk aku admit. Kadang2 aku rasa diri aku sangat tak normal. Tengok video2 kotor, kemudian sedih dan bertaubat, at last tak sampai lima belas minit, tengok semula. Allah. Aku malu. Aku buntu. Aku rasa sangat tak normal. Bagaimana seorang bakal doktor yang akan merawat dan menyelamatkan nyawa manusia, sedangkan nyawa nya sendiri pun tak diuruskan dengan baik? Kenapa Allah mengizinkan aku untuk jadi seorang doktor walhal mata dan hati aku lebih kotor dan hina daripada orang lain?
Kenapa dalam banyak2 dosa, dosa yang satu ini tak mampu aku hindari? Sakitnya ya Allah. Sakit nya untuk aku struggle.

Ketahuilah, MEDICAL STUDENT yang tengok video kotor ini, sedang struggle!!! Aku sedang cuba ya Allah. Cuma bila otak aku terfikir kan benda tak elok secara tiba2, aku rasa tak normal dah. Tangan aku capai fon dan terus bukak benda yang bukan2.

Allah!! Aku takut azab. Aku mohon kalian yang membaca confession ini..tolong…tolong tadah tangan kalian…doakan aku..doakan aku agar kuat menjaga pandangan mata..peritnya aku untuk struggle. Rasa useless as a medical student menghantui diri aku. Maafkan aku bakal pesakit. Andai mendapat doktor seperti aku. Maaf kan aku.

– Aku Yang Berdosa

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *