Salahkah aku?

25 Ramadhan 1437H

Entry saya yang sebelum ini salah title daa.. Maaf…

Kali ni saya nak luahkan perasaan sedih saya mengenai pandangan sesetengah orang terhadap kami yang tak bertudung labuh sampai ke bawah punggung, dan tak berpurdah/berniqab.. Saya bukan nak bash perempuan-perempuan yang berpakaian seperti yang saya sebutkan tadi..Tidak, sama sekali bukan..

5tahun lepas saya merupakan salah seorang dari mereka yang berpakaian jilbab labuh, baju besar sedikit, berstokin. Saya jalan tunduk, dan ada lelaki yang tegur "asal kau jalan tunduk nak sembah tanah je aku tengok". Mungkinke saya terlalu naif? Saya pelik, bukan ke kena tundukkan pandangan? Kenapa dia tegur macam tu?

Menyambung pelajaran di Matrikulasi, saya masih dengan tudung besar saya. Kawan-kawan sekelas pulaukan saya.. sebab apa? sebab saya dari sekolah agama. Sedih ke? Sekarang baru saya terasa perasaan sedih tu. Waktu tu saya takde la kisah sangat sebab tengah berlawan dengan homesickness. Syukur saya dapat roommates yang baik, kepala masuk air macam saya. Mereka layan saya bukan macam makhluk asing sebagaimana kawan-kawan sekelas saya buat kepada saya. Ada sorang sahaja yang selalu tegur saya ketika yang lain buat saya macam halimunan. Kenapa pulaukan saya macam tu? Saya pun manusia. Bahkan, saya bukannya berkawan berdasarkan pemakaian. Macam makhluk asing ke saya ni? Cuba kalian yang pulaukan makhluk seperti saya ini jawab.

I am not manusia yang sempurna takde dosa.. Pakaian saya sebab saya yang pilih untuk pakai macam tu.

Selepas matrikulasi, saya sambung ke Universiti. Waktu di universiti, saya pakai tudung bidang 45, perubahan yang mengejutkan saya dan kawan baik saya. Alasannya? Tudung bidang 45 harga hanya RM5 sedangkan jilbab harganya RM30 ke atas..
Saya berkawan dengan semua orang, kawan baik saya tiada seorang pun yang berjilbab labuh.. tapi mereka semua baik. Solat cukup 5waktu, rajin mengaji.. Ada juga yang berubah slow2 untuk tutup aurat dengan lebih tertutup.

Hairan, saya hairan. Rata-rata lelaki yang rajin ke masjid, mukanya tampak suci, bacaan al quran yang mantap makhrajnya, hanya memandang perempuan berjilbab, berpurdah.. Mereka la yang bagus, baik. Perempuan solehah. Saya terasa hati.. Saya pernah lihat perempuan berpurdah yang selamba sentuh tangan lelaki ajnabi, melewatkan solat, tinggal solat, maki orang, menyebut perkataan2 kurang sopan dan lain2 lagi…Saya juga pernah lihat perempuan berpurdah yang bagus akhlaknya, tak memandang rendah kepada perempuan yang tidak berpakaian seperti dirinya.. Saya pernah lihat, perempuan yang tidak berjilbab labuh, tidak berpurdah, solat 5waktu penuh, rajin solat dhuha, rajin mengaji dan ada juga yang sebaliknya..

Pakaian tak menggambarkan akhlak. Jadi, kenapa kalian membeza-bezakan kami?

Jangan buta memilih antara kaca dan permata.. Kelak merana jiwa.

– cik manis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Iman seseorang tu bukan diukur pada jubah,serban,niqab,purdah etc..ramai je org zaman skrg yg gunakan simbol2 keagamaan untk manfaat diri sendiri..setuju ngan confessor..pakaian tak menggambarkan akhlak..

  2. mata hukum dengan ap yg dia nampak…akal hukum dengan ilmu yg die ad..ramai je asatizah yg hebat2 kt luar sne istri mreka tmpak sprti org biase je

  3. Oh dia tu labuhlah tudung, mesti warak. (Moga aku jadi seperti dia ya allah, tlg aku) Oh dia tu singkat gila tudung , da la free hair (Aku tak mampu nak bg hidayah, hanya engkau ya allah, pimpin dia ke jalan kebaikan) Oh dia tu labuh tp___ (Ya allah aku nampak kekurangannya, bantu aku nak dakwah, jumpa dia, msj dia, sy bukan niat apa2, sy cuma nak pesan pada awak… ) Oh dia tu tudung singkat tp baik (Ya allah aku nak bantu dia dia baik nak pergi syurga sama2) Jumpa dia bgtau aku doakan kau dan aku sama2 berubah. share kisah perubahan diri ikut cara dia. HATI MANUSIA NI LEMBUT, AWK GUNA CARA LEMBUT, LEMBUTLAH DIA. :) maaf kalau sy salah, selalu ja kita pandang dia, dgn hati baik, bukan kebencian, sebab apa dia manusia mcm kita. Siapa lg nak tlg dia kalau bukan kita kan?

  4. rilek jer.pakaian xmelambangkan apa2.jaga apa yg agama suruh jaga.jangan sbb kita nak penerimaan org tu kita berubah berbolak balik kejap tudung labuh kejap tudung sengkat.xkesahlah tudung mcm mana yg penting jaga aurat jaga solat..yg pasti,Allah lagi tahu kita ni mcm mana.yg nilai kita ni soleh ke solehah ke, beriman ke xberiman ke yg sebenar-benarnye dlm hati pun hanya Allah yg tahu. be strong awak. :)

  5. rugi la ko dri tdung lbuh ke tdung sgkat,,org lain tdung mkin lbuh sbb nk mkin ttup aurat n ikot istri nabi,,biasala ujian org nk dkt ng allah,,rmai xsuka,,rmai xnk kwn,,akhir zmn kn nie,,moga brhjrah balik,,akhlak baik n pkaian lbuh better kn dri pkaian xlbuh n akhlak baik,,xyh ikot org sgt,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *