Sayang, Tunggu Aku Di Syurga

Assalamualaikum semua. Ini confession aku yang kedua. Yang pertama tak lepas mungkin sebab terlalu emosi kot. Kalau yang ni disiarkan alhamdulillah terima kasih admin. Saja ingin berkongsi tentang kebenaran bahawa lelaki yang baik itu masih wujud.

Nama ku Umi, umur 30 tahun. Ibu tunggal anak dua ditinggal suami setelah meninggal dunia hujung tahun lepas. Aku bukan perempuan yang baik. Habis saja SPM aku melanjutkan pelajaran dan suami ku merupakan rakan sekelas ku di ipta.

Masa ni aku memang dah hanyut. Siapa sahaja yang jadi teman lelaki ku pasti sudah terlanjur jauh dengan aku. Tapi Allah sayang aku. Tidak pernah aku bermimpi akan berkahwin dengan suami ku. Lelaki yang cukup baik idaman para wanita.

Habis saja pengajian di ipta aku dan suami terputus hubungan. Aku teruskan dengan master dan suami sudah bekerja. Masa ni aku bercinta dengan suami orang, Zaid. Hubungan kami dah tersasar jauh dari landasan. Zaid janji kami akan halal habis sahaja master aku nanti. Tapi betapa Allah sayang. Di hujung pengajian tiba-tiba suami menegur di whatsapp setelah 3 tahun tidak pernah berjumpa bertegur sapa.

Aku agak terkejut sebab suami sejenis pendiam tak banyak cakap senyum je. Tidak pandai berkawan dengan mana-mana perempuan. Dari whatsapp dia ajak berjumpa dan kami berhubung sebagai kawan biasa selama 6 bulan. Dia memang tak tahu yang aku bercinta dengan suami orang. Tiba-tiba je dia ajak aku kahwin. Mak ayah dia nak naik merisik katanya.

Aku rasa macam mimpi. Aku bukan perempuan baik untuk dia. Aku tak layak untuk dia. Aku tanya kawan baik aku. Dia nasihat aku untuk terima dan simpan saja aib aku tak payah cerita apa-apa dengan suami aku. Lamaran suami aku terima sebab aku pun rasa hubungan aku dengan Zaid tak kan kemana.

Tapi aku bodoh. Zaid lepaskan aku kahwin dengan suami tapi dengan syarat aku kena teruskan hubungan kami dan layan nafsu dia sampai nanti hari aku dah kahwin dengan suami baru dia lepaskan aku dari hidupnya. Zaid ugut untuk cerita semua perangai buruk dan semua masa silam aku dengan suami kalau aku tak ikut apa dia nak.

Memang aku bodoh sebab ikut kehendak Zaid tu. Aku sedia dikecam. Tapi kuasa Allah sehari selepas bertunang dan dua bulan sahaja lagi nak nikah Allah tunjuk dengan suami diri aku yang sebenar. Suami dapat tahu apa aku buat belakang dia lepas aku tertinggal phone aku dalam kereta dia. Satu tamparan hebat untuk suami.

Suami ajak Zaid untuk jumpa. Aku sudah sedia untuk suami putuskan hubungan kami. Tapi balik sahaja dari jumpa Zaid suami cakap semua akan diteruskan dan dia tak mau tahu apa apa pun kisah silam aku yang lain.

Suami anggap Allah hadirkan aku sebagai ujian dan tanggungjawab dia untuk bimbing balik ke jalan Allah. Allahu betapa aku rasa sayangnya Allah dengan aku walaupun aku dah cukup jauh tersasar dari Dia. Aku solat taubat dan janji dengan suami akan jadi isteri yang baik untuk dia.

Habis saja nikah suami kucup dahi ku dan berterima kasih sebab aku sudi jadi isteri dia padahal aku yang patut ucap ayat tu. Lepas kahwin suami sekali pun tak pernah ungkit masa lepas aku. Suami bimbing aku ajar cara solat yang betul tutup aurat dan selalu mengaji sama. Aku cukup bahagia terima kasih ya Allah.

Suami lelaki yang sangat bertanggungjawab. Masa berpantang anak pertama suami tak kasi aku balik berpantang rumah mak aku sebab dia cakap aku ni tanggungjawab dia. Dia yang akan jaga aku. Terbukti suami aku memang jenis walk the talk. Sepanjang pantang semua benda suami aku buat. Aku cuma susukan anak je. Lain dia settle.

Ulang tahun ke 2 perkahwinan aku disahkan mengandung anak ke dua 2 bulan. Mental fizikal aku belum sedia tapi suami pujuk kata ini semua rezeki Allah. Disebabkan aku yakin suami akan jaga aku dan anak anak dengan baik so aku redha dengan pemberian Allah ni. Rupa rupanya Allah bagi aku baby kedua ni sebagai pengganti suami.

Cukup 4 bulan usia kandungan Allah ambil suami aku kembali. Allah ambil suami aku macam tu je. Tak ada tanda apa apa langsung. Dalam keadaan khusnul khotimah alhamdulillah. Allah tiupkan roh untuk anak dalam perut aku tapi Dia tarik roh di dalam badan suami aku.

Aku betul betul tidak redha dengan pemergian suami. Aku tak bersedia dengan ujian Allah ni. Setiap hari aku cakap dalam hati ‘patut la Allah bagi aku lelaki yang cukup baik rupanya Allah bagi pinjam kejap je’. Terduduk aku pandang anak sulung dengan perut aku yang memboyot ni. Macam mana nak teruskan hidup tanpa suami.

Sekarang aku tengah dalam fasa pantang lepas melahirkan anak ke dua aku. Hari hari menangis teringat suami jaga aku berpantang anak pertama dulu. Hari ni genap 6 bulan suami aku pergi. Sungguh aku tak kuat tapi orang sekeliling semua kata aku tabah. Aku ralat sebab tak sempat nak minta maaf dengan suami sebelum suami pergi.

Kepada isteri isteri di luar sana jangan lupa minta maaf dekat suami korang setiap malam sebelum tidur okay. Doakan aku kuat membesarkan dua orang anak solehah aku ni In Shaa Allah.

Terima kasih sudi baca luahan hati aku sebab selama suami pergi ini second time aku cerita yang terbuku dalam hati. Mudah mudahan Allah beri kita semua peluang untuk bersama dengan orang yang kita sayang di syurga nanti. Tak bersama di dunia sementara tak apa yang penting di syurga selamanya In Shaa Allah.

– Umi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *