Salam aidilfitri para readers sekalian. Nampaknya ramai orang mengeluh kena jadi hamba abdi buat kerja rumah yg sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang Suruhan lelaki dlm rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saudara yg datang menyemak kt rumah aku ni. So bagi aku raya is no other than tempoh yg menyakitkan hati. Aku benci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ni pun aku tak duk kt rumah. Pukul 8 tadi aku naik motor datang ke pantai cuba tuk cool down sbb tadi aku bertekak ngan mak. Kesian dia menangis kecik hati ngan aku. Kesian lagi aku. Kenapa? Bacalah dulu.
Aku merupakan anak Ketiga. So kakak dan abang aku memang mak aku sayang gila la sbb diorang penyumbang kewangan utama family. Adik2 aku plak tersangat manja So family aku layan diorang mcm anak raja. Aku? aku ni hama je. Dah berkali2 aku plan nak lari rumah tp sejak bapak aku sakit, aku nekad tuk bertahan je. Tapi sekarang ni aku yg menanggung sengsara dr segi emosi dan fizikal.
Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah consider kudrat aku tu sepadan ke tak dgn beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada kat rumah tak pergi mana2 so mak ayah tak perlu risau pasal apa yg diorang buat kt luar. Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak duk kt rumah. At least sinki tak penuh dgn pinggan kotor, toilet tak tersumbat dgn puntung rokok, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak abis, akU pun tak penat sangat. mak aku ni seorang caterer tp dia tak nak hire pekerja sbb dulu dia pernah kerugian sbb staf dia bwk lari semua duit dia. So yes aku ngan mak yg handle semua tempahan tanpa bantuan drp orang lain. Kenapa aku kata terpaksa? Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak or tak bersyukur sbb Tuhan masih nk bagi peluang tuk buat pahala. Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Abih aku ni Bukan anak dia ke? Aku paham kalau dia save duit tu tuk modal. Tapi aku jugak perlukan duit tuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku at least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan family memang tak lah. family aku didik aku ngan kasar sejak kecik lg. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa2. Aku tak boleh menangis dpn diorang walau apa pun jadi. So sejak kecik aku tak pernah merasa apa2 yg dibeli dgn duit family.Yuran belajar je partly supported by kakak aku. Yang lain sume aku tanggung sendiri ngan buat kerja part time.
Selain tu, adik beradik lelaki aku jgk mmg takde kesedaran langsung nk tolong mak aku jd driver beli barang kt pasar ke apa. Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh2 kilogram. Beras plak kena beli ngan kilang so dalam sehari aku mmg dua tiga kali pusing satu daerah ngan mak naik motor gi beli semua tu. Even nak bawak bapak pergi hospital pun aku kena tebalkan muka mintak tolong ngan kawan bapak aku. Kalau ada duit lebih baru aku upah transporter. Diorang si lelaki biat apa? Membuta kt bilik sampai ke petang. Bangun je taknlain tak bukan melahap mcm setan. Aku takde lesen kereta. Dulu masa aku nk buat, mak Kata tak payah sbb duit tu dia nak bagi kt adik2 buat lesen kereta. Pastu mak bagi plak sebuah kereta tuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik2 sanpai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak. Dia tak foresee yg kalau adik2 takde nak harapkan sape bawak kereta tu sume? Takde sapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai2lah nak hidup
Hari tu Selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula2 mak keras hati paksa jgk aku buat kerja. Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung. Aku bangun seawal pukul 5 pagi masak bahan basic tuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yg sakit tu. Dalam pukul 7 aku kena siapkan anak2 Abang aku ke sekolah, masak breakfast tuk diorang, hantar diorang ke sekolah, dalam pukul 8 aku bawak mak gi pasar beli barang, dalam pukul 10 bawak bapak gi hospital plak settle hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tlg mak masak tuk bisnes dia plak. Petang kehulu kehilir pegi ambil anak2 sedara kat sekolah, COD tempahan makanan kt rumah customer,etc. Kalau hari biasa je aku rasa penat gila. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena settle. So lepas cod barang, aku balik masak tuk family berbuka plak. Lepas dh makan semua tinggal camtu je dlm sinki. Kadang2 budak2 muntahkan makanan bawah meja tak pun sorok makanan kt bawah meja. Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yg dipersalahkan pastu aku jugaklah yg kena cari lubang sarang and taruk racun. Bila aku bising kt mak suh nasihatkan adik2 tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja. Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak ngan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat2 nanti bila kahwin sama jugak buat tuk suami. So aku kena berterima kasih kt diorang sbb aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sbb diorang. Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi mampus.
Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri sakit sendiri merangkak pergi hospital. Berkali2 doktor pesan jangan buat kerja berat tapi srmua tu family tak paham. ok takpe aku buat jugak. Aku try mintak ngan mak nak duit buat beli supplemen tambahan cam jus delima and pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya plak adik2 mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur rm200 seorang. Mak aku siap kata lagi kt aku, kau punya tak Payah beli baju raya takpe kan sbb duit dh byk habis kt adik2. Aku menangis kt dlm bilik sbb kecik hati ngan mak. Tak sangka penampilan adik2 lagi penting drp kesihatan aku. Baju raya takde takpa. At least cakaplah elok2. Takpelah aku kumpul duit sikit2 hasil cod hari tu dpt jgk duit tips drp customer. duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni. kot la ada kecemasan ke apa kan
Then kat sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dan mak pagi tadi. tiga hari lepas, tah dari mana datangnya tiga org saudara yg aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku mcm rumah sendiri . Geram betul. sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tp time org duk masak ke tgh kemas rumah ke dia selamba je duk tergolek dpn tv layan cerita. Aurat kt dlm rumah takyah cakap la. Baju asek nk londeh je. Suh solat pun mcm nak kena cungkil dari katil. Pemalas nak mampos. Masa makan je berdesup ke dapur makan Sampai perut buncit. Lepas makan tinggal camtu je dlm sinki tak berbasuh. Anak dia dok meraung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yg kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tp astaghfirullahal'azim pemalas nak mampos. Heee.. Semalam satu family letih layan tetamu dtg beraya. Aku plak makan kt luar sorang2 takde mood nak makan ngan diorang sume. Bila balik je aku bengang gila la kucing2 takde sapa bagi makan. Masa aku kt dapur tgh bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dh tak tahan terus maki dia. Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang vavi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas tidur je keja. Vavi je perangai camtu. Pakai purdah kepala hOtak perangai cam s*al. Dia terus keluar mengadu kt mak bapak aku. Mak aku marah gila ngan aku. Dari riak muka bapak aku, jelas dia kecik hati ngan perangai aku. Baru aku tahu pompuan tu anak sedara yg dia plg sayang. Sbb cantik, pakai sopan, lembut tp perangai mcm iblis. Aku yg depan² mcm iblis ni tak hadap plak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga iblis mak ngan bapak ni tak jadi hipokrit mcm perempuan tu.
Pastu mak face to face ngan aku cakap dia kecewa aku biadap camtu. Aku terus terang cakap "kalau camtu bagilah duit. nk balik gombak. Kerja kt sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak camni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dh dpt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dgn family mak yg membosankan ni". Mak blah camtu je. mesti dia taknak. Nanti sape nak tolong dia kan.
Seorang lagi saudara aku tu.. Dia ni buat jugak kerja rumah tp kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dlm bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sbb semut masuk. Keropok jadi lemau. Ikan jadi busuk dan berulat sbb dia letak kt luar. Dapur bersepah dgn sisa makanan yg basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja setan. Mak marah2 aku salahkan aku. Tak pasal plak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yg diorang buat kt dapur sbb aku jaga bapak aku. Pastu subuh tadi aku join diorang masak. Mak aku okay sket la ngan aku. pastu mak suh aku tlg dia siram bunga. Aku keluar iktu pintu depan and senyap2 pergi ke pintu belakang saje nk spy apa yg sedara2 lehnet tu dok sembang. Kecik hati aku dgr diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus. Kulit hitam. Perangai mcm jantan. Tah anak sape tah sbb lain drp adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la.. Tiba2 aku meluru ke pintu belakang dgn air mata . Aku tanya apa yg diorg tak puas hati ngan aku? Diorang tunjuk riak muka celaka kt aku. Aku dah tak sanggup nk pendam. Aku katalah ye aku hitam sbb aku berpanas hujan kt luar tlg mak cari rezeki. Anak2 dara lain cantik gebu makan supplemen pakai set kecantikan mahal2. Aku ni satu apa pun tak de. Diri aku Selekeh sbb aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dlm poket, aku takkan jadi camni. Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal ngan diorang. Mak tuduh aku mcm2. Sketsa apa la ni…. Aku try nak sabar tp tak mampu. First thing aku buat, aku buabg cincin di jari terus campak kt mak. Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dgn anak kawan dia tahun lepas. Tah sapa je lelaki tu. Aku tak kenal and tak pernah cari ikhtiar nk mengenali dia. Dia pun sama. Menyakitkan hati jgk jd tunang org ni. Aku cakap kt mak, " nah amik balik. Hari ni jgk saya putuskan pertunangan ni. Jgn nk guna kuasa veto wali ye. Lelaki tu tak sekufu dgn saya. Elok2 mak buat saya mcm kain buruk. Mak nk pass saya kt orang yg saya tak kenal. Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dpt anak hitam tak terurus camni. Sbb anak mak yg cantik handsome semua mak simpan kt dln rumah. Takut kena cahaya matahari sgt kan. Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak taknak. Mak simpan saya kt rumah jadi apa!!! Jadi kuli je kan? Maaf sbb saya derhaka ngan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yg maksum didunia kecuali nabi. Mak layan saya mcm sampah nanti mak jawablah dgn Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak2 lain mcm raja. Saya diam sbb saya taknak derhaka ngan mak. mak tahu saya kena buat surgery tp mak lagi sanggup utamakan adik2 drp saya. Skang ni orang luar lagi tinggi darjat drp saya. Kalau camtu saya berambus dari hidup mak la senang kan?saya lagi rela mampos kt celah hutan sana drp tanggung sakit hati sbb mak tak sayangkan saya. Mak duduk lah kt rumah ni ngan biawak hidup ni semua." aku tgk mak tunduk je menangis. Sedara aku sume tergamam sbb tak sangka jadi camni. Aku blah masuk bilik amik sweater , helmet, tudung dan kunci motor. Masa aku lalu kt depan bapak aku cium tgn dia. Aku taknak jadi camni pun tapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku deserve kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Raya2 ni kena layan drama celaka camni. Dia genggam tangan aku taknak aku pergi. Tapi aku blah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk2 call and whatsapp aku suh balik. Aku dh tawar hati. Petang nanti aku baliklah. Tapi aku nak balik kemas barang then blah balik gombak. Ego mak tinggi sgt. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah.
Lantaklah korang pikir aku anak derhaka ke apa. Takde sape kt tempat aku Dari dlu sampai ke hari ni. Aku ni manusia yg membesar dlm tekanan. Aku takde kawan. tak pernah lg la org peluk aku and kata " don't worry. You'll be fine" or "it's okay. I'm here for you". Kelakar kan hidup aku. Takpelah. Satu semester je lagi kt uia and i will be away from here but dont worry mak, tangggungjawab anak ttp wajib ditunaikan. I love you so much and I'm sorry because i have to behave like an a***ole this time. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak express camne kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, drp anak mak yg paling tak sempurna
– shuya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Tna Lavenus…bc cite ni….
Pjgnyooooooorrr
Shuya..sabar dan terus bersabar..anak no 3 mmg seorang yg kuat dan tahan diuji..saya tau sgt apa yg ada dlm hati awk n apa yg awk rasai..percayalah..baliklah..mak sygkn awk tp kdg² cara xkena..biasa la tu..dia pn hdpi tekanan jugak..kdg² kita xtau apa dlm hati dia..diamkn diri dan buat kerja mcm biasa tp krgkn keja berat..bykkan doa pd Allah smga Dia permudahkan urusan awk n awk kembali sihat..klu perlu berlakon sakit..go ahead..at least mak awk tau jgk akhirnya yg awk mmg sakit..sbnrnya ank yg sll dibebankan ngn keja plg byk..dia seorg yg pndi bwk diri n berdikari..pandang la dr sudut yg positif..insya Allah..satu hari nnt..awk akn hrgai semuanya.. :)
I feel you, be strong k, just try seikhlas hati berjasa to your family, Allah will reward you no matter what, insyaallah..
X sangka. Kita ingat kita je yg susah tp ada yg lagi susah. Sis. I paham ape yg sis rasa. Sy cuma nak pesanto all father n mother in dis world. We as anak,really2 understand yg u all juga adalah manusia. Bukan nabi dan tidak maksum. Of course. Tapi seandainya ada kekurangan dlm dirk kami sebagai anak,fahamilah statua kami. Kami adalah ANAK. Dan anak itu sahaja melambangkan AMANAH. Mmg. Surga tu dibawah tapak kaki ibu. Ibu yg separuh nyawa melahirkan kami. Kami kasihan. Tiada anak didunia yg tidak syangkan ibu. Hari2 mendoakn. Cuma kami sebagai anak,mungkin menyisihkan diri,mungkin kadang2 terbiadap kerana ada benda yg kami pendam. Sebagai seorang ibu dan ayah yg melahirkan kami,tangunggjawab anda untuk membesarkan kami dgn kasih sayang dan ilmu agama. Bukan dengan kekerasan dan bahasa makian. Nabi asuh anak2nya dgn kelembutan. Dan kami anak2 rindu cara itu :'(
Jika ditanya,kami pun tidak mahu lahir ke dunia. Jadi janganlah membezakan kasih sayang antara anak. Kerana itu mmbuatkan anak2 berjauh hati sesama sendiri. Ibu. Andai syurga itu dibawah tapak kaki ibu,kerana Allah mengangkat darjtmu begitu. Tp Allah juga tidak zalim. Allah maha melihat. Maha mengadili. Syurga itu indah. Jika amanah tidk dijalankan sewajarnya,masih indahkah surga itu? Dan ayah. Andai kasihmu hingga ke surga,kami tagihkan didikan agama darimu. Jika ada anak2 yg mungkin ada kekurangan,baka tu tak lain dari ayah dan ibu. Maka janganlah dibezakan. Sedih gila baca kisah sis. Semoga Allah merahmati.
Chiki Boom
takziah, smoga bertabah, kekadang aku benci laki walau aku laki asbab diatas
be strong confessor
Saya menangis baca kisah ni. Kita serupa awk. Sya sngt phm perasaan awk.
Sedih nya Ya Allah..
Saya blh bayang la family sis ni mcm mana..jenis yg kasar..dan ssh nak ckp heart to heart..rasa nya sblom bnda melarat kalau sis ni ckp dgn mak dy berdua je..ckp elok, lembut2 pasal ape yg dy rasa..bg mak dy faham..boleh ok in syaa Allah..tp sbb dah lama pendam mmg meletup la skrg kan..so better sis senyap je bwk diri utk sementara spya mak sis rasa kepentingan sis.and sy xrasa mak dy akan call mntak maaf sbb sis sndiri kata mak sis ego..tp sebulan dua nnti balik la mntak maaf ye sis..keep strong! :)
Kuar kejap. Ambik angin.
Mata masuk habuk. Ok balik masuk tido. Huhu.. bertabahlah.allah ada.allah adil.
I feel u
Xpe…awk sabar n dekatkan diri dgn Allah..doa byk2 awk…sesungguhnya Allah Maha Mendengar…satu hari nanti, Allah akn tunjukkn pda mereka yg xhargai awk bila awk xde…cuma awk kena sabar tunggu masa…awk sabar je k…jgn putus berdoa…jgn lupa Allah sentiasa ada dgn awk…be strong..doa yg baik2 utk kedua ibubapa awk dan kluarga awk…Allah sygkn awk sbb tu Allah pilih awk utk diuji mcmni…awk kuat sebenarnya…moga awk terus kuat…kami semua doakan awk…. :)
macam2 perasaan bila baca.. sedih, marah, bengang.. tp dia ni sangat kuat, dah berapa tahun dia tahan diri diperlakukan camni.. ada baiknya dia lepaskan apa yg dia pendam, bagi org tau perasaan dia sebenar.. sebab kalau dia pendam dia sendiri yg sakit.. good job sis
now, better dia life dgn diri dia sendiri, habiskan study, kje and get a life yg dia idamkan dari terus jd hamba abdi kpd family dia yg tak reti mrhargai penat lelah dia..
Akubaca pun nangis dah. Kalau aku student UIA aku nak peluk kau ni. Be strong sister. Tenangkan hati dulu. Nak suruh sabar pun penat dah kan. Harapnya hidup kau akan baik dan kau jumpa orang yg layan kau macam kau barang kemas bukan kain buruk
Nur Safiyyah Al-Zahra
Nang kepak ngemas rumah time apa2 rayaa.
Hye syg,,mmg kpak llu,nk urus mknan,pkaian,rmh gk,mlyan ttamu gk,,smua aku,nsib ct knek mkin rjin,,
Semoga sis cekal dan tabah
Confession paling sedih aku pnah baca. Termenangis plak tu. Kuat gila ujian utk kau. And mmg kau perempuan yg sgt kuat sbb kau mampu bertahan. Tapi kau lagi kuat kalau kau bertahan dgn mak kau. Yg lain tu buat dek je weh. Kalau dh nma xsedar diri mmg mcm tu. Aku xboleh ckp byk, sbb aku xde kat tmpt kau. Tp, kalau betul syg kat mak, biarla mak xsyg kita pun, kita tunjuk sehabis mungkin sampai dh xde langsung peluang utk kau berjumpa dgn mak, (antara dua siapa ‘pergi’ dlu).
Tnya hati, kalau tetiba mak dh xde, menyesal tak ckp mcm tu kat mak) kalau betul rasa nyesal tu akn wujud, bertahan je weh sampai habis kudrat kau. Janji kau dh buat yg terbaik utk mak kau.
Kalau kau rasa mak xsyg, igt allah sentiasa syg kat kau.dan Dia nmpk apa kau buat. Doa byk2 sisturr.
Awk sama naseb ngn sya..tpi sekrg ay dh berjaya..rezki melimpah ruah…jgn isau allah sellu bersma awl
Mengalir air mata aku…
It’s okay. U’ll be fine. Allah swt ada. Mengadulah kepadaNya.
Ingatkat watak n ksah anaz dlm lazuardi karya nasz tu rekaan semata…rupenye ad btol2… trase mcm bace lazuardi…semoga tabah ye shuya…even jauh bawa diri doa utk ibubapa jgn prnh putus…
Buat la lagi satu drama. Accident mengejut. Mgkin time tu baru depa sedaq.
Sabar sis…sabar sesabar2 nya…bru2 ni rya mkcik sy pernah ckp..jgn sangka ada anak ja derhaka trhadap ibu…tp ibu juga boleh derhaka dengan anak…dan ini critanya…ibu bapa kadang lupa…anak itu tuhan bg kerana amanah…amanah itu berat…tp klau sebegini amanah dipersia..elok lah sis bwak dri utk wktu bertenang…biarlah semua rasa bgaimana kta xder…bgaimana uruskn segala…kdg2 kne ajar semua org dlm rumah tu tntang ketiadaan kita…bru ada akai org ckp…jaga diri sis..rawat hati..berehat lah..treat yourself sis..redeem back your life…dlm masa yg sma…ambil thu pkembangan ayah..sian ayah..be strong sis…jgn tinggal allah…allah akn slalu dgn sis klau sis balek kpd dia..in sha allah
Alaa Qoharuddin nangis gue liii ,sedih bgt ..
Allahuakbar… menangis sy baca… teruknya apa yg trjadi tu..smg Allah kurniakan kesabaran kpd awak ..mula2 ingat awk lelaki..rupa2 nya prempuan… kalau sy, sy pun larik tak blk… huhuhuhuhu…semoga awk success dlm exam nnti.. sikit je lagik nak habis 1 sem kan..
Keluarla dari rumah tu. Kat dapur tu memang dah jadi tempat puja syaitan dah.
ape sinopsis die ye?rasa panjang sgt pulak nk baca
Nur Ellani Ella
Kesian ko shuya…xpe la…tenangkan hati ko dulu…dah reda hati ko yg skt pdh tu..blk la…
Akan menjadi orang yang tabah Dan kental meneruskan kehidupan,
Maryam Rahim
Nur Fazilah Umar Azlina Umar
Sabarlah tak ada ibu yg berdosa dgn anaknya..saya masih ingat kata2 Datuk Dr.Fazilah Kamsah kita kena redha sbb mmg ada mak yg lebih sayang pd anak2 lain..
Abaniyah Azmi read
Dah
Be strong and hang in there. Tolong tag yg pakai purdah ala2 solehah tu, sume org nk kenal..siap nk kna cungkil dr katil nk solat tu..bab ngadu yg xleh blah, mak ayah plk backup dia..smh smdh
ShAh EnDii
Akak doakan segala urusan adik dipermudahkan olehNya..u deserve to be happy..
Kesiannye.. Tenangkan la pikiran dulu doa byk2…Tp jgn jadikan org sekeliling tu musuh.. Trutama ibu bapa.. Ibu da kendongkan kt 9 bulan.. Igt tu.. Huhu
Selamat hari raya!!
hrm mcm2 mslh budak uia ni.
xyah baliklah,, 1-truskan khidupan skrg, 2- bia je diorg,, smoga berjaya dlm hdup, buat 2 bnda ni, insyaallah tenang, fokus keperlua diri
Nasib baik abang aku dah kahwin, kalau belum dah aku suruh kawen dgn ko. Rajin, sabar, pandai serba serbi. Ko percayalah one day ko akan jadi mak yg memahami anak kaw kaw & isteri yg superduper. XOXO!
Hmm faham faham.
Mmg sedih…habis betry aq baca…sbelom cuti semester siapa yg bntu mak Yee…ad ka shuya pulang balik dari Gombak smta2 nk bntu mak.
Aku cadangkan, kau keluar dari rumah tu… pergi cari masa depan kau yang cerah dengan mencari rezeki yang halal dan membahagiakan jiwa kau…
Kau nak kasih sayang ibubapa ? Pergi rumah orang tua-tua dan berbuat baiklah dengan mereka dan berkasih sayang lah dengan diorang.
Kalau kau nak kahwin, cari lelaki yang betul-betul baik.
Tapi bab kahwin ni, aku tak berapa syor kan sangat sebab susah nak jumpa lelaki baik yang tak lihat rupa seorang wanita. Jadi, aku cadangkan, kau jadi andartu dan gembirkan mak ayah angkat kau.
Setiap kali solat, kau memohon keampunan dari Allah dan maafkan dosa ibu kau dan mendalami agama Islam ni sedalam-dalamnya.
Makrifatul awaluddin, makrifatullah + tilik dirimu rata-rata baru kenal Tuhan yang nyata = ingat ayat ni.
Kenapa aku suruh kau mendalami agama sedalam-dalamnya ?
Sebab aku tak nak kau ada rasa bersalah yang kau dikatakan kononnya derhaka dengan ibu kau.
Nak faham agama ni kena guna akal. Jangan lurus bendul ikut syariat sangat.
Kalau kau faham agama sebenar, kau akan rasa tenang walaupun tindakan kau ni macam perbuatan seorang anak yang derhaka.
Jadi, ikut saja impian kau dan gerak hati kau.
Ini hidup kau, kau berhak keatasnya.
Kau adalah hamba Allah SWT, bukan hamba mak kau.
I stand 4 U.. #weareallshuya
Basuh pinggan pun mls, campak ke laut. Xpon cacat jela. Lelaki ke xlelaki
Be strong…smoga suatu ary nty ada kbahagian menanti adik.. In Shaa Allah.. Allah sntiasa mdgq rintihan hambaNya yg selalu mgingati Nya .. kami smua ada….jd kn kwan saudara atau adik brdikmu… byk kn bsabar dgn stiap ujian dr Nya..smoga Allah pmudahkn segala urusan adik.. Aamiin… In Shaa Allah….
Style gila cerita . ;)
Subhannallah..i know its never easy to b u..Allah uji pada yg mampu…bila dh sejuk ati, jumpa tenunglah muka ibu ayah..mereka terlalu sayangkan adik ttp hanya tau mengharapkan adik…..u know wut i mean. Mak ayah kadang2 bukan nk sgt melebih2kan yg lain tp mereka tau..u r the best among the rest…bukakanla hati..Allah bg peluang tuk adik memberi sebanyak2 nye pd ibubapa.yes…ni ms termeletopsss..nnti dh reda tu..minta ampun bnyk2 pd mak ayah.moga2 apa yg berlaku dpt menyedarkan mereka dat they shudnt act like dat…its never easy..moga Allah permudahkan sgl urusan..moga hati ibu ayah lebih memahami ur feelings..amin
#jgnkecamsaya..
#maafsalahsilap
Tula ayu.. Meh kita doakan hati mak dia lembut..
Bila baca kisah2 camni, mmg letak dlm diri sendiri jgn pernah layan anak tu x sama rata.
Skrg ni pon, anak 2 org ni wlpn lain jantina, tp cmna kakak dia kena buat cmtu jgk la dia. Kalau yg sepahkan tu adik, dia la yg kena kemas. Besar sket nnt, dua2 kena tlg masak. Xnk jadikn anak membesar mngikut gender stereotype. Tp bab baju x blh la kan :D
Betul dh syud…good reminder.at least nnti kita bole jd ibu bapa yg terbaik..sbenarnya xmudah.lg2 kalau xutamakan yg utama..ajaran islam.?
Sial je minah niqabis tu. Harap sis ni comeback dgn jayanya nanti
Khairie Faizie sedihhh