Saya Rumet Neraka

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Ada orang tegur kami. Walaupun bahasa yang menegur itu agak keterlaluan, tetapi biarlah. Mungkin dengan menggunakan kata-kata begitu, nafsu amarah beliau dapat dihapuskan.
.
Oh ya, saya rasa saya lah roomate dia. Ciri-ciri yang diberitahu itu memang melekat pada saya. Minta maaf kerana saya dah buat awak marah. Maaf kalau saya kurang common sense. Ya, saya manusia. Kadang-kadang terlalu seronok sampai terlupa. Maaf. Dan, lebih elok jika awak datang compartment saya, dan cakap elok-elok. Dekat je kan compartment kita? Sebelah-sebelah je. :)
.
Awak, betul saya suka gelak kuat-kuat, tengok korea, niyang rapik tu semua. Mungkin awak betul nak bunuh saya. Tidak mengapa. Jika betul saya yang awak maksudkan, saya akan tukar mahallah dengan kawan saya insyaAllah sem depan. Kami akan buat application dalam minggu ni. Maafkan saya. Oh ya, saya akan buat biasa-biasa sahaja dalam bilik nanti walaupun saya dah confess di sini. Jadi, kalau boleh , awak tegurlah saya bila saya buat salah, ya?
.
Saya nak tegur awak, tapi saya malu sebab awak senior saya. Maaf. InsyaAllah nanti kalau ada masa, saya cuba untuk berbaik dengan awak. Awak jangan bunuh saya ya masa saya nak berbaik nanti.
.
Kita ni perempuan. Ya, betul confession ni anonymous. But, saya risau nanti ada yang dapat cam. Betul itu keburukan daripada pihak saya, tapi, saya rasa (contoh) kalau awak berada di tempat saya, dan saya berada di tempat awak, saya tidak akan bercerita macam awak buat. Tetapi abaikan, benda dah jadi. Dan saya insyaAllah akan berubah. TErima kasih sangat.
.
Akak, nanti malam, saya belanja domino ye. Akak jangan tak makan. Kalau bukan akak yang confess, tak apalah. Harapnya saya tak mengguris hati akak. :)
.

– Roomate

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *