Saya atau mereka yang melampau?

Assalam admin. Diharap approve post ni dan hide nama saya. Saya ingin minta pendapat berkenaan hal ni:-

Saya dah bercerai selama setahun setengah dan sudah di berikan hak sepenuhnya ke atas anak lelaki saya yang berumur 6 tahun.

Masalah saya, bekas suami ambil kereta saya walaupun sepanjang tempoh berkahwin kereta itu 100% saya bayar dan nama pun,nama saya. Saya dah minta tetapi dia enggan pulangkan. Dia tak bayar pun ansuran bulanan menyebabkan bank kejar saya dan nama saya blacklist. Ada cara tak saya nak dapatkan semula kereta tu?

Kemudian,walaupun hak penjagaan anak sepenuhnya saya punya, saya tetap izinkan bekas suami mengambil anak semasa cuti sekolah. Tetapi, selepas ambil dia selalu lewat hantar. Kadang-kadang menyebabkan anak saya sampai sebulan skip sekolah. Saya dah warning tapi dia buat keras kepala. Perlu kah saya terus berikan anak kepada dia?

Saya bercerai(mohon secara fasakh) kerana sudah tidak tahan dengan sikap suami yang bekerja on off sehinggakan saya yang terpaksa tanggung keluarga. Dua kereta saya seorang yang bayar,keperluan rumah,anak semua saya. Kalau balik kg dia pun,saya dan anak ditinggalkan diumah,dia keluar dengan akwan-kawan sampai lewat malam. Duit belanja habis,minyak kereta habis,mintak dengan saya.

Saya juga sakit hati dengan perangai mertua yang kerap kali menyuruh kami balik ke rumahnya yang jauh. Semua belanja saya yang tanggung. Saya juga berdendam dengan nya kerana sejak saya bersalin dirumahnya, dia tidak izinkan saya membawa keluar anak saya dari rumah tersebut sehinggalah anak saya berumur 3 tahun. Itupun selepas saya tuntut dimahkamah,baru dia nak bagi. alasannya saya bekerja dan tak percaya jika pengasuh jaga anak saya. Suami hanya menurut kata ibunya.

Walaupun dah bercerai,dia masih nak control anak saya. Kini,dia ambil anak saya dari 6 May hari tu, dan berjanji hantar sebelum buka sekolah 13 Mei. Apabila anak saya telah sampai dirumahnya, dia beritahu nak hantar anak saya selepas raya pula. Jadi anak saya kena ponteng sekolah selama sebulan!

Bagi wanita, adakah saya melampau jika marah suami saya contact ex-girlfriend dia? Mereka siap berjumpa dan bergambar sekali. Adakah saya melampau menghalau suami keluar dari rumah setelah saya tau dia contact ex girlfriend dan dia memukul saya bila saya mengamuk? Adakah saya melampau jika memarahi kawan-kawan perempuan suami kerana mereka mempersenda saya di Facebook tetapi suami backup kawan nya bukan saya. Adakah saya melampau jika saya sakit hati apabila kawan-kawan,adik beradik suami minta duit dengan saya (mereka tahu bila government gaji) lepas tu tak bayar. Adakah saya melampau bila buat muka kerana selama 8 tahun kahwin sekali sahaja suami nak balik beraya dengan ibubapa saya(itu pun sehingga 12 tengahari aja). Adakah saya melampau berdendam dengan mertua kerana tak izinkan Saya jaga anak saya sejak lahir hingga umur 3 tahun dan sekarang dia masih nak rebut anak saya.

Saya penat kerana sepanjang perkahwinan saya sentiasa dengar ayat ini:

"Kenapa kau tak macam isteri kawan-kawan aku? Mereka tak kisah suami mereka berkawan dengan perempuan. Tak marah pun suami mereka keluar malam?"

(Saya hilang rasa percaya padanya kerana saya pernah jumpa resit hotel dan gambar perempuan Dalam dashboard kereta. Telefonnya selalu ada apsword,dan masuk tandas pun abw telefon. Jika ada call dia akan keluar rumah untuk jawab call).

"Kenapa lah kau tak macam perempuan aku kenal sebelum ni?"

Lagi satu sebab saya tak bagi dia bergaul dengan kawan-kawan dia kerana di pun pernah confess keluar lepak dirumah kawan dan kawan bawa balik bohsia. Katanya dia hanya pegang taman bohsia tu(itu katanya,saya tak tau jika bohong)

Lepas banyak hal macam ni,salah ke saya tak percaya dia?

Apa cara saya nak lari dari mereka? Apa cara saya dan anak nak hidup tenang tanpa gangguan mereka? Bagi pendapat. Saya dah penat.

Terima kasih.

– Afzan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

29 Comments

  1. Kereta tu blh buat report polis di larikn. Hak jaga ank blh adu kt lawyer. Kne detailkn haj jaga ank tu semula. As detail as u can, smpi timing anta ank pn kne tulis.
    Bab bdendam, tu hak anda. Yg sakit ht, anda. Yg menelan pahit, anda. Yg menempuh, pn anda. Tp kne igt juga, dlm islam x digalakkn bdendam. Doa yg baik2 agar mereka diberi petunjuk secepat mungkin.

  2. Kereta tu alang2 dah tak bayar, biar sampai kena tarik. Then puan pegi la settle dgn bank, ambik balik kereta tu. Tukar kunci n alarm system, biar laki tu tak boleh pakai langsung kereta tu.

    Lain2 saya tak tau. Maybe elok lari bawa diri jauh2.

  3. kereta bole report polis…atau upah org tarik kereta…pasal hak penjagaan anak…bole report mahkamah…bab laki n mak mertua ko…mohon jirus air rebusan cili kat dorg

  4. 1. Buat report polis pasal kereta. Ckp je kna curi. Hahaha.

    2. Tak payah bayar..pastu biar sampai bank tarik. Nnti puan dtg la buat payment apa semua. Tp kne byr extra sikit la.

  5. Jahat macam mana sekali pun ex-husband awak tu, dia tetap ayah kandung anak lelaki awak tu. Jangan pisahkan anak dengan ayah, dan jangan sesekali awak mengajar anak untuk benci dengan ayah kandung dia pulak. Selagi mana ex-husband awak tu tak melampaui batas terhadap anak dia tu, ajarkan anak awak untuk sentiasa hormat dan sayang ayah dia tu. Berkenaan si ayah bawak lari anak sampai tak sekolahkan tu awak boleh cuba bincang dan rasionalkan balik dengan ex-husband awak tu. Cakap kat dia kalau macam ni perlakuan dia, bawak lari anak dan tak mahu pulangkan balik kepada ibu jangan sampai awak bawa kes ni ke mahkamah. Nanti langsung si ayah tak dapat jumpa dengan anak. Yang bergaduh awak dan ex-husband, cakap la awak pun tak mahu la nak pisahkan anak dengan ayah kandung dia, tapi kalau dah melampau macam ni, mungkin terpaksa la ambil tindakan lebih drastik. Tentang kereta pun sama, cakap awak boleh report polis jugak kalau tak pulangkan sebab kereta tu harta awak. Cuma pastikan negotiation tu berlaku jauh dari perasaan dendam, kalau hati masih belum bersih, takut lain pula efeknya nanti. Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk awak dan anak awak tu.

  6. Bila mnusia d bgi muka then pjak kpla kita.. ciss… hak jgaan ank tu spnu nya ngn sis… so jngn bg drang pgang da ank tu… mkin mlampaw prngai.. tkut nnty drang bwa lari ank tuu.. dah bnyk kes exhsbd bwa lri ank… da cerai buat cra cerai.. jngn bgi muka lg..

  7. Saya rasa ada tempat perlindungan yg boleh bantu anda drp diganggu oleh keluarga suami puan. Lagi bagus kalau puan boleh belajar seni mempertahankan diri.. Kalau bekas suami nak pukul tinju dia balik.. Manusia jenis ni tak de cara lain kena melawan.. Setiap kali kena pukul pastikan pergi balai & hospital utk repot, sbb pihak hospital boleh ambil fambar dan buat rekod keselamatan / kesihatan ada pd pihak hospital dan ada eye witness dr pihak hospital.

    • Satu lagi boleh minta mahkamah utk buat parameter supaya suami tidak senang2 dtg utk mengganggu. Boleh tanya / dptkan nasihat guaman berkenaan ini. Yg penting pastikan ada rekod bertulis dan saksi yg boleh lihat kejadian, lagi bagus kalau ada kamera ip di kawasan rumah yg boleh beri bukti tarikh & masa suami ambil anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *