Salam aidilfitri para readers sekalian. Nampaknya ramai orang mengeluh kena jadi hamba abdi buat kerja rumah yg sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang Suruhan lelaki dlm rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saudara yg datang menyemak kt rumah aku ni. So bagi aku raya is no other than tempoh yg menyakitkan hati. Aku benci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ni pun aku tak duk kt rumah. Pukul 8 tadi aku naik motor datang ke pantai cuba tuk cool down sbb tadi aku bertekak ngan mak. Kesian dia menangis kecik hati ngan aku. Kesian lagi aku. Kenapa? Bacalah dulu.
Aku merupakan anak Ketiga. So kakak dan abang aku memang mak aku sayang gila la sbb diorang penyumbang kewangan utama family. Adik2 aku plak tersangat manja So family aku layan diorang mcm anak raja. Aku? aku ni hama je. Dah berkali2 aku plan nak lari rumah tp sejak bapak aku sakit, aku nekad tuk bertahan je. Tapi sekarang ni aku yg menanggung sengsara dr segi emosi dan fizikal.
Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah consider kudrat aku tu sepadan ke tak dgn beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada kat rumah tak pergi mana2 so mak ayah tak perlu risau pasal apa yg diorang buat kt luar. Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak duk kt rumah. At least sinki tak penuh dgn pinggan kotor, toilet tak tersumbat dgn puntung rokok, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak abis, akU pun tak penat sangat. mak aku ni seorang caterer tp dia tak nak hire pekerja sbb dulu dia pernah kerugian sbb staf dia bwk lari semua duit dia. So yes aku ngan mak yg handle semua tempahan tanpa bantuan drp orang lain. Kenapa aku kata terpaksa? Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak or tak bersyukur sbb Tuhan masih nk bagi peluang tuk buat pahala. Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Abih aku ni Bukan anak dia ke? Aku paham kalau dia save duit tu tuk modal. Tapi aku jugak perlukan duit tuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku at least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan family memang tak lah. family aku didik aku ngan kasar sejak kecik lg. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa2. Aku tak boleh menangis dpn diorang walau apa pun jadi. So sejak kecik aku tak pernah merasa apa2 yg dibeli dgn duit family.Yuran belajar je partly supported by kakak aku. Yang lain sume aku tanggung sendiri ngan buat kerja part time.
Selain tu, adik beradik lelaki aku jgk mmg takde kesedaran langsung nk tolong mak aku jd driver beli barang kt pasar ke apa. Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh2 kilogram. Beras plak kena beli ngan kilang so dalam sehari aku mmg dua tiga kali pusing satu daerah ngan mak naik motor gi beli semua tu. Even nak bawak bapak pergi hospital pun aku kena tebalkan muka mintak tolong ngan kawan bapak aku. Kalau ada duit lebih baru aku upah transporter. Diorang si lelaki biat apa? Membuta kt bilik sampai ke petang. Bangun je taknlain tak bukan melahap mcm setan. Aku takde lesen kereta. Dulu masa aku nk buat, mak Kata tak payah sbb duit tu dia nak bagi kt adik2 buat lesen kereta. Pastu mak bagi plak sebuah kereta tuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik2 sanpai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak. Dia tak foresee yg kalau adik2 takde nak harapkan sape bawak kereta tu sume? Takde sapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai2lah nak hidup
Hari tu Selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula2 mak keras hati paksa jgk aku buat kerja. Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung. Aku bangun seawal pukul 5 pagi masak bahan basic tuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yg sakit tu. Dalam pukul 7 aku kena siapkan anak2 Abang aku ke sekolah, masak breakfast tuk diorang, hantar diorang ke sekolah, dalam pukul 8 aku bawak mak gi pasar beli barang, dalam pukul 10 bawak bapak gi hospital plak settle hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tlg mak masak tuk bisnes dia plak. Petang kehulu kehilir pegi ambil anak2 sedara kat sekolah, COD tempahan makanan kt rumah customer,etc. Kalau hari biasa je aku rasa penat gila. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena settle. So lepas cod barang, aku balik masak tuk family berbuka plak. Lepas dh makan semua tinggal camtu je dlm sinki. Kadang2 budak2 muntahkan makanan bawah meja tak pun sorok makanan kt bawah meja. Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yg dipersalahkan pastu aku jugaklah yg kena cari lubang sarang and taruk racun. Bila aku bising kt mak suh nasihatkan adik2 tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja. Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak ngan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat2 nanti bila kahwin sama jugak buat tuk suami. So aku kena berterima kasih kt diorang sbb aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sbb diorang. Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi mampus.
Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri sakit sendiri merangkak pergi hospital. Berkali2 doktor pesan jangan buat kerja berat tapi srmua tu family tak paham. ok takpe aku buat jugak. Aku try mintak ngan mak nak duit buat beli supplemen tambahan cam jus delima and pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya plak adik2 mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur rm200 seorang. Mak aku siap kata lagi kt aku, kau punya tak Payah beli baju raya takpe kan sbb duit dh byk habis kt adik2. Aku menangis kt dlm bilik sbb kecik hati ngan mak. Tak sangka penampilan adik2 lagi penting drp kesihatan aku. Baju raya takde takpa. At least cakaplah elok2. Takpelah aku kumpul duit sikit2 hasil cod hari tu dpt jgk duit tips drp customer. duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni. kot la ada kecemasan ke apa kan
Then kat sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dan mak pagi tadi. tiga hari lepas, tah dari mana datangnya tiga org saudara yg aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku mcm rumah sendiri . Geram betul. sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tp time org duk masak ke tgh kemas rumah ke dia selamba je duk tergolek dpn tv layan cerita. Aurat kt dlm rumah takyah cakap la. Baju asek nk londeh je. Suh solat pun mcm nak kena cungkil dari katil. Pemalas nak mampos. Masa makan je berdesup ke dapur makan Sampai perut buncit. Lepas makan tinggal camtu je dlm sinki tak berbasuh. Anak dia dok meraung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yg kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tp astaghfirullahal'azim pemalas nak mampos. Heee.. Semalam satu family letih layan tetamu dtg beraya. Aku plak makan kt luar sorang2 takde mood nak makan ngan diorang sume. Bila balik je aku bengang gila la kucing2 takde sapa bagi makan. Masa aku kt dapur tgh bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dh tak tahan terus maki dia. Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang vavi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas tidur je keja. Vavi je perangai camtu. Pakai purdah kepala hOtak perangai cam s*al. Dia terus keluar mengadu kt mak bapak aku. Mak aku marah gila ngan aku. Dari riak muka bapak aku, jelas dia kecik hati ngan perangai aku. Baru aku tahu pompuan tu anak sedara yg dia plg sayang. Sbb cantik, pakai sopan, lembut tp perangai mcm iblis. Aku yg depan² mcm iblis ni tak hadap plak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga iblis mak ngan bapak ni tak jadi hipokrit mcm perempuan tu.
Pastu mak face to face ngan aku cakap dia kecewa aku biadap camtu. Aku terus terang cakap "kalau camtu bagilah duit. nk balik gombak. Kerja kt sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak camni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dh dpt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dgn family mak yg membosankan ni". Mak blah camtu je. mesti dia taknak. Nanti sape nak tolong dia kan.
Seorang lagi saudara aku tu.. Dia ni buat jugak kerja rumah tp kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dlm bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sbb semut masuk. Keropok jadi lemau. Ikan jadi busuk dan berulat sbb dia letak kt luar. Dapur bersepah dgn sisa makanan yg basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja setan. Mak marah2 aku salahkan aku. Tak pasal plak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yg diorang buat kt dapur sbb aku jaga bapak aku. Pastu subuh tadi aku join diorang masak. Mak aku okay sket la ngan aku. pastu mak suh aku tlg dia siram bunga. Aku keluar iktu pintu depan and senyap2 pergi ke pintu belakang saje nk spy apa yg sedara2 lehnet tu dok sembang. Kecik hati aku dgr diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus. Kulit hitam. Perangai mcm jantan. Tah anak sape tah sbb lain drp adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la.. Tiba2 aku meluru ke pintu belakang dgn air mata . Aku tanya apa yg diorg tak puas hati ngan aku? Diorang tunjuk riak muka celaka kt aku. Aku dah tak sanggup nk pendam. Aku katalah ye aku hitam sbb aku berpanas hujan kt luar tlg mak cari rezeki. Anak2 dara lain cantik gebu makan supplemen pakai set kecantikan mahal2. Aku ni satu apa pun tak de. Diri aku Selekeh sbb aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dlm poket, aku takkan jadi camni. Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal ngan diorang. Mak tuduh aku mcm2. Sketsa apa la ni…. Aku try nak sabar tp tak mampu. First thing aku buat, aku buabg cincin di jari terus campak kt mak. Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dgn anak kawan dia tahun lepas. Tah sapa je lelaki tu. Aku tak kenal and tak pernah cari ikhtiar nk mengenali dia. Dia pun sama. Menyakitkan hati jgk jd tunang org ni. Aku cakap kt mak, " nah amik balik. Hari ni jgk saya putuskan pertunangan ni. Jgn nk guna kuasa veto wali ye. Lelaki tu tak sekufu dgn saya. Elok2 mak buat saya mcm kain buruk. Mak nk pass saya kt orang yg saya tak kenal. Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dpt anak hitam tak terurus camni. Sbb anak mak yg cantik handsome semua mak simpan kt dln rumah. Takut kena cahaya matahari sgt kan. Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak taknak. Mak simpan saya kt rumah jadi apa!!! Jadi kuli je kan? Maaf sbb saya derhaka ngan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yg maksum didunia kecuali nabi. Mak layan saya mcm sampah nanti mak jawablah dgn Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak2 lain mcm raja. Saya diam sbb saya taknak derhaka ngan mak. mak tahu saya kena buat surgery tp mak lagi sanggup utamakan adik2 drp saya. Skang ni orang luar lagi tinggi darjat drp saya. Kalau camtu saya berambus dari hidup mak la senang kan?saya lagi rela mampos kt celah hutan sana drp tanggung sakit hati sbb mak tak sayangkan saya. Mak duduk lah kt rumah ni ngan biawak hidup ni semua." aku tgk mak tunduk je menangis. Sedara aku sume tergamam sbb tak sangka jadi camni. Aku blah masuk bilik amik sweater , helmet, tudung dan kunci motor. Masa aku lalu kt depan bapak aku cium tgn dia. Aku taknak jadi camni pun tapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku deserve kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Raya2 ni kena layan drama celaka camni. Dia genggam tangan aku taknak aku pergi. Tapi aku blah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk2 call and whatsapp aku suh balik. Aku dh tawar hati. Petang nanti aku baliklah. Tapi aku nak balik kemas barang then blah balik gombak. Ego mak tinggi sgt. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah.
Lantaklah korang pikir aku anak derhaka ke apa. Takde sape kt tempat aku Dari dlu sampai ke hari ni. Aku ni manusia yg membesar dlm tekanan. Aku takde kawan. tak pernah lg la org peluk aku and kata " don't worry. You'll be fine" or "it's okay. I'm here for you". Kelakar kan hidup aku. Takpelah. Satu semester je lagi kt uia and i will be away from here but dont worry mak, tangggungjawab anak ttp wajib ditunaikan. I love you so much and I'm sorry because i have to behave like an a***ole this time. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak express camne kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, drp anak mak yg paling tak sempurna
– shuya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
sedihnyaa
Be strong dear..
Sedihnya :'( :'( :'(
Mohon confessor ni terus bertabah :’)
Kau kuat weh.. sungguh… nnti kau keje lelok… pape pon dia tetap mak kau.. aku ase mak kau sedar tu cuma ego… good luck dear
weh sedihnya . i think u did the right thing doh . dengan kau terseksa ceni semua . berat weh dugaan kau tapi aa aku rasa kau hold dulu kalau nak balik rumah , biar kasi sedar sikit orang kat dalam rumah kau tu . tabahkan sikit hati kau kejaaaap je lagi habis sem kau kena reward diri kau something . baru kau rasa puas atas apa yg kau dah buat selama ni kau boleh buat weh kau boleh !
Be strong confessor
Saje jew wat tangkap leleh … ngah tunggu kain lam mesin basuh.. mmmm rasa ramai lak aku nak wat adik angkat lam sini huhuhuhuhu… benti tolong, rehat, kembalikan kesihatan, buat yg termampu ikut kesihatan diri, pindah, cari keja, jaga diri.. jgn risau ya .. tuhan tak kan uji melebihi batas kemampuan diri kita..
Akan ada bahagia sabar ya…
Meh sini nak kalo nak peluk
Ur words so kind! ?
YaTuhan
Mst smbil confess ni kau nangis kann.. semoga tabah.
aku yg baca ni pon nangis…ape lg die yg confess…hmmm…
Nnti kau blklah. Biar dulu rumah tu mcm tongkang pecah sbb xde kau. Bukan nk hasut kau jd jahat. Bior adik beradik kau tau apa selama ni kau buat yg depa xhargai. Itam2 pun klu ada jodoh. Laku jugak. Makcik aku itam dia. dpt laki hensem putih melepak woi. Dh la rajin plak tu. Haha. Be positif. Dh reda nnti kau mntk maaf dgn mak kau.
JYEAHHHH betul betul
Kesian cerita awak…saya sebagai ibu dapat pengàlaman dng serita saudari…semoga dapat saya jadikan iktibar
Tu la makcik..makcik kawinkan la anak makcik dgn dy
Sabar dan redha. Senang cakap susah nak buat. Kadang bila dah tak ada dan kerja tak dibuat baru depa reti penat. Pada saya, mintak maaf melalui phone dengan mak bapak secepat mungkin, tapi jangan balik dulu. Baik jaga diri dan sembuh kan cedera emosi dan sakit fizikal dulu. Sebab sekrg ni kalau balik pun takut berulang semula vicious cycle. For me, adik beradik biawak ni, toksah layan. Allah tak jadi kan pompuan untuk dihambakan. So kita kena jaga diri sendiri dulu. Jangan sampai terabai.
Be strong gurl!! Face up…one day..bila ko da ok..please go back to ur house…for ur parents sake..
Sedih nyaaaaaa .sape potong bawang nih ;(
kuat sgt awk ni… kalau sy tu lama dh jd drama celaka camtu.. moga Allah terus beri kekuatan buat awk.. kalau rasa xde kwn, meh pm sy kita kwn ye..
Terus lah brtabah… awak seorang yg kuat still trus brbakti kpd parents awak w’pun dilayan mcm tu..
Mak kita mmg x perfect,maafkan mak awk tu,if u need counselling or advice,you can pm me,free of charges.be strong ya,i can feel you,
Kesiannya…
Don’t worry, kita semua yg baca kisah awak akn jadi kawan awk. Be strong dear. Allah sentiasa ada bersamamu. Kami doakan yg terbaik untuk awak. Terima kasih telah menjadikan kisah awak sebagai contoh bahawa ‘dalam susahnya kita, ada mereka yg lagi susah hidupnya.’ Keep strong n never forget your parents even your mom still remain silent.
berair mata baca ur confession
Oh my God!! Eloklah you asingkan diri dari keluarga yg toxic ini utk sementara waktu. Let them know what it feels like without you around. Tetapi jgn lupa doakan dan hubungi ibubapa sambil minta maaf. Yg lain tak perlu you ambik tahu. Semua pun dah besar panjang. Ibubapa yg utama.
Ikhlskan niat..hijrah sekejap untuk mencari dan islah diri…jgn niat dendam k…mudahan allah bersama awak
Nangis
Adik, may your heart be stronger… :'(
Allah menangis baca ni. Moga ada kebahagiaan buat awak nanti. Tabahkan hati kuatkan diri ya. Moga selalu dlm lindungan Allah
Bertabah la..asingkan dri dulu untuk sementara wktu…. I feel u…
Don’t worry,you’ll be fine
ya Allah Intan Nabilah Adnan Daun Kering Umie Sofieysara sedihnyaa
Allahu. Sangat sedih ????..semoga shuya tabah..
MasyaAllah.. Amazing strength u have sista!!! Aku suka confession ni sebab bukan mintak simpati semata2. X thn dgn confession yg ‘sampai bila hidup aku mcm ni?’. The power of saying NO, the power of changing things, clearly this sister have it. Selalu citer2 sedih sis2 tulis aku x kesian pun kt diorg, yg ikut semua suruhan tu knp? Adik beradik @ sedara mara laki suruh buat kopi, gi layankan knp. U put yourself there. There’s no such thing u are too helpless unless you’re in threat of death or whatever. No kesian for you sad2 story teller. But YOU confessor- are amazing! Hope things turn out better for u. #my2centstaksukatakpe
Org suruhan lelaki = sista??
Orang suruhan lelaki2 kat dalam rumah tu. Ayat dia mcm pening sikit at first tp baca balik slow2 baru paham. So dia mmg perempuan brader
Kan dia pakai tudung..msti la sista..?
Kan dia btunang Ngan laki mana tah..
nmpk x?smpi pmbaca lelaki pn igt sista ni lelaki..pe xnye keje2 yg sista tu wat sptutnye kudrat urg lelaki..dsebabkn tabah sista hadapi n wat gak..mmg tabik..
Cilake orang lombong ni…raya2 tak yah la letupkan bukit tu…habuk tau tak…pedih dah mata, tapi tak sepedih hati confessor ni…
awak boleh pm sya klau awak perlukan sesorang untuk kongsi masalah awak..sya sudi mendengar..ramai lagi org yg prihatin dengar masalah awak,tentang family awak,biarlah keadaan reda dlu,jangan mengalah trlalu awal..tunjuk kat diorg yg awak kuat untuk lalui semua ni..
Smoge awak sentiasa diberi kekuatan oleh Allah :'(
pasni sambung lgi mcm mana keadaan kau masa keluar dr rumah tu
Lain kali kau lilit purdah kat muka perempuan tu biar mati terus! Eh aku pulak emo. Tabah la sis
Taunya kan. Dah lah tetamu, senang2 hati nak perintah org masak bagai. Padan muka kena maki dgn shuya. U go girl.
Xsangka ad seorang Mak mcm tu kat dunia ni.
Gilaaa la…dh mcm anak pungut depa layan awak. Memanggg la sy baca kta2 yg awk balas kt depa n mak tu dgn hati yg puasss dan lega. Cukup lengkapp tk dak nk tmbh apa dah. Geramnya baca. Dh nama ank awat p layan mcmtu? Pasai apa? Set2 mak jenih mcm ni la esok2 dh tuwe, taik dgn biskot mazola pon dh tktau beza, payah mati pastu jenis nk berak nk mkn pon dh tk mmpu last2 anak yg dia bnci tu la yg kena dok bela dia. Tunggu laaa ko tunggu laaa mkcikkk dok bt unfair sgt dgn anak2. Budak2 ni depa ingatt nahh smpai bebila.
Esok2 anta p rmh kenangan baru tau. Xnyesal pn
Eeii.. xselera dah nk jamah biskut mazola?????
Erkkk ahahahahahaha sori3
lari, saya sokong keputusan awk.. bg pengajaran kt mak jgk.. manusia nie nampak pasal ank derhaka je, xnampak psl mak derhaka.. teruskan hidup awk
Huiii. Sedih sgtt nii. Tolong2 kt rumah biasa lah. Tp ni dah lebih2 plak. sy pon meruap bila adk brdk lain xtlg. Tp stlt ni alhamdulillah smua bg krjasama. Allahuu. Tang pmpuan pakai purdah tu sesak nafas jap baca. Aduhh mohon akhlak bg cantik sikettt jee. Huu. Bersabar kakk. buktikan kita bleh brjya n doakan mereka juga ☺
Sebenarnya ada je yg kes mcm confessor, siap ada yg lebih teruk .Camane bengang sekalipun, kita kena jgk berbakti dkt mak ayah. Pasal mak ego tu mmg, rasanya semua mak ego, mana ada mak yg nak mengaku salah. Bila rasa tak mampu, penat sgt, mengadu menangis dkt Allah, mintak jalan keluar.
Meh la kawan dengan saya, saya pun hitam gak. Manis² kan orang cam kita ni, hhu.
Dlm byk2 confessi0n..yg ni plg meruntun hati..Sedihnya sis.. Takpayah balik lah sis.. Bukan nk hasut..tp bia la satu hari nt d0rg akn sedar ttg pentingnya sis dlm fmly.moga Allah temukan yg terbaik utk sis..takpa..sis bwk je dr sis.. Sembuhkan luka dulu. Jauh tak blk kampung pn takpa.. Jnj d0a jgn putus.. Ad rezeki lebih..ad gaji.. Transfer je duit utk fmly..tggjwb jgn tggl.. Bantu dr jauh.. Jgn lari menjeruk rasa terus..
Wei. Sis. Kalau ang baca komen ni. Mai la add aku. Mai la kawan dgn aku. Keep strong sis. Semua yg jadi ada hikmah.
Bertabahla yer wahai confessor .. :’/
Aku yg baca pun rasa geram..sesiapa lelaki bujang kt luar sana..confessor ini adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri anda☺
betul tu. (y)
Dan jage la die elok2
Moga sentiasa dlm reda dan perlindungan Allah. Be strong confessor
P lah mengembara… Cari kebahagian Di luar kalau x jumpa Di rumah .
Beb.. kalau kau perlukan bantuan ko pm aku..
Aku tolong mana yg mampu
Semoga ktenangan & kebahagiaan milik awak..one fine day
Sedihnya. Elok je kuar dari neraka tu. tuhan tu adil dan tahu samada ko ni derhaka ke x. Klu aku pon akan ikot jln ko ni. Ko mmg bijak.
Ko memang kuat. Kalo aku la, kan… aku dah blah, malas nak balik2 dah. Duduk kat rumah sewa, cari keje part time masa cuti sem. Pastu masuk sem, sambung belajar. Abis belajar, cari keje..
Kalau aku la..