sebab aku kain buruk mak :'(

Salam aidilfitri para readers sekalian. Nampaknya ramai orang mengeluh kena jadi hamba abdi buat kerja rumah yg sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang Suruhan lelaki dlm rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saudara yg datang menyemak kt rumah aku ni. So bagi aku raya is no other than tempoh yg menyakitkan hati. Aku benci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ni pun aku tak duk kt rumah. Pukul 8 tadi aku naik motor datang ke pantai cuba tuk cool down sbb tadi aku bertekak ngan mak. Kesian dia menangis kecik hati ngan aku. Kesian lagi aku. Kenapa? Bacalah dulu.

Aku merupakan anak Ketiga. So kakak dan abang aku memang mak aku sayang gila la sbb diorang penyumbang kewangan utama family. Adik2 aku plak tersangat manja So family aku layan diorang mcm anak raja. Aku? aku ni hama je. Dah berkali2 aku plan nak lari rumah tp sejak bapak aku sakit, aku nekad tuk bertahan je. Tapi sekarang ni aku yg menanggung sengsara dr segi emosi dan fizikal.

Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah consider kudrat aku tu sepadan ke tak dgn beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada kat rumah tak pergi mana2 so mak ayah tak perlu risau pasal apa yg diorang buat kt luar. Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak duk kt rumah. At least sinki tak penuh dgn pinggan kotor, toilet tak tersumbat dgn puntung rokok, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak abis, akU pun tak penat sangat. mak aku ni seorang caterer tp dia tak nak hire pekerja sbb dulu dia pernah kerugian sbb staf dia bwk lari semua duit dia. So yes aku ngan mak yg handle semua tempahan tanpa bantuan drp orang lain. Kenapa aku kata terpaksa? Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak or tak bersyukur sbb Tuhan masih nk bagi peluang tuk buat pahala. Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Abih aku ni Bukan anak dia ke? Aku paham kalau dia save duit tu tuk modal. Tapi aku jugak perlukan duit tuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku at least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan family memang tak lah. family aku didik aku ngan kasar sejak kecik lg. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa2. Aku tak boleh menangis dpn diorang walau apa pun jadi. So sejak kecik aku tak pernah merasa apa2 yg dibeli dgn duit family.Yuran belajar je partly supported by kakak aku. Yang lain sume aku tanggung sendiri ngan buat kerja part time.

Selain tu, adik beradik lelaki aku jgk mmg takde kesedaran langsung nk tolong mak aku jd driver beli barang kt pasar ke apa. Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh2 kilogram. Beras plak kena beli ngan kilang so dalam sehari aku mmg dua tiga kali pusing satu daerah ngan mak naik motor gi beli semua tu. Even nak bawak bapak pergi hospital pun aku kena tebalkan muka mintak tolong ngan kawan bapak aku. Kalau ada duit lebih baru aku upah transporter. Diorang si lelaki biat apa? Membuta kt bilik sampai ke petang. Bangun je taknlain tak bukan melahap mcm setan. Aku takde lesen kereta. Dulu masa aku nk buat, mak Kata tak payah sbb duit tu dia nak bagi kt adik2 buat lesen kereta. Pastu mak bagi plak sebuah kereta tuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik2 sanpai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak. Dia tak foresee yg kalau adik2 takde nak harapkan sape bawak kereta tu sume? Takde sapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai2lah nak hidup

Hari tu Selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula2 mak keras hati paksa jgk aku buat kerja. Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung. Aku bangun seawal pukul 5 pagi masak bahan basic tuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yg sakit tu. Dalam pukul 7 aku kena siapkan anak2 Abang aku ke sekolah, masak breakfast tuk diorang, hantar diorang ke sekolah, dalam pukul 8 aku bawak mak gi pasar beli barang, dalam pukul 10 bawak bapak gi hospital plak settle hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tlg mak masak tuk bisnes dia plak. Petang kehulu kehilir pegi ambil anak2 sedara kat sekolah, COD tempahan makanan kt rumah customer,etc. Kalau hari biasa je aku rasa penat gila. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena settle. So lepas cod barang, aku balik masak tuk family berbuka plak. Lepas dh makan semua tinggal camtu je dlm sinki. Kadang2 budak2 muntahkan makanan bawah meja tak pun sorok makanan kt bawah meja. Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yg dipersalahkan pastu aku jugaklah yg kena cari lubang sarang and taruk racun. Bila aku bising kt mak suh nasihatkan adik2 tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja. Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak ngan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat2 nanti bila kahwin sama jugak buat tuk suami. So aku kena berterima kasih kt diorang sbb aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sbb diorang. Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi mampus.

Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri sakit sendiri merangkak pergi hospital. Berkali2 doktor pesan jangan buat kerja berat tapi srmua tu family tak paham. ok takpe aku buat jugak. Aku try mintak ngan mak nak duit buat beli supplemen tambahan cam jus delima and pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya plak adik2 mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur rm200 seorang. Mak aku siap kata lagi kt aku, kau punya tak Payah beli baju raya takpe kan sbb duit dh byk habis kt adik2. Aku menangis kt dlm bilik sbb kecik hati ngan mak. Tak sangka penampilan adik2 lagi penting drp kesihatan aku. Baju raya takde takpa. At least cakaplah elok2. Takpelah aku kumpul duit sikit2 hasil cod hari tu dpt jgk duit tips drp customer. duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni. kot la ada kecemasan ke apa kan

Then kat sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dan mak pagi tadi. tiga hari lepas, tah dari mana datangnya tiga org saudara yg aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku mcm rumah sendiri . Geram betul. sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tp time org duk masak ke tgh kemas rumah ke dia selamba je duk tergolek dpn tv layan cerita. Aurat kt dlm rumah takyah cakap la. Baju asek nk londeh je. Suh solat pun mcm nak kena cungkil dari katil. Pemalas nak mampos. Masa makan je berdesup ke dapur makan Sampai perut buncit. Lepas makan tinggal camtu je dlm sinki tak berbasuh. Anak dia dok meraung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yg kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tp astaghfirullahal'azim pemalas nak mampos. Heee.. Semalam satu family letih layan tetamu dtg beraya. Aku plak makan kt luar sorang2 takde mood nak makan ngan diorang sume. Bila balik je aku bengang gila la kucing2 takde sapa bagi makan. Masa aku kt dapur tgh bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dh tak tahan terus maki dia. Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang vavi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas tidur je keja. Vavi je perangai camtu. Pakai purdah kepala hOtak perangai cam s*al. Dia terus keluar mengadu kt mak bapak aku. Mak aku marah gila ngan aku. Dari riak muka bapak aku, jelas dia kecik hati ngan perangai aku. Baru aku tahu pompuan tu anak sedara yg dia plg sayang. Sbb cantik, pakai sopan, lembut tp perangai mcm iblis. Aku yg depan² mcm iblis ni tak hadap plak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga iblis mak ngan bapak ni tak jadi hipokrit mcm perempuan tu.

Pastu mak face to face ngan aku cakap dia kecewa aku biadap camtu. Aku terus terang cakap "kalau camtu bagilah duit. nk balik gombak. Kerja kt sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak camni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dh dpt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dgn family mak yg membosankan ni". Mak blah camtu je. mesti dia taknak. Nanti sape nak tolong dia kan.

Seorang lagi saudara aku tu.. Dia ni buat jugak kerja rumah tp kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dlm bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sbb semut masuk. Keropok jadi lemau. Ikan jadi busuk dan berulat sbb dia letak kt luar. Dapur bersepah dgn sisa makanan yg basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja setan. Mak marah2 aku salahkan aku. Tak pasal plak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yg diorang buat kt dapur sbb aku jaga bapak aku. Pastu subuh tadi aku join diorang masak. Mak aku okay sket la ngan aku. pastu mak suh aku tlg dia siram bunga. Aku keluar iktu pintu depan and senyap2 pergi ke pintu belakang saje nk spy apa yg sedara2 lehnet tu dok sembang. Kecik hati aku dgr diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus. Kulit hitam. Perangai mcm jantan. Tah anak sape tah sbb lain drp adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la.. Tiba2 aku meluru ke pintu belakang dgn air mata . Aku tanya apa yg diorg tak puas hati ngan aku? Diorang tunjuk riak muka celaka kt aku. Aku dah tak sanggup nk pendam. Aku katalah ye aku hitam sbb aku berpanas hujan kt luar tlg mak cari rezeki. Anak2 dara lain cantik gebu makan supplemen pakai set kecantikan mahal2. Aku ni satu apa pun tak de. Diri aku Selekeh sbb aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dlm poket, aku takkan jadi camni. Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal ngan diorang. Mak tuduh aku mcm2. Sketsa apa la ni…. Aku try nak sabar tp tak mampu. First thing aku buat, aku buabg cincin di jari terus campak kt mak. Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dgn anak kawan dia tahun lepas. Tah sapa je lelaki tu. Aku tak kenal and tak pernah cari ikhtiar nk mengenali dia. Dia pun sama. Menyakitkan hati jgk jd tunang org ni. Aku cakap kt mak, " nah amik balik. Hari ni jgk saya putuskan pertunangan ni. Jgn nk guna kuasa veto wali ye. Lelaki tu tak sekufu dgn saya. Elok2 mak buat saya mcm kain buruk. Mak nk pass saya kt orang yg saya tak kenal. Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dpt anak hitam tak terurus camni. Sbb anak mak yg cantik handsome semua mak simpan kt dln rumah. Takut kena cahaya matahari sgt kan. Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak taknak. Mak simpan saya kt rumah jadi apa!!! Jadi kuli je kan? Maaf sbb saya derhaka ngan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yg maksum didunia kecuali nabi. Mak layan saya mcm sampah nanti mak jawablah dgn Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak2 lain mcm raja. Saya diam sbb saya taknak derhaka ngan mak. mak tahu saya kena buat surgery tp mak lagi sanggup utamakan adik2 drp saya. Skang ni orang luar lagi tinggi darjat drp saya. Kalau camtu saya berambus dari hidup mak la senang kan?saya lagi rela mampos kt celah hutan sana drp tanggung sakit hati sbb mak tak sayangkan saya. Mak duduk lah kt rumah ni ngan biawak hidup ni semua." aku tgk mak tunduk je menangis. Sedara aku sume tergamam sbb tak sangka jadi camni. Aku blah masuk bilik amik sweater , helmet, tudung dan kunci motor. Masa aku lalu kt depan bapak aku cium tgn dia. Aku taknak jadi camni pun tapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku deserve kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Raya2 ni kena layan drama celaka camni. Dia genggam tangan aku taknak aku pergi. Tapi aku blah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk2 call and whatsapp aku suh balik. Aku dh tawar hati. Petang nanti aku baliklah. Tapi aku nak balik kemas barang then blah balik gombak. Ego mak tinggi sgt. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah.

Lantaklah korang pikir aku anak derhaka ke apa. Takde sape kt tempat aku Dari dlu sampai ke hari ni. Aku ni manusia yg membesar dlm tekanan. Aku takde kawan. tak pernah lg la org peluk aku and kata " don't worry. You'll be fine" or "it's okay. I'm here for you". Kelakar kan hidup aku. Takpelah. Satu semester je lagi kt uia and i will be away from here but dont worry mak, tangggungjawab anak ttp wajib ditunaikan. I love you so much and I'm sorry because i have to behave like an a***ole this time. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak express camne kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, drp anak mak yg paling tak sempurna

– shuya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

992 Comments

  1. Aku x sangka zmn camni pun ade gak family toxic camni..aku pk baik ko bwk diri jejauh la..mak ko tu satu hal la. Ni yg minah bajet niqabisssss sgt tu dah kenapa pangai cam lahanat! Eh..geram plak aku ngn minah bajet alim tp pangai ngalah iblis.depa2 ni la punca org pandang serong kat org2 pakai purdah.

  2. Sorok2 aku nangis tepis sofa baca story kau shuya. Shuya, kau kuat sangat sebenarnya! Kau ingat tu! Kau kene bangga, ko banyak kelebihan tau. Lantak pi lah sedare ko yg cantik mulus pemalas taik kucing tu. Sabar tau. Tak pew, ko redakan diri dulu.

  3. bertabah lah..aku fhm apa rasanya dianggap mcm black sheep dlm family..hbis belajar nti pegilah merantau jauh dri family..moga someday diorg akan sedar yg kau juga sebahagian dri family..

  4. Setengah org memang takkan percaya seorang mak spesis ni wujud. Hanya yg melalui sj tau. Sabar dik. Moga kau dlm lindungan Allah. Belajar rajin2 dan jgn lupa ibu tetap ibu ya. Ada rezeki kita bahagiakan dia mcm mana dia nak

  5. Wow nyaris air mata nk leleh.. nasib ade org je kt sini… kesian kamu… kadang org kata kita derhaka tp di sebalik kisah derhaka tu die org tak tahu… sabar je lah dik… nnt dh habis belajar.. dh kerja semua.. mase tu pindah duduk sendiri… tanggungjawab sbgai anak… blk lah kg jenguk2 skali skala… jgn nk stay sana nnt di perabdikan lagi… tak sepatutnya mak kamu mcm tu.. esok2 menjawab lah dia di akhirat… anak2 jgn di beza2 kan… tapi part pakai purdah muka cantik tp pemalas nak mampus tu… win… tak semua yg kita nmpk kt luaran tu adalah benar…

  6. Be strong dik….jangan lemah k.InsyaAllah kebahagiaan milik adik juga.Mungkin mak adik tak nak tunjuk betapa dia sayang adik.Rilek dan sabar k.Duduk jauh sementara waktu…bagi ruang untuk masing2 bertenang Tapi apa pun yg adik lakukan,ingat ayah dan mak adik.Jangan menyesal belakang hari.Kalau perlukan seseorang utk adik luahkan perasaan,pm akak yer dik

  7. doa orang2 yang teraniaya, doanya tanpa hijab.minta la pada tuhan. doa yang baik untuk diri dan keluarga. semoga Allah menjaga sis dan tergolong dalam golongan org yang sabar.

  8. Kpd confessor ni, if lmbat lg hbis sem, blh pm sy..cmpny sy nk cari admin staff.. ..n 1 sem je nk hbis kan? Blh pm sy , if kut2 nnti kmi nk tmbh staff lg..blh pm sy asap sbb klu lg 5-6bulan tkut dh lupa sal cerita ni. Kerja ofice work….tq

  9. Ok..mula2 maafkn mak..mintak maaf dgn mak..syurga bwh tpk kaki mak kan..pas maafkn mak tu..pikir psl diri sendiri plak..wat selamba je.. tabahkn hati..

  10. Ya Allah sedihnye. Serius sedih. Sy sokong sis cakap macam tu. Bukan nak derhaka tapi maybe tu je satu2nye cara sis nak pertahankan diri sis n luahkan segalanya. Semoga peristiwa ni jadi turning point bg family sis untuk menghargai sis.

  11. Yg ni serius kesian.. dpt dibygkan betapa letihnya dia dan org x pernah nak hargai apatah lg nak kesiankan dia yg x sihat dsb.. sedih sy baca… syukurlah, wlu dilayan begitu dia tetap tak sampai hati nak berdendam dgn mak ayah. Mmg baik awak ni, takpelah anggap je klu pun xde sape nak acknowledge sumbangan awak di dunia, at least Allah nampak bakti awak tu k~ bertabahlah..

  12. ya..aku rasa ko patut pg..biasala xdihargai bila depan mata..lg pun sis nampak macam boleh buat smua keja..xda masalah nak survive kat luar..

  13. sumpah confessor, cerita kita hampir sama. Aku kena masa puasa kot. Tapi aku okay sikit sebab takde sedara gila mcm tu. Mak aku pun caterer. T.T aku tahu perasaan penat tolong. Kemas dapur berdaki, orang lain tanak tlg. Bg makan kucing arnab, kemas rumah, serba serbi kau buat. Sanggup tak keje nak tlg mak. tp rezeki aku murah sbb Allah bg aku dekat barangan online aku meniaga. ada duit sikit. serius sebijik. cuma ayah aku sihat ringan sikit dr beban kau. Aku pun pernah nak kahwin cecepat dengan tunang, tp susah sbb kita mesti hati lembut. Tak gamak tengok mak ayah dibuli. last3 aku balik.

  14. Mental kuat. I feel this before. Saya siap lari dari umah sebab stress sampai tahap mana nnth. Haha. Dilayan macam babu la. Bukan nak maki mak sis, tapi sepatutnya, dia layan sis seperti permaisuri nih siap spin lagi. Put all blame on you. For me, it’s better for you away from that house. Bukan apa, biar dorang rasa yg khilangan sis tuh adalah permata. Hilang sebulan dua ke ok jugak. Nanti balik, drama teruk jugak. Btw sis sakit apa? Sampai nak kena op lg

  15. Semoga dipermudahkan sem2 yang masih berbaki.. saya doakan awak dapat kerja tetap yang bagus2 lepas grad nanti.. yes, pindah tempat lain.. cari rumah sendiri.. tapi duit hantarlah kat mak tiap2 bulan sekadar yang mampu bila dapat kerja nanti.. saya doakan kesihatan awak semakin baik ya. :)

  16. ya Allah…sedihnya
    bertabah ya awak,mak dah ayah kita pun manusia biasa yg x lepas dari buat dosa .. satu hari nanti mesti Allah akan balas kebaikan yg awak dah buat dgn berlipat kali ganda. insyaallah…

  17. ya allah ni confess paling tak tahan aku baca. semoga kau diberi kekuatan, tabah utk tempuh segalanya.. bahagiakan diri sendiri dulu yer, bru fikirkan org lain.. byk2 bersabar.. mngkin ada hikmah dr apa yg tjadi.. Allah dah tentukan jalan hidup kita sebaik-baiknya. InshaAllah

  18. take time untuk awak dik. cari kejayaan. dalam masa sama kirimkan doa utk dorang.Bila dh ready nanti. pulanglah balik.. moga ni masa untuk awak dan family awak bertenang. be strong.
    awak dah cukup cantik dah dengan segala yang awak buat ni. sis power!

  19. Shuya..be strong dear..awak terlalu baik sampai org pijak kepala awak..kesusahan dpt mngjr kita erti pengorbanan..keep positif dear..kuatkn semangat..dekatkn diri dgn Allah..bukan saja2 Allah letakkn awk disitu..mngkin utk tingktkn taraf kddukn awak di sisiNya.. klau ada apa2 nk share blh pm sy..sy jnji akn rhsiakn siapa awak..senyum ye..^^

  20. be strong sis .. if kau nak kawan .aku ade untuk kau .aku pon takde kawan . saba beb ..kau takya balik rumah dlu .bia mak kau cri kau . dia yg salah buat anak mcm ni .. sedih aku bce confession ko…haiz

  21. Sebenarnya, dalam byk2 adik beradik perempuan ni, dia la plg mak dia syg. Sbb dia rajin. Tu sbb mak dia ambil kesempatan atas kerajinan dia, takpe, anak no 3 boleh tlg. Xpe, bg kt adik2, abang2 kakak2 x boleh harap ni dulu, sbb nanti anak no 3 ni fhm. Biasanya mcm tu la prgai mak2. Yg rajin tu mak suruh buat mcm2. Yg pemalas tu, mak pun mls dah nk berbunyi. Kalau berbunyi pun mmg x boleh harap.

    • Xde mknenye sayang kalau layan camtu… Ape pon tabek ngan sis ni.. Egt sng ke someone nak ambik tindakan cmtu.. Harap mak dia sedar r kesilapan dia sblm terlambat..

    • Setuju part mak minta tolong kat anak yang dia tau boleh diharap sebab anak lain mmg lost cause dah tak kuaser nak hadap. Tapi this is just too much.

    • Tp atleast bagila anak dia yg paling dia ‘sayang’ ni something sbgai penghargaan..ni baju raya pun takde xpe. Lesen kena buat sendiri..mmg nmpk lebih2 ke adik bradik lain….mmg adik beradik dia yg lain tu biawakhidup sgguhlaaa…geram pulak mak!

    • Aku pon sebenanye nampak yg mak dia syg. Tapi msti si confessor ni jnis redha bila dpn mak dia. Dr Stu la mak dia buat tak endah Sgt SBB ingat anak dia ni tak kesah pape pon yg dia buat smpai lupa kebajikan utk anak yg sorg ni. Sbenanye. Dr pemerhatian aku, anak ketiga mmg kuat bkerja. SBB tu mak dia tumpu Kat dia saja utk buat sgala kerja. Dan btol jugak mcm sis tu kata. Mak dia buat tak tahu je Kat anak2 yg lain SBB tahu dah dorg malas. Tapi tlupa yg dia septutnya adil Dan gunakan kuasa sebagai ibu utk semua anak2. Bukan hanya salah sorg saje.

    • Dah tu kalau da diberitahu salah tak pergi pujuk tu pula kenapa? Tak mati pon nyawa seorang ibu kalau rendahkan ego mengaku kesilapan. Ni da terang lagi nyata pergi cakap apa yang tak kena, bukan nak make amends pon. Ntahlah sis. Bukan tanak pandang dari sudut positif, tapi tak usahlah kita menggalakkan penderaan emosi + fizikal ni sebagai ‘tanda kasih sayang’.

    • Tak semua mak boleh rendahkan ego. Ada je yg jnis tak kan rendahkan ego walauapepon yg blku nak2 dgn anak. Sy pon hidup dlm situasi tu. JD pndai2 la faham Dan bawak diri sndiri SBB mak kita jenis ego.

    • Itu la yang mak dia terlepas pandang dan tak ambil berat. Sy x kata mak dia x salah. Mak mana x syg anak? Mungkin seharian tu mak dia duk menangis, tgh muhasabah ke, anak ke-3 dah merajuk ni, sape nk tlg jaga suami yg sakit, sape nk tlg dia berniaga. Nk buat konklusi lebih2, kita pun x tahu ending cerita ni mcmna. Harap mak dia sedar la kesalahan diri tu. Dan harap adik-beradik dia yg %*%+@)-%*&# tu insaf la lepas ni. Sama2 la menolong buat kerja rumah, jgn nk ambil kesempatan atas adik beradik yg rajin.

    • Saya tak suka dgn ayat ‘mak mana tak sayang anak’. Bersepah2 berita mak pedajal hidup anak. Nak optimist dgn kehidupan pon bertempat la.Kalau dia sedih sebab runsing sape nak tolong dia niaga, jaga suami bagai, takde beza anak dgn bibik. Anak merajuk patut pikir kebajikan, ntoh selamat ke tidak. Guane nak baiki hubugan. Saya tahu masyarakat kita terdiri dr banyak ibubapa yg ego, tapi kemonlaaa. Ni anak da outburst kod. Da lari. Nak kena buat tindakan apa lagi bior rendah ego tu? Bunuh diri? Yelah sama2 lah kita doakan mak dia insaf. Tak mampu turunkan ego demi kesejahteraan anak2 tu bukan sayang namanya.

    • Mungkinkah ini kasih syg yg pelik dan sgt kejam..???
      Sehingga Segala kebajikan ank tu d abaikn?
      Eh pelik lah.. dia ni ank tiri ke apa eh?

    • So naive. This is not love. Mak mana tak sayang anak is a super naive comment. Org buang bayi tu mak lah… sayang ke kalau buang dlm semak dlm jamban? Think think think.. reflect.

    • Dan anak yg rajin tidak pula dipuji dan diiktiraf… kau kena faham…kau kena mengalah terus…jgn ungkit. OMG. Sy dok gombak sister. Jom kita p jalan2

    • Anak yg rajin juga akan jadi mangsa dan sasaran kemarahan..adilkah sikap mereka sbg manusia. Klu ade lah Raja Bunian ajak tinggal di istana dua, engko pi lah sis…

    • Banyak cara lain untuk luah kasih sayang kat anak tu. Tapi kalau anak tu sakit teruk pun dibiar je sampai nyaris maut, sayang apa macam tu? Adik-beradik lain yang tak payah buat kerja tu la yang akan malukan mak ayah yang ego tadi selepas kahwin sebab tak reti buat kerja even yang paling basic. Manusia boleh dapat depression berpunca daripada tekanan melampau. Tapi kalau family dia sendiri buat dia tertekan sangat-sangat sampai kemurungan, sayang lagi ke semua tu? Fikirkan. Lebih mudah cakap “Mak mana tak sayang anak” sebab tak semua ada kat tempat tu sampai diri sendiri terkorban, emosi sendiri kena torture dan kena korbankan kebahagiaan sendiri sebab so called parents yang sayang anak tapi tak reti nak tunjuk dia sayang dan hakikat sebenarnya mereka ego.

    • Hmm sy jd sebijik mcm situasi ni. Sy anak no 3 dlm family. Mmg ape2 pun ibu akan suruh sy buat sebab bila disuruh sy terus buat. Nak harap kakak n adik lelaki yg kat rumah ni. Sejuta kali suruh pun tetap tak jalan. Last2 bila dah penat asik kite je kene buat, luah jgak la kat ibu. Mmg ibu ckp kat sy, penat lah bercakap dgn org yg tak dgr. Malas. Ko nak ke ibu diam dgn ko mcm tu jgak? Bila fikir balik, ibu tu sayang kite lebih sebab kite tolong die. Sebab kite dah buat die happy. Wlaupun asik kite je kene buat. Jadi kite kene redha la. Lg satu, alhamdulillah sangat2, ibu sy jenis tak banding2 kan anak2 die. Garangg ?

    • Come on ppl, this is not a case of ibu tu sayang anak ni lebih sbb boleh harap, jadi suruh dia lebih. This is abuse. Physical, mental and emotional abuse. Such an irresponsible mother, kalau anak lain malas didik la mcm mana nak jd rajin dan bertanggungjwb. Bukan asik suruh sorang tu je kerja. Her rights to her health is denied and u all want to harp on the simple malay theory of ibu sayang anak dia akan suruh anak tu je buat kerja and harap anak tu je? Keluar dari kepompong budaya melayu dan belajar tanggungjwb ibu bapa dalam Islam please. Then you will know how wrong this is and stop making excuses for the mother.

    • Esok2 anak2 jantan si ibu la yg jnis jantan kalau kawen dera fizikal n mental isteri… pastu melambak la wei kes2 cerai. Anak2 xdapat nafkah si bapak. Dr kecik dah di ajar xbertanggungjawab.

    • Kalau paling syg xkan smpai kesihatan anak pun x dihiraukan lgsg..dia sptutnya kne buat pembedahan tp mak dia xambk tau pun kan? Bg duit kt adk2 dia buat shopping bleh plak

    • Ada je Roman Tolero. Malah mungkin ramai lg mak2 jnis mcm ni. Zaman sekarang xmustahil. Sebagaimana ramainya suami n ayah yg abai tgungjawab pd keluarga, ada juga ibu yg jnis pilih kasih dgn anak2.

    • Roman Tolero, ada je kisah macam ni in our real life. Buka mata, buka telinga. Ramai je manusia kat luar sana hidup menderita dengan ibu bapa yang ego, abuse anak and nafikan hak anak yang perlukan perubatan. Mine is something like this, like what this girl has been through.

    • Roman Tolero awat xdenyee..ingat x kisah budak danial yg kenda dera ng mak n pkwe mak dia tu ??? Logik x budak besar tu kena pukul mcm org dewasa..budak kot melawan ape sgtlah..

    • Mmg la syg…tp agak2la…smpai baju raya xde…duit pun xnk bg..asyik nk marah2 je.. haihhh tu bkn syg.. mcm nk buat jd hamba abdi je…

  22. Awak ada kekuatan yang orang lain takde. Semoga awak sihat dan diberkati Allah. Nasihat saya, duduk jauh dari family, tenangkan hati. Doakan mak ayah selalu. Nanti ada gaji lebih, hulur sikit dekat mak ayah ye. Doa banyak2, pasal ayah awak. InsyaAllah Allah ada untuk jaga. Satu masa mungkin adik beradik yang lain akan sedar tanggungjawab masing2. Doa banyak2 ye, Allah Maha Mendengar. Abaikan sedara mara yang kutuk awak tu. Mereka bukan penentu kehidupan awak. Jaga diri!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *