sebab aku kain buruk mak :'(

Salam aidilfitri para readers sekalian. Nampaknya ramai orang mengeluh kena jadi hamba abdi buat kerja rumah yg sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang Suruhan lelaki dlm rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saudara yg datang menyemak kt rumah aku ni. So bagi aku raya is no other than tempoh yg menyakitkan hati. Aku benci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ni pun aku tak duk kt rumah. Pukul 8 tadi aku naik motor datang ke pantai cuba tuk cool down sbb tadi aku bertekak ngan mak. Kesian dia menangis kecik hati ngan aku. Kesian lagi aku. Kenapa? Bacalah dulu.

Aku merupakan anak Ketiga. So kakak dan abang aku memang mak aku sayang gila la sbb diorang penyumbang kewangan utama family. Adik2 aku plak tersangat manja So family aku layan diorang mcm anak raja. Aku? aku ni hama je. Dah berkali2 aku plan nak lari rumah tp sejak bapak aku sakit, aku nekad tuk bertahan je. Tapi sekarang ni aku yg menanggung sengsara dr segi emosi dan fizikal.

Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah consider kudrat aku tu sepadan ke tak dgn beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada kat rumah tak pergi mana2 so mak ayah tak perlu risau pasal apa yg diorang buat kt luar. Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak duk kt rumah. At least sinki tak penuh dgn pinggan kotor, toilet tak tersumbat dgn puntung rokok, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak abis, akU pun tak penat sangat. mak aku ni seorang caterer tp dia tak nak hire pekerja sbb dulu dia pernah kerugian sbb staf dia bwk lari semua duit dia. So yes aku ngan mak yg handle semua tempahan tanpa bantuan drp orang lain. Kenapa aku kata terpaksa? Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak or tak bersyukur sbb Tuhan masih nk bagi peluang tuk buat pahala. Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Abih aku ni Bukan anak dia ke? Aku paham kalau dia save duit tu tuk modal. Tapi aku jugak perlukan duit tuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku at least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan family memang tak lah. family aku didik aku ngan kasar sejak kecik lg. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa2. Aku tak boleh menangis dpn diorang walau apa pun jadi. So sejak kecik aku tak pernah merasa apa2 yg dibeli dgn duit family.Yuran belajar je partly supported by kakak aku. Yang lain sume aku tanggung sendiri ngan buat kerja part time.

Selain tu, adik beradik lelaki aku jgk mmg takde kesedaran langsung nk tolong mak aku jd driver beli barang kt pasar ke apa. Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh2 kilogram. Beras plak kena beli ngan kilang so dalam sehari aku mmg dua tiga kali pusing satu daerah ngan mak naik motor gi beli semua tu. Even nak bawak bapak pergi hospital pun aku kena tebalkan muka mintak tolong ngan kawan bapak aku. Kalau ada duit lebih baru aku upah transporter. Diorang si lelaki biat apa? Membuta kt bilik sampai ke petang. Bangun je taknlain tak bukan melahap mcm setan. Aku takde lesen kereta. Dulu masa aku nk buat, mak Kata tak payah sbb duit tu dia nak bagi kt adik2 buat lesen kereta. Pastu mak bagi plak sebuah kereta tuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik2 sanpai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak. Dia tak foresee yg kalau adik2 takde nak harapkan sape bawak kereta tu sume? Takde sapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai2lah nak hidup

Hari tu Selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula2 mak keras hati paksa jgk aku buat kerja. Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung. Aku bangun seawal pukul 5 pagi masak bahan basic tuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yg sakit tu. Dalam pukul 7 aku kena siapkan anak2 Abang aku ke sekolah, masak breakfast tuk diorang, hantar diorang ke sekolah, dalam pukul 8 aku bawak mak gi pasar beli barang, dalam pukul 10 bawak bapak gi hospital plak settle hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tlg mak masak tuk bisnes dia plak. Petang kehulu kehilir pegi ambil anak2 sedara kat sekolah, COD tempahan makanan kt rumah customer,etc. Kalau hari biasa je aku rasa penat gila. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena settle. So lepas cod barang, aku balik masak tuk family berbuka plak. Lepas dh makan semua tinggal camtu je dlm sinki. Kadang2 budak2 muntahkan makanan bawah meja tak pun sorok makanan kt bawah meja. Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yg dipersalahkan pastu aku jugaklah yg kena cari lubang sarang and taruk racun. Bila aku bising kt mak suh nasihatkan adik2 tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja. Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak ngan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat2 nanti bila kahwin sama jugak buat tuk suami. So aku kena berterima kasih kt diorang sbb aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sbb diorang. Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi mampus.

Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri sakit sendiri merangkak pergi hospital. Berkali2 doktor pesan jangan buat kerja berat tapi srmua tu family tak paham. ok takpe aku buat jugak. Aku try mintak ngan mak nak duit buat beli supplemen tambahan cam jus delima and pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya plak adik2 mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur rm200 seorang. Mak aku siap kata lagi kt aku, kau punya tak Payah beli baju raya takpe kan sbb duit dh byk habis kt adik2. Aku menangis kt dlm bilik sbb kecik hati ngan mak. Tak sangka penampilan adik2 lagi penting drp kesihatan aku. Baju raya takde takpa. At least cakaplah elok2. Takpelah aku kumpul duit sikit2 hasil cod hari tu dpt jgk duit tips drp customer. duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni. kot la ada kecemasan ke apa kan

Then kat sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dan mak pagi tadi. tiga hari lepas, tah dari mana datangnya tiga org saudara yg aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku mcm rumah sendiri . Geram betul. sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tp time org duk masak ke tgh kemas rumah ke dia selamba je duk tergolek dpn tv layan cerita. Aurat kt dlm rumah takyah cakap la. Baju asek nk londeh je. Suh solat pun mcm nak kena cungkil dari katil. Pemalas nak mampos. Masa makan je berdesup ke dapur makan Sampai perut buncit. Lepas makan tinggal camtu je dlm sinki tak berbasuh. Anak dia dok meraung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yg kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tp astaghfirullahal'azim pemalas nak mampos. Heee.. Semalam satu family letih layan tetamu dtg beraya. Aku plak makan kt luar sorang2 takde mood nak makan ngan diorang sume. Bila balik je aku bengang gila la kucing2 takde sapa bagi makan. Masa aku kt dapur tgh bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dh tak tahan terus maki dia. Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang vavi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas tidur je keja. Vavi je perangai camtu. Pakai purdah kepala hOtak perangai cam s*al. Dia terus keluar mengadu kt mak bapak aku. Mak aku marah gila ngan aku. Dari riak muka bapak aku, jelas dia kecik hati ngan perangai aku. Baru aku tahu pompuan tu anak sedara yg dia plg sayang. Sbb cantik, pakai sopan, lembut tp perangai mcm iblis. Aku yg depan² mcm iblis ni tak hadap plak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga iblis mak ngan bapak ni tak jadi hipokrit mcm perempuan tu.

Pastu mak face to face ngan aku cakap dia kecewa aku biadap camtu. Aku terus terang cakap "kalau camtu bagilah duit. nk balik gombak. Kerja kt sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak camni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dh dpt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dgn family mak yg membosankan ni". Mak blah camtu je. mesti dia taknak. Nanti sape nak tolong dia kan.

Seorang lagi saudara aku tu.. Dia ni buat jugak kerja rumah tp kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dlm bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sbb semut masuk. Keropok jadi lemau. Ikan jadi busuk dan berulat sbb dia letak kt luar. Dapur bersepah dgn sisa makanan yg basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja setan. Mak marah2 aku salahkan aku. Tak pasal plak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yg diorang buat kt dapur sbb aku jaga bapak aku. Pastu subuh tadi aku join diorang masak. Mak aku okay sket la ngan aku. pastu mak suh aku tlg dia siram bunga. Aku keluar iktu pintu depan and senyap2 pergi ke pintu belakang saje nk spy apa yg sedara2 lehnet tu dok sembang. Kecik hati aku dgr diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus. Kulit hitam. Perangai mcm jantan. Tah anak sape tah sbb lain drp adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la.. Tiba2 aku meluru ke pintu belakang dgn air mata . Aku tanya apa yg diorg tak puas hati ngan aku? Diorang tunjuk riak muka celaka kt aku. Aku dah tak sanggup nk pendam. Aku katalah ye aku hitam sbb aku berpanas hujan kt luar tlg mak cari rezeki. Anak2 dara lain cantik gebu makan supplemen pakai set kecantikan mahal2. Aku ni satu apa pun tak de. Diri aku Selekeh sbb aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dlm poket, aku takkan jadi camni. Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal ngan diorang. Mak tuduh aku mcm2. Sketsa apa la ni…. Aku try nak sabar tp tak mampu. First thing aku buat, aku buabg cincin di jari terus campak kt mak. Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dgn anak kawan dia tahun lepas. Tah sapa je lelaki tu. Aku tak kenal and tak pernah cari ikhtiar nk mengenali dia. Dia pun sama. Menyakitkan hati jgk jd tunang org ni. Aku cakap kt mak, " nah amik balik. Hari ni jgk saya putuskan pertunangan ni. Jgn nk guna kuasa veto wali ye. Lelaki tu tak sekufu dgn saya. Elok2 mak buat saya mcm kain buruk. Mak nk pass saya kt orang yg saya tak kenal. Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dpt anak hitam tak terurus camni. Sbb anak mak yg cantik handsome semua mak simpan kt dln rumah. Takut kena cahaya matahari sgt kan. Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak taknak. Mak simpan saya kt rumah jadi apa!!! Jadi kuli je kan? Maaf sbb saya derhaka ngan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yg maksum didunia kecuali nabi. Mak layan saya mcm sampah nanti mak jawablah dgn Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak2 lain mcm raja. Saya diam sbb saya taknak derhaka ngan mak. mak tahu saya kena buat surgery tp mak lagi sanggup utamakan adik2 drp saya. Skang ni orang luar lagi tinggi darjat drp saya. Kalau camtu saya berambus dari hidup mak la senang kan?saya lagi rela mampos kt celah hutan sana drp tanggung sakit hati sbb mak tak sayangkan saya. Mak duduk lah kt rumah ni ngan biawak hidup ni semua." aku tgk mak tunduk je menangis. Sedara aku sume tergamam sbb tak sangka jadi camni. Aku blah masuk bilik amik sweater , helmet, tudung dan kunci motor. Masa aku lalu kt depan bapak aku cium tgn dia. Aku taknak jadi camni pun tapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku deserve kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Raya2 ni kena layan drama celaka camni. Dia genggam tangan aku taknak aku pergi. Tapi aku blah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk2 call and whatsapp aku suh balik. Aku dh tawar hati. Petang nanti aku baliklah. Tapi aku nak balik kemas barang then blah balik gombak. Ego mak tinggi sgt. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah.

Lantaklah korang pikir aku anak derhaka ke apa. Takde sape kt tempat aku Dari dlu sampai ke hari ni. Aku ni manusia yg membesar dlm tekanan. Aku takde kawan. tak pernah lg la org peluk aku and kata " don't worry. You'll be fine" or "it's okay. I'm here for you". Kelakar kan hidup aku. Takpelah. Satu semester je lagi kt uia and i will be away from here but dont worry mak, tangggungjawab anak ttp wajib ditunaikan. I love you so much and I'm sorry because i have to behave like an a***ole this time. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak express camne kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, drp anak mak yg paling tak sempurna

– shuya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

992 Comments

  1. Everything will be fine sister. Kita masih ada Allah untuk mengadu. Kesian awk…sy yg emo..sabar sikit je lg, da habis belajar..u cari kehidupan sendiri ok. Senyum sikit

  2. Kuatnya kau syuya. Kalau aku kat tempat kau agaknya dah nangis sorang2 depan tandas. Hitam2 muka kau pun , hitam lagi hati yang layan kau camni. Kau ade kelebihan . Kalau cantik tapi pemalas pun tak jadi pape. Kau sabar tau.

  3. Menangis sy baca. Don’t worry. Kita sebaya. Kita semua kawan tau. Awak kuat ! Awak kuat ! Allah ada. In syaa Allah lepas ni percayalahh. Awak dpt kebahagiaan kasih syg yg lebih baik. Jaga kesihatan. Banyak doa. Solat hajat * hurmmmm, sebak*

  4. Hye shuya… actually u mmg kuat. Tau perasaan nye klu kena wat keje2 tu. Sbb i pon biasa wat keje2 tu. Tp u buat sorg..mmg pnat.. i know.. mmg boleh pengsan klu hadap kje2 ni sorg2. I think..better u balik gombak.. habiskn pengajian..then u cari kje btol2.. bina kerjaya n be somebody. biar sume org pikir balik pe yg u rasa . Kat sedara yg kutuk2 tu..biar je diorg. Jodoh bkn letak pada rupa pon.. I ni pon x temu2 jodoh lg. Chill je.. Doa bnyk2 k.. tanggungjawab sbg ank jgn lupa. Ade rezki transfer duit kt parents. Sedih gila tau confession u ni. What ever pon.. ingat..ramai dlm ni yg support u. Allah sntiasa ada. So..kuatkn smgt utk tempuhi hari2 mndtg..

  5. Sabar ye..insyaallah suatu ari nti akan bahagia menanti…ambia kan pelajaran…cari kerja dan mula hidup sendiri…bahagia kita cari sengsara kita hindari..moga bejaya dan happy selalu.

  6. Bagus dik.ko pun berhak bahagia dan dihargai.so mula sekarang jg hati ko.buat sesuatu yg bahagiakan hati ko.tp tangungjawab kat anak jgn lupa.kesian ayah tu.tingalkan seketika supaya dorang sedar bila ko x ada nnt.jg diri baik2 dik.pm akak klu ko perlukan kwn utk bercerita.hidup terlalu singkat utk bersedih.

  7. kalau gua la lantak la ngan sedara ke adik beradik ke mak ke. mmg nampak kurg ajar n derhaka tpi en pi mampuih la ak mmg x kn balik kalau balik pun ak tgk bapak je then bla cm sial do sumpah kalau ak dpt family ko ak kencing2 kat kepala sekor2

  8. Kadang2 orang kena rasa kita hilang baru dia tau selama ni kita lah yg dia duk harap buat kerja. Bukan biawak2 tu semua. Sekarang jaga kesihatan dulu, ambil masa n ruang coolkan diri dulu. Cari kerja, sibukkan diri, solat mengadu kat Allah banyak2. Dah rasa ok dah ready baru face balik mak. Takut nanti face dengan hati menggelegak, ada batu api pulak, tambah pulak lagi satu isu gaduh. Satu nak pesan, jangan kesiankan orang sampai diri sendiri terabai n teraniaya serta difitnah. Aku dah rasa. Kena berkeras n remain silent. Diam bukan bermakna kalah n salah. Doa banyak2 minta Allah tunjuk kebenaran. Memang sakit hati tapi penantian tu berbaloi. Lepas ni tak payah baik hati tolong urus anak buah apa semua sampai mak ayah dia seronok tau buat anak je. Ingat, jangan baik hati konon kesian n tak sampai hati sebab orang lain tak pernah fikir pun macam tu untuk kita. JANGAN SEKALIPUN bagi orang pijak kita.

  9. Semoga kamu jumpa sahabat2 yg baik tempat kamu meluah++ You really need good friends.

    Semoga Allah kurniakan kamu kekuataan, kurniakan kamu syurga. Sebaik-baik balasan, inshaaAllah.

    Semoga kamu sentiasa bergantung harap pada-Nya tatkala semua org meninggalkan kamu. He love you the most.

  10. Huu sedihnye baca
    Stay strong sista
    Keep staying away for a lil while from them
    Let them ponder what have they done to you and what makes you did this . Its okay . Ull be fine sista..uve had a hard time that can help u once u graduate and live live . Ganbatte

  11. be strong dear. kalau nk bina hdup sndiri, kena tetap jenguk mak ayah k. yg pntg, maafkan diorg agar hati lbh tenang. banyakkan brdoa sbb hidayah tu milik Allah. InsyaAllah, adr hikmah dan kebahagiaan yg mennti lps ni. amin

  12. Sedihnya.. Mata teruih masok habok :( kpd confessor, semoga awak tabah.. :,( tak sangka smpai camni takdir awak.. kalo awk nak cari kawan, saya boleh jadi kawan awak.. Serius ! Semoga Allah membantu awak selesaikan masalah2 ni. Mak awak percaya awak ja yg boleh dipercaya, boleh diharap, and mgkin jugak dia tau anak2 yg lain xkan boleh buat mcm awak, tapi beliau terpaksa. Dah tak leh mngharap sesiapa, sebab tu mak awak hadap awak ja. :(

  13. Selalu berdoa. Doa senjata paling tajam. Dalam setiap sujud terakhir solat, doa bersungguh2. Solat tahajud di satu pertiga mlm, doa. Solat sunat taubat minta diampunkan dosa2 kita. Boleh jd ada sesuatu yg Allah ingin tegur kita. Sentiasa dkt dgn Allah. Berdamping dgn Al-Quran hati akan tenang, kita akan lupa masalah kita In shaa Allah. Satu lg perkara ni memang susah nk buat. Memaafkan org. Ianya susah tp bila kita dh buat hati kita akan lapang. Selebihnya biar Allah yg uruskan. Semoga kuat ye.

  14. Kdg2 mak ni layan certain anak unfair sgt. Mesti ada salah sorg tu dikerah habis2an. Sebab? Sebab anak tu x menjawab, x melawan. Anak tu yg boleh dimaki selalu tp still sua muka. Anak tu yg paling ikut cakap.

    Tp dorg x pikir kenapa anak buat centu. Sbb nak love dari dorg.

    Berair mata baca confess ni. Keluarlah. Spend time utk diri sendiri. Sayang dan jaga diri sendiri. Carik life sendiri. So that xde sapa berani hina kau dah.

  15. Tiada insan yang tidak sempurna kerana manusia itu sebaik kejadian Allah SWT bahkan kita manusia lebih istemewa lagi diberi akal dan ilmu untuk membimbing supaya menjadi bijak melikar jalan hidup seperti dikehendaki maha pencipta. Seorang Emak tetap sayang anaknya dan anak wajip hormati Emaknya selain Allah SWT. Bersederhana dan jalanani lah kehidupan dengan bijaksana. Good Luck Sis

  16. Nangis aku baca..sedihnya time raya jd mcm ni. Confessor, awak jaga diri jaga kesihatan, ambil masa cool down dulu, moga2 nnti berbaik dgn mak, harap mak awak layan awak sama rata lepas ni.

  17. Sedihnya cite awak dik.. akak baca tgh mengantuk pon meleleh jugak air mata ni.. sabar ye dik. Abiskan belajar lepas tu cari kerja bagus2 n jadi insan yg berguna ok. Dh berjaya nanti jgn lupa family walau mereka layan awak mcm ni..air dicincang xkan putus.. semoga mereka sedar n peroleh hidayah..

  18. Allah..masyaAllah..sedihnya akak baca luahan kamu..akak doakan Allah lindungi kamu dan permudahkan urusan kamu dunia & akhirat.. Banyakkan berdoa, solat sunat, baca Al Quran sedekahkan pada kedua ibu bapa kamu..terus kuatkan semangat kamu..tak mahu mengalah, terus berharap. Allah sentiasa ada.

  19. dh brapa kali aku nk send confession psl ni….tp aku tangguhkan..aku ckp xpe ly, sbr dlu..xpe ly, sikit je ni…and yes..
    disebalik susah aku..
    disebalik penat aku yg kena buat smua kerja ringan dan berat…
    disebalik air mata kecewa aku…
    disebalik kmrahan aku bila diperguna…
    disebalik lelah aku bila tidak dihargai…

    rupanya bukan aku seorang…
    rupanya masih wjud lg manusia yg seperti aku malah lagi teruk lg aku…

    ya Allah….kau berikanlah kekuatan dan kesabaran buat kami…lindungilah kami…rahmatilah hidup kami…jauh kan kami dari tipudaya syaitan..

  20. I dont know why.. but I really want to know what happen next.. be strong sis.. ! Jia you! There always be a man will stand up for u one day..a man called husband… pray for it.. ^^ #hopefornewupdate

  21. Sister, u r very strong! Pasti satu hari nanti Allah akan balas kesakitan yg dah sis hadapi dgn kebaikan.. sy mmg x layak di tmpt sis, sbb sy cuma buat apa yg sy nk buat je.. u r indeed seorg yg hebat. Tinggalkanlah family sekejap supaya mereka bleh berfikir pengorbanan yg sis dah lakukan dan sis pn boleh beri masa utk diri sendiri. Langkah yg sis ambik tu mmg tepat. Semoga Allah mudahkan sis, aminn..

  22. Boleh dilawan suruhan mak tu..sebab mak awak tak bertangungjawab.buktinya awak sakit pun dia suruh buat kerja.

    Bila nak gaduh mulut dengan orang, jangan gunakan perasaan.guna akal dulu.seninya begitu, baru berkesan

  23. Shuya, sabar yea awk.. Wlupun sy tak kenal awk tp sy tahu awk memg seorg yg baik.. Awk hebat sgt.. Sy doakan semoga awk tabah hadapi dugaan hidup awk.. Sy tahu kekadang kita rs down sgt bila kehadirn kita tak dihargai.. Tp, pandangan sy, awk pulanglah untuk ayah awk yg sakit tu.. Sy tahu jiwa awk tertekan.. Tp sggup ke awk biarkan ayah awk terkontang kanting sorg2 dekat rumah.. Mungkin ada ramai org dekat rumah awk tp percayalah diorg tkkn jaga ayah awk sepertimana awk jaga.. Lgpun, sy taknak awk menyesal seandainya berlaku apa2 pd ayah awk.. Sy tahu awk dah redha tp berkhidmatlah utk kali terakhir.. Dan, carilah seorg kwn yg awk percaya dan luahkan pd dia.. Jgn pendam sorg2 yea awk.. Knp sy ckp mcmni? Sebb sy pun hadapi situasi yg lebih kurg sm dgn awk.. Alhamdulillah sy ada seorg sahabat yg sgt sy syangi dan percayai yg sentiasa ada dgn sy.. :'( Semoga Allah lindungi awk dan permudahkan urusan awk.. InshaAllah.. Take care yea awk.. Jgn buat perkara yg menyalahi agama.. Awk hebat dan dugaan yg hebat utk org yg hebat..

  24. Minta2 kisah ini benar..bukan rekaan. Kang penat2 pulak rsa sedih. Kalau betul. Moga Allah kurniakan limpah dan rahmatNya pada awak atas kesabaran awak. Dunia memang tempat berpenat buat kita bersenangan di akhirat kelak.

  25. Jgn risau lepas awak kerja nnti awak makeover cantik2 aw biar kakak2 terkejut. Tapi yg satu kita nak puji mesti awak ni mesti pandai masak sgt2. Yg penting ko pergi minta maaf Kat Mak kau. Walau seburuk apa Sejahat apa Mak kau dia still Mak. Jgn derhaka k. Rehatkan minda k. Solat mengadu pada tuhan. Mana tau nnti awak mewarisi legasi Mak awak. Jadi bos caterer tambahan pandai masak perggh perfect sabar ye awak

  26. Shuya, smga Allah gnti kn kesedihan awk ni dgn bahagia yg brpnjangan d dunia & akhirat….& smga Allah balas kebaikan yg awk buat ni dgn kebaikan yg tiada brpenghujung…amiinn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *