Salam aidilfitri para readers sekalian. Nampaknya ramai orang mengeluh kena jadi hamba abdi buat kerja rumah yg sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang Suruhan lelaki dlm rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saudara yg datang menyemak kt rumah aku ni. So bagi aku raya is no other than tempoh yg menyakitkan hati. Aku benci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ni pun aku tak duk kt rumah. Pukul 8 tadi aku naik motor datang ke pantai cuba tuk cool down sbb tadi aku bertekak ngan mak. Kesian dia menangis kecik hati ngan aku. Kesian lagi aku. Kenapa? Bacalah dulu.
Aku merupakan anak Ketiga. So kakak dan abang aku memang mak aku sayang gila la sbb diorang penyumbang kewangan utama family. Adik2 aku plak tersangat manja So family aku layan diorang mcm anak raja. Aku? aku ni hama je. Dah berkali2 aku plan nak lari rumah tp sejak bapak aku sakit, aku nekad tuk bertahan je. Tapi sekarang ni aku yg menanggung sengsara dr segi emosi dan fizikal.
Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah consider kudrat aku tu sepadan ke tak dgn beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada kat rumah tak pergi mana2 so mak ayah tak perlu risau pasal apa yg diorang buat kt luar. Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak duk kt rumah. At least sinki tak penuh dgn pinggan kotor, toilet tak tersumbat dgn puntung rokok, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak abis, akU pun tak penat sangat. mak aku ni seorang caterer tp dia tak nak hire pekerja sbb dulu dia pernah kerugian sbb staf dia bwk lari semua duit dia. So yes aku ngan mak yg handle semua tempahan tanpa bantuan drp orang lain. Kenapa aku kata terpaksa? Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak or tak bersyukur sbb Tuhan masih nk bagi peluang tuk buat pahala. Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Abih aku ni Bukan anak dia ke? Aku paham kalau dia save duit tu tuk modal. Tapi aku jugak perlukan duit tuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku at least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan family memang tak lah. family aku didik aku ngan kasar sejak kecik lg. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa2. Aku tak boleh menangis dpn diorang walau apa pun jadi. So sejak kecik aku tak pernah merasa apa2 yg dibeli dgn duit family.Yuran belajar je partly supported by kakak aku. Yang lain sume aku tanggung sendiri ngan buat kerja part time.
Selain tu, adik beradik lelaki aku jgk mmg takde kesedaran langsung nk tolong mak aku jd driver beli barang kt pasar ke apa. Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh2 kilogram. Beras plak kena beli ngan kilang so dalam sehari aku mmg dua tiga kali pusing satu daerah ngan mak naik motor gi beli semua tu. Even nak bawak bapak pergi hospital pun aku kena tebalkan muka mintak tolong ngan kawan bapak aku. Kalau ada duit lebih baru aku upah transporter. Diorang si lelaki biat apa? Membuta kt bilik sampai ke petang. Bangun je taknlain tak bukan melahap mcm setan. Aku takde lesen kereta. Dulu masa aku nk buat, mak Kata tak payah sbb duit tu dia nak bagi kt adik2 buat lesen kereta. Pastu mak bagi plak sebuah kereta tuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik2 sanpai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak. Dia tak foresee yg kalau adik2 takde nak harapkan sape bawak kereta tu sume? Takde sapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai2lah nak hidup
Hari tu Selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula2 mak keras hati paksa jgk aku buat kerja. Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung. Aku bangun seawal pukul 5 pagi masak bahan basic tuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yg sakit tu. Dalam pukul 7 aku kena siapkan anak2 Abang aku ke sekolah, masak breakfast tuk diorang, hantar diorang ke sekolah, dalam pukul 8 aku bawak mak gi pasar beli barang, dalam pukul 10 bawak bapak gi hospital plak settle hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tlg mak masak tuk bisnes dia plak. Petang kehulu kehilir pegi ambil anak2 sedara kat sekolah, COD tempahan makanan kt rumah customer,etc. Kalau hari biasa je aku rasa penat gila. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena settle. So lepas cod barang, aku balik masak tuk family berbuka plak. Lepas dh makan semua tinggal camtu je dlm sinki. Kadang2 budak2 muntahkan makanan bawah meja tak pun sorok makanan kt bawah meja. Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yg dipersalahkan pastu aku jugaklah yg kena cari lubang sarang and taruk racun. Bila aku bising kt mak suh nasihatkan adik2 tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja. Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak ngan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat2 nanti bila kahwin sama jugak buat tuk suami. So aku kena berterima kasih kt diorang sbb aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sbb diorang. Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi mampus.
Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri sakit sendiri merangkak pergi hospital. Berkali2 doktor pesan jangan buat kerja berat tapi srmua tu family tak paham. ok takpe aku buat jugak. Aku try mintak ngan mak nak duit buat beli supplemen tambahan cam jus delima and pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya plak adik2 mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur rm200 seorang. Mak aku siap kata lagi kt aku, kau punya tak Payah beli baju raya takpe kan sbb duit dh byk habis kt adik2. Aku menangis kt dlm bilik sbb kecik hati ngan mak. Tak sangka penampilan adik2 lagi penting drp kesihatan aku. Baju raya takde takpa. At least cakaplah elok2. Takpelah aku kumpul duit sikit2 hasil cod hari tu dpt jgk duit tips drp customer. duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni. kot la ada kecemasan ke apa kan
Then kat sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dan mak pagi tadi. tiga hari lepas, tah dari mana datangnya tiga org saudara yg aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku mcm rumah sendiri . Geram betul. sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tp time org duk masak ke tgh kemas rumah ke dia selamba je duk tergolek dpn tv layan cerita. Aurat kt dlm rumah takyah cakap la. Baju asek nk londeh je. Suh solat pun mcm nak kena cungkil dari katil. Pemalas nak mampos. Masa makan je berdesup ke dapur makan Sampai perut buncit. Lepas makan tinggal camtu je dlm sinki tak berbasuh. Anak dia dok meraung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yg kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tp astaghfirullahal'azim pemalas nak mampos. Heee.. Semalam satu family letih layan tetamu dtg beraya. Aku plak makan kt luar sorang2 takde mood nak makan ngan diorang sume. Bila balik je aku bengang gila la kucing2 takde sapa bagi makan. Masa aku kt dapur tgh bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dh tak tahan terus maki dia. Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang vavi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas tidur je keja. Vavi je perangai camtu. Pakai purdah kepala hOtak perangai cam s*al. Dia terus keluar mengadu kt mak bapak aku. Mak aku marah gila ngan aku. Dari riak muka bapak aku, jelas dia kecik hati ngan perangai aku. Baru aku tahu pompuan tu anak sedara yg dia plg sayang. Sbb cantik, pakai sopan, lembut tp perangai mcm iblis. Aku yg depan² mcm iblis ni tak hadap plak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga iblis mak ngan bapak ni tak jadi hipokrit mcm perempuan tu.
Pastu mak face to face ngan aku cakap dia kecewa aku biadap camtu. Aku terus terang cakap "kalau camtu bagilah duit. nk balik gombak. Kerja kt sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak camni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dh dpt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dgn family mak yg membosankan ni". Mak blah camtu je. mesti dia taknak. Nanti sape nak tolong dia kan.
Seorang lagi saudara aku tu.. Dia ni buat jugak kerja rumah tp kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dlm bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sbb semut masuk. Keropok jadi lemau. Ikan jadi busuk dan berulat sbb dia letak kt luar. Dapur bersepah dgn sisa makanan yg basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja setan. Mak marah2 aku salahkan aku. Tak pasal plak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yg diorang buat kt dapur sbb aku jaga bapak aku. Pastu subuh tadi aku join diorang masak. Mak aku okay sket la ngan aku. pastu mak suh aku tlg dia siram bunga. Aku keluar iktu pintu depan and senyap2 pergi ke pintu belakang saje nk spy apa yg sedara2 lehnet tu dok sembang. Kecik hati aku dgr diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus. Kulit hitam. Perangai mcm jantan. Tah anak sape tah sbb lain drp adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la.. Tiba2 aku meluru ke pintu belakang dgn air mata . Aku tanya apa yg diorg tak puas hati ngan aku? Diorang tunjuk riak muka celaka kt aku. Aku dah tak sanggup nk pendam. Aku katalah ye aku hitam sbb aku berpanas hujan kt luar tlg mak cari rezeki. Anak2 dara lain cantik gebu makan supplemen pakai set kecantikan mahal2. Aku ni satu apa pun tak de. Diri aku Selekeh sbb aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dlm poket, aku takkan jadi camni. Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal ngan diorang. Mak tuduh aku mcm2. Sketsa apa la ni…. Aku try nak sabar tp tak mampu. First thing aku buat, aku buabg cincin di jari terus campak kt mak. Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dgn anak kawan dia tahun lepas. Tah sapa je lelaki tu. Aku tak kenal and tak pernah cari ikhtiar nk mengenali dia. Dia pun sama. Menyakitkan hati jgk jd tunang org ni. Aku cakap kt mak, " nah amik balik. Hari ni jgk saya putuskan pertunangan ni. Jgn nk guna kuasa veto wali ye. Lelaki tu tak sekufu dgn saya. Elok2 mak buat saya mcm kain buruk. Mak nk pass saya kt orang yg saya tak kenal. Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dpt anak hitam tak terurus camni. Sbb anak mak yg cantik handsome semua mak simpan kt dln rumah. Takut kena cahaya matahari sgt kan. Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak taknak. Mak simpan saya kt rumah jadi apa!!! Jadi kuli je kan? Maaf sbb saya derhaka ngan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yg maksum didunia kecuali nabi. Mak layan saya mcm sampah nanti mak jawablah dgn Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak2 lain mcm raja. Saya diam sbb saya taknak derhaka ngan mak. mak tahu saya kena buat surgery tp mak lagi sanggup utamakan adik2 drp saya. Skang ni orang luar lagi tinggi darjat drp saya. Kalau camtu saya berambus dari hidup mak la senang kan?saya lagi rela mampos kt celah hutan sana drp tanggung sakit hati sbb mak tak sayangkan saya. Mak duduk lah kt rumah ni ngan biawak hidup ni semua." aku tgk mak tunduk je menangis. Sedara aku sume tergamam sbb tak sangka jadi camni. Aku blah masuk bilik amik sweater , helmet, tudung dan kunci motor. Masa aku lalu kt depan bapak aku cium tgn dia. Aku taknak jadi camni pun tapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku deserve kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Raya2 ni kena layan drama celaka camni. Dia genggam tangan aku taknak aku pergi. Tapi aku blah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk2 call and whatsapp aku suh balik. Aku dh tawar hati. Petang nanti aku baliklah. Tapi aku nak balik kemas barang then blah balik gombak. Ego mak tinggi sgt. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah.
Lantaklah korang pikir aku anak derhaka ke apa. Takde sape kt tempat aku Dari dlu sampai ke hari ni. Aku ni manusia yg membesar dlm tekanan. Aku takde kawan. tak pernah lg la org peluk aku and kata " don't worry. You'll be fine" or "it's okay. I'm here for you". Kelakar kan hidup aku. Takpelah. Satu semester je lagi kt uia and i will be away from here but dont worry mak, tangggungjawab anak ttp wajib ditunaikan. I love you so much and I'm sorry because i have to behave like an a***ole this time. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak express camne kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, drp anak mak yg paling tak sempurna
– shuya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Rozanita Tanwir
Apsal org purdah mcm byk je hanatt.
Aku rase en,sebb sebenarnye manusia lebih kurg je semua…nmpk cam yg purdah niblebih sikit hanatt sebb kite expect die baik…kut laa..xtau
Betul la tu…aku pakai kopiah pun xde jadik lagi alim ke apa. So xyah la expect purdah ni alim serba serbi…gitu
Ye…pastu kecenderungan tu lebih sikit untuk cakna pada salah yg dibuat oleh org berpurdah sebab itu aneh,walhal ramai gak yg berpurdah baik namun itu ban satu keganjilan yg perlu diviralkan…so memg nampk ramai la yg purdah tidok solehhah…kan Hidayu
Ainun Mardhiyyah
Btol ke ni??….drama sangat kau dikkk…hahaha
Balik lah kemudian hari, jangan awal sangat, biar ketiadaan tu dirindui dan biar diorg nmpak jasa kau. Berdikari dan jd independent woman.
Tak sabar nak tahu kisah seterusnya kehidupan famili awak selepas awk tinggalkan diorang..terurus ke tak..mohon post lagi ye awak..boleh add saya kalau tak da tempat mengadu :)
Apa yg kita lalui x jauh beza pon sis…tp ingat ,doa adalah senjata terbaik….mungkin sis x dpt family yg baik sekrng ,insyaAllah dengn pengalaman yg macm ni sis dpt bina keluarga yg jauh lebih bagus pada masa depan…saya doakan sis yg terbaik dan sentiasa tabah dengan dugaan didunia.sesungguhnya orang yg dikasihi Nya sentiasa diuji keimanannya….
i feel u sis.. same condition maybe.. tp yuran aku bayar sendiri la..wakaka kurang kasih sayang tu satu.. berusaha utk sendiri pulak lagi.. tak macam orang lain disuap je..
Bace nie Chempaka Putih n Nur Ainiey..sedih Sgt..
Weh. Sedih giler. Harap2 adik beradik kau masuk neraka semua. Mak ayah kau? Entah lah layak jd ayah mak ke tidak. Memilih kasih melampau. Ko balik lah minta maaf lepastu berambus lah. Biar diorg mati kering ngn tikus2 yg cucu2 mak kau jemput tu.
Hurmm sedihnyaa.. buat anak macam ni, nanti jawablah dgn Allah, amanah dia bg.
Sedihnya baca.
Iqbal Kamal
Allahu. Sedihnya baca cite awak. Sabarlah ye.
Siti Nurulhuda Ibrahim
Semoga Allah permudahkan urusan ukht
Kak, stay strong. Aku doakan kau dr jauh.
betul ke smua crita2 dlm iium confession ni. hmm confius
Nur Maisarah sedih baca kisah dia ni.. dah mak mcm tu, saudara lain pun mengumpat je.
Ntah nape, tapi aku terbayang ko narrate cite ni lols
Sedihnyaaa baca shuya, u are strong enough. May Allah ease your life.
Tak jahat pun. Faham sgt. Bukan suruh derhaka. Tapi aku pun ade 2 abg yg tanak kelua rumah. Mase aku dok uma dlu 55 kali rase mcm ko. Sakit hati. Rasa nak baling pinggan kat dorang. Rasa nak bunuh diri. Sbb bila baju abg aku hilang dia marah kat mak aku sbb lipat pastu letak entah mana2. Pastu aku ckp baik2, kalau tak nak baju hilang, basuh la sendiri n lipat. Pastu aku plak kena tumbuk. Bila ckp kat mak, mak kate kesian abg tu dia mmg mcm tu, baran. Lagi rase nak hantuk kepala n terjun bangunan. Tapi aku lari rumah. Bukan literally lari. Mintak keje kat tempat yg jauh dr rumah. One day aku balik rumah tgk sorg abg aku da pandai basuh mangkuk. Tapi yg lagi sorg yg baran tu still biar mak aku yg umur 70+ tu basuh baju dia. Btw still ada improvement dlm diri dorg. Tak baik menyiksa diri. Keluar lah dari rumah tu.
samalah. saya pun pernah kena tumbuk, sepak, terajang sampai lebam sbb si bodoh tu baran pastu mak bekap si bodoh tu. lama dah, masa tahun 2010 kot. sampai sekarang saya tak tegur dia. pi mam
Same la x tegur kalau xde pape yg penting. Tp dia selalu buat muka x bersalah. N tanye mcm2. Kalo penting baeu bls. Malas la nak negatif lama2. Harap sgt dia berubah. One day nti. Entah lah. Tp yg penting stay away drpd org camni.
minta maaf via text message je (sekali, satu text). mak asyik salahkan kita sbb kita ‘tak matang’. pukul adik perempuan sampai lebam yg 9 tahun lagi muda tu matang lah?
Same la. Yg kena pukul dipersalahkan.
tp mmg betol lah… yg cantik2 tiptop baju meletop2 pagi raya, mmg tak akan ada kat dapor. tempat dorg tinggi darjatnye. menempek sebelah jantan. tak pon depan tv. tak pon depan cermin. main phone. tunggu pinggan sedia terhidang dgn mknn. abis makan. layan phone sampai mati. yg hodoh2 la selalu jadi mangsa kat dapor.. nak2 kalau jnis pendiam.. hmmm
Yg dok menempek sblh jntn tu win…?
Betulll.. huhu
Komen ni mmg best
Betul
Haah. Jenis2 spesis duk tepi tingkap cari lighting cun2 utk selfie.
hahaha.. cari lighting tu win. hahahah
Kannnnnn ??
Kesiannya awak..hrp awk tabah..
:(
Ain Syafiqah bacalah.. X tau nape aku nak ko baca. Sedih sangat.
Farahan Abdul Jalil
Bukan kain buruk, berlian yg org tak nampak. Believe in yourself in sis.
pehh..aku yg bc kisah ni pn rse mcm penat jerr…lom lagi hadap ape yg dia ni rase..x pyh balik rmh..better awk cari kje lps hbis study & buktikn kejayaan awk pd famili..x perlu kot nk beza2kn kasih sayang ikut darjat..awk jgn lembut hati..jd insan yg berdikari
Adik xpyh blk lg wt masa tdekat ni. Maaf ckp mak jenis apa mcm tu sggup biar kan kesihatan anak terabai. Mgkin masa adik sound mak tu nmpk mcm derhaka tp ada masa nya kita kena luahkan perasaan kita. Tertanya2 adik dlm famili tu sbg anak ke maid? Cara layanan x ubah mcm maid. Maaf cakap. Knp masih ada parent y berbahagi kasih syg mcm ni? Semua ank adalah sama. Xde istilah anak emas dlm famili. Smg adik kuat mhadapi dugaan ni. Bdoalah smga mak adik dibukakan dan dilembut kan hati. Semoga adik temui kebahagiaan sbnr
Masih ada Dan masih wujud mak yg mcm ni. Ramai.. :'(
Allah… bace je pn dh sakit hati.. klu mgalaminye… xthulah.. mahu terbalik rumah..haha.. bykkn bersabar dan tahniah sbb kau dh terlalu bersabar.. xsume org bleh bersabar sekuat ni… Allah sdg menguji…
Lari lah dlu .. pastu cari duit slow2 n senang sikit g jmp ayah ngn mak .. biawak hidup n sedara tu tak yah jmp dlu pon .. sabar ler byk2 .. mmg tu caranya .. tp jgn lupa doa ntk mak ayah tu ye .. nnt luka dah sembuh balik ler ..
Ya Allah igt cam dlm tv je ade kisah cam nie…sabar ea awk…nk meleleh da airmate bce kisah awk nie..btw keep calm n be strong ok.. :)
Sedihnya baca.. Mata masuk habuk.
Confessor pm auntie k
potong bawak betul confession yang ni.. bertabah laa. boleh jugak bertahan. kalau aku, dah lama aku lari then bina hidup sendiri. biar je lah mereput adik bradik kau yg acah2 handsome lawa tu bila kau takde nanti… smoga mak kau berubah .
Saya x cakap saya setuju dgn awak…but you deserve this….it’s okay everything gonna be alright,Allah always be with you…and lastly you make me cry
Bukan nak ckap apa tapi pernah merasa mmg perit tapi hadam sbab kenangkan nasib masa depan jauh lagi. Moga sis terus tabah dlam liku2 kehidupan sis.
Haah. Xyah balik lagi. Biar keadaan kat umah tu reda dulu. Awak pun boleh cari ketenangan diri. jaga kesihatan diri yer, inshaAllah Allah ada. Saya pun pelik nape la mak awak layan awak camtu, just like bukan anak sendiri je…
I feel u sis.. :( Kepada sis confessor, semoga terus kuat dan tabah. Kalau sis bace komen ni, sudi kanlah diri pm sy. Mana tahu kite blh jd kawan :)
kenapa sukaa ni huhuhu
i’m feel u sis..uhhuu..pm aq wehh..jom deal..kte g travel..aq pun tgh stress..bahahah
yg lain ade nk ikot??
fb:nur qawiemah
Yusma Yusof Rossidah Mohamad
Ya Allah. Nasib baik Diyan komen. Tak penah bukak and baca pon confession ni ?
yang pakai purdah tu apehal doh? mrosakkan institusi je.pui.. first confession buat mata masuk air bawang..
Sabariah Hashim aq x caye ase ada mok yg gini kita patut bersyukur gila mama baik sgt2 kat kita. Kalau aq la kawan si shuya confirm aq akan support dye sian sangat huhuhuhuhu. Aq suka cara dye luah last skali kat mak dye camtu sbb dekpon sungguh geram aq kat mak dye ngan sedara dye yg x sedor diri tu haish berapi aq baca citer ni …
Mereput la mak dia buat keje sorang2. Yg purdah pun cilake jugak huk aloh
Allahurabbi bila jadi macam ni memang menyeksakan..Tak nak derhaka tapi terseksa..Allah Maha besar Maha berkuasa sis,Mintalah padaNYA untuk kekuatan..
Firdaus Najib
baca neko bacaa, tagune betoi sdare die yg berttup litup tu, grr #sismarah Suhaila Adam
Cantik perangai setan buat menda, tu laa yg tak suka dgn genk purdah ni .yg acah pakai stoking tangan pun sama, pakai stoking tangan tapi nampak bukit sana sini,bajet alim je semua .hahah :3
Yg ni (y) Nur Amirah
Allahu sis. Moga Allah permudahkan urusn sis. oh ya, btw kalau sis rasa kesunyian dekat uia gombak tuh,roger lah saya. boleh raya dekat rumah saya. dekat je dengan uia . boleh pm ye