Saya Wanita Bekerjaya Dan Suami Pula Kerja Sendiri

Assalamualaikum. Saya perkenalkan diri sebagai Rose berumur awal 40an. Suami 2 tahun lebih tua dan mempunyai anak2 remaja berumur 20, 16, 13.

Saya bekerja di sektor swasta dengan pendapatan 4k dan suami bekerja sendiri tiada pendapatan tetap dan juga tiada caruman EPF. Suami kerja sebagai kontraktor kecilan. Dia la bos dan dia juga tukang.

Sebenarnya saya nak luah ni sekadar nak kata kata semangat dan nak tanya betul ke tindakan saya ni. Rumah dan kereta semua beli atas nama saya. Sekarang suami sudah lebih kurang 2 tahun tiada kerja.

Hanya saya yang menanggung semua, saya sekarang dah sampai tahap redha je yang saya kena kerja lebih untuk cover semua perbelanjaan rumah, memang tak cukup.

Bila cakap dekat suami duit tak cukup untuk cover semua komitment bulanan. Dia akan jawab nanti dia akan cari kerja. Masalah nya suami ni dah macam2 kerja saya suruh dia buat.

Jangan berharap dengan projek dia je. Buat la grab ke, jadi kelindan lori ke, kerja dengan kawan2 ke atau kerja je ape2 termasuk kerja petrol pam pon saya cakap dengan dia saya tak kisah.

Tapi setiap kali tu lah akan bergaduh besar, saya dah naik kesian pada anak2 selalu tengok kami bergaduh.

Akhirnya saya yang akan mengalah minta maaf pada dia kerana push dia cari kerja. Saya pernah minta cerai tapi suami memang tak nak lepaskan saya. Suami seorang suami yang rajin dan menantu yang baik.

Sepanjang dia takde projek dialah yang handle pasal anak dan memasak, mengemas rumah. Dan memang jarang sangat melepak since dia takde kerja ni maklumla takde duit kan.

Suami seorang perokok tapi tak pernah minta/ambil duit saya. Ape saje yang berkaitan dengan belanja dia seperti beli rokok dan isi minyak kereta (sebab suami hantar & ambil anak dari sekolah) tak pernah minta dengan saya.

Suami seorang menantu kesayangan papa dan mama saya. Orang harapan buat itu ini beli itu ini bila balik kg.

Saya ada sakit darah tinggi. Mungkin terlampau banyak memikir. Bila saya stress duit tak cukup.

Sakit kepala saya akan datang. Darah akan naik. Saya pernah cakap pada suami jika berlaku apa2 pada saya dialah puncanya.

Saya pun tau suami pon stress sebab tiada projek tapi saya cuma nak dia kerja dan lepas bayar rumah/ kereta/ beli barang dapur pon dah cukup. Tak perlu gaji besar pon.

Anak sulong saya sambung belajar di IPTA, tak lama lagi yang no 2 pula, jadi perlukan lebih banyak belanja.

Sedih saya bila memikirkan nasib saya. Saya dah macam suami pula. Tugas cari duit semua jatuh pada saya.

Bab nafkah memang saya tak kisah langsung. Memang tiada dari dulu lagi. Cuma saya berharap tolong la saya same2 cari duit untuk perbelanjaan keluarga.

Bila duit tak cukup untuk beli barang dapur sampai terpaksa pinjam pada keluarga saya. Keluarga dia buat tak tau je. Tu juga menyebab kan saya dah lama takde hati nak balik kg suami.

Saya dah letih untuk kerja lebih masa (OT) pon kadang2 masih tak cukup. Selalu ade tunggakan. Tunggakkan ini saya akan selesaikan bila saya dapat duit bonus.

Tapi sedih lah saya bile bonus yang sepatutnya saya dapat saya belanja untuk family dan keperluan saya. Habis digunakan untuk bayar tunggakan.

Disebabkan suami yang rajin menolong tu la menyebabkan saya juga serba salah nak keraskan hati untuk bercerai.

Akhirnya saya pejamkan mata saja dengan apa yang terjadi ni. Saya ikut je flow yang Allah aturkan.

Cuma ada masa saya akan down dan terlintas untuk bercerai dan cari lelaki lain memandangkan saya memang ada rupa dan saya fikir mungkin ada lelaki di luar sana yang akan menghargai saya.

Maaf jika ayat tunggang langgang, tolong bagi saya kata2 semangat dan apa perlu saya buat ya.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Memang skrg ni ramai wanita yg ‘senasib’ dgn awak, Rose.., so awk x keseorangan dgn keadaan sebegini .. bkn nk kta perkara ni dah jadi “trendy”, tp hakikatnya pihak suami lah yg xde kesedaran utk mngubah nasib family.. awk kta dia rajin, klau betul, mesti dia akn cari jln utk cari pendapatan, walau pon kerja sebagai ‘buruh kasar’.. skrg ni dunia terdedah kpd pelbagai peluang, nk atau xnk je.. nk bwak kreta ‘grab’ bule, nk jd ‘rider’ pesanan makanan, boleh.. klaw dah xnak kluar rumah langsung, buat jualan online, jual sambal ke, jajan yg di’pack’ ke, coklat ke, apa2 lah, asalkn bule mendatangkn hasil.. klaw dia xnk cuba jugak, nk tnggu projek yg tah bla2 dpt tu, maknanya dia ‘tiada maruah diri’ sbg suami dan ayah kpd ank2 nya.. mmg kita x boleh nk ubah org lain, kecuali dia sendiri yg nk berubah.., klaw dia setuju, puan Rose bole tlg carikn dia kerja yg sesuai, atau klaw nk niaga, bole cuba scara kecil2an dlu ke, janji dia mahu buat kerja tu.. di samping tu bnyak2 la berdoa agar Allah lembutkn dan buka hatinya utk cari nafkah utk kluarga.. klaw ikutkn, cari nafkah tu kwajipan suami, isteri x keje pon x salah, tp tula, dunia skrg dah ‘terbalik’.. redha jela, nt di Akhirat, pepandai la para suami yg sebegini nk menjawab dpn Allah azzawajalla.. Wallahua’lam

  2. Redho… Tu kunci utk tt teruskan perjuangan dalam perkahwinan ini. Kisah kita sama. Banyak kali juga sy hampir berputus asa tetapi sy gihgihkan juga mencari kekuatan. Berbelas tahun menjadi breadwinner utk family…rumah kenderaan, belanja harian, pendidikan anak2.. Semuanyalah.. Boleh dikatakan 95% family financial is on me.. Sy diuji juga beberapa kali dgn ujian berat. Sudahlah perit mencari nafkah utk keluarga sendiri, menanggung pula adik ipar yg tinggal free dkt rumah yg kita berhempas pulas bayar bulanan sorang2 tanpa sesen pun bantuan abgnya apetah lagi dia yg senang lenang ada kerja, ada gaji tapi x menghulur walau sedikit.. Walau duit api air. Diuji lagi menjaga anak sedara yg yatim. Tak ada pilihan ambil juga utk jaga, beri makan, beri tempat tinggal dan sekolahkan. Diuji lagi dgn perniagaan yg menjadi sumber rezeki yg hampir gulung tikar kesan covid. Diuji pula dgn penganiayaan oleh rakan kongsi. Diuji dengan kematian serentak mak ayah semasa covid. Dan baru2 ini sy juga sgt2 penat dan hendak akhiri hidup. Sy harapkan syahid bila nk lahirkan anak yg ke-5. Kerana dah tak sanggup juga nak teruskan hidup… Terlalu penat. Sy pernah merayu pd suami utk bantu sy walau sedikit walaupun sy tahu bagaimana merintih pun sy tak akan dpt any financial support dr suami. Tak dapat tp setidak-tidaknya sy dpt luahkan yang sy need help.
    Itulah dlm sendu.. Dlm tangis… sy cekalkan hati dgn niat sy’ sedekah’ kepada suami dan anak2. Sy harap itulah cara sy dpt teruskan hidup. Sy pujuk hati utk redho.. Redho dgn segalanya.

    Cerai. Jgn lah.. Jgn lah segala usaha dan penat berbelas tahun ni menjadi sia-sia.

    Ini yg sy boleh kongsikan dgn tt. Tt anda tak berseorangan. Terus cekal.. Cari redho Allah

    • Apple…
      Apple boleh suruh ipar Apple keluar dari rumah. Dia bukan tanggungan Apple. Minta dia bayar sewa/api/air/internet sekiranya dia nak tinggal bersama. Kena keraskan hati minta kalau tak halau saja parasit macam tu.
      Apple boleh minta pejabat agama untuk kaunseling suami Apple.
      Jangan bayar lagi keperluan suami, mintalah dia bayar/atau waris dia bayar.
      Entah kenapa sayu sangat hati saya membaca luahan Apple.
      Saya harap masalah kewangan dan kesihatan Apple akan bertambah baik dengan cepat.
      Semoga Allah lindungi Apple atas kebaikan Apple.

  3. Kak, walaupun tak dapat merasa apa yg ko tgh lalui, tapi i get you.

    Senang cite mmg rmai juga org tgh semput dan serabut bab duit ni.
    Tapi meh sini sy bg tips pd akk supaya tak serabut & Allah bg jalan keluar.

    1. Amalkan istighfar
    2. Solat taubat
    3. Solat tahajud
    4. Dan amalkan Doa terlepas hutang (dlm almathurat) Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan……..ni mksudnya-” Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”

  4. Sy doakan puan suatu hari nti redha dan tenang menghadapi ujian Allah swt ini, semoga dipermudahkan segala urusan puan dan murah rezeki selalu. Sy juga doakan suami puan terbuka hati membantu puan mencari nafkah Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *