Salam aidilfitri para readers sekalian. Nampaknya ramai orang mengeluh kena jadi hamba abdi buat kerja rumah yg sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang Suruhan lelaki dlm rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saudara yg datang menyemak kt rumah aku ni. So bagi aku raya is no other than tempoh yg menyakitkan hati. Aku benci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ni pun aku tak duk kt rumah. Pukul 8 tadi aku naik motor datang ke pantai cuba tuk cool down sbb tadi aku bertekak ngan mak. Kesian dia menangis kecik hati ngan aku. Kesian lagi aku. Kenapa? Bacalah dulu.
Aku merupakan anak Ketiga. So kakak dan abang aku memang mak aku sayang gila la sbb diorang penyumbang kewangan utama family. Adik2 aku plak tersangat manja So family aku layan diorang mcm anak raja. Aku? aku ni hama je. Dah berkali2 aku plan nak lari rumah tp sejak bapak aku sakit, aku nekad tuk bertahan je. Tapi sekarang ni aku yg menanggung sengsara dr segi emosi dan fizikal.
Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah consider kudrat aku tu sepadan ke tak dgn beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada kat rumah tak pergi mana2 so mak ayah tak perlu risau pasal apa yg diorang buat kt luar. Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak duk kt rumah. At least sinki tak penuh dgn pinggan kotor, toilet tak tersumbat dgn puntung rokok, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak abis, akU pun tak penat sangat. mak aku ni seorang caterer tp dia tak nak hire pekerja sbb dulu dia pernah kerugian sbb staf dia bwk lari semua duit dia. So yes aku ngan mak yg handle semua tempahan tanpa bantuan drp orang lain. Kenapa aku kata terpaksa? Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak or tak bersyukur sbb Tuhan masih nk bagi peluang tuk buat pahala. Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Abih aku ni Bukan anak dia ke? Aku paham kalau dia save duit tu tuk modal. Tapi aku jugak perlukan duit tuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku at least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan family memang tak lah. family aku didik aku ngan kasar sejak kecik lg. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa2. Aku tak boleh menangis dpn diorang walau apa pun jadi. So sejak kecik aku tak pernah merasa apa2 yg dibeli dgn duit family.Yuran belajar je partly supported by kakak aku. Yang lain sume aku tanggung sendiri ngan buat kerja part time.
Selain tu, adik beradik lelaki aku jgk mmg takde kesedaran langsung nk tolong mak aku jd driver beli barang kt pasar ke apa. Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh2 kilogram. Beras plak kena beli ngan kilang so dalam sehari aku mmg dua tiga kali pusing satu daerah ngan mak naik motor gi beli semua tu. Even nak bawak bapak pergi hospital pun aku kena tebalkan muka mintak tolong ngan kawan bapak aku. Kalau ada duit lebih baru aku upah transporter. Diorang si lelaki biat apa? Membuta kt bilik sampai ke petang. Bangun je taknlain tak bukan melahap mcm setan. Aku takde lesen kereta. Dulu masa aku nk buat, mak Kata tak payah sbb duit tu dia nak bagi kt adik2 buat lesen kereta. Pastu mak bagi plak sebuah kereta tuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik2 sanpai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak. Dia tak foresee yg kalau adik2 takde nak harapkan sape bawak kereta tu sume? Takde sapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai2lah nak hidup
Hari tu Selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula2 mak keras hati paksa jgk aku buat kerja. Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung. Aku bangun seawal pukul 5 pagi masak bahan basic tuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yg sakit tu. Dalam pukul 7 aku kena siapkan anak2 Abang aku ke sekolah, masak breakfast tuk diorang, hantar diorang ke sekolah, dalam pukul 8 aku bawak mak gi pasar beli barang, dalam pukul 10 bawak bapak gi hospital plak settle hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tlg mak masak tuk bisnes dia plak. Petang kehulu kehilir pegi ambil anak2 sedara kat sekolah, COD tempahan makanan kt rumah customer,etc. Kalau hari biasa je aku rasa penat gila. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena settle. So lepas cod barang, aku balik masak tuk family berbuka plak. Lepas dh makan semua tinggal camtu je dlm sinki. Kadang2 budak2 muntahkan makanan bawah meja tak pun sorok makanan kt bawah meja. Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yg dipersalahkan pastu aku jugaklah yg kena cari lubang sarang and taruk racun. Bila aku bising kt mak suh nasihatkan adik2 tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja. Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak ngan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat2 nanti bila kahwin sama jugak buat tuk suami. So aku kena berterima kasih kt diorang sbb aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sbb diorang. Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi mampus.
Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri sakit sendiri merangkak pergi hospital. Berkali2 doktor pesan jangan buat kerja berat tapi srmua tu family tak paham. ok takpe aku buat jugak. Aku try mintak ngan mak nak duit buat beli supplemen tambahan cam jus delima and pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya plak adik2 mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur rm200 seorang. Mak aku siap kata lagi kt aku, kau punya tak Payah beli baju raya takpe kan sbb duit dh byk habis kt adik2. Aku menangis kt dlm bilik sbb kecik hati ngan mak. Tak sangka penampilan adik2 lagi penting drp kesihatan aku. Baju raya takde takpa. At least cakaplah elok2. Takpelah aku kumpul duit sikit2 hasil cod hari tu dpt jgk duit tips drp customer. duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni. kot la ada kecemasan ke apa kan
Then kat sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dan mak pagi tadi. tiga hari lepas, tah dari mana datangnya tiga org saudara yg aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku mcm rumah sendiri . Geram betul. sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tp time org duk masak ke tgh kemas rumah ke dia selamba je duk tergolek dpn tv layan cerita. Aurat kt dlm rumah takyah cakap la. Baju asek nk londeh je. Suh solat pun mcm nak kena cungkil dari katil. Pemalas nak mampos. Masa makan je berdesup ke dapur makan Sampai perut buncit. Lepas makan tinggal camtu je dlm sinki tak berbasuh. Anak dia dok meraung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yg kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tp astaghfirullahal'azim pemalas nak mampos. Heee.. Semalam satu family letih layan tetamu dtg beraya. Aku plak makan kt luar sorang2 takde mood nak makan ngan diorang sume. Bila balik je aku bengang gila la kucing2 takde sapa bagi makan. Masa aku kt dapur tgh bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dh tak tahan terus maki dia. Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang vavi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas tidur je keja. Vavi je perangai camtu. Pakai purdah kepala hOtak perangai cam s*al. Dia terus keluar mengadu kt mak bapak aku. Mak aku marah gila ngan aku. Dari riak muka bapak aku, jelas dia kecik hati ngan perangai aku. Baru aku tahu pompuan tu anak sedara yg dia plg sayang. Sbb cantik, pakai sopan, lembut tp perangai mcm iblis. Aku yg depan² mcm iblis ni tak hadap plak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga iblis mak ngan bapak ni tak jadi hipokrit mcm perempuan tu.
Pastu mak face to face ngan aku cakap dia kecewa aku biadap camtu. Aku terus terang cakap "kalau camtu bagilah duit. nk balik gombak. Kerja kt sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak camni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dh dpt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dgn family mak yg membosankan ni". Mak blah camtu je. mesti dia taknak. Nanti sape nak tolong dia kan.
Seorang lagi saudara aku tu.. Dia ni buat jugak kerja rumah tp kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dlm bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sbb semut masuk. Keropok jadi lemau. Ikan jadi busuk dan berulat sbb dia letak kt luar. Dapur bersepah dgn sisa makanan yg basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja setan. Mak marah2 aku salahkan aku. Tak pasal plak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yg diorang buat kt dapur sbb aku jaga bapak aku. Pastu subuh tadi aku join diorang masak. Mak aku okay sket la ngan aku. pastu mak suh aku tlg dia siram bunga. Aku keluar iktu pintu depan and senyap2 pergi ke pintu belakang saje nk spy apa yg sedara2 lehnet tu dok sembang. Kecik hati aku dgr diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus. Kulit hitam. Perangai mcm jantan. Tah anak sape tah sbb lain drp adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la.. Tiba2 aku meluru ke pintu belakang dgn air mata . Aku tanya apa yg diorg tak puas hati ngan aku? Diorang tunjuk riak muka celaka kt aku. Aku dah tak sanggup nk pendam. Aku katalah ye aku hitam sbb aku berpanas hujan kt luar tlg mak cari rezeki. Anak2 dara lain cantik gebu makan supplemen pakai set kecantikan mahal2. Aku ni satu apa pun tak de. Diri aku Selekeh sbb aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dlm poket, aku takkan jadi camni. Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal ngan diorang. Mak tuduh aku mcm2. Sketsa apa la ni…. Aku try nak sabar tp tak mampu. First thing aku buat, aku buabg cincin di jari terus campak kt mak. Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dgn anak kawan dia tahun lepas. Tah sapa je lelaki tu. Aku tak kenal and tak pernah cari ikhtiar nk mengenali dia. Dia pun sama. Menyakitkan hati jgk jd tunang org ni. Aku cakap kt mak, " nah amik balik. Hari ni jgk saya putuskan pertunangan ni. Jgn nk guna kuasa veto wali ye. Lelaki tu tak sekufu dgn saya. Elok2 mak buat saya mcm kain buruk. Mak nk pass saya kt orang yg saya tak kenal. Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dpt anak hitam tak terurus camni. Sbb anak mak yg cantik handsome semua mak simpan kt dln rumah. Takut kena cahaya matahari sgt kan. Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak taknak. Mak simpan saya kt rumah jadi apa!!! Jadi kuli je kan? Maaf sbb saya derhaka ngan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yg maksum didunia kecuali nabi. Mak layan saya mcm sampah nanti mak jawablah dgn Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak2 lain mcm raja. Saya diam sbb saya taknak derhaka ngan mak. mak tahu saya kena buat surgery tp mak lagi sanggup utamakan adik2 drp saya. Skang ni orang luar lagi tinggi darjat drp saya. Kalau camtu saya berambus dari hidup mak la senang kan?saya lagi rela mampos kt celah hutan sana drp tanggung sakit hati sbb mak tak sayangkan saya. Mak duduk lah kt rumah ni ngan biawak hidup ni semua." aku tgk mak tunduk je menangis. Sedara aku sume tergamam sbb tak sangka jadi camni. Aku blah masuk bilik amik sweater , helmet, tudung dan kunci motor. Masa aku lalu kt depan bapak aku cium tgn dia. Aku taknak jadi camni pun tapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku deserve kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Raya2 ni kena layan drama celaka camni. Dia genggam tangan aku taknak aku pergi. Tapi aku blah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk2 call and whatsapp aku suh balik. Aku dh tawar hati. Petang nanti aku baliklah. Tapi aku nak balik kemas barang then blah balik gombak. Ego mak tinggi sgt. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah.
Lantaklah korang pikir aku anak derhaka ke apa. Takde sape kt tempat aku Dari dlu sampai ke hari ni. Aku ni manusia yg membesar dlm tekanan. Aku takde kawan. tak pernah lg la org peluk aku and kata " don't worry. You'll be fine" or "it's okay. I'm here for you". Kelakar kan hidup aku. Takpelah. Satu semester je lagi kt uia and i will be away from here but dont worry mak, tangggungjawab anak ttp wajib ditunaikan. I love you so much and I'm sorry because i have to behave like an a***ole this time. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak express camne kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, drp anak mak yg paling tak sempurna
– shuya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
kcian adik… tlg jgn blk umah dlu yaaa.. biar durang rsa mcmna lau adik xda.. geram plak bacanya.. arap2 adik.blh kongsikn lg kisah adik seterusny…
Be strong
Mohammad Faedzwan Abdul Rahman~ cdeynyeeee
Sedihnyaaa cerita ni yaya T_T
In Shaa Allah awak kuat. Sentisa ingat, Allah ada & janji Allah itu pasti.
I feel u sis.. Jangan lupa.. Kau masih ad Allah. Selagi ko percaya n redho ini ujian tuhan utk ko, insyaAllah ko akan selamat walau kat mana sekali pun n dengan siapa ko berhadapan. Redho n be strong sis!
Shuya.. Be strong..awak kuat..kuatkn smgt n hati utk awak Hbskn final Sem..prove to them tat u r ‘somebody’..insyaAllah .. Jgn putus doa pada Dia..
Aku bawak diri..pg raye dgn bkje..bio cm tongkang yg lain..hehe..
Cari blk sbb awal.
Xkn sume org xske kter cm tu je.
Msti bersebab…
be strong & jaga kesihatan awk.. kalo free nti sambung lagi keadaan awk lepas keluar dr rumah.. sy doakan yg terbaik utk awk
Ya Allah, berikan kekuatan pada Syuya.
Smoga kuat awak . .
kau lari laa dari umah tu.aku yakin kau seorang yg independent..kau pergi mana pon boleh survive…
I feel u sis. Same situation. Tpi I jenis rebel. Be strong. Love uuuu
Afais Kamaludin
Farah Nabihah weh sedih do
smoga sgalanye slesaiii….n aw akn dpt msrasai kenikmtn hidup bersama kluarga bwh naugn kberktn illahi…
Take your time.
Keluar dan tenangkan diri.
Keluarga shuya akan sedar jugak apa yg diorg dah buat selama ni.
Cuma, cam kesian kat bapak tu.
Tepon la dia. Huhu
tervaik… tertacing lak…. take care der…
tiba2 rasa mcm ada org potong bawang .moga u kuat sis .masih ada sejadah untuk kita bersujud .kuatkan hati ! be strong !meh sini nk bg pelukan kekuatan utk u !
Sedihnya..mesti penat sgt..semoga awk dpt kerja yg elok nt..duk je lh sewa bilik ke ape kat gombak..semoga dpermudhkn urusan..dan terus kuat..
Jgn lupa beli ubat..kesihatan tu sgt perlu dijaga kalau kita sgsorg..xde org nk jaga..
ShuYa jum hang 0ut dgn haku nk x? Aku jdi kn ko “PRINCESS”
Lepas baca banyak kisah pasal mak ayah yg bermacam2 perangai, sy terfikir satu benda, adakah salah satu punca mak ayah diletak dkt rumah org tua2 tu disebabkan salah anak atau salah diri sendiri (mak ayah) tu. Sy rasa pakcik makcik skrg pun dah hebat, tahu fb, twitter, whatsapp, wechat. So ambil ikhtibar dari kisah2 macam ni. Anak2 tak la kejam sangat, tapi disebabkan waktu kecil dia ada sejarah penderitaan fizikal & emosi yg tak dpt dikawal lg, dia akan menjadi satu dendam, bila dendam, sbb waktu kecil dia tak dpt kasih syg yg selayaknya dia dpt. Jadi makcik pakcik yg dah tua, cuba muhasabah diri balik kenapa ada anak2 yg taknak balik kampung langsung, yg seolah2 jauh hati, yg jarang2 nak call. Mungkin waktu anak2 ni kecil, dieorg tak dpt layanan yg baik, dibeza-bezakan dgn adik beradik yg lain. Sbb tu kasih syg kena adil. Susah kan nk cakap adil sbb benda subjektif, tp benda tu common sense kan. Kalau nk jadi mak ayah pun kena ada ilmu, kena tahu nk didik anak2 dgn kasih syg tp tegas, jgn suka2 biasakan diri nak maki hamun anak, sbb nnt bila dah takda kudrat, takda upaya, anak2 la yg akan jaga, tp kalau dah banyak sgt sakitkan hati anak, agaknya mcm mana layanan dieorg. Org yg cedera fizikal boleh diubat, tp kalau cedera emosi & mental dia, ssh sangat nk ubat, tapi boleh. Dengan syarat, buang Ego tu. Mint maaf dgn anak, perbaiki semua kelemahan. Utk adik, amalkan baca surah al-insyirah setiap kali rasa kecewa, sedih. In sha Allah doa bersungguh2 supaya adik boleh hadapi semua ni dgn tenang
kita ada pemikiran yang sama!
Exactly!
100 % agreed ??? Mungkin ada yg dpt balasan mendera hati dan menganyiaya hak anak2. Wallahu alam?
Abh pn ad ckp psl ni.kbykkn punca mak pak yg dok kt rmh org tua.perangai lagu ni la.dr awl mbezakn kasih syg 2
Tepat. Cedera emosi.
???
Shamsiah Imran Qamariah Imran
Dulu Pernah Kene Gini . Just Lain Sikit Keadaan . Alhamdulillah . Keadaan Sekarang Dah Okey . ???
Same
Mudah dgr hasutan & kata org pn blh jd juga knapa ank2 htr mak bapak ke rmh org tua2.kes anakku sazali pn ye juga.
True! Saya pun ada gak berfikiran yg sama.. kdg2 kita kena tahu cerita dpd pihak 1 lg..
Salah satu sbb kenapa sy takut nk ada anak lebih dr satu, sbb nilah. Sy takut sy terlebih terkurang, sbb sy sendiri pernah rasa mcm mana jadi kuli batak.
So true. Bukan nak kata. Tapi mmg ada terasa
Betol.. Kita acap kali dipasak dengan istilah anak derhaka.. Tapi kita tak pernah didedahkan dengan istilah mak pak derhaka.. Sangat sempit istilah derhaka yang kita dihidangkan.. Kasihanilah anak2.. Makbapak selayaknya manusia..
We’ve been sharing the same thought :'(
Cmne tu nk atasi cedera emosi? Sekadar ingin tahu
Kannnnnn…bkn semua anak jahat…baik buruk anak tu bergantung pada mak bapak yg mencorakkan diaorg
Sy gigih cari semula cari komen ni sbb ade yg replied. Thanks! Hehehe…soalan Nik mujahidah agak killer sebenarnya, hehe. Hmm, pd pandangan sy la, nak rawat kecederaan emosi tu yg pertama kita kena ikhlas maafkan org tersebut, yg kedua redha(ini perlukan kekuatan dalaman since kita dah cukup2 terluka). Nak kekuatan dalaman tu kena banyakkan solat tahajjud. Jadi kesimpulannya, org lain tak boleh ubatkan, semua bergantung kpd diri sendiri. Nak cari kekuatan hanya mohon dgn Allah, menangis dlm sujud. One day kita akan sedar, yg hanya sayangkan kita hanyalah Allah S.W.T
Zairah Wasli
Bro…. ko boleh nasihat bapak aku…kalau dia dengar… mmg gua tabik lu…… aku ni sbb waras je lagi, tu aku boleh sabar….. kalau x… lama dah racun tikus aku taruk……hehehehehe
setuju sgt pe yg sis ckp.. sbb kene kt diri sendiri..
Kudos Nazibah Fauzi. Nasihat yg bernas. Suka part hanya Allah yg sayangkan kita.
Derita emosi…x semo org akan fhm derita emosi yg ditanggung.yg nampak hanya slh demi slh…
Setujuuuuuuuuuu 2 juta%
Betul.. kalau mak ayah didik dgn didikan yg btl, penuh kasih syg, gamak ke kte nk hntr dia ke rmh org2 tua.. ?
Melainkan sebaliknya..
Kdng2 ble dh tua, kte tngok kesian..tp kte tak tau pun kisah mudanya mcmne..
Ble ank berlaku zalim, kte selalu nmpk buruk si anak..
ya Allah, smoga kte semua trhindar dr menghadapi ujian serupa ini… nauzubillah..
Kakak saya pernah dgr satu segment di radio, years ago, x ingat details tp yg pasti speaker yg dijemput dlm segment radio tu mengkaji ibu bapa yg ditinggalkan di rumah org tua dan beliau dapati sebenarnya majority mereka masa muda bukan ibu bapa yg baik malah ada yg mendera anak.
Sy sgt setuju dgn kenyataan cik Nazibah Fauzi. Biasanya orang akan menilai apa yg berlaku pada hari ini sahaja tanpa mencari punca mngapa pkara tersebut berlaku. Sepatutnya siasat dahulu sebelum meletakkan sbarang ksalahan itu pada anak. Sebelum meletakkan title anak derhaka kpd seseorang, ada kemungkinan ibu/ayah mereka yg terlebih dahulu layak menerima gelaran derhaka tersebut. Walaubagaimana pun, kita harus sedar, itulah kelemahan manusia sbg penilai. Mereka akan menilai apa yg mereka nampak sahaja. Allah maha mengetahui setiap kejadian yg berlaku. Memang menyedihkan sesiapa sahaja yg pernah menerima nasib yg sama. Namun, kita ambil sahaja yg positif sbb Allah tidak memberi sesuatu itu tanpa sebab. Mungkin dgn pengalaman ini, kita akan jadi ibu yg terbaik kpd anak2 kita kelak krn kita tidak ingin pkara yg sama berlaku pada anak2 kita nanti. InshaAllah
Betul….kalau anak2 dbesarkn dgn kasih syg yg sama rata…insya allah srjauh mana pun anak tu pergi…dia akan ingat mak ayah…
Stuju !
Kan..sy pun terfikir benda yg sama..last2 anak yg kurang ksh sayang tu jgk yg jaga dorang.. wallahua’lam
Ibu mertua pun ada perangai mcm ni…
Setuju..
Setuju….saya pun x suka duduk rumah…parent sibuk mengadap komputer berfacebook….ramai kawan kat fb lebih penting dari kami…bila kami x nak ikut cakap dia…dia marah2 tinggi2 suara kat kami…ingat lagi masa UPSR…disebabkan result xde A mcm sepupu…saya dimarah-marah…sedangkan masa tu parent langsung x beri perhatian pada kami…tgk kami tgh study pun tidak….sampai mati saya ingat…..memang bila cuti sem langsung x rasa ingin nak balik rumah…bila tegur kenapa pentingkan kawan…x pasal2 dia melenting…lepas tu esoknya,bayangkan saya tertidur pagi tu dia blh jerit2 cakap saya muslimah tak guna,sebab lepas saya tanya kenapa pentingkan kawan dia marah2 saya…satu malam saya menangis pasal risaukan family ni…menangis2 satu malam…setiap kali balik saya yg banyak bantu dia kat dapur semua tu…x pernah ucap terima kasih dulu….makin lama hati saya makin tawar…sampai satu tahap bila saya dah besar bila dia cakap terima kasih saya jawab dengan penuh tawar hati..lebih selesa duduk di tempat belajar tanpa diorg….serious dah tawar hati dengan ngan family sendiri….?
Apa2 pun.. kita kena lah jd lebih baik dr ibu bapa kita.. seteruk2 mereka.. siapa lah kita utk menghukum mereka… doa kan mereka berubah.. doa kan mereka setiap hari… moga Allah mendengar doa2 kita…
Betul kak apa yg akak cakap kan ni . Memang kena dengan keadaan sy . Saya rasa macam takpayah hidup pun takpe laa . Haihh entah laa ?
Sedih nye kn.. Kte sbg ank penat nk menanggung rse, sesekali terluah di kata melawan, ank derhaka, asik nmpak bnde yg kte xbuat, bnde yg kte buat, kte tlg die, xhargai n mcm xpnah buat.. Mulut pulak suka mngungkit2.. Hati kalo da luka mmng susah nk sembuh.. Klo org lain mulut busuk mngata ank ok je lg, tp klo ibu sndiri.. Luka die xsama.. So mak ayah, klo marah sgt, ingt skit, jge mulut jgn dok sedap sgt.. Ank2 pn klo die nk die bleh je nk hambur blik tp sbb masih ade lg respect.. Lastly, ank2 jgak kne mtk maaf, belajar dr barat, parent xpnah ego n xpnah malu mtk maàf ngn ank2.. Bkn harap ank je mtk maaf.. Sbb manusia sume buat slh.
Ha’ah.. Saya ingat semua jada mak ayah saya susah lelah besarkan kami adik beradik.. Tapi dalam tu jugak saya ingat segala layanan berat sebelah. Kadang rasa macam nak berjauhan drp makan hati.. Lebih baik derhaka kecik dr derhaka besar?
selalu dok baca kat paper ibu bapa yang dibuang oleh anak. tapi orang yg buat berita tu patut tanya la kat anak yg buang mak pak tu.. seorang anak tu dia takkan suka suka nak buang mak pak dia yang bela dari kecik melainkan dia gila atau sakit mental. pernah dak wartawan tu terpikir benda benda ni. pastu anak yang buang makpak ni kena kecam lebih dari orang hisap dadah. tak adil rasanya.
Tak semua anak jahat…kadang – kadang sebab didikan ibu bapa sendiri…anak anak pun ada perasaan
saya setuju sgt2 statemnt awk nie Nazibah Fauzi
pernah terbaca, anak derhaka pada ibu bapa kerana ibu bapa ‘derhaka’ dulu dengan mereka
setuju. tapi setiap ujian tu ada hikmahnya.. lambat atau cepat, one day seorang anak yg pernah terseksa emosinya tu akan berterima kasih kepada Allah kerana memberikan ujian sebegitu..
*hargailah dan bersyukurlah selalu selagi ada emak..
betul tu ☺
ppuan pakai purdah tu spesis Atikah (Cerita Yaya) agak nya. Hahaha
Balik dlu, masuk bilik takyah kmas takyah masak takyah pape dah. Rehat je, bila rmh dh jd tongkang pecah kau ckp kat mak kau suruh biawak hidup tu semua buat plk. Kau bkn org gaji eeee geram plk aku baca confession ni. Dh la kasih syg pn tk bg, lyn ank lain mcm raja. Haih
Hi shuya, same goes here. Tp keadaan kita berbeza sbb my mom yg sakit. Saja aku minta kje hri raya. Sbb aku mls nk dok umh jd hamba. Hritu da kne halau dgn abg aku, ktenye berkira bt kje umh. Klau stakat dok blik ngangkang n bgun mkn je jgn smbg berkira kn. Ko cari je la kje lain. Kluar je dr rumah. U deserved to be happy.
Ada ye byla bahrin yg balik ngangkang n bangun mkn je? Memang kurang hajar kan?
Ade Encik Mohd Sadli Abd Hamid ?
Shuya… sabar ye.. sedih betul hati sy baca kisah awak. Dah lama awak pendam..dah lama awak simpan..smpai awak sakit2 cmni… sy sedar kita bkn maksum..ada thp kesabaran, tp sy harap sgt2 awak2 tabah. Insya Allah Allah akan berikan jodoh yg terbaik utk awak… sy akan doa kan shuya.
Nur Asma Naka Mura
panas btul aq baca benda nie…x sngke ade lagi family cm nie…dunia²…
Elok pn ko blah je biar padan muka biawak2 tu sume
Atiera Zainol
Aqilah Izhar Adib Izhar Munibah Izhar Amru Izhar
Iqbal Ismail
Semoga Allah suntik kekuatan dalam diri kau & semoga Allah letakkan rasa kasih sayang dalam diri mak kau untuk sayang kau seikhlasnya. Amiin
Sian …mudah2an ada sinar baru dlm hidup awak …..ALLAH MAHA ADIL
Semoga awak kuat
Alahai dik nangis aku baca kisah ko. Kalau ko ada depan aku aku peluk ko aku pinjamkan ko bahu aku. Biarlah lenjun macam mana pun ko lepaskanlah semua ni kat bahu aku. Serius. Aku tak tau nak pm ko macam mana. Andai ko baca komen aku ko boleh inbox aku. Nanti aku bagi no contact aku.
pelik2x la hai manusia zmn ni…sedey kat adeq tu kan huhuhu
Iezabella Scofield tu la nek. Macam ni punya kejam kat darah daging sendiri pun ada.
Keluar.Cari Kehidupan Sendiri. Biasalah Manusia, Time Depan Mata Xdihargai.Dah Hilang Nanti Baru Diorg Rasa. Ko Dah Cukup Besar Utk Berdikari. Cari Kerja Bagus.Cari Kehidupan Ko Sendiri.Bila Dah Berjaya Baru Ko Balik.Ko xpayah Risau Kerja2 Dlm Umah Ko Tu.Adik Beradik Ko Dah Cukup Dewasa Utk Buat Semua Tu.Selagi Ko Kt Umah Tu Selagi Tu Diorg Xpandai Berdikari.Xpandai Buat Kerja Umah.Biarlah Diorg Pulak Yg Uruskan Rumah,Uruskan Bapak Ko Yg Sakit Tu.Dah Tiba Masanya Ko Pikir Masa Depan Ko.Aq Doakan Ko Berjaya Dengan Apa Yg Ko Pilih Nanti.Buktikan Kt Semua Org Yg Ko Pun Boleh Berjaya Keyh. Jangan Sedih2. Kuatkan Semangat.Ramai Yg Sokong Ko Dik.Termasuk Akk. GoodLuck
Moga Allah beri awk kekuatan Syuya… tabahkan hati, doakan moga mak awk & keluarga diberi petunjuk dan hidayah dari Allah… buat masa ni elok lah awk keluar dari rumah tu…cari ketenangan&kekuatan dulu… awk tinggal lagi satu sem je kan? Skrg ni blh dah start apply kerja….sekurang2nya abis belajar nanti, awk blh bina kehidupan sendiri&dah ada kerjaya sendiri~ tp apa2hal pun, jgn lupa mak&ayah awk…sesekali baliklah jengok diorg~ kena ingat…awk berada di peringkat ini, sbb doa restu diorg… dosa mak awk yg tak adil dgn anak2, itu adalah dosa dia dgn Allah… jgn sesekali berdendam dgn org tua kita~ kalau awk perlukan teman nak luah rasa atau nak mintak tlg apa2…akak ni blh jadi kwn awk..awk blh pm akak… :)
Nurul Adilah
Roon Hallizdaf
Allahuarabbi.sampai ke dalam hati cerita ni,boleh tahu tak ni area mana? Jomlah kerja dengan saya. Cari duit banyak2 biar boleh jadi putih dan cun melecun balik. Makan supplement mahal2.
Tunjukkan pada si cantik purdah yg malas tu awk juga boleh cantik. Geram pulak baca ni.
Setuju.. Tolong dapatkan details dia tuan, bagi dia kerja yg baik, terseksa sangat hidup dia. Semoga Allah lindungi dia.. Baca sambil menitis air mata.. Sbab memang kenyataan ada berlaku mcm ni.. Hasut je lah jgn bg dia lembut hati sangat. Hidup ni dalam islam pun kena dahulukan diri dulu..
Yes please. Tlg amik dia keje dgn ko, bro. Kesian dia.. She deserves a better life..
Harap admin dpt bantu.
Haniff Sofian kedai akak kat gombak betul2 belakang UIA kalau dpt cari tuan empunya badan inform la akak ye…
Yesss . Do pm encik haniff pls . Rezeki sis .
I feel u sis.. Sbb parent aku pun meniaga makanan n aku tau penat die macam mana. Tp alhamdulillah parent aku sgt penyayang. Pm aku.. Ak bg ko free perlaking.. Aku doakan ko tabah, cun n kayo rayo..hitam boleh jd putih.. Miskin boleh jd kaya☺
ambik la bro, orang rajin ni
be strong awak
You’re amazing sister. Insya Allah you’ll be a great lady.
Sabaq noh.
Tabahlah dik..ujian di dunia..sedih betul sketsa idupmu..cm drama fauziah nawi..
Its okay sayang. U gonna be fine on your own. Jaga diri, jaga maruah. Good luck.
What goes around, comes around. Time will tell. Sabar ya :)
Be strong.Lari jauh2.Tenangkan hati.I dont know u tpi saya dpt rasa ap yg awk rasa.
Aku xleh tahan. Sedih sangat weh cerita ko. Sabar la. Kalau berpisah sementara waktu ngan family is the best solution, go on without regret. Ajar diorang sikit erti ‘kehilangan’ ko tu camana. Apa pun semoga ko berjaya. Aku doakan.
Apiq Putra Ibrahim Putra, cari perempuan ni. kawin dgn die. she’s a good woman.
Jenuh nak cari kat sini
boleh lg pit. sesuai sgt jd teman hidup hg yg usahawan ni…haaa
Tabahnye akak ni.. series sye menangis bace cite akak.