Salam. Saya cuma nak bertanya tentang sesuatu. Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan tindakan seorang perempuan bertudung yg makan di khalayak ramai ketika waktu berpuasa. Beliau menegaskan bahawa beliau datang haid dan diwajibkan untuk tidak berpuasa. Ramai netizens yg beri komen tentang ini.
Namun, berbalik kepada apa yg terjadi pada saya. Oh ya, saya bukan datang haid. Saya mempunyai 3 orang anak kecil yang berumur 7 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Anak saya yang sulung, kini sedang belajar untuk berpuasa. Dan saya tidak memaksa anak-anak saya untuk berpuasa. Kerana lama-kelamaan mereka akan berpuasa juga. Jangan kecam saya, kerana saya sendiri dibesarkan dimana mak ayah tidak pernah memaksa kami adik-beradik untuk berpuasa. Dan akhirnya kami semua berpuasa penuh sebelum kami cukup umur.
Saya kini telah mula bercuti raya di kampung di sebuah negeri di utara. Hari ini pula adalah hari dimana saya ingin keluar belikan barang dapur untuk rumah mak ayah. Maka saya bawa anak-anak. Kini musim panas. Terlalu panas sehingga kelihatan berjerebu. Sy telah sediakan bekalan air untuk anak-anak. Malahan telah berikan mereka makan sebelum keluar.
Biasalah kanak-kanak, lapar kerana hari panas dan penat berjalan. Maka saya telah masuk sebuah restoran secret (nama samaran). Yelah, selalu juga di KL, andai anak-anak lapar, saya pasti singgah di restoran chicken rice shop atau mana-mana yang mudah. Ketika memasuki restoran tersebut, tiada pelanggan. Anggapan saya, bulan puasa. Setelah duduk, saya berkata, boleh ke saya order dan makan di sini? sebab anak-anak dah lapar sangat. Namun, pekerja tersebut berkata, kami tidak dibenarkan menjual makanan untuk dimakan di sini pada org beragama islam. Disaat itu anak saya no.2 yg berusia 4tahun berkata-kata, " ibu, kakak lapar sangat ni". Saya pula serba salah. Nak beli makanan di tempat lain, agak jauh pula perjalanan. Nak diberi roti, anak-anak dah mula minta makanan berat. Saya tanya lagi "Tak boleh ke dik, anak-anak akak yang nak makan, bukan akak". Pekerja tersebut mengatakan dah termaktub dalam akta syariah, dan mereka terpaksa menurut undang-undang tersebut. Maka saya dengan hati kecewa dan merasa, tak mengapalah nak..bukan rezeki kita makan disini. Dan bukan juga rezeki mereka ini untuk dapat duit dr kita.
Lalu, saya pergi ke KFC dan tapau sahaja nasi ayam. Saya beri anak-anak makan agar tak lapar.
Persoalan saya, sememangnya umat islam tak boleh makan di khalayak ramai walau bukan sendiri makan, tetapi anak-anak? Adakah saya dikatakan tidak menghormati orang yg berpuasa tatkala saya hanya ingin beri anak saya makan? Dan anak saya pula bukan cukup umur?
Bagaimana jika tadi anak saya telah sakit perut dan benar-benar perlukan sesuatu yg berat untuk dimakan? Atau orang tua yg tak sihat, perlu minum dan makan, kebetulan kedai itu terdekat?Kenapa di KL, orang yg bawak anak kecil, dan berhenti makan sebab anaknya (mak ayah masih puasa ya) dibenarkan? Kenapa bukan disini?
Harap ada yg dapat beri pencerahan terhadap permasalahan saya ini.
Thank you in advance.
– Muslimah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Mother know best. Untuk kes budak2 belum baligh lagi ni, toksah stress sangat fikir apa orang kata.
Tapi kalau puan numpang sekali makan, itu lain cerita
Pendapat saya pasal restoran secret ni, berlapang dada jela sebab mereka ni makan gaji aje. Ada boss yang kena dituruti perintahnya. Selagi puan masih boleh cari alternatif lain, carilah. Bulan puasa ni ujian dia bukan makan minum je, sabar pun iya…
setuju.
anak kak pun lingkungan umur ni jugak dan kak tak paksa depa posa lagi. cuma ajar secara teori ja apa tu puasa, kebaikannya dan bg depa try separuh hari atau sampai tahap mana depa tahanlah.
anak mmg malu nak makan diluar takut org tau depa tak posa. Alhamdulillah malu dah ada.
cuma kalau kak nak bawak depa pi shopping dlm bulan posa ni, kak bg depa makan kenyang2 sblm keluar dan bawak mineral water in case depa dahaga.
jadi tak ada masalah anak rasa lapar masa shopping. lagipun setakat empat jam selepas makan tu masih kenyang lagi.
nak salahkan restoran tak boleh. depa pun termaktub dlm undang2. jadi kita ni yg kena bijak la anak kita, perut depa tu patutnya kita dah sedia maklum.
Puan tak salah.
Stupid rules. Ridiculous. Teruk sangat ke org malaysia ni sampai kena paksa orang puasa? Sunnah nabi ke ni? Bukan kan?
engko check rukun islam.
Tak. Sunnah nabi ke tak bagi makan budak kecik time ramadhan? Pompuan cuti?
Peraturan ni trpaksa di rigid kn sbb ada yg akn ambik ksempatan klau x rigid..dlm kes ni mmg ksian dkt akak ni..tpi klau dilonggarkn pekeliling tu..hrmm xde mcm bulan puase la jd nye..dkt malaysia ni lagi rmai yg x puasa dri yg puasa..cma diorng underground ja..x cye try la buat servey dkt kilang2..pejabat2..premis perniagaan..
boleh makan dgn tak sopan makan tu lain bro… pompuan cuti mmg boleh mkn…tp secara akhlak dan adabnya tak sesuai mkn di public… islam bukan setakat hukum haram makruh halal dll…tp juga ada akhlak..adab… tauhid… fekah… mcm2 lg yg saling berkait… ttg budak2 tu..maybe diorg ikut peraturan je tu… sbnarnya mak dia la kena train anak2 hormat bulan ramadan dan org2 yg berpuasa…. tp sy pernah je bwk anak kecik2 dan diorg mkn… kalo dah sekolah sy akan ajar lain pulak…. as parents kita sesuaikanla dgn keadaan… beli makanan dan mkn dlm kereta pun oke.. rilexla… sebulan je kowt..
oo sorry. salah tafsir ayat. kohkoh
Btul ka akta syariah rigid smpai mcm tu? Atau restoran salah faham?
Bimbang nnti agama yg mudah disusahkan agar nampak lebih ‘agama’
Akta tu tak applicable pada kanak2 since kanak2 pun tak wajib puasa..
bkn slh restoren tu…dh mmg peraturan dia…..dh tau bulan puase…prepare la makanan dari rumah….mmg generasi skrg pikir nk sng diri sendiri je….tp pikir la jgk psl org lain…..
Kan dia kata dia dh bg mkan sblum kluar rumah…apa daa nk kritik tak bc abis..
Setakat budak2 makan. Kau terliur ke bang? Hahaha bukan akak ni tak menghormati, cuma pe’el budak2 kita taktau. Tetiba lapar mintak makan. So sbg ibu, tu lah persoalan dia. Sekadar nak teman anak makan kot. Hmm ntahlaa
Apa benda kau ni? Takkan tengok budak-budak makan pun rasa nak batal puasa kot?
x kisah pun org lain nk mkn dpn org puase….aku siap blh tlg hidang lg…..just x yah la nk kecam org yg xnk hidangkan makanan kat korang…
Dia bkn kecam org xbagi makn kat anak2 dia. Kalau x, mesti dia dah sound. Cuba baca soalan tu. Dia tanya pendapat. Bukan kecam org xmo bg anaknya mkn.
Komen bodoh macam ni la
rasanya kebanyakan restoran mcm tu. mereka kena saman kalau bagi muslim makan kat situ. cuba la standby roti dalam kereta, ataupun bagi anak2 makan kenyang2 sebelum keluar
Bawak bekal lebih bagus kan..sbb bln puasa..
Btl la tu… ptt prepare dr rmh awal2… restoran ada rules dia tersendiri. Jgn slahkn pekerja juga krn cuma makan gaji. Jgn kerana hendak kenyangkn perut anak2.. kita dh menutup periuk nasi org lain
Bijak sikit.. Bwk bekal siap2 dr rumah. Jd mak budk kene kreatif sikit..kami hari tu suap anak2 mkn kat airport dpn public lg.. X de sape nk persoalkn.. Depa pun tahu budk2 nk mkn. Klu diorg bukak utk muslim beli sblm waktu yg di bolehkn, rmi la geng plastik hitam menyamar dgn alasan belikn budk2 dan kwn2 non muslim..
restoran xsalah,kak pon xsalah..g kedai len jela,habis cerita..kdai takot kene tindakan undang2,tu je..
Cube letakkn diri sbgi penguatkuasa syariah.. Hang akan buat benda yg sama.. Bukan dok slhkn org pasal nk senangkn diri sendiri sis..
Kat kuantan ni ada arahan yg x boleh mjual mknn kpd org islam sblom pkul 3 ptg … rasanye, kita patut ajar anak2 spy hormat org puasa…cth:kalau bdk2 kecik yg lain tgok x ke diorg rasa terliur, sdgkan mgkin mereka tgh puasa masa tu? …apa salahnya akk bwk bekal?jgn dibandingkan di kl, sb kl muka bkn melayu pon mcm muka melayu, nk2 ramai yg free hair…ni pndpt sy la kan ..sowi
Tapi kan sis..mcmana kalau budak tu baru 2tahun ke apa. Bukan dia paham, kalau maknya explain puasa kna tahan makan dan minum n so on..
Btol tu…sb tu ?sy cdgkan bwk bekal, …xpe la, masing2 ada pndapat masing2…mgkin sb sy lom ada ank sy mampu bkata camni, bla ada ank mgkin sy pon dilanda mslh cmni hehe…
Puan, Sebagai org Malaysia kita kena faham budayanya di Malaysia kalau bulan Puasa mmg xboleh public sgt menunjuk bila kita xpuasa. Kalau utk kanak-kanak, puan lebih pandai manage anak puan. Seeloknya puan beri la mereka makan siap-siap dan minum siap-siap di rumah.
Masa saya kecil dahulu (4 sampai 6 tahun) masa shopping di Jalan TAR, naik KTM dr bank negara menapak sampai Jalan TAR okay, mama mmg kata xboleh tunjuk kita xpuasa. penat pun kena tahan. Kalau tak tahan tgk org minta sedekah tu, rasa kesusahan mereka. Saya berterima kasih kat mama saya tak terlalu layan lapar dan minum saya masa kecik. Sharing sahaja. saya doakan anak puan tahan utk menghadapi puasa pada tahun yg mendatang.
Berkenaan kedai pula. mereka hanya ikut undang-undang. Selebihnya mmg kita sendiri yg kena pandai-pandai manage keadaan diri kita dan anak-anak.
Alhamdulillah puan ni dah berjaya uruskan anak dia dengan baik dengan memberi makanan sebelum keluar..
Perbuatan menghormati orang yang sedang berpuasa tu mulia
Pndpt sy la kan..puan ni sdg bertnya kpd kita2 semua pasal hak anak2 utk mkn direstoran2 since kes budak ari tu da viralkan..so puan ni jd riso kot la tetibe masa dia bg mkn kat anak2 dia..org dok sibuk tgkp gamba n viralkan pula..tp yg xsedap nye komen2 kat sini kan..perlu ke sebut “bijak sket,tlg jd bijak dan sbgainya?xpatot2 ayat2 sebegitu dikeluarkan utk seseorg ibu yg sdg cuba selesaikan masalah dia..
Betul tu. Sebab komen kat sini, seolah2 si ibu nie salahkn kedai. Walhal si ibu bertanya pendapat, mmg xboleh ke bawak makan kat luar? Walaupun bawak kanak2? Sebab sy slalu jugak tgk, ramai je mak ayah bawak anak2 g foodcourt masa bulan posa. Sy pun nak tahu juga, menghina agama kah dgn berbuat demikian?
Kesian kt si ibu ni. Dia minta pendapat jer. Nnt masing2 ade anak kecik baru diorg tahu. Skrg bleh la ckp mcm2 kan.
lenkali bawak la bekal nasi utk anak2, kaalu dh terlanjur bawak bekal air tu.
dah katanya x leh jual pd org islam sbb bulan puasa, ikut aje la
ini lah yg dikatakan masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang harimau mengaum..
Malu sbhgian drpd iman
Kak,bila kita ajar ank xmakan d khalayak ramai d bulan Ramadhan… sampai besar diorg akn faham yg kita perlu menghormati org berpuasa fan malu utk makan open2 wpun darurat,sy rs restoren perlu beri mkn utk darurat itu x perlu,kes ank akk ni spatutnya akk beli dan tapau n berila mkn dlm kereta utk lebih sopan,bgtau ank akk,bulan puasa xboleh mkn terang2an… xbaik…. nnti ank anda faham
Bukan yg tua bangka je kena hormat orang lain berpuasa. Yg makpak ni ni pun kena ajar anak2 hormat orang lain yang berpuasa jugak.
besar sgt ke mandat org berpuasa ni smpai budak2 pun ko nak minta respect.. nama pun budak kalau dah lapar dia nak makan dia nk mkn la gak
Ni lah mentaliti sekarang. “Nama pun budak” “biarlah budak lagi”. Dari kecil la kene didik anak tu. Dah tua bangka nnti tak reti nak hormat org lain. Jangan nak guna mandat2 bagai Zee Mikail
Didik anak bsolat dahulu..jgn kalut dgn puasa sbb belum smpai tempoh wajib anak2 bpuasa…bila ank2 dh jaga solat dgn sendirinya dia akan bpuasa tanpa di ajar..
Tak salah… cuma x sedap bila org lain tgk…
Maaf,mmg termaktub dlm polisi restaurant utk tdk menjual mknn kpd org muslim masa ramadhan(sebelum berbuka) ..sekiranya dtangkap oleh phak atasan,restaurant itu perlu byar denda..based on my experience la..kna take away kak
Restoran tu xbagi, kite pegi je restoran lain. Fast food zkan heran org nk beli. Beli je kak. tp jgn la dine in. Sy selamba beli utk anak2 dan suap. Bukan suap mulut kita pun.
tak suka mentaliti sebab aku puasa, org yg tak puasa kena hormat aku yg puasa.. walaupun yg tak puasa tu non muslim n budak2.. cuba korang gi luar negara (negara bkn Islam) pastu minta respect yg sama… ingat dapat.. tak kan gitu punya lemah iman tgk org makan terus kita rasa nak buka puasa gak..malu la wei..