sebab aku kain buruk mak :'(

Salam aidilfitri para readers sekalian. Nampaknya ramai orang mengeluh kena jadi hamba abdi buat kerja rumah yg sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang Suruhan lelaki dlm rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saudara yg datang menyemak kt rumah aku ni. So bagi aku raya is no other than tempoh yg menyakitkan hati. Aku benci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ni pun aku tak duk kt rumah. Pukul 8 tadi aku naik motor datang ke pantai cuba tuk cool down sbb tadi aku bertekak ngan mak. Kesian dia menangis kecik hati ngan aku. Kesian lagi aku. Kenapa? Bacalah dulu.

Aku merupakan anak Ketiga. So kakak dan abang aku memang mak aku sayang gila la sbb diorang penyumbang kewangan utama family. Adik2 aku plak tersangat manja So family aku layan diorang mcm anak raja. Aku? aku ni hama je. Dah berkali2 aku plan nak lari rumah tp sejak bapak aku sakit, aku nekad tuk bertahan je. Tapi sekarang ni aku yg menanggung sengsara dr segi emosi dan fizikal.

Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah consider kudrat aku tu sepadan ke tak dgn beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada kat rumah tak pergi mana2 so mak ayah tak perlu risau pasal apa yg diorang buat kt luar. Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak duk kt rumah. At least sinki tak penuh dgn pinggan kotor, toilet tak tersumbat dgn puntung rokok, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak abis, akU pun tak penat sangat. mak aku ni seorang caterer tp dia tak nak hire pekerja sbb dulu dia pernah kerugian sbb staf dia bwk lari semua duit dia. So yes aku ngan mak yg handle semua tempahan tanpa bantuan drp orang lain. Kenapa aku kata terpaksa? Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak or tak bersyukur sbb Tuhan masih nk bagi peluang tuk buat pahala. Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Abih aku ni Bukan anak dia ke? Aku paham kalau dia save duit tu tuk modal. Tapi aku jugak perlukan duit tuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku at least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan family memang tak lah. family aku didik aku ngan kasar sejak kecik lg. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa2. Aku tak boleh menangis dpn diorang walau apa pun jadi. So sejak kecik aku tak pernah merasa apa2 yg dibeli dgn duit family.Yuran belajar je partly supported by kakak aku. Yang lain sume aku tanggung sendiri ngan buat kerja part time.

Selain tu, adik beradik lelaki aku jgk mmg takde kesedaran langsung nk tolong mak aku jd driver beli barang kt pasar ke apa. Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh2 kilogram. Beras plak kena beli ngan kilang so dalam sehari aku mmg dua tiga kali pusing satu daerah ngan mak naik motor gi beli semua tu. Even nak bawak bapak pergi hospital pun aku kena tebalkan muka mintak tolong ngan kawan bapak aku. Kalau ada duit lebih baru aku upah transporter. Diorang si lelaki biat apa? Membuta kt bilik sampai ke petang. Bangun je taknlain tak bukan melahap mcm setan. Aku takde lesen kereta. Dulu masa aku nk buat, mak Kata tak payah sbb duit tu dia nak bagi kt adik2 buat lesen kereta. Pastu mak bagi plak sebuah kereta tuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik2 sanpai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak. Dia tak foresee yg kalau adik2 takde nak harapkan sape bawak kereta tu sume? Takde sapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai2lah nak hidup

Hari tu Selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula2 mak keras hati paksa jgk aku buat kerja. Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung. Aku bangun seawal pukul 5 pagi masak bahan basic tuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yg sakit tu. Dalam pukul 7 aku kena siapkan anak2 Abang aku ke sekolah, masak breakfast tuk diorang, hantar diorang ke sekolah, dalam pukul 8 aku bawak mak gi pasar beli barang, dalam pukul 10 bawak bapak gi hospital plak settle hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tlg mak masak tuk bisnes dia plak. Petang kehulu kehilir pegi ambil anak2 sedara kat sekolah, COD tempahan makanan kt rumah customer,etc. Kalau hari biasa je aku rasa penat gila. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena settle. So lepas cod barang, aku balik masak tuk family berbuka plak. Lepas dh makan semua tinggal camtu je dlm sinki. Kadang2 budak2 muntahkan makanan bawah meja tak pun sorok makanan kt bawah meja. Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yg dipersalahkan pastu aku jugaklah yg kena cari lubang sarang and taruk racun. Bila aku bising kt mak suh nasihatkan adik2 tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja. Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak ngan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat2 nanti bila kahwin sama jugak buat tuk suami. So aku kena berterima kasih kt diorang sbb aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sbb diorang. Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi mampus.

Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri sakit sendiri merangkak pergi hospital. Berkali2 doktor pesan jangan buat kerja berat tapi srmua tu family tak paham. ok takpe aku buat jugak. Aku try mintak ngan mak nak duit buat beli supplemen tambahan cam jus delima and pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya plak adik2 mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur rm200 seorang. Mak aku siap kata lagi kt aku, kau punya tak Payah beli baju raya takpe kan sbb duit dh byk habis kt adik2. Aku menangis kt dlm bilik sbb kecik hati ngan mak. Tak sangka penampilan adik2 lagi penting drp kesihatan aku. Baju raya takde takpa. At least cakaplah elok2. Takpelah aku kumpul duit sikit2 hasil cod hari tu dpt jgk duit tips drp customer. duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni. kot la ada kecemasan ke apa kan

Then kat sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dan mak pagi tadi. tiga hari lepas, tah dari mana datangnya tiga org saudara yg aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku mcm rumah sendiri . Geram betul. sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tp time org duk masak ke tgh kemas rumah ke dia selamba je duk tergolek dpn tv layan cerita. Aurat kt dlm rumah takyah cakap la. Baju asek nk londeh je. Suh solat pun mcm nak kena cungkil dari katil. Pemalas nak mampos. Masa makan je berdesup ke dapur makan Sampai perut buncit. Lepas makan tinggal camtu je dlm sinki tak berbasuh. Anak dia dok meraung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yg kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tp astaghfirullahal'azim pemalas nak mampos. Heee.. Semalam satu family letih layan tetamu dtg beraya. Aku plak makan kt luar sorang2 takde mood nak makan ngan diorang sume. Bila balik je aku bengang gila la kucing2 takde sapa bagi makan. Masa aku kt dapur tgh bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dh tak tahan terus maki dia. Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang vavi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas tidur je keja. Vavi je perangai camtu. Pakai purdah kepala hOtak perangai cam s*al. Dia terus keluar mengadu kt mak bapak aku. Mak aku marah gila ngan aku. Dari riak muka bapak aku, jelas dia kecik hati ngan perangai aku. Baru aku tahu pompuan tu anak sedara yg dia plg sayang. Sbb cantik, pakai sopan, lembut tp perangai mcm iblis. Aku yg depan² mcm iblis ni tak hadap plak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga iblis mak ngan bapak ni tak jadi hipokrit mcm perempuan tu.

Pastu mak face to face ngan aku cakap dia kecewa aku biadap camtu. Aku terus terang cakap "kalau camtu bagilah duit. nk balik gombak. Kerja kt sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak camni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dh dpt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dgn family mak yg membosankan ni". Mak blah camtu je. mesti dia taknak. Nanti sape nak tolong dia kan.

Seorang lagi saudara aku tu.. Dia ni buat jugak kerja rumah tp kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dlm bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sbb semut masuk. Keropok jadi lemau. Ikan jadi busuk dan berulat sbb dia letak kt luar. Dapur bersepah dgn sisa makanan yg basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja setan. Mak marah2 aku salahkan aku. Tak pasal plak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yg diorang buat kt dapur sbb aku jaga bapak aku. Pastu subuh tadi aku join diorang masak. Mak aku okay sket la ngan aku. pastu mak suh aku tlg dia siram bunga. Aku keluar iktu pintu depan and senyap2 pergi ke pintu belakang saje nk spy apa yg sedara2 lehnet tu dok sembang. Kecik hati aku dgr diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus. Kulit hitam. Perangai mcm jantan. Tah anak sape tah sbb lain drp adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la.. Tiba2 aku meluru ke pintu belakang dgn air mata . Aku tanya apa yg diorg tak puas hati ngan aku? Diorang tunjuk riak muka celaka kt aku. Aku dah tak sanggup nk pendam. Aku katalah ye aku hitam sbb aku berpanas hujan kt luar tlg mak cari rezeki. Anak2 dara lain cantik gebu makan supplemen pakai set kecantikan mahal2. Aku ni satu apa pun tak de. Diri aku Selekeh sbb aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dlm poket, aku takkan jadi camni. Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal ngan diorang. Mak tuduh aku mcm2. Sketsa apa la ni…. Aku try nak sabar tp tak mampu. First thing aku buat, aku buabg cincin di jari terus campak kt mak. Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dgn anak kawan dia tahun lepas. Tah sapa je lelaki tu. Aku tak kenal and tak pernah cari ikhtiar nk mengenali dia. Dia pun sama. Menyakitkan hati jgk jd tunang org ni. Aku cakap kt mak, " nah amik balik. Hari ni jgk saya putuskan pertunangan ni. Jgn nk guna kuasa veto wali ye. Lelaki tu tak sekufu dgn saya. Elok2 mak buat saya mcm kain buruk. Mak nk pass saya kt orang yg saya tak kenal. Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dpt anak hitam tak terurus camni. Sbb anak mak yg cantik handsome semua mak simpan kt dln rumah. Takut kena cahaya matahari sgt kan. Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak taknak. Mak simpan saya kt rumah jadi apa!!! Jadi kuli je kan? Maaf sbb saya derhaka ngan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yg maksum didunia kecuali nabi. Mak layan saya mcm sampah nanti mak jawablah dgn Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak2 lain mcm raja. Saya diam sbb saya taknak derhaka ngan mak. mak tahu saya kena buat surgery tp mak lagi sanggup utamakan adik2 drp saya. Skang ni orang luar lagi tinggi darjat drp saya. Kalau camtu saya berambus dari hidup mak la senang kan?saya lagi rela mampos kt celah hutan sana drp tanggung sakit hati sbb mak tak sayangkan saya. Mak duduk lah kt rumah ni ngan biawak hidup ni semua." aku tgk mak tunduk je menangis. Sedara aku sume tergamam sbb tak sangka jadi camni. Aku blah masuk bilik amik sweater , helmet, tudung dan kunci motor. Masa aku lalu kt depan bapak aku cium tgn dia. Aku taknak jadi camni pun tapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku deserve kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Raya2 ni kena layan drama celaka camni. Dia genggam tangan aku taknak aku pergi. Tapi aku blah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk2 call and whatsapp aku suh balik. Aku dh tawar hati. Petang nanti aku baliklah. Tapi aku nak balik kemas barang then blah balik gombak. Ego mak tinggi sgt. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah.

Lantaklah korang pikir aku anak derhaka ke apa. Takde sape kt tempat aku Dari dlu sampai ke hari ni. Aku ni manusia yg membesar dlm tekanan. Aku takde kawan. tak pernah lg la org peluk aku and kata " don't worry. You'll be fine" or "it's okay. I'm here for you". Kelakar kan hidup aku. Takpelah. Satu semester je lagi kt uia and i will be away from here but dont worry mak, tangggungjawab anak ttp wajib ditunaikan. I love you so much and I'm sorry because i have to behave like an a***ole this time. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak express camne kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, drp anak mak yg paling tak sempurna

– shuya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

992 Comments

  1. Berhijrah lah. Sedangkan nabi pon berhijrah ke tempat lain meninggalkan kampung halaman, saudara-mara.. bukan bermaksud kita lemah, tp cari balik kekuatan. Insyaallah, semua ada jalan penyelesaian.. Selamat hari raya! :)

  2. Sedih sangat cerita awak.. tapi cerita saya..l saya selalu kena pukul.. sebab mak lebih sayang anak lelaki dr anak pempuan. Sebab umah bersepah adik buat saya kena pukul.. mak saya selalu cakap saya bodoh.. tapi saya ni jenis tak melawan cakap mak.. saya redha pada allah.. ada satu hari mak biarkan adik pempuan saya menangis.. saya tegur mak saya.. mak kalau tak sayang kita tak apa sayanglah adik2 pempuan kita. Sejak dr itu mak saya berubah dan terkejut dengan kata2 saya.. saya jaga diri sendiri berdikari sendiri dr darjah 2. Kita ni jenis tak simpan dalam hati.. kadang tegok mak lebihkan adik2 saya tak kisah.. saya tak nak anak2 jadi mcm tu.. saya sayang semua anak saya tak ada pilih kasih. semua dpt baju raya.. semua dpt tak ada siapa yg lebih.

  3. Get out of the mess…you’re only responsible to yourself…if it makes you unhappy .it’s not worth staying…you cannot make others happy if you aren’t happy…do not blame others for your unhappiness..because it is all about choice…your choice!! :-)

  4. pasal apa la manusia ni x pandai bersyukur. dapat anak baik macam tu pun x tau nak hargai. itu antara nikmat allah yang besar – dapat anak yg baik.

  5. Tak tahu kenapa.Saya jadi addicted pula membaca kisah-kisah dalam IIUMC ni.Banyak sangat ibrah dan pengajaran.Membuka hati,mendidik kita bersyukur dan mengajar kita berlapang dada,bahawa bukan semua manusia dalam dunia ni hidup senang.Kadang kat luar nampak ok,tapi kita tak tahu apa yang orang tu dok tanggung sendirian.

    Siapa pun kamu,
    moga Allah merahmati.
    Hidup kat dunia memang penat.Sebab Allah dah sediakan syurga tempat berehat.

    Adakala,kita rasa kitalah makhluk Tuhan paling susah,paling menderita.Tapi,kita tak tahu ujian dan dugaan orang lain bagaimana.Sangka baik denganNya selalu,jangan putus doa..dan usahalah jadi hamba Allah yang redha.

  6. Sedeh trsgt2 nak, air mata mngalir tanpa henti, jiwa saya sorang ibu begitu tersentuh, apapun ibu tetap ibu nak, ok skrg fokus pd study mu nak, esok2 bila trpanggil utk ibu, balik la. Hitam puteh bkn ukuran nak, in sha allah akn jumpa jodoh nnti. Klu2 perlu ketenangan mai lah umah mama d perlis, mama mng suka ambil anak angkat, bg sek, n diorang dah bkerja n bkawin. Hubungi lah mama ya syg.

  7. Dh mcm cite philipine dh. Mayb u kene hilangkan diri pastu buat comeback dan revenge. :) #jk nway ape yg berlaku pasti ade hikmahnya. Papepon pls berfikiran waras dan amik tindakan yang terbaik untuk u. Stay strong! Jyeahh

  8. Akak tak kenal adik. Pernah terjumpa pun jauh sekali. Tapi bila akak baca confession adik, berair2 mata akak tahan sebak.
    .
    Akak rasa nak peluk adik dan ckp “Adik anak yg baik. Adik cuma bertindak mcm tu sbb adik dah tak tahan nak tanggung semua tu dan rasa sedih yg dah terlalu lama adik pendam. Adik banyakkan istigfar, minta petunjuk Allah dan in shaa Allah ada jalan penyelesaiannya nanti.”
    .
    Akak doakan urusan surgeri adik dipermudahkan. Allah uji sbb Allah tahu adik boleh tempuhinya..

  9. Kesian pd anak ni sebab mak bapak pilih kasih .bersabar dulu dan selalu berdoa semoga Allah bukakan pintu hati emak dan bapa berlaku adil pd semua anak anakl nya

  10. Ku sendiri ada 3 org kawan yg mak nya memang cenggini, jadi ku sgt tak hairan membaca luahan hatimu. Kawan2 ku tu sampaikan mak tak bagi nak kahwin, kena buat pinjaman sana-sini semata-mata nak bayar hutang adik-beradik yang lain. Aku ni sampai kata “Kak A, jangan bagi Syu jumpa adik-beradik akak. Satgi takut secara automatik tangan nak p tumbuk ja.”
    Duit gaji diorg ni bulan2 habis kt adik-beradik ja. Duit tusyen anak2 abang dia pon dia kena bayar, rumah abang dia yg dh nk kena lelong pon dia terpaksa beli. Abang dia sedap duduk tanpa bayar satu sen pon. Kereta dia pon adik-beradik lanyak sampaikan dia nak p kerja pon kekadang xde kenderaan.
    Sungguh, aku sampai tak jejak ke rumah kawan2 ku ni masa raya. Bukan sebab jauh, tapi sebab tak boleh. Kesabaranku bukan macam mereka..
    Korang memang hebat~ Sebab tu Allah bagi ujian tahap tinggi :)

  11. Bersabarlah dik..Allah sedang menguji adik. Bertaubat dan mohon petunjuk dari Allah jaln yang benar..Jangan tersalah langkah.Semoga Allah melindungi adik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *