Salam semua. Entahlah tiba tiba aku rasa rajin pulak nak menaip hari ni.
Selalu kan kita dengar orang lelaki nak kahwin lain sebab tak ada anak. Tapi yang memusykilkan aku bila dah ada anak bukan kau nak jaga pun budak tu.
Pergi kerja masa yang sama tapi isteri bangun dulu masak sarapan, kejut anak bangun, siapkan anak pergi sekolah baru suami bangun siap tinggal makan pergi kerja.
Yang si isteri ni macam lipas kudung buat semua basuh baju sidai baju bagai.
Aku percaya tak ramai isteri yang sanggup nak suruh suami tolong buat tu semua sebab taboo. Suami kan dirajakan.
Kalau balik kampung suami tu lagi la geram tengok mak mertua buat semua kerja rumah, pergi toreh getah tapi bapak mertua dok la mengangkang isap rokok tunggu lauk hidang.
Makan pun tak reti nak basuh pinggan sendiri. Lauk tak kena tekak membebel. Sungguh la aku rimas dengan situasi ni.
Si isteri dah penat penat malam kena layan si suami lagi. Lepas tu kerjanya beranak sampai la badan tu lunyai.
Bila dah ada anak yang si suami sibuk nak anak tadi ni pun bukan nak tolong jaga.
Konon da balik kerja penat sangat la tu.
5 minit main dengan anak terus mintak izin nak keluar jumpa kawan. Begitulah sehari hari sampai bang jamil mamp*s.
Bila kita tegur katanya stress kerja bagilah peluang rehatkan minda jumpa kawan. Padahal kat tempat kerja kau bukan main lagi berfoya foya.
Yang si isteri ni dah balik kerja langsung tak rehat sambung buat kerja rumah layan kerenah anak yang tak sudah.
Hey lelaki kau tak payah sibuk nak anak kalau kau tak boleh nak bagi masa dan perhatian kat anak. Setakat sehari 5-10 minit main dengan anak tu bukan peranan bapak la.
Konon kau bagi duit belanja.. heyyyy ingat betul betul tu duit kau ke duit gaji isteri yang kau pakai.
Sebab selalunya isteri la yang keluar duit poket sendiri.
Dah ada seorang anak sibuk nak tambah lagi padahal kau tu tak nak berkorban panc*t kat luar masa ma*in kan! Geram aku.
Kerjanya nak harapkan isteri pakai perancang je.
Bila ada kesan sampingan badan gemuk muka berjerawat mula la mata tu mintak kena korek2 sebab bukan main melirik tengok perempuan lain.
Ye lah bila ada masa terluang isteri dah tidur kau layan benda luc*h pulak.
Bila kantoi kau cakap nak belajar teknik konon.
Yang realiti ada depan mata kau sibuk nak tengok yang fantasi tu.
Kalau yang jenis aplikasikan pada isteri untuk kepuasan okey lagi ini ada yang jadi ganas sampai sakitkan isteri, ada juga yang mudah jadi lembik layu.
Ya Allah kau tolonglah pupuskan jantan2 tak guna macam ni. Tinggalkan yang baik baik je.
Jomlah kita cuba didik anak anak lelaki kita jadi orang yang berguna dan tak menyusahkan orang lain terutama bakal isteri masa akan datang.
Kita ajar dia buat kerja rumah dan sayangkan keluarga bukan cari keseronokan dengan kawan kawan.
– Siti Alina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit