salah ke aku tak suka ke dapur?

Assalamualaikum. Thanks approve.

Kontroversi kan tajuk aku? Tak payah teka pun semua mesti dah tahu aku perempuan. Aku tulis ni nak meluah rasa. Sedih. Bengang. Yang paling penting, kecewa.

Aku perempuan, dan aku tak suka ke dapur. Tak bermaksud aku malas. Kerja rumah semua aku boleh buat. Dari menyapu, membasuh, sidai kain, melipat, mengemop, basuh bilik air pun aku sanggup. Tak payah suruh, aku tengok bilik air kotor, aku tahu basuh.

Cuma satu masalah aku, aku tak suka ke dapur. Aku tak suka memasak. Senang cerita benda2 melibatkan dapur memang aku lemah. Memasak, buat air, hidang makanan utk tetamu, etc etc. Dan sebenci2 aku buat kerja dapur, aku basuh pinggan mangkuk, susun sudu garfu senduk kuali semua akulah. Kalau aku tak balik, bercampur2 lah barang2 dapur tu.

Adik beradik aku semua perempuan. Takde lelaki. Dari kecik ayah aku ajar aku angkat toolbox, buat kerja2 lelaki, kereta pun aku boleh basuh sendiri. Mak ayah aku cerita, dulu masa aku umur dalam 5-7 tahun, diorang ada je cuba bawak aku ke pasar tapi aku loya2 nak muntah, so tak pernah bawak aku ke pasar lagi.

Dari kecik aku dah terdidik buat kerja2 lelaki (walau pun bukan semua). Aku kasar. Aku memang tak suka ke dapur. Lagi2 masak. Memang tidaklah.

Selama ni aku marah dekat masyarakat, dekat family, dekat mak aku, sebab menilai perempuan berdasarkan kemahiran kat dapur. Tapi hari ni marah aku bertukar, jadi kecewa dan sedih. Baru tadi mak aku msg, nanti balik nak masak sama2. Time tu aku ada kelas pagi. Ni aku ada 4 jam gap, nanti ada kelas petang pulak..

Weh, hina sangat ke aku tak suka masak? Perlu ke paksa2 aku masak, masuk dapur buat benda aku tak suka? Aku sedih. Aku kat uni sekarang. Aku rasa nak nangis. Aku penat. Penat kena ikut segala yg orang nak dari aku. Umur aku dah 21, bagi la aku decide apa yg aku suka and tak suka buat. Aku tak suka masak, jangan la suruh. Benda simple je.

Aku bukan nak takbur, tapi apa je yg mak ayah aku paksa2 buat dari dulu yg aku tak buat dan tak capai? Diorang nak aku byk a, belajar pandai2, upsr, pmr, spm, berapa banyak a aku dapat. Aku ada tali pinggang hitam dlm taekwondo. Aku kat uni, walaupun tak se cemerlang masa sekolah, setakat ni masuk degree belum ada C pun lagi. Alhamdulillah utk semua ni. Aku bersyukur.

Cuma aku penat. Penat nak kena ikut expectation orang. Mungkin korang akan bash aku, kata pandai atas kertas je tapi ke dapur pun tak reti. Ye, memang aku tak reti. Tapi aku ada kemahiran aku tersendiri. Aku pun bukan malas. Aku kemas rumah, membasuh, menyidai, menyapu.. Aku buat. Cuma masak dan kerja dapur sikit2 je aku tak suka. Terimalah kelemahan aku please. Itu je aku nak. Aku pun tak bash surirumah2 yg duduk rumah masak mengemas utk suami, takde kelulusan tinggi.. Aku tahu itu kelebihan dan kelemahan masing2. Dan kelemahan aku ialah kerja dapur. Jangan tanya pasal suami nanti. Aku tahu Allah tu Maha Adil. Kalau ada jodoh aku, adalah. Kalau tak ada, tak apalah. Aku boleh cari makan sendiri.

Aku cuma nak cerita aku sedih. Aku buat banyak dah utk semua orang. But everyone expects more and more. Sedih. Kecewa.

– miss k

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

60 Comments

  1. Aku dulu mcm kau.. x suka masuk dapur.. tp bile dah kawen.. especially once u have kids.. automatically kau x sabar nak masuk dapur buat mknan tuk hubby n anak2.. rase bahagia bile tgk dowang selera mkn air tgn kau buat.. apalagi bile kau dah construct dapur kau cantik2.. heherh.. sajer bagi kau semangat.. jgn benci sgt ngan dapo.. cian dia…

    • Haha betol tu akk. Sy kawen umo 25, masa tu juga la baru terkial2 belajar masak. Hari2 wassap mak minta resepi. Kalau sebelum kawen dulu, hampeh. Kunyit dgn halia pun ambik masa 30saat nak beza. Sy keja dr pukul 9 smpai 6 petang, balik rumah terus bperang kt dapur, hilang rasa penat sbb hati bunga2 x sabar nk makan sekali air tangan sendiri dengan suami. ??

  2. Aku dulu mcm kau.. x suka masuk dapur.. tp bile dah kawen.. especially once u have kids.. automatically kau x sabar nak masuk dapur buat mknan tuk hubby n anak2.. rase bahagia bile tgk dowang selera mkn air tgn kau buat.. apalagi bile kau dah construct dapur kau cantik2.. heherh.. sajer bagi kau semangat.. jgn benci sgt ngan dapo.. cian dia…

  3. Aku dulu mcm kau.. x suka masuk dapur.. tp bile dah kawen.. especially once u have kids.. automatically kau x sabar nak masuk dapur buat mknan tuk hubby n anak2.. rase bahagia bile tgk dowang selera mkn air tgn kau buat.. apalagi bile kau dah construct dapur kau cantik2.. heherh.. sajer bagi kau semangat.. jgn benci sgt ngan dapo.. cian dia…

  4. Mak ai,mak ajak nak masak sama2 pon nak nangis, apehal?ni spesis mengada.bangga sangat buat kerja laki, gi kait buah sawit gi, baru la tough.laa, nangis lagi?

  5. Mak ai,mak ajak nak masak sama2 pon nak nangis, apehal?ni spesis mengada.bangga sangat buat kerja laki, gi kait buah sawit gi, baru la tough.laa, nangis lagi?

  6. Haih, bukan paksa, tapi at least ambil tahu yang basic pun ok sis. Senang, tak susah mana pun. Basically jadi susah sebab diri sendiri yang kata taknak dan benci, padahal ianya tak sesusah mana pun. Try, tak rugi pun.

  7. Haih, bukan paksa, tapi at least ambil tahu yang basic pun ok sis. Senang, tak susah mana pun. Basically jadi susah sebab diri sendiri yang kata taknak dan benci, padahal ianya tak sesusah mana pun. Try, tak rugi pun.

  8. Satu kerugian besar kalau jadi wanita tak suka memasak, benci ke dapur. Kikis rasa benci tu dik. Lapangkan dada, lapangkan hati. Dapur tu boleh jadi lubuk pahala bila adik dah jadi isteri dan ibu. Air tangan seorang ibu yg penuh dgn kasih sayang dan doa untuk keluarga mana kan sama dgn air tangan tukang masak kedai yg bermotifkan keuntungan.

  9. Satu kerugian besar kalau jadi wanita tak suka memasak, benci ke dapur. Kikis rasa benci tu dik. Lapangkan dada, lapangkan hati. Dapur tu boleh jadi lubuk pahala bila adik dah jadi isteri dan ibu. Air tangan seorang ibu yg penuh dgn kasih sayang dan doa untuk keluarga mana kan sama dgn air tangan tukang masak kedai yg bermotifkan keuntungan.

  10. Kalau malas jugak, paksa diri. Takkan nak harapkan mak je buat semua. Ni bukan kes perempuan kena masuk dapur, tapi fikir secara rasional boleh? Kau pun cakap takde adik beradik lelaki. So sampai bila nak harapkan mak kau, adik beradik lain. Aku pun malas ke dapur tapi sebab rasa cam aku tak patut dah biar mak aku je duk kat dapur so turn aku plak.

  11. dik,akk nak nasihat stu je..jgn persoalkan ap yg adik dah buat utk parents,sbb kita ny buatla ap pon takkan terbayar harga pengorbann parents kt kita..stkt straight A apa sume tu x ckup lg dik..takkan sbb mak ajak msk je adik terus nak ungkit apa yg slma ny adik dah buat..tak baik dik gitu..kecik aty mak ayah klu dengar..adik takkan dapat semua yg adik dah capai tu tanpa dorg taw..ingat tu..kejayaan adik tu semua sbb berkat doa parents..so apa slhnya ceriakan aty mak dengan join msk..sskali pnuhi hajat mak..mak sndri kot..bukan mak tiri..taw x suka n x reti masak tp tolong jela pape yg ptut..potong bawang ke,buat air ke..hmm..tu je nak gtau..

  12. Satu hari aku pergi pasar minggu, tiba2 aku dengar ada sorang makcik dok tanya tukang jual tu macam mana nak masak lauk ni. Aku toleh, aku tengok lauk yg dia tanya. Rupanya masak kurma ayam. Dan makcik tu aku kenal. Dia bekas pensyarah guru. Dari muda tak pernah masak. Jadi nak masak kurma ayam pun tak tahu bila dah pencen. Kasihan aku tengok dia. Bukan payah sangat gulai tu tapi tak tahu. Sekurang2nya masak la yg kita sendiri nak makan. Kan kalau kedai tutup ke atau mak tak ada sapa nak masak nanti. Bila dah masak tak payah lah buat kerja2 yg lain tu. Tunggu dah hilang letih baru buat kalu nak buat juga.

  13. Hahaha.. Aku pun xsuka masak, bkn sbb malas nk ke dapur, tp sbb aku masak xbrapa sedap mcm akak aku. So xnk spoilkn mood rse mknan sndiri yg xsedap better aku xyah masak. Hahaha

  14. confessor ni mcm ak la. tak suka masuk dpur n masak. tp ak xpernah kena paksa masak ke apa sbb my fmly very understanding. mengemas n lain2 ak minat sgt bt, tp bukan msk2. susun pinggan ikut saiz semua tu ak minat. ad jgk spesis mcm ak ya

  15. Islam sendri ade ckp,kalo nk ikat hati suami adlh dgn mknn yg dimask isteri…in syaa allah suatu hri t adik ade suami,x kan nk bg mkn kedai hari2 kan.. allah bg free je taw phale tu taw… lg satu,cube pikir btl2, in case tetibe mak ayah sakit,x blh buat rutin harian mcm biase,kite ank2 ni la yg nk kne mask siap pkai dorng… kalo gaji besr seklipon kalo hri2 mkn luar,mau bankrap dik… seblm mengeluh,pandang mak yg uzur tu gigih bgn g dapur semate2 nk msk tok ank2… x kesian ke? Ptt nye umo macm mak tu tggu ank hidng depan mate,bkn mak hidng depn mate adik…. lapangkn dada,ikhlas kn diri in syaa allah,allah akn bntu adik…jgn benci sgt dapur yg jadi antre penyumbang terbesr pahale… mule2 bnci lame2 t suke.. selamt berlapang dada …

  16. Macam saya semua benda saya buat tapi paling tak suka bab kain baju, bukan malas tapi tak suka, basuh, cuci jemur gosok n lipat.. Tapi dah nak buat mcm mana, tak cuci tak lipat sakit plak mata tengok.. Dah kemas kain baju kalau ada yang kecamukkan hmm.. Berapi je rasa

  17. Tak semua mak mertua boleh terima alasan begitu kot dik. Takpe, mmg ada benda yang kita suka, ada benda yang kita tak suka. Tapi boleh usaha utk suka, walaupun secara terpaksa. Lama2 tersuka tanpa sengaja.

    Kalau kita nak jadi solehah, kita kena berada dlm suasana solehah kan. Join usrah, dan lain2 tu. Sama juga kalau nak rajin masak boleh join golongan ‘mak mak’.

    Dlm FB pun bnyk group masakan. Bila tgk org duk selalu pos masakan, sikit2 kita pun terasa nak memasak. Mungkin la. Boleh cuba.

    All the best ya solehah :)

  18. Xsalah tp bg pndngn masyarakat ank pompuan xthu buat keje dapur sngt lah xelok..
    Sy same cm awk dulu selalu kena sindir ank dra xthu mask,nk agkat periuk panas pown npk kekok,nk pegng sudip pown kekok,kacau kuah kat dpur salah.
    Mcm2 tp sy xgive up amik tu stu cabran..
    Skrg dorang diam..
    Positive lah awk..
    Sbb org xkan mngata awk jer tp mak awk terlibat sekali..
    N one day awk akn rugi xpndai masak..
    Jodoh Allah tentukan tp org tua ckp nk jaga suami kena jaga perut dye dulu..

  19. aku bab masak lemah sikit…bukan sbb ape…sbb aku ni kulit sensitif…tumbuk smbl belacan…die punye pijar seminggu br ilang…kalo kene minyak ke luka terpotong ke…bole jd kudis…sabun basuh pinggan pun bole wat kulit menggelupas…belum masuk aku pegang2 kabinet dapo…habuk kayu bole wat bdn naik gatal2….tp bile sekali sekala masak…org komplen…mmg aku sedih giler…30 tahun pastu la nk tgk aku msk balik :(

  20. Tuhan bagi kelebihan pada orang perempuan bab memasak ni.air tangan org perempuan bila memasak memang special.

    Xpelah, berubah2 la sikit sikit.pelan pelan belajar memasak.start from small, to big.

    Besides, sampai bila asyik nak tapau? Homemade cooking is much cheaper, healthier and tastier.

  21. Dik..akak pon tak suka masuk dapur..tp akak paksa diri. Akak pon mcm ko dik, bg la keje mengemas, membasuh, melipat kain 2-3 bakul, sapu sawang, semua settle. Tp bab dapur..mmg akak failed lah. Tp akak slalu paksa diri akak, dah kalau bkn aku yg nak masak, apa laki aku nk mkn? Mmg akak paksa rela ke dapur dik, kdg ada jgk rasa tak ikhlas. Huhuhu..jahatnya hati ni..Tp lama2, ko akan jd cekap. Mcm akak, boleh la nk mkn siakap stim, laksa, nasik lemak, kek, kuih. Tp smpai skrg, bab nk ke dapur tu, memang ada lg rasa malas Ya Robbi..smpai kena sergah dek laki la dik..

    Kunci dia..paksa rela diri ko dik

  22. Penawar utk adik ni akk cadangkan kawen hehe. Suka tak kawen? sbb bila adik dah jadi isteri orang automatik jadi rajin masuk dapur. Dari tak pandai terus reti dik. lagi lagi dah jadi mak org nanti, dah ada baby, bila baby nak makan mesti kena masak bubur ke, puree ke. At least ada basic la. Takde lah nanti memanjang je beli. Makanan utk baby pun beli. Mahal dek nonnn skrg ni makanan

  23. Just nak nasihat… Pupuk la sifat suka ke dapur.. Bukan apa, kau perlu tahu masak benda2 basic.. Susah kalau tak tahu.. Kau kena amik tahu.. Nanti kalau dah ada family sndri, kau kena buat benda2 kat dapur tu jugak.. Jadi, masa bujang laa kena terapkan rasa suka masuk dapur, even kau dapat laki chef sekalipun, dia balik rumah mesti nak rasa air tangan kau kan? Pandai buat keje laki tu bagus, markah tambahan buat kau.. Aku pown pandai buat keje laki, tapi mak aku still suruh anak pompuan dia masuk dapur, blaja memasak… Yg penting, kau kena cuba… Cuba k.. Jgn pertikaikan apa yg kau dah buat ntok fmily kau… Ok bye

  24. Awk jdi cmni sbb awk da set mind kan yg awak x suka dapur.so semua berkaitn dapur awk x suka.n then membrontak..cuba awak ikhlaskn hati masuk dapur.n masak2 sama wif ur mother.u will love it one day!!

  25. Akak pun lebih kurang adik. Akak x suka masak. Hanya certain mknn yg akak minat je akak buat. Akak dh kahwin, dh ade anak 2 pun. Still x boleh nk suka masak2 ni. Haha.. Chill je dik. Akak keje, blk agak lewat. Husband akak yg selalu masak, akak uruskan hal anak2. Bila ade masa baru la akak masak. Husband akak suka dessert, so itu je la yg akak rajin buat. Dessert utk husband. Utk mknn harian mmg mostly husband yg masak. Bubur utk anak pun akak yg buat. Masa mula2 kahwin selalu jugak kene perli dgn akak ipar. Tp mak mertua akak back up sbb die paham akak busy dgn anak2 kecik. Walau mcm mane x minat masak pun, ambik la hati org tua sikit. Rajin2 la masuk dapur utk mengemas, basuh pinggan, join la geng mak2 ni kat dapur. Dorg ni bukan ape, bila kita x masuk dapur, dorg rase kita ni sombong sbb x join org pempuan kt dapur. Relax2 je. Janji tugas utama kita settle. Yg lain tu biar la nk kate ape pun.

  26. Aku pn buat sume yg kau buat. Mngemas. Basuh baju. Sidai baju. Kemas rumahh. Kerja2 llki pn i buat tau. Tmbh2 anak pmpuan sorg. X yah cter la cmne sepahnye rumah aku dgn 4 llaki. Aku pn x de la suka sgt masak tp aku jenis rajin tlg kt dapur. Potong2. Kemas2. At last aku jd biasa kat dapur n jd best try2 resepi dlm internet. Cuba la pupuk rasa suka masak tu. T bru mak mertua syg sis. Caya lah hahahahhaa.

  27. konon mcm jantan tp menangis bwahaha.

    relax la dik, akak dah tua dah nak masuk pertengahan 30 pun aku ada gak benda aku malas. lipat kain. tp relax la manusia bukan perfect. dah kau tak suka masak take it easy la. tah pape mcm tu pun nak buat jadi stress.

    esok nak berlaki, kau cari org kaya, ok? ambik ja maid. suruh dia masak. kau order je nak makan apa. mcm aku sekarang walau laki tak kaya aku upah je org lipat kain kat rumah aku ni hahaha!

  28. dik…selagi mak ada…apa nak ambik, ambik dari dia.. nanti mak dah takde macam akak ni…teringat kuih lapis dia la…gulai daging dia la…sup tulang dia laa..lg akak ni tau msk…tapi rasa mesti tak sama. lagipun sapa lagi nak tolong dia dik…masak tu penat…kalau kita ada tolong..ringan kerja mak kita..dpt dia rehat jugak..jgn ingt adik brdik pmpuan ramai..boleh tolong mak…tu bhg dia….kita ni bhg kita…akak ni mak pergi akak umur muda…baru nak hidup org kata…dia syg kn kita dik…fia nak kasi kita prepare diri kita bg boleh survive…slalu pk worst to worst..hari ni ada duit boleh makam luar…boleh order…one day takde duit…yg dpt beli brg mkn murah2 tp brg basah…kan kena msk. akak ada adik…pun mls nau2 nak msk…tomboy juga…kecik lg.. pun akak susah hati. kat dia.. ingat la dik…pengkid yg ada awek pun tau msk..belum akak ceta kalau bhg ipar duai…nampak kita tak kedapur menyusahkan mak dorg masak sorg2… lagi yg masuk dapur pun kena jgk.. laen ceta plak dik…ni bukan kena pandai msk tau…ni kemahiran survival.

    kadang2 kita rasa diri ni terlalu bagus…hingga kita lepaskan peluang yg bagus.

  29. Relax guys, nak komen jangan marah2. Benda kecil je pun. We are better than this. Advice nicely.

    And sis, kalau tak minat jangan paksa diri. Bukanlah satu kewajipan utk semua perempuan mahir memasak. Tak semestinya perempuan tempatnya di dapur sebagai chef. Saya percaya ada lelaki yg suka memasak. Why not bila dah berkahwin nanti you mengemas and dia memasak. Bukan? And then pasal ibu u, mungkin u over sensitive. Calm down my dear, slow talk dengan ibu. Cakap dkt ibu yg u boleh tolong benda lain contohnya macam u ckp tadi; mengemas, mengemop dan sebagainya Ibu selalunya memahami kelebihan dan kelemahan anaknya. Goodluck sis!

  30. Aku pun tak suka. Benci jugak. Tapi time kena masak aku letak benci tu level paling bawah. Habis masak siap kemas semua perut kenyang hati senang, aku benci balik. Hahahahha

  31. Masa belajar dulu duduk asrama, x masak.
    Balik semester, kat dapur rumah x boleh masak sebab ayah suka makan yang mak masak je.

    kemudian kerja.. duduk dgn housemate.
    kat tempatkerja ni ada 1 je kedai makan muslim. makan kat kedai sampai muak. xtau nak order apa dah.

    lepas tu rasa mak aihh.. membazirnya bayar mahal2.masak sendiri lagi jimat dan sedap.

    lepas tu. selalu la jugak masak. haha
    kalau balik kerja awal. weekend memang masak la.
    segala resepi kat fb simpan. ada mood nak cuba. masaaakkkk.

    kalau pergi rumah bakal mak mentua. rasanya fail lagi ni kalau suruh memasak. hahaha.

    dah masak pun, boring lagi sebab masak benda sama ja…

    lepas tu. balik kg.. mak dah x sihat. balik ja.. kena masak pulak untuk mak. stiap kali masak. stiap kali tu mak tunggu kat mejamakan nak makan apa kita masak wlpn kadang2 masak ayam goreng je

    nway akak suka buat kerja lagi juga. pegang cangkul. pegang parang. pegang spanar. hahaha.

    buat dua dua la senang.
    all the best dik.
    boleh tu..
    masa dan keadaan akan mengubah kita

  32. Aku rajin semua benda.kesian kt orang malas.

    Haha.tipu je.

    Tapi kalau aku xmasak lapar la jadinya..sebab suami tak kan masak.dan tak kan bawak makan kt.luar kecuali hr tertentu je.

    Lapar.masak.kenyang.hehe

  33. xpe dik… nnt dah kawin automatik adik akan berubah n rajin ke dapur n buat ape yg patut . kalo akak lah suka habiskan ms d dapur sbb dapur la tempat yg selalu kena kemas hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *