sebab aku kain buruk mak :'(

Salam aidilfitri para readers sekalian. Nampaknya ramai orang mengeluh kena jadi hamba abdi buat kerja rumah yg sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang Suruhan lelaki dlm rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saudara yg datang menyemak kt rumah aku ni. So bagi aku raya is no other than tempoh yg menyakitkan hati. Aku benci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ni pun aku tak duk kt rumah. Pukul 8 tadi aku naik motor datang ke pantai cuba tuk cool down sbb tadi aku bertekak ngan mak. Kesian dia menangis kecik hati ngan aku. Kesian lagi aku. Kenapa? Bacalah dulu.

Aku merupakan anak Ketiga. So kakak dan abang aku memang mak aku sayang gila la sbb diorang penyumbang kewangan utama family. Adik2 aku plak tersangat manja So family aku layan diorang mcm anak raja. Aku? aku ni hama je. Dah berkali2 aku plan nak lari rumah tp sejak bapak aku sakit, aku nekad tuk bertahan je. Tapi sekarang ni aku yg menanggung sengsara dr segi emosi dan fizikal.

Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah consider kudrat aku tu sepadan ke tak dgn beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada kat rumah tak pergi mana2 so mak ayah tak perlu risau pasal apa yg diorang buat kt luar. Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak duk kt rumah. At least sinki tak penuh dgn pinggan kotor, toilet tak tersumbat dgn puntung rokok, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak abis, akU pun tak penat sangat. mak aku ni seorang caterer tp dia tak nak hire pekerja sbb dulu dia pernah kerugian sbb staf dia bwk lari semua duit dia. So yes aku ngan mak yg handle semua tempahan tanpa bantuan drp orang lain. Kenapa aku kata terpaksa? Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak or tak bersyukur sbb Tuhan masih nk bagi peluang tuk buat pahala. Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Abih aku ni Bukan anak dia ke? Aku paham kalau dia save duit tu tuk modal. Tapi aku jugak perlukan duit tuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku at least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan family memang tak lah. family aku didik aku ngan kasar sejak kecik lg. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa2. Aku tak boleh menangis dpn diorang walau apa pun jadi. So sejak kecik aku tak pernah merasa apa2 yg dibeli dgn duit family.Yuran belajar je partly supported by kakak aku. Yang lain sume aku tanggung sendiri ngan buat kerja part time.

Selain tu, adik beradik lelaki aku jgk mmg takde kesedaran langsung nk tolong mak aku jd driver beli barang kt pasar ke apa. Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh2 kilogram. Beras plak kena beli ngan kilang so dalam sehari aku mmg dua tiga kali pusing satu daerah ngan mak naik motor gi beli semua tu. Even nak bawak bapak pergi hospital pun aku kena tebalkan muka mintak tolong ngan kawan bapak aku. Kalau ada duit lebih baru aku upah transporter. Diorang si lelaki biat apa? Membuta kt bilik sampai ke petang. Bangun je taknlain tak bukan melahap mcm setan. Aku takde lesen kereta. Dulu masa aku nk buat, mak Kata tak payah sbb duit tu dia nak bagi kt adik2 buat lesen kereta. Pastu mak bagi plak sebuah kereta tuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik2 sanpai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak. Dia tak foresee yg kalau adik2 takde nak harapkan sape bawak kereta tu sume? Takde sapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai2lah nak hidup

Hari tu Selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula2 mak keras hati paksa jgk aku buat kerja. Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung. Aku bangun seawal pukul 5 pagi masak bahan basic tuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yg sakit tu. Dalam pukul 7 aku kena siapkan anak2 Abang aku ke sekolah, masak breakfast tuk diorang, hantar diorang ke sekolah, dalam pukul 8 aku bawak mak gi pasar beli barang, dalam pukul 10 bawak bapak gi hospital plak settle hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tlg mak masak tuk bisnes dia plak. Petang kehulu kehilir pegi ambil anak2 sedara kat sekolah, COD tempahan makanan kt rumah customer,etc. Kalau hari biasa je aku rasa penat gila. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena settle. So lepas cod barang, aku balik masak tuk family berbuka plak. Lepas dh makan semua tinggal camtu je dlm sinki. Kadang2 budak2 muntahkan makanan bawah meja tak pun sorok makanan kt bawah meja. Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yg dipersalahkan pastu aku jugaklah yg kena cari lubang sarang and taruk racun. Bila aku bising kt mak suh nasihatkan adik2 tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja. Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak ngan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat2 nanti bila kahwin sama jugak buat tuk suami. So aku kena berterima kasih kt diorang sbb aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sbb diorang. Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi mampus.

Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri sakit sendiri merangkak pergi hospital. Berkali2 doktor pesan jangan buat kerja berat tapi srmua tu family tak paham. ok takpe aku buat jugak. Aku try mintak ngan mak nak duit buat beli supplemen tambahan cam jus delima and pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya plak adik2 mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur rm200 seorang. Mak aku siap kata lagi kt aku, kau punya tak Payah beli baju raya takpe kan sbb duit dh byk habis kt adik2. Aku menangis kt dlm bilik sbb kecik hati ngan mak. Tak sangka penampilan adik2 lagi penting drp kesihatan aku. Baju raya takde takpa. At least cakaplah elok2. Takpelah aku kumpul duit sikit2 hasil cod hari tu dpt jgk duit tips drp customer. duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni. kot la ada kecemasan ke apa kan

Then kat sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dan mak pagi tadi. tiga hari lepas, tah dari mana datangnya tiga org saudara yg aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku mcm rumah sendiri . Geram betul. sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tp time org duk masak ke tgh kemas rumah ke dia selamba je duk tergolek dpn tv layan cerita. Aurat kt dlm rumah takyah cakap la. Baju asek nk londeh je. Suh solat pun mcm nak kena cungkil dari katil. Pemalas nak mampos. Masa makan je berdesup ke dapur makan Sampai perut buncit. Lepas makan tinggal camtu je dlm sinki tak berbasuh. Anak dia dok meraung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yg kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tp astaghfirullahal'azim pemalas nak mampos. Heee.. Semalam satu family letih layan tetamu dtg beraya. Aku plak makan kt luar sorang2 takde mood nak makan ngan diorang sume. Bila balik je aku bengang gila la kucing2 takde sapa bagi makan. Masa aku kt dapur tgh bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dh tak tahan terus maki dia. Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang vavi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas tidur je keja. Vavi je perangai camtu. Pakai purdah kepala hOtak perangai cam s*al. Dia terus keluar mengadu kt mak bapak aku. Mak aku marah gila ngan aku. Dari riak muka bapak aku, jelas dia kecik hati ngan perangai aku. Baru aku tahu pompuan tu anak sedara yg dia plg sayang. Sbb cantik, pakai sopan, lembut tp perangai mcm iblis. Aku yg depan² mcm iblis ni tak hadap plak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga iblis mak ngan bapak ni tak jadi hipokrit mcm perempuan tu.

Pastu mak face to face ngan aku cakap dia kecewa aku biadap camtu. Aku terus terang cakap "kalau camtu bagilah duit. nk balik gombak. Kerja kt sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak camni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dh dpt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dgn family mak yg membosankan ni". Mak blah camtu je. mesti dia taknak. Nanti sape nak tolong dia kan.

Seorang lagi saudara aku tu.. Dia ni buat jugak kerja rumah tp kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dlm bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sbb semut masuk. Keropok jadi lemau. Ikan jadi busuk dan berulat sbb dia letak kt luar. Dapur bersepah dgn sisa makanan yg basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja setan. Mak marah2 aku salahkan aku. Tak pasal plak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yg diorang buat kt dapur sbb aku jaga bapak aku. Pastu subuh tadi aku join diorang masak. Mak aku okay sket la ngan aku. pastu mak suh aku tlg dia siram bunga. Aku keluar iktu pintu depan and senyap2 pergi ke pintu belakang saje nk spy apa yg sedara2 lehnet tu dok sembang. Kecik hati aku dgr diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus. Kulit hitam. Perangai mcm jantan. Tah anak sape tah sbb lain drp adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la.. Tiba2 aku meluru ke pintu belakang dgn air mata . Aku tanya apa yg diorg tak puas hati ngan aku? Diorang tunjuk riak muka celaka kt aku. Aku dah tak sanggup nk pendam. Aku katalah ye aku hitam sbb aku berpanas hujan kt luar tlg mak cari rezeki. Anak2 dara lain cantik gebu makan supplemen pakai set kecantikan mahal2. Aku ni satu apa pun tak de. Diri aku Selekeh sbb aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dlm poket, aku takkan jadi camni. Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal ngan diorang. Mak tuduh aku mcm2. Sketsa apa la ni…. Aku try nak sabar tp tak mampu. First thing aku buat, aku buabg cincin di jari terus campak kt mak. Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dgn anak kawan dia tahun lepas. Tah sapa je lelaki tu. Aku tak kenal and tak pernah cari ikhtiar nk mengenali dia. Dia pun sama. Menyakitkan hati jgk jd tunang org ni. Aku cakap kt mak, " nah amik balik. Hari ni jgk saya putuskan pertunangan ni. Jgn nk guna kuasa veto wali ye. Lelaki tu tak sekufu dgn saya. Elok2 mak buat saya mcm kain buruk. Mak nk pass saya kt orang yg saya tak kenal. Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dpt anak hitam tak terurus camni. Sbb anak mak yg cantik handsome semua mak simpan kt dln rumah. Takut kena cahaya matahari sgt kan. Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak taknak. Mak simpan saya kt rumah jadi apa!!! Jadi kuli je kan? Maaf sbb saya derhaka ngan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yg maksum didunia kecuali nabi. Mak layan saya mcm sampah nanti mak jawablah dgn Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak2 lain mcm raja. Saya diam sbb saya taknak derhaka ngan mak. mak tahu saya kena buat surgery tp mak lagi sanggup utamakan adik2 drp saya. Skang ni orang luar lagi tinggi darjat drp saya. Kalau camtu saya berambus dari hidup mak la senang kan?saya lagi rela mampos kt celah hutan sana drp tanggung sakit hati sbb mak tak sayangkan saya. Mak duduk lah kt rumah ni ngan biawak hidup ni semua." aku tgk mak tunduk je menangis. Sedara aku sume tergamam sbb tak sangka jadi camni. Aku blah masuk bilik amik sweater , helmet, tudung dan kunci motor. Masa aku lalu kt depan bapak aku cium tgn dia. Aku taknak jadi camni pun tapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku deserve kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Raya2 ni kena layan drama celaka camni. Dia genggam tangan aku taknak aku pergi. Tapi aku blah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk2 call and whatsapp aku suh balik. Aku dh tawar hati. Petang nanti aku baliklah. Tapi aku nak balik kemas barang then blah balik gombak. Ego mak tinggi sgt. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah.

Lantaklah korang pikir aku anak derhaka ke apa. Takde sape kt tempat aku Dari dlu sampai ke hari ni. Aku ni manusia yg membesar dlm tekanan. Aku takde kawan. tak pernah lg la org peluk aku and kata " don't worry. You'll be fine" or "it's okay. I'm here for you". Kelakar kan hidup aku. Takpelah. Satu semester je lagi kt uia and i will be away from here but dont worry mak, tangggungjawab anak ttp wajib ditunaikan. I love you so much and I'm sorry because i have to behave like an a***ole this time. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak express camne kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, drp anak mak yg paling tak sempurna

– shuya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

992 Comments

  1. Sorry to ask, pernah ke sis terfikir nak check dna? Incase u r not her biological daughter (terpengaruh ngan drama sinetron), sbb cara layanan tu melampau sgt, padahal u ank yg bijak and sgt rajin, selalunye mak ayah bangga ank yg masuk U blk becuti…masak mcm2 sbb jarang balik tp case u ni mmg lain, mcm bkn ank kandung dah. Btw syuha, pls study hard, get a good job and spend ur money on urself. Trust me, once u have ur own money, stabil life, u’l find ur own happiness. Nk cantik ade mcm2 cara janji ade duit je. Sy doakan awak sucess and bertemu jodoh yg sekufu and soleh…amin

  2. confession ni mengajar aku erti syukur…sedih!yes, anak perlu hormat parents dan jonkn tanggungjwb, tp jgn lupa, sebenaqnya parents pun perlu jlnkn tanggungjwb sebaiknya kpd anak2…kdg2 parents ni rasa diorg always right….tp kita sbg anak apakan daya, xkn nk melawan kn…huuu..tp kalau sh kt tmpt awk, haish xtau la mcm mna…sy x sekuat tu… meh jd kwn sy meh…kesiannya awk

  3. Bila dpt anak yg baik.. Yg cuba n berusaha baik2 utk jd ank yg soleh n solehah mak ayah pulak double standard.. Allah.. Betul cakap Hani LoVe Ashree tu, dah smpai masanya utk awk berikan masa utk bahagiakn diri sendiri…
    Ada hikmah yg tersembunyi yg Allah nk bagi pd awak.. Insha Allah, dugaan yg DIA bg bukan sebab dia benci tp sebab DIA nk tgk sejauh mana kekuatan diri kita… Kami sudi utk berikan kekuatan pd awk.. Insha allah, time will heal everything.. Pm je sy insha allah… Sy akn reply nnti, jgn kesal.. Kalau perlu utk menangis, biarkan.. Jgn simpan2 ye.. Be strong allah loves u more dear…

  4. First time rasanya baca confession yang berjaya buat air mata keluar. :'(
    Semoga awak kuat sis. :) Nanti sambung lah cerita lagi mak awak macam mana lepas awak dah luahkan.

  5. Kadang2 perkara yang dah lama pendam konon kita guna ticket sabar pun xde kesudahannya..memang nak taknak amukan ablasa la yang mmg memberi impak mendalam buat mereka2 yang xde kesesaran dan tak reti2 menghargai…kalau mak die tak reti2 jugak nak memujuk sikit (selama harini x pernah pujuk pun kan) hilangla nampak gayanya sorang bakal anak syurga.

  6. Sudah – sudah la membawa diri,
    Sudah lekas kembali,
    Riuh gemuruh ayah ibunda,
    Adakah sedar aku tak ada?

    :Fynn Jamal – Sepi Aidilfitri.

    Layan confessions ni dgn lagu fynn jamal, berhingus teruk.

  7. Aku ada kawan mcm kau ni mak dia buat dia sebijik macam kau, adik beradik lain dilayan macam raja tp dia dibuat mcm sedangkan dia paling byk berjasa.. Takpelah aku rasa baik kau bawak diri kawan.. Org mcm kau ni perlukan kawan lebih dr keluarga. Aku doakan kau jumpa kawan yg memahami kau yg boleh teman kau saat susah dan senang.

  8. I donno what to say. Sbb sya bukan ditempat awak dan saya rasa saya boleh faham tindakan awak. Kengkadang bila tgk dlm drama anak2 yang dibuat mcm kuli tu xtegakkan diri dia sendiri, saya pon rasa nak marah. U did a great job defended urself in the end, dan sya rasa skg ni mungkin mak awk dah sedar tentang perasaan awak. Take ur time. Tenangkan hati, minta pada Allah.

  9. shuya… kite sebaya… tp…x sume prngai org bpurdah mcm tu na… emm emm jgn kecam sy.. klu la sy bleh knl awk..bahu ni inshaAllah awk bleh sndar bila2 ja… pelok awk ketat2…be strong dear..seksanya dirimu…sdih ssgt..Allahu…mga dpermudahkn sglanya… aminn..Allah will help u dear..sob..sob..

  10. mak ayah pon bukan maksum…ank2 pon ada life mereka sdiri dan perlu dihormati… dont ruin their life… pesanan buatku dan para ibu bapa lain juga.

    stay strong…look forward sista .ure so brave.. sometimes we have to stand and speak for ourselves.. let times heal…

    #hugs# all is well…all.is well… all is well…

  11. Kepada yg ada ada masalah yg sama, aku doakan korg sabar dan dapat mngejar bahagia. Dan semoga kerana penat lelah di dunia, Allah bagi korg kerehatan di akhirat.
    Yg lainnya, dah ada anak nty ajarlah buat kerja rumah, lelaki dn prempuan sume kne diajar. Aku ni lelaki tp selalu je masak, kemas dapur apa semua sbb kesian tengok umi penat, tkdenya lelaki jd tuan dalam rumah, pemikiran spt itu tak islamik n outdated

  12. It’s time to move on sis. Kuatkan hati & jalan terus. Belajar sampai berjaya, kerja sungguh sungguh. Pedulikan apa yang akan terjadi kat rumah tu. Dah ada duit nanti, hantar ke rumah. Kalau boleh tulis atas sampul duit tu dari kau, tulis besar besar. Jangan sorok sorok. Biar mak ayah kau tahu, adik beradik kau tahu, kau boleh berjaya, kau boleh usaha sendiri untuk hidup.

    Apapun nasihat utama aku, tolong pentingkan diri sendiri dulu. Biar la apa orang nak kata, tapi penting kan diri dulu dalam segala apa hal yang kau nak buat.

  13. Dik.. Keluarlah dr rumah tu cari kehidupan sebenarnya.. Balik sesekali tgk bapak adik.. Mak adik tu pandai la adik beradik yg cantik segak hensem tu tolong. Kengkadang pentingkan diri sendiri tu perlu.. Mak kami selalu pesan ‘buat baik berpada2.. Buat jahat jgn sekali’.. Semoga berjaya di luar sana..

  14. Sorry to say, but for me, u r doing the right things. Awk manusia, bukan robot yg xde prasaan. Bukan sy galakkan awk derhaka dgn mak, but sometimes, kena kuatkan hati utk bg pengajaran kpd org2 yg buat awk merana. Maybe bila awk xde, diorg akan sedar. Sy doakan yg terbaik utk hidup awk. Please be strong and InshaAllah, things will get better. My doa goes to you.

  15. Mmg susah kalo jenis ada adk bradik yg jenis x mmbntu ni. Pastu mak ayah pulak sibuk manja kan dorg. I feel u.. be strong ok.. for now rasanya g mntk maap ngn parent tu. Ikut ati nk je soh kamu away dr umah tu. Tapi.. kesian pulak kt ur parent. Dorg depends on u sis.. N betul jugak yg kamu ckp tu. Mak kamu syg kamu tp die xtau nk tunjuk.. Masing2 ada kelemahan masing2. Sama2 lah perbaiki diri k…

  16. So sad. Syusha mmg seorg yg kuat hati menempuhi liku2 kehidupan. Respect, Sabar jer walau dilayan mcm sampah…. Saya doakan smoga sis mendapat kehidupan yg lbh baik setelah bangkit dr merana di rumah snd. Smg family sis diberi hidayah olh Allah, supaya mereka lebih sedar diri betapa mereka silap langkah.

    Moral : hargailah kebaikan org ktk hidup sebumbung bersamanya sbb bila dia tiada kamu akan menyesal. Seorg ibu bagilah kasih sayang sama rata. Jgn pilih kasih. Mungkin klu punya 7 org anakpun tapi x bermakna smua ketujuh2 itu anak yg baik & rajin. Mungkin dlm 7 tu ada 2 @ 1 jer anak yg blh diharap. So hidup kene sentiasa banyak muhasabahkan diri.

  17. Tak tahu nak kata apa.. sedih dgn family dan adik beradik mcm tu.. bertabah la.. continue belajar… keluar dr mslh.. family tu.. lupakan terlebih dahulu.. sbb adik beradik yg lain ada.. bina kehidupan baru.. ☺ good luck in ur new life syuha.. be strong gurl.. semoga dikau berjaya dlm hidup.. keluar dr masalah.. bina kehidupan yg baru.. we be friend..

  18. Aduuhh.. kesiannya.. apa yg sy dpt lihat.. saudari punyai jiwa yg kuat. Iman yg kuat. Sy sokong saudari. X dinafikan memamg banyak ibu yg bersikap sebegini. Namun saudari pun tahu Allah sentiasa bersama2 dgn org yg Sabar.. Berlapang dadalah. Ada hikmahnya tuu..

  19. Ingat. Jangan rasa hanya ada ayat “anak2 derhaka kepada ibubapa”. Sbnrnya ada juga ayat “ibubapa yg derhaka pd anak2”. Selalunya apa yg anda beri dan buat…itulah hasilnya…jgn salahkn anak2 semata2. Dan ada juga yg sebaliknya yg dinamakan “ujian”. Dah buat sehabis baik tapi Allah tetap nk uji……#Muhasabah diri.

  20. Teringat kisah Saidina Umar, ibubapa dtg mengadu pada Saidina umar ttg kederhakaan anaknya. Bila diselidik Saidina umar, rupanya ibubapa lah yg terlebih dahulu derhaka pada anaknya.

    *tp ibubapa bila dah tua, uzur, tidak terdaya.. maafkan dan kasihani lah mereka..

  21. Rohaizalia Nazri & Norhasyimatul Naquiah Ghazali, ak rsa crita dy almost 80% mcm citer sep mu.. sabar la wei, mak ni 1..tgk.mcm ak.. da xde baru duk touching sorang2…

  22. Sy rse x de mak yg x sygkan anak…pndpt sy…jauh di sudut hati mak msih trkesn dgn kata2 sis…mak msih x sngka ap die buat bg impak yg besr pd sis…sy rse sis dh buat ap yg ptut dgn brterus terang…cuma masa diperlukan untk merawat smue org…

    Klau sy kwn sis…sy dh print confession ni hntr pd mak sis..kdg2 kita suke luah pd org yg x de kaitn dgn kte…sdgkn kte x prnh bg peluang org dekt kte untk fham perasaan dn situasi kte…klau sis ckp elok2 dri hati ke hti insyaallah mak sis fham…ibu dn ank ni ad stu magnet diantra mreka..tp klau sis pn melepskn nafsu kemrahan, kebencian..mka ia tu yg org bila brsma kte

  23. Kau umpama lilin selama ini….selama ini hidup kau untuk keluarga cuba la bgi masa untuk diri kau.katakan pada hati kau …aku juga nak ada ruang untuk diri sendiri

  24. Dugaan dik..bertabahlan dengan ujian Allah…apapun jgn sampai derhaka…setiap pertimbangan dan tindakan hendaklah berlandaskan keimanan…Semoga Allah memberi petunjuk jalan yg terbaik untuk adik selamat dunia akhirat…

  25. Assalamu’alaikum w.b.t.

    Salam Aidilfitri buat semua warga IIUM.
    Semoga Allah redha dan terima amalan kita selama kita menjalani madrasah Ramadhan dan moga Allah kurniakan ijazah taqwa buat diri kita semua.

    First of all sahabat2 sekalian..

    Saya juga bersimpati dgn nasib sahabat kita ini. Moga Allah kurniakan ketabahan dan mempermudahkan segala urusan beliau.

    Keduanya, sy merasakan tidak wajar utk kita beri komen atau nasihat yg penuh dgn emosi, hasutan atau luahan dendam setelah kita baca confession ini.

    Kita hanya dgr cerita dan luahan perasaan dr seorg sahabat yg ternyata sedang berada dalam tekanan yg tinggi. Kita juga hanya mendengar dari dia seorg ttg keluarga nya begitu dan begini.

    Tahukah kalian bila seseorg berada dlm keadaan emosi sebegini, tidak wajar bg kita utk mempercayai bulat2 apa yg diceritakannya.

    Tahukah juga kalian mengapa dlm Islam perlu mendapatkan 4 org wanita sebagai saksi utk mendapatkan pengakuan berbanding 2 org lelaki?

    Jika seseorg berada dlm keadaan beremosi dan tertekan, mereka cenderung utk menceritakan kesalahan dan keburukan org lain semahu mereka tanpa menyentuh sebarang kebaikkan mereka.

    Mungkin kita pun pernah berada dlm situasi seperti sahabat kita ini.

    Percayalah sahabat2 sekalian.
    Seemosi mana pun kita, semarah mana dan sebenci mana pun kita terhadap seseorg, adalah tidak WAJAR untuk kita menceritakan keaiban mereka pd org lain lebih2 lagi ahli keluarga kita sendiri. Kerana secara tidak lgsung kita akan mengaibkan diri kita sendiri.

    Tahukah kalian dgn penceritaan luahan begini telah berjaya menarik simpati kalian dan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap keluarga dia yg blh jadi apa yg diceritakan dan diluahkan tidak 100% benar. Beliau juga berjaya menimbulkan perspektif negatif terhadap saudara kita yg berniqab.

    Ada sahabat kita yg turut melabel niqabis itu laksana ‘iblis’ dan mengapa tiada yg menentang tindakan beliau dalam mengaibkan semua saudara2 kita yg lain.

    Think twice will make you wiser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *