Jom Berehat Wahai TTCian!

Aku setuju sangat dengan confessor yang ajak TTCian berehat, (https://iiumc.com/jom-semua-ttcians-berehat-dan-lupakan-seketika-soal-zuriat/).

Terima kasih atas cadangan tu. Kiranya bukan aku sorang je yang berfikiran macam tu. Ada geng!

Actually aku dah lama berehat memikirkan pasal zuriat. Sebab aku tak nak stress. Aku tak nak dah dengar kata2 orang.

Paling aku ingat aku kena lupakan impian tu bila husband aku mulai sakit jantung kira2 6 tahun yang lalu. Namun, aku kurang bernasib baik.

Aku fikirkan keluarga suami aku boleh memahami memandangkan suami aku iaitu adik-beradik dia orang sendiri yang sakit. Bukan aku!

Tapi sangkaan aku meleset sebab itu bagi dia orang bukanlah masalah untuk kami miliki zuriat.

Mungkin dia orang lupa untuk memiliki zuriat perlukan dua pihak iaitu suami dan isteri. Bukan isteri sahaja yea tetapi suami sekali. Mungkin dia orang ni dah lupa ilmu sains zaman sekolah!

Walaupun dia orang ni beza umur dengan aku 2-3 tahun jer. Mungkin dia orang lupa jantung tu perlu bekerja keras lebih kurang macam bersukan semasa berj*mak.

Turning point nya adalah semasa bulan 3 sebelum PKP. Bila aku diperli konon2 dia orang sayang sangat dekat abang dia orang ni.

Kesian abang dia orang kahwin dengan aku tapi tak bahagia sebab takde zuriat. Cara bercakap tu ibarat nak suruh kami bercerai supaya abang dia orang boleh kahwin lain.

Aku terdiam bila aku dengar macam tu. Sangat bodoh sebab aku tak pandai menjawab! Sebab aku bukan kaki gaduh!

Balik dari kampung, kami berdua bergaduh besar. Selama kami kahwin belasan tahun, kami tak pernah berperang atau gaduh besar macam ni.

Aku menangis teruk sampai minta dilepaskan. Sebab aku terasa sangat2!

Tapi Alhamdulillah suami aku masih boleh berfikir secara rasional dan dia tak termakan pun dengan kata2 adik-beradik dia tu.

Sampai sekarang, suami aku takkan senang2 termakan cakap dia orang. Itu yang aku bersyukur sangat2.

Satu perkara yang aku perasan, pasangan yang tiada zuriat ni kurang masalah. kurang bergaduh dan saling memahami.

Tapi bila ada campur tangan pihak ketiga ni la yang jadi masalah! Ingat tu semua TTCian. Bukan suruh korang bergaduh, tapi fahami disini, kita ni golongan yang bernasib baik sebenarnya.

Selepas apa yang berlaku tu, PKP memang menyelamatkan aku dr berjumpa dia orang untuk tempoh yang lama dan mengurangkan stress aku.

Bila dah boleh bersua, aku jadi murung bila terpaksa jumpa di kampung setiap hujung minggu. dari situ aku triggered yang aku jadi bermasalah dengan dia orang.

Jadi untuk menyelamatkan diri aku dari overthinking dan menyelamatkan kesihatan mental aku, makanya aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari dia orang.

Minta maaf aku lebih sayangkan diri aku dari dirosakkan oleh orang yang tak menghargai diri aku sendiri. Aku tak explain dengan suami aku sebab apa aku bertindak macam tu dan dia faham. Alhamdulillah.

Aku tak explain pada biras2 yang lain pun, Alhamdulillah dia orang faham. Dia orang cakap, kadang kita kena dahului diri kita sendiri.

Aku bagitahu dia orang aku tak gaduh dengan dia orang, tapi aku ambil 1 langkah ke belakang untuk selamatkan mental dan emosi aku. Alhamdulillah dia orang faham dan dia orang tak marah pun kalau aku tak join event atau tak balik kampung selalu.

Fyi, mil dah takde. Tapi salah seorang adik beradik suami aku ni konon2 nak mengambil tugas arwah mil. Konon, “Kalau mak ada, mak akan buat macam ni.. Nasihat macam ni.. Berubat kat sini”. 

Padahal 8 tahun aku jaga mil masa sakit, sekali pun dia tak pernah ungkit pasal zuriat. Dari dia sihat, sakit sampailah meninggal dunia.

Aku yang jaga, aku yang sapu ubat, mandi, bagi makan, bawa treatment segala. Sikit pun dia tak pernah tanya pasal zuriat sebab cucu dia dah ramai. Cukup ramai sampai tak muat rumah.

Anak dia yang paling bising pasal kami takde zuriat ni, sebulan sekali pun belum tentu jenguk batang hidung. Aku lagi lama bersama dengan mak dia dari dia sebagai darah daging sendiri. Aku bukan menghasut, tapi kita sama2 ambil iktibar.

Yang ada ipar, jangan buat perkara yang sama macam yang jadi pada aku walaupun korang memang lahir dari rahim yang sama. Korang boleh buat sesuka hati, cakap sesuka rasa. Ipar ni jangan anggap orang luar walaupun dia memang bukan sedarah sedaging.

Kalo korang adik beradik gaduh, takpe lagi sebab air dicincang takkan putus. Tapi kalau korang cari gaduh dengan ipar, memang boleh putus silaturahim. Jangan buat adik beradik korang jadi serba salah sebab nak pilih suami/isteri instead of adik beradik sendiri.

Aku ada baca, dalam dunia ni memang takde istilah “common sense” pun sebab kita ni dilahirkan dari budaya keluarga yang berlainan, adat yang berlainan, cara yang berlainan so pengalaman dan cara berfikir kita pun berlainan.

Tapi kita boleh elakkan apa yang tak sepatutnya. Pada aku, memang tak sepatutnya dia orang cakap pada aku macam tu sebab konon2 nya common sense la takkan tak boleh fikir kot.

Tapi rupanya common sense tu tak wujud!

Kaunselor nasihatkan aku untuk terima “kekurangan” yang ada pada adik beradik suami aku. Sebab itu mungkin budaya dia orang sejak dari dulu ataupun itulah cara dia orang berfikir.

Akibat tindakan aku menjauhkan diri tu, akhirnya dia orang sedar apa yang dia orang dah buat bila biras2 persoalkan balik dia orang.

Apa dia orang dah buat dengan aku? Kenapa aku menjauhkan diri dan kenapa aku berubah sikap?

Konon2 dia orang nak membawang pasal aku tetapi sekarang dah terkena batang hidung sendiri.

Terima kasih biras2 ku. Aku sekarang masih cuba untuk berdamai dengan “budaya” tu. Tapi belum sepenuhnya. Biarlah masa yang tentukan. Time will heal everything.

Pada aku sekarang, kesihatan suami aku dan diri aku lagi penting! Kalau dia warded, aku yang jaga dia di hospital. Aku yang peluk dia masa dia meraung kesakitan lepas operation.

Kalau aku sakit, dia yang jaga aku pulak. Dia yang urut kaki aku setiap hari. Kami jaga diri kami seadanya.

Walaupun adik beradik dia kata sayang abang dia, tapi yang bersusah payah tetaplah seorang isteri di sisi seorang suami!

Orang asing yang bukan sedarah sedaging tapi sanggup bergadai nyawa, tenaga dan wang ringgit.

Zuriat bukanlah lagi menjadi keutamaan kami. Tapi keberadaan kami di sisi satu sama lain.

Maaf TTCian yang lain. Bukan melemahkan, tapi inilah salah satu realiti kehidupan! Tak semuanya manis!

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *