Assalamualaikum.
Sosial media. Memang selalu dengar tentang ni. Apa yang saya selalu baca di sosial media berkenaan dengan penceraian, heartbroken dsb, dan kutuk mengutuk pada berlainan jantina sepertinya tiada kesudahan. Lelaki salahkan perempuan. Perempuan salahkan lelaki.
Bab ditinggal teman lelaki/ wanita.
Wahai umat Muhammad, Islam telah meletakkan tanggungjawab kepada setiap manusia untuk menjaga kehormatan masing2. Baik lelaki maupun perempuan. Jikalau kamu merasa kecewa dengan manusia , kembalilah pada yang Satu. Tidak perlu menyalahkan orang lain yang berlainan jantina itu. Kerana tidak semua kesalahan boleh diletakkan kepada satu pihak sahaja.
Lihat kembali bagaimana Islam memberikan kita aliran mengenali seseorang itu untuk dijadikan pasangan hidup. Perbaiki diri sendiri dahulu sebelum berumahtangga. Belajar erti tanggungjawab dalam menolong ibu bapa, keluarga dan masyarakat sebelum berfikir untuk masuk ke alam rumah tangga. Tingkatkan iman, fikir positif dan yang paling penting, letakkan sepenuh kebergantungan kita pada Allah.
Apapun yang terjadi, ditinggalkan, ditipu, dan juga dicurangi itu adalah ujian yang Allah beri pada kita untuk menaikkan darjat kita. Jika kita ambil ujian itu dengan baik, maka baiklah jadinya. Jika tidak, ujian demi ujian akan diberikan sehingga kita berjaya menerima ujian tersebut dengan sebaiknya. Jangan sampai x sempat berubah, kita sudah berada di alam barzakh bersama dua malaikat yang digeruni di sisi.
Tanya dirimu wahai anak bangsa, apakah tujuan hidupmu? Jangan menipu dirimu sendiri untuk nikmat yang sementara. Manusia ini datang dan pergi kerana-Nya. Mereka boleh pergi selamanya dan datang sementara kerana itu yang Allah aturkan.
Bagi wanita2 di luar sana, hentikan salahkan lelaki kerana tidak bertanggungjawab. Pilihan ada pada dirimu untuk memilih calon suami yang baik dan soleh. Saat dikau menerima seorang lelaki itu menjadi suamimu, letakkan segala redha dan taat terhadap lelaki itu. Jikalau badai menerpa ke dalam rumah tanggamu, berusahalah berusaha bermula dari dirimu sendiri, dan ia akan menarik seisi keluargamu sekali. Jika tidak nampak jalan penyelesaiannya, masih ada pilihan untuk berpisah atau bersabar yang diberikan padamu.
Buat lelaki yang dikhianati wanita, ingatlah kembali kepada Allah. Jangan putus asa untuk mencari wanita yang sehebat dirimu, jangan di kotori dirimu dengan ujian yang sementara. Perbaiki diri, buktikan kamu mampu mendapat wanita yang lebih baik untuk kamu menjadi imamnya. Tugas dan tanggungjawab seorang lelaki begitu besar. Mendidik keluarga, memberi nafkah dan menjaga wanita adalah tanggungjawab yang perlu diselesaikan di dunia ini. Takutlah kamu pada tuhanmu. Berbaktilah kamu pada ibumu.
Wanita hanya perlu mentaati Allah, rasul dan suaminya, dan dia boleh ke syurga yang disukainya. Tetapi ia bukan mudah untuk di ikuti kerana lelaki yang bernama suami itu adalah insan yang tidak sempurna, penuh dengan dosa dan pahala. Bersabar di atas kekhilafannya, redha di atas pemberiannya bukanlah satu tugas mudah kerana wanita itu juga tidak sempurna.
Lelaki walaupun tidak terikat dengan menuruti isterinya, dia terikat terus dengan pencipta-Nya. Masih perlu berbakti kepada kedua ibu bapa, meletakkan tanggungjawab seorang lelaki itu bertambah berat. Jika tidak meletakkan Allah itu pada nombor satu di dalam hatinya, akan hilanglah rasa tanggungjawab ini. Tidak pernah puas terhadap nikmat dunia yang sementara dan tidak pernah takut untuk mengabaikan tanggungjawab yang digalas. Maka jika wanita yang digelar isteri itu jatuh ke lubang neraka, berkemungkinan lelaki itu juga ditarik bersama.
Tiada guna untuk menyalahkan masing2. Kenal tanggungjawab masing2, fahami kesusahan masing2 dan bertindaklah seadanya dengan petunjuk Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Letakkan cinta mu pada yang Satu.
– Fatihah
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->