Saya Gembira Jadi Wanita Islam

Assalamualaikum, saya Cik Daun (bukan nama sebenar). Nak share pengalaman jadi wanita Islam yang bahagi dan dalam perjalanan mengenal cintanya Allah.

Bismillahirrohmanirrohim. Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wasohbihi wasallam.

Mukaddimahnya. Kedudukan sebagai seorang wanita di dalam Islam itu mulia.

Allah amat menyayangi wanita. Percaya atau tidak, segala perihal wanita seperti mood swing, ragam kita yang kadang-kadang buat pening kaum lelaki, bah kan buat pening diri sendiri ni, semuanya Allah suka & Allah terima kita apa adanya.

Masha Allah. Allah sangat memahami kaum wanita lebih daripada sesiapapun.

Lihat saja, dengan segala hukum yang Allah tetapkan keatas wanita, pasti disertakan dengan kemudahan dan keringanan buat wanita. Salah satu contohnya, berkenaan aurat wanita.

Wanita itu seluruhnya adalah aurat kecuali muka & telapak tangan (menurut Mazhab As-Syafie), maka semua wanita Islam wajib menutup auratnya dengan sempurna.

Tak kisah nak tutup aurat pakai telekung, pakai jubah, baju kurung, warna apa, corak apa pun bebas bagi kita, asalkan menutup aurat & memenuhi syarat dah cukup.

Sebab Allah nak tengok kita dengar atau tidak perintah dia. Taat atau tidak kita menjadi kayu ukurnya di situ.

Wanita juga tidak diwajibkan untuk solat berjemaah di masjid, tapi kalau nak pergi juga tak menjadi masalah.

Allah Maha Mengetahui, Allah tak nak kita susah payah nak get dress fully covered 5 times a day, berpeluh2 pergi solat berjemaah di Masjid,

Lepas tu nak cepat2 balik, sedia makanan, kemas rumah, bagi mandi anak, bagi makan anak pastu get ready, fully dress lagi untuk next solat jemaah di Masjid. Allah Allah.

Allah permudahkan untuk kita taat, sebab Allah tahu kesusahan seorang wanita.

Allah sangat faham keadaan kita. Bahkan, Solat yang paling Afdal buat perempuan tu adalah di rumah dia sendiri.

Tak perlu susah-susah. Begitulah, setiap hukum hakam Allah itu, pasti ada hikmah disebaliknya.

Tugas kita untuk taat akan perintah Allah, “Sami’na Wa Atho’na” (kami dengar dan kami taat).

Jadi, sebelum kita mempertikaikan hukum hakam Allah, ada lebih baiknya kita taat dahulu, dan jalani ketaatan itu, insya Allah kita akan nampak apa hikmah di sebaliknya.

Hidup bersyariat tu indah tau, rugi tak ikut. Gituu.

Sedikit sharing tentang pengalaman kehidupan berhijrah saya dan insya Allah akan sentiasa diperbaiki di masa akan datang dan terus istiqomah. Doakan saya.

Flash back hijrah saya pada tahun 2021, tahun dimana saya mengalami perubahan dalam kehidupan apabila saya ditawarkan pekerjaan, di sebuah Masjid Daerah di negeri kelahiran saya.

Alhamdulillah, saya terima tawaran tu dan mula bekerja sebagai salah seorang pegawai tadbir.

Pada waktu tu saya masih belum mempraktikkan pemakaian wanita muslimah sepenuhnya.

Pada awal pekerjaan di Masjid, saya mula melabuhkan tudung dan pakaian saya, pakai stokin, dan handsock, supaya tak mencemarkan imej sendiri dan imej Masjid.

Office saya terletak di dalam Masjid, jadi setiap kali sebelum masuk waktu kerja, singgah dulu buat solat tahiyatul masjid & solat sunat dhuha. Time tu takda orang, sunyi dan damai. Boleh lama-lama kat ruang solat.

Oh ya, waktu tu musim PKP, dan Masjid pada waktu tu hanya pegawai sahaja yang dibenarkan untuk berada di masjid.

Masha Allah, beruntungnya saya. Setelah beberapa bulan bekerja, tiba2 ada yang masuk meminang.

Long short story, dia meminta saya untuk menggunakan Niqab pada majlis pertunangan kami,

Jadi saya iyakan saja, sebab sebenarnya saya pun dah lama simpan niat nak pakai pakaian yang bertutup litup dan berpurdah sebab nampak lebih mudah untuk tutup aurat, Cuma belum jumpa waktu yang sesuai.

Saya fikir mungkin inilah peluang yang Allah bagi untuk saya berhijrah, lagipun si dia juga bekerja di dalam bidang agama, mungkin dia nak jaga pemakaian saya.

Saya mula search Mr. Google, tanya soalan basic, apa itu niqab, apa itu purdah, saya tengok ceramah dan nasihat agama berkenaan wanita yang nak mula pakai purdah/niqab.

Satu nasihat yang tersemat dalam hati saya sampai sekarang iaitu “bilamana seorang perempuan hendak berhijrah menggunakan purdah/niqab hendaklah semata-mata kerana Allah”

& ni point yang paling penting, “hendaklah penggunaan purdah/niqab ni seiring dengan menuntut ilmu, barulah purdah/niqab ni akan melekat”.

Maksudnya untuk elak on off pemakaian purdah/niqab hendaklah niat kerana Allah dan disertakan dengan ilmu/menuntut ilmu.

Bila dah cukup maklumat yang di cari, saya pasang niat, tekad nak pakai purdah lebih awal sebelum majlis pertunangan saya, sebab saya nak jaga niat supaya tak berhijrah kerana sesiapa pun.

Saya ada kesedaran time tu, yang tiap sesuatu yang dilakukan bukan kerana Allah pasti akan hilang atau cepat pergi dari kita.

Haa… Nak jaga niat ni bukan senang tau, bila-bila masa ja boleh terpesong. Jadi itulah titik pertama permulaan saya memakai purdah.

Of course orang sekeliling saya terkejut dengan perubahan saya, terkejut yang baik yer dan Alhamdulillah keluarga saya pun dapat terima perubahan saya.

Setelah beberapa bulan saya merasakan kenikmatannya berpurdah. Orang sekeliling lebih hormat pada saya, layanan semakin baik, tengah angkat barang berat orang tolong, kerja2 berat saya tak payah buat,

Lelaki tak berani nak kacau apatah lagi nak sembang yang tak senonoh, nak cakap pun auto tak tenung kita, (pekerjaan saya banyak jumpa orang),

Dan yang paling ketara adalah, orang tak judge pekerjaan saya base on my appearance but more to outcome & quality of work. Saya merasa bebas.

Dulu saya takut untuk berpakaian syariat tapi bila dah mula memakainya dan sambil mengaji fardhu ain (Tauhid, Feqah & Tasawuf),

Alhamdulillah emosi saya, kata2 saya, bahkan pemikiran saya jadi bebas dari segala macam kacau bilau, dan emosi perempuan ni kan susah nak jaga, dgn hormon nya lagi hemm…., Alhamdulillah lebih teratur dan terkawal hahaha.

Masha Allah. Sungguh sangat tidak benar sama sekali propaganda media barat yang mengatakan wanita di dalam Islam itu wanita yang tertindas.

Jangan lah kita terbawa-bawa ideologi barat yang tak pernah pun mencuba untuk memahami agama kita, senang2 nak describe sesuka hati jer kan.

Kita orang Islam, kita wajib belajar tentang agama kita, beriman dengannya dan amalkan, insya Allah barulah kebahagiaan dunia akhirat tu dapat dikecapi, Semoga Allah permudahkan untuk kita semua.

Aamiinn. Hari demi hari, saya berubah dari berpurdah (kain half tutup muka tapi, tak tutup dahi) ke berniqab (kain tutup muka full tapi nampak mata sahaja, macam ninja),

Dari tudung labuh kepada yang lebih labuh lagi, pemakaian jubah menjadi pakaian rutin bila nak keluar bekerja, atau keluar jalan-jalan.

Dan sudah semestinya warna hitam telah menambat hati, jadi mostly pakaian saya warna gelap hehe.

Kehidupan saya berubah three sixty, rezeki makin lancar, Allah hadirkan orang yang baik2 dalam kehidupan saya walaupun hijrah sorang2 takda kawan, (berat tau hijrah sorang2)

Alhamdulillah sehingga hampir 3 tahun hijrah, umur pun dah semakin meningkat, masih single (long short story, tunang dh jadi ex tunang), Alhamdulillah nikmat kan, terima jerlah sambil perbaiki diri.

Aturan Allah adalah yang terbaik. Dan untuk pengetahuan semua, wanita2 yang berniqab & yang warna hitam menjadi kegemarannya, mereka sedang mencontohi pakaian syariat, iaitu pakaian Saidatina Fatimah Az-Zahra.

Mereka bukannya ajaran sesat seperti kebanyakan suara2 yang pernah didengar suatu ketika dulu,

Tetapi ianya kerana rasa cinta mereka kepada Saidatina Fatimah Az-Zahra, iaitu puterinya Rasulullah SAW Kalau lelaki yang terbaik adalah Rasulullah SAW, maka wanita yang terbaik adalah Saidatina Fatimah Az-Zahra.

Mereka mengikuti pakaian yang dipakai oleh Wanita yang terbaik pernah ada di muka bumi ini bahkan yang menjadi salah satu daripada Penghulu wanita di syurga.

Jadi, yang diikuti oleh mereka mereka bukan sesat, bukan melampau, bukan mengada2 bahkan itulah pakaian orang yang terbaik yang terjamin syurga untuknya.

Pakaian ni juga bukan pakaian orang Arab. Orang Arab dulu tak pakai macam ni, tapi setelah datangnya Islam barulah diaorang mula pakai pakaian syariat.

Jangan nilai pakaian ini buruk, tapi mungkin ada segelintir yang tersalah cara memakainya yang kadang2 gagal untuk menjaganya. Astaghfirullah.

Wal ‘iya zubillah. Sepatah dua kata akhir buat sisters seperjuangan terutama yang berpakaian syariat, tahanlah diri kalian, ikutilah jalan Sunnah dan jgn kalah dek nafsu.

Sertakan pemakaian ini dengan ilmu, nescaya jalan dihadapan akan lebih mudah untuk kita, Insya Allah. Hargailah dirimu, kerana Allah menyayangimu sentiasa.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.A, Nabi SAW pernah bersabda:

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”

Riwayat Muslim (715)

Akhir kata semoga Allah SWT mengurniakan taufiq dan hidayah dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin. Maaf untuk segala kekurangan kata2 saya.

Sekian,

– Cik Daun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *