Takut Nak Drive

Topik aku ni mungkin tak berapa menarik sebab bukan kisah ibu mertuaku benciku atau suamiku sudah berubah dan segala mak nenek masalah hubungan sesama manusia.

Apa pun, aku rasa aku macam ada satu kerisauan melampau bila fikir tentang driving. Masalah aku dengan mental aku yang tak berkesudahan.

Aku wanita yang berumur 29 tahun dan dah ada lesen memandu sejak 2016 walaupun repeat banyak kali sampai dekat RM3000 berhabis untuk lesen memandu yang akhirnya aku rasa jadi hiasan dompetku sahaja. 

Ada beberapa pengalaman yang buat aku takut memandu.

Antaranya hampir accident sebab tukar lane tak tengok cermin sisi betul-betul dan asyik kena bebel dengan driving instructor masa kat driving school dulu sampai aku stress, terus stop enjin then aku nangis. 

Tapi habis jugakla belajar memandu tu tapi kalau buat benda dalam keadaan tak happy, memang tak lekat pun ilmu tu. Sekadar fikir nak lulus je.

Ayah aku pun takde push aku sangat or offer nak ajar sampai aku betul-betul confident bawak. Dia selesa jadi driver aku kalau aku nak kemana-mana sebelum kahwin dulu.

Kalau ayah orang lain, rimas tengok anak tak reti drive. Ayah aku seronok pulak jadi driver anak dia.

Haihh manjakan aku satu hal sampai lama perap lesen aku bertahun-tahun jadi passenger princess.

Now dah kahwin almost 2 years, laki pulak ajar aku drive. Tapi aku berani test kat tempat parking luas je.

Fikir tentang driving kat real road/ highway/ roundabout besar terus rasa tak yakin dan nervous.

Kadang jealous tengok perempuan lain drive effortlessly.

Mak mertua pun reti bawak kereta. Dia ada juga tegur secara halus suruh pandai bawak kereta. Mana lah tahu kot anak dia sakit ke nanti aku boleh drive. Memang bertambah insecure la jadinya bila ditegur begitu.

Tengok youtube, tengok suami drive kat sebelah macam senang je.

Bila duduk kat driver seat terus hilang yakin nak handle ‘machine besar’ ni. Feel so stupid! In fact, I’m just freelancing wfh memang rasa selesa tak melibatkan transportation.

Bila difikirkan balik, mak aku tak pandai drive sebab gemuruh rasanya sebab masa kecik dulu teringat ayah ada ajar mak tapi mak bawak slow sangat and end up tak belajar dah.

Overthinking punya pasal sampai kait dengan hal mak pulak kan. Padahal adik perempuan aku bold je bawak kereta sejak habis SPM tak takut pun.

Aku terlalu risau langgar itu ini. Aku terlalu risau fikir accident. Aku terlalu risau tak pandai agak jarak, terlebih pulas steering, tertekan pedal brake mengejut and so on… Aku tak tahu kenapa macam ni.

Masalah mental betul lah! Practise more. Betul.

Orang lain pun practise jugak. Cuma anxiety aku mungkin agak teruk compared to orang lain. Orang normal takkan faham, so keep your judgement.

Itu saja luahan aku. Semoga one day aku berani drive macam perempuan lain juga.

Maybe I just need some support or reassurance. I don’t know…

– Jane (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *