Salam aidilfitri para readers sekalian. Nampaknya ramai orang mengeluh kena jadi hamba abdi buat kerja rumah yg sebeban tu. Samalah kita. Aku bukan takat jadi orang Suruhan lelaki dlm rumah aku je, aku jugak kena jadi orang suruhan sanak saudara yg datang menyemak kt rumah aku ni. So bagi aku raya is no other than tempoh yg menyakitkan hati. Aku benci musim raya. Dah 8 tahun aku tak beraya. Sekarang ni pun aku tak duk kt rumah. Pukul 8 tadi aku naik motor datang ke pantai cuba tuk cool down sbb tadi aku bertekak ngan mak. Kesian dia menangis kecik hati ngan aku. Kesian lagi aku. Kenapa? Bacalah dulu.
Aku merupakan anak Ketiga. So kakak dan abang aku memang mak aku sayang gila la sbb diorang penyumbang kewangan utama family. Adik2 aku plak tersangat manja So family aku layan diorang mcm anak raja. Aku? aku ni hama je. Dah berkali2 aku plan nak lari rumah tp sejak bapak aku sakit, aku nekad tuk bertahan je. Tapi sekarang ni aku yg menanggung sengsara dr segi emosi dan fizikal.
Selama ni adik beradik lelaki aku tak pernah consider kudrat aku tu sepadan ke tak dgn beban kerja di rumah. Bagi diorang, cukuplah diorang ada kat rumah tak pergi mana2 so mak ayah tak perlu risau pasal apa yg diorang buat kt luar. Tapi aku sebenarnya lagi senang hati kalau diorang tak duk kt rumah. At least sinki tak penuh dgn pinggan kotor, toilet tak tersumbat dgn puntung rokok, rumah tak bersepah, duit aku tak banyak abis, akU pun tak penat sangat. mak aku ni seorang caterer tp dia tak nak hire pekerja sbb dulu dia pernah kerugian sbb staf dia bwk lari semua duit dia. So yes aku ngan mak yg handle semua tempahan tanpa bantuan drp orang lain. Kenapa aku kata terpaksa? Bukan aku tak bersyukur masih lagi punya mak or tak bersyukur sbb Tuhan masih nk bagi peluang tuk buat pahala. Tapi mak jarang bagi upah. Dah la bagi sikit je kasih sayang, upah tak nak bagi. Abih aku ni Bukan anak dia ke? Aku paham kalau dia save duit tu tuk modal. Tapi aku jugak perlukan duit tuk perbelanjaan harian, bayar yuran sem depan, kos tuk buat lesen kereta, kos perubatan aku, duit simpanan kecemasan pun aku at least kena ada walaupun sikit. Nak harapkan family memang tak lah. family aku didik aku ngan kasar sejak kecik lg. Aku kena cari duit sendiri kalau nak beli apa2. Aku tak boleh menangis dpn diorang walau apa pun jadi. So sejak kecik aku tak pernah merasa apa2 yg dibeli dgn duit family.Yuran belajar je partly supported by kakak aku. Yang lain sume aku tanggung sendiri ngan buat kerja part time.
Selain tu, adik beradik lelaki aku jgk mmg takde kesedaran langsung nk tolong mak aku jd driver beli barang kt pasar ke apa. Jadi caterer bukan takat beli ikan seekor dua tapi berpuluh2 kilogram. Beras plak kena beli ngan kilang so dalam sehari aku mmg dua tiga kali pusing satu daerah ngan mak naik motor gi beli semua tu. Even nak bawak bapak pergi hospital pun aku kena tebalkan muka mintak tolong ngan kawan bapak aku. Kalau ada duit lebih baru aku upah transporter. Diorang si lelaki biat apa? Membuta kt bilik sampai ke petang. Bangun je taknlain tak bukan melahap mcm setan. Aku takde lesen kereta. Dulu masa aku nk buat, mak Kata tak payah sbb duit tu dia nak bagi kt adik2 buat lesen kereta. Pastu mak bagi plak sebuah kereta tuk diorang pakai (bergilir). Mak terlalu manjakan adik2 sanpai dia tak nampak keselamatan aku tu penting atau tak. Dia tak foresee yg kalau adik2 takde nak harapkan sape bawak kereta tu sume? Takde sapa pernah ajar aku. Takpelah. Pandai2lah nak hidup
Hari tu Selama dua minggu pertama ramadhan aku kerap kali pengsan. Mula2 mak keras hati paksa jgk aku buat kerja. Bayangkanlah dalam sehari aku tak rehat langsung. Aku bangun seawal pukul 5 pagi masak bahan basic tuk masakan. Pastu aku kena mandikan bapak aku yg sakit tu. Dalam pukul 7 aku kena siapkan anak2 Abang aku ke sekolah, masak breakfast tuk diorang, hantar diorang ke sekolah, dalam pukul 8 aku bawak mak gi pasar beli barang, dalam pukul 10 bawak bapak gi hospital plak settle hal rawatan. Balik rumah je kena basuh baju, pinggan, kemas rumah, pastu masuk dapur tlg mak masak tuk bisnes dia plak. Petang kehulu kehilir pegi ambil anak2 sedara kat sekolah, COD tempahan makanan kt rumah customer,etc. Kalau hari biasa je aku rasa penat gila. Masa bulan puasa hari tu aku rasa nak bunuh diri pun ada. Semua kerja aku sorang kena settle. So lepas cod barang, aku balik masak tuk family berbuka plak. Lepas dh makan semua tinggal camtu je dlm sinki. Kadang2 budak2 muntahkan makanan bawah meja tak pun sorok makanan kt bawah meja. Bila tikus, lipas, semut mula naik ke rumah, aku jugak yg dipersalahkan pastu aku jugaklah yg kena cari lubang sarang and taruk racun. Bila aku bising kt mak suh nasihatkan adik2 tolong aku, mak marah aku. Dia kata aku kakak sepatutnya aku kena tabah buat kerja. Ok aku tahan lagi. Sebab aku malas nak bertekak ngan mak dan adik beradik lagi dah. Bagi diorang, perempuan buat kerja berat2 nanti bila kahwin sama jugak buat tuk suami. So aku kena berterima kasih kt diorang sbb aku takkan pandai buat semua tu kalau bukan sbb diorang. Geram je nak kata terima kasih dan sila pergi mampus.
Family aku semua tahu aku ada masalah kesihatan. Tapi macam biasalah sendiri sakit sendiri merangkak pergi hospital. Berkali2 doktor pesan jangan buat kerja berat tapi srmua tu family tak paham. ok takpe aku buat jugak. Aku try mintak ngan mak nak duit buat beli supplemen tambahan cam jus delima and pil vitamin. Mak kata membazir je semua tu. Esoknya plak adik2 mintak duit nak beli baju raya. Laju je mak hulur rm200 seorang. Mak aku siap kata lagi kt aku, kau punya tak Payah beli baju raya takpe kan sbb duit dh byk habis kt adik2. Aku menangis kt dlm bilik sbb kecik hati ngan mak. Tak sangka penampilan adik2 lagi penting drp kesihatan aku. Baju raya takde takpa. At least cakaplah elok2. Takpelah aku kumpul duit sikit2 hasil cod hari tu dpt jgk duit tips drp customer. duit tu aku simpan elok lagi sampai hari ni. kot la ada kecemasan ke apa kan
Then kat sinilah bermulanya kisah pertengkaran antara aku dan mak pagi tadi. tiga hari lepas, tah dari mana datangnya tiga org saudara yg aku tak kenal. Buat semak je. Dah la buat rumah aku mcm rumah sendiri . Geram betul. sorang tu bajet solehah pakai purdah bagai tp time org duk masak ke tgh kemas rumah ke dia selamba je duk tergolek dpn tv layan cerita. Aurat kt dlm rumah takyah cakap la. Baju asek nk londeh je. Suh solat pun mcm nak kena cungkil dari katil. Pemalas nak mampos. Masa makan je berdesup ke dapur makan Sampai perut buncit. Lepas makan tinggal camtu je dlm sinki tak berbasuh. Anak dia dok meraung lapar ke apa dia buat derk je. Aku jugak yg kena suap. Owh, kami sebaya tau. Bezanya dia tu subhanallah cantik tp astaghfirullahal'azim pemalas nak mampos. Heee.. Semalam satu family letih layan tetamu dtg beraya. Aku plak makan kt luar sorang2 takde mood nak makan ngan diorang sume. Bila balik je aku bengang gila la kucing2 takde sapa bagi makan. Masa aku kt dapur tgh bagi kucing makan dia masuk ke dapur tanya kenapa tak masak? Taktau ke dia lapar? Aku dh tak tahan terus maki dia. Aku tanya dia kau ingat aku ni tukang jaga kandang vavi ke? Kau ni manusia ke apa? Masak malas tidur je keja. Vavi je perangai camtu. Pakai purdah kepala hOtak perangai cam s*al. Dia terus keluar mengadu kt mak bapak aku. Mak aku marah gila ngan aku. Dari riak muka bapak aku, jelas dia kecik hati ngan perangai aku. Baru aku tahu pompuan tu anak sedara yg dia plg sayang. Sbb cantik, pakai sopan, lembut tp perangai mcm iblis. Aku yg depan² mcm iblis ni tak hadap plak bangga rajin buat kerja ke apa. k fine. Semoga iblis mak ngan bapak ni tak jadi hipokrit mcm perempuan tu.
Pastu mak face to face ngan aku cakap dia kecewa aku biadap camtu. Aku terus terang cakap "kalau camtu bagilah duit. nk balik gombak. Kerja kt sana sampai sem depan start. Kalau perangai mak camni, saya tak payah balik pun takpe. Biar saya kerja sampai dh dpt kerja tetap. Nanti saya cari rumah sendiri. Mak hiduplah dgn family mak yg membosankan ni". Mak blah camtu je. mesti dia taknak. Nanti sape nak tolong dia kan.
Seorang lagi saudara aku tu.. Dia ni buat jugak kerja rumah tp kalau dia buat salah ke apa direct je dia salahkan aku. Contohnya mak aku tak taruk gula garam dan semua bahan masakan dlm bekas kecik. Biasalah caterer. Pastu dia tak tutup semua bekas tu. Semua. Gula rosak sbb semut masuk. Keropok jadi lemau. Ikan jadi busuk dan berulat sbb dia letak kt luar. Dapur bersepah dgn sisa makanan yg basi. Tuhan je tau itu dapur ke tempat memuja setan. Mak marah2 aku salahkan aku. Tak pasal plak aku kena cuci semua tu. Padahal aku tak tahu langsung apa yg diorang buat kt dapur sbb aku jaga bapak aku. Pastu subuh tadi aku join diorang masak. Mak aku okay sket la ngan aku. pastu mak suh aku tlg dia siram bunga. Aku keluar iktu pintu depan and senyap2 pergi ke pintu belakang saje nk spy apa yg sedara2 lehnet tu dok sembang. Kecik hati aku dgr diorang sembang pasal aku. Umur dah 24 . Muka tak terurus. Kulit hitam. Perangai mcm jantan. Tah anak sape tah sbb lain drp adik beradik sendiri. Spesies tak laku la apa la.. Tiba2 aku meluru ke pintu belakang dgn air mata . Aku tanya apa yg diorg tak puas hati ngan aku? Diorang tunjuk riak muka celaka kt aku. Aku dah tak sanggup nk pendam. Aku katalah ye aku hitam sbb aku berpanas hujan kt luar tlg mak cari rezeki. Anak2 dara lain cantik gebu makan supplemen pakai set kecantikan mahal2. Aku ni satu apa pun tak de. Diri aku Selekeh sbb aku tak pernah shopping. Nak merasa baju baru tu jauh sekali. Kalau aku ada duit beribu dlm poket, aku takkan jadi camni. Pastu mak masuk. Mak ingat aku cari pasal ngan diorang. Mak tuduh aku mcm2. Sketsa apa la ni…. Aku try nak sabar tp tak mampu. First thing aku buat, aku buabg cincin di jari terus campak kt mak. Tu cincin pertunangan aku. Mak aku tunangkan aku dgn anak kawan dia tahun lepas. Tah sapa je lelaki tu. Aku tak kenal and tak pernah cari ikhtiar nk mengenali dia. Dia pun sama. Menyakitkan hati jgk jd tunang org ni. Aku cakap kt mak, " nah amik balik. Hari ni jgk saya putuskan pertunangan ni. Jgn nk guna kuasa veto wali ye. Lelaki tu tak sekufu dgn saya. Elok2 mak buat saya mcm kain buruk. Mak nk pass saya kt orang yg saya tak kenal. Betullah diorang kata saya ni tak laku. Kahwin pun ikut pilihan mak. Padanlah mak dpt anak hitam tak terurus camni. Sbb anak mak yg cantik handsome semua mak simpan kt dln rumah. Takut kena cahaya matahari sgt kan. Salah saya apa mak? Mak cari bila mak nak. Mak buang tepi bila mak taknak. Mak simpan saya kt rumah jadi apa!!! Jadi kuli je kan? Maaf sbb saya derhaka ngan mak hari ni tapi mak patut tahu tiada siapa yg maksum didunia kecuali nabi. Mak layan saya mcm sampah nanti mak jawablah dgn Tuhan sendiri. Mak ingat saya tak makan hati ke bila mak layan anak2 lain mcm raja. Saya diam sbb saya taknak derhaka ngan mak. mak tahu saya kena buat surgery tp mak lagi sanggup utamakan adik2 drp saya. Skang ni orang luar lagi tinggi darjat drp saya. Kalau camtu saya berambus dari hidup mak la senang kan?saya lagi rela mampos kt celah hutan sana drp tanggung sakit hati sbb mak tak sayangkan saya. Mak duduk lah kt rumah ni ngan biawak hidup ni semua." aku tgk mak tunduk je menangis. Sedara aku sume tergamam sbb tak sangka jadi camni. Aku blah masuk bilik amik sweater , helmet, tudung dan kunci motor. Masa aku lalu kt depan bapak aku cium tgn dia. Aku taknak jadi camni pun tapi aku bukan hamba abdi manusia. Aku ada hati dan perasaan. Aku deserve kebahagiaan sendiri. Kesian bapak. Raya2 ni kena layan drama celaka camni. Dia genggam tangan aku taknak aku pergi. Tapi aku blah jugak. Mak tak call pun aku. Pujuk ke apa. Takde. Kakak je sibuk2 call and whatsapp aku suh balik. Aku dh tawar hati. Petang nanti aku baliklah. Tapi aku nak balik kemas barang then blah balik gombak. Ego mak tinggi sgt. Dia lupa ke dia lahirkan aku? Takpelah.
Lantaklah korang pikir aku anak derhaka ke apa. Takde sape kt tempat aku Dari dlu sampai ke hari ni. Aku ni manusia yg membesar dlm tekanan. Aku takde kawan. tak pernah lg la org peluk aku and kata " don't worry. You'll be fine" or "it's okay. I'm here for you". Kelakar kan hidup aku. Takpelah. Satu semester je lagi kt uia and i will be away from here but dont worry mak, tangggungjawab anak ttp wajib ditunaikan. I love you so much and I'm sorry because i have to behave like an a***ole this time. Maybe mak sayang saya cuma mak tak tahu nak express camne kan? Selamat hari raya mak. Maaf sejuta kali maaf. Yang ikhlas, drp anak mak yg paling tak sempurna
– shuya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Aku faham kau tengah stress gila skrg. Bagus juga kau bawak diri dari dunia yg menyerabutkan ini. Tenangkan diri kau.
Bhavithra Anathe Segar
Sdih.harap kau tabah shuya.bg mak kau rindu dulu.baik buruk tetap mak.nanti balik k..
kawan dgn saya.. :)
Sy pernh terdengr ceramah istilah ibubapa pn ad derhaka pd ank n xamanah lam menjg ank2,mybe mak awk ni kategori tu la kot..bertabahla…
Aku dulu masa kecik pun mcm ni..xtau knp mak mcm benci sgt dgn aku.. kakak duk asrama so tugas kerja umah jatuh kat aku..adik berderet kat bwh..dahla ramai lelaki..so memang pemalas belaka.mak xajar lelaki buat kerja rumah.. agak sdihla bila diingat dulu.ada jugak nak lari dari umah tapi takot.. tahan je sampai dapat tawaran matrik, terus accept..hepi gle dpt keluar dr rumah.. tp lepas duk jauh mak berubh..jadi mesra,selalu telepon..sekarang mak makin berumur makin berubh.kurang marah2..xgarang mcm dulu..tp aku plak jd pengganti mak..marah kat adik2..huhu..adik lg takot kat aku dari mak..
Meleleh airmataku. Mungkin aku ank no 3. Feel tu lebih sikit. Bertabah dan pandang terus ke depan. No turning back. Bila kau dah habis belajar kau balik la. Tp selitkan doa utk keluarga kau dlm solatmu. Dalam hidup ni, restu mak ayah tu penting. Walaupun seburuk mana perangai mak, dia la yg pernah susah payah kendong kau dan lahirkan kau. Kau buktikan kau boleh berjaya dan kau boleh tanggung mak ayah kau. Nanti bila dh ada duit lebih boleh pegi grooming class. No hal la hitam ke putih ke. Jodoh tu kan rahsia Allah. Yang cantik hensem pun belum tentu temu jodoh cepat. Kau dah la educated person. Biar hodoh tp beradab dan rajin. Daripada beauty with no brain. Goodluck!
Qamarul Muaz
Naufal Zulkifli Zain Fitri Zulkifli Pani PapaLisa Ielah Qalesya
Sedih wei baca :'(
Seriusly…meleleh air mata sy baca… sabar sis..
Monroes Mirl II Maya ALiessya Fazila Fiza Rahman sedih’y ehh.. nangis ak n ak rasa mau tau sapa bdk nie sedih’y ak baca blinang airmataku
Mls ku baca… adek beradek juak… sndri mo ingatla… yg ptg kita dak bgitu…
sedih nasib’y bha.. mksd ku.. eee..
kima pening ak baca ? tp ak paham prasaannya
i can feel u sis……semua bnda kne tanggung sendiri..lpas abis sekolah nk keja..abah x bg..smpai kne mrah2..dia ckp slangkah aku pegi keja..dia x kn percaya aku lg..pastu dia suruh jaga kdai kat umah..sma la kita..x ad upah jugak..kita pon nk guna duit..pastu kne tuduh plak..mngahbiskan brg2 kat kdai tu..pdahal dr sekolah..nk beli buku brg2..semua guna duit biasiswa..x mintak duit pon..pastu sebab kn satu kes tu..abah aku ckp x nak tanggung aku lg dh..aku mmg nekad..ape nk jd..jadi la..aku keja mcm2..niaga mcm2..sebab nk survive hidup..n alhamdulilah..aku buktikan kt semua org..dr pas skolah.matrik smpai masok u berniaga..n alhamdulilah aku dpt buktikan aku boleh hidup klau dorng x tlg aku pon..tp sedih gak..zaman kakak aabg aku blajar…duit blanja dpt tiap bulan..nk laptop pon dbelikan..duit sewa rumah semua dbyar…aku dr a sampai z kne tanggung sendiri..tp x pela sis bnda2 mcm ni la yg mematangkan kita..lg satu..jgn sesekali dendam or marah kat parents kita..dlu time first2 aku mrah gak ngn abah aku..tp b mature..tanpa dorng..kita x ad kat dunia ni..n now even aku tnggung idup sendiri pon..tp alhamdulilh…ad duit lbh hasil aku niaga..aku hulur kat mak ayah..kat adik2..xpon belikan dorng barang pape…let bygone b bygone..ok sis..be strong..
Sedihh…????
uih.. seb baik aku tak konfes gak.. klu tak tak cukup 2 3 page
kahkahkah…poyo la Fazley Sanusi
tp stuju laa.. bende ni mematangkan.. tp y lalui je tau azab nye
Jangan balik awal2 sangat, hahaha. Okay jahat. Kau balik kemas barang tu chaw la. Nnt beberapa bulan sekali kau balik jenguk je sudah. Suh diorg paham, hadamkan, kau bukan kuli diorg.
U will get someone who is really appreciate u in future. In shaa Allah aamiinn.. Tenang dan sabar. Allah tahu segalanya.. ❤
Islam itu indah….lelaki perempuan didik lh dgn Islam supaya x jadi mcm 2…Allah bersama org2 yg sabar…
Asingkan diri dulu drpd family tp sblm tu ckp baik² sbb kejauhan kita. Bina semangat dalam diri balik, fizikal dan emosi. Mungkin bila kita jauh tu membuatkan mereka terfikir dan berfikir.
Btw sis semoga tabah harungi hidup!
Bila manusia tiada disisi, ingat Allah sentiasa ada walau di mana pun
Kisah kita hampir serupa. Hampir2 Sgt dah. Aku terasa aku dalam diri kau. Mmg org yg bmsalah mcm kita tak punya kawan. Bukan org tak nak berkawan, kita yg terlalu kecewa. Kan? Bertabahlah. Smntara kau Kat luar, kau binalah kehidupan kau slow2 yg baru. Tapi jangan lupa hantar duit. Biar mak tak tahu takpe. Aku tahu kdaan mcm ni kau takkan mampu balik utk hadap smua org lagi. Takpelah. Take your time first. Allah lebih tahu kau kuat. Sangat2 kuat. Dan kau pun punya hati yg kental. Aku tahu tu. Be strong. Kalau sudi kawan ngn aku, aku lagi kawan ngan kau. :)
Kepada Shuya (the confessor), tolong PM makcik Siti Zaleha Ummu Hafiz. Makcik ada anak di UIA Gombak jugak.
Insya Allah … we’ll try to help you.
Be strong dear. Dekati dirimu kpd Allah dgn banyakkan berdoa & never give up on your study.
Semoga Shuya terus tabah dalam menghadapi segala ujianNya
Hope to hear from you & do PM me.
Utk awk shuya, keep strong ya. Sy xtau nak bg comfort words kat awak mcm mana tp yg blh sy ckp, Teruskan berjalan walaupun dunia ini sakit menguji. Kuat ye. Kuat! Awk kate awk xde kawan kn,jom kawan? nk jd kawan sy? Awk add sy la / pm. Kalau sudi :) Sy doakn yg trbaik utk awk. In Shaa allah, ALLAH sntiasa ada dgn awk. Jgn putus asa dgn hidup sendiri.Belum masanye lagi ye. ❤
Weh. Jom raya dgn aku. Pm aku
Sis, bersabar lah sis. Lari je jauh2 kalau sis ada kudrat. Tapi bila sis dah berjaya, ada duit lebih.. Transfer duit kat mak bapak macam biasa. Sebab tu tanggungjawab seorang anak. Biar je adik beradik kat rumah tu mereput tolong mak bapak sis. Dorang tu yang sebenarnya anak derhaka bukan sis. Allah Maha Mengetahui, berdoa lah dan mintak petunjuk dengan Nya. Semoga Dia tunjukkan jalan
Allah…. :'(
Zai Iman Zakwan Zainuddin Wajihah Zainuddin Zai Huda sbb tu tlg org lain buat kerja. Bahagi kerja utk ringankan beban. Masing² ada tanggungjawab. Btw, pengalaman tu nnt akan berguna kelak. Percayalah
Sebak….keadaan kita lbh kurg sama..
Sokong u babe! Jgn smpai ilang pedoman plk ye.. hrp mak dan adik badik u dpt hidayah dr Allah dan nyesal sblm terlmbt sbb aku paling x ska ending sedih berat sbelah
Addila Ibrahim baca nii sedihnyaa
sedihhh , kesiannya dye ?
* ? salah pulakk
Nape la rmi yg confess psl beban kerja rumah.. Mostly pmpuan.rasenye klu confess pun xkn ade perubahan yg berlaku. Cube cri solution. X pun tolong la sgt2 ikhlaskn hati. Pcye kat tuhan tu maha adil.. InsyaAllah ganjarannye pasti ade. Klu solution x ade. Ikhlas pun x ade. Mmg x dpt ape2. Silap2 jd anak derhaka. Ambik contoh sahabat nabi uwais al qarni. X pernah mengeluh..
kena faham psikologi perempuan tuh tak sama, kalau cerita kat orang yg dikenali habis dicanangnya cerita kat kawan. kalau confess kat sini, at least orang tak tau sapa, dan dapat terluah apa yg ada dalam isi hati. dan dapat moral support dari orang lain. berdoa tu berdoa, tapi luahkan perasaan juga perlu untuk dapatkan ketenangan. please pndaikan diri bezakan antara mengeluh dan meluah perasaan. bila perempuan dapat luahkan perasaan, baru dia tenang, baru dapat fikir. kena pham psikologi. dia tgh depressed. kalau nk fikir solution dengan keadaan tertekan agak2nya jd apa? nk ckap ikhlas senang, dah bertahun2 dia bertahan tapi bila dia luah sekali, dipaksa2 ikhlas dan dituduh merungut
Kdg2 apa y ringan bg kta.. berat bg org lain.. n begitu juga sebaliknya.. apa y confessor lalui tu kalau kne kat kta x tertangung..sebab tu ujian bg setiap org xsama.. jgn la ckp confessor saja2 mengeluh.. x mudah nk ikhlaskan hati kalau da truk dsakiti.. bg dia masa..dia mnusia biasa jugak.. at least bila dia confess kat sini..dia tau ad org support die..
solutionnya yg lelaki pon kena tlg…jgn igt keje rumah pompuan je kena buat. ego sgtt
tlg buat keje walaupun lelaki..jgn.mengade2
Memang tak tau ke atau pura2 tak tau sebab ape?
Meh den nak gtau haa…
Sobab eyh, kaum laki mostly tak pandai nak tolong buat keje uma.
Igt keje uma ni tugas pmpuan je ke?
Rasulullah pn tolong isteri beliau dlm keje2 uma.
Cakap memang senang kan..
Baca sampai habis tak ni?
Baca dan hadam betul2 ape dia tulis,
Da bertahun2 dia pendam,
Kalau dia tak ikhlaskan hati, awal2 lagi dia da cabut lari dr rumah.
Setuju dgn Anith Farhana,
Pandai tak bezakan mengeluh dgn luahkan perasaan?
*sighed
Ada jugak manusia konon nak komen positif yg xkena tempat.
Put yourself in her shoes ~!!
ambik tempoh bertenang, biar diorang rasa hidup tanpa awak dulu
bila dah sejuk nanti gi la mintak maaf
tapi tak payah lah jadi org suruhan mak lagi
mintak maaf banyak2 dgn mak, sbb awak kena jaga kesihatan
Kisah nie sedih.. semoga kuat ye shuya…
be strong sis
Semoga awak temui kebahagiaan sebenar satu hari nanti..in sha Allah wa biiznillah..amiin…
Sedihnya cerita dia mesti kakak tu ada kemurungan.. Kesian sangat ada kemurungan tapi kena kerja keras.. Sy faham apa kakak tu rasa tapi dia lebih teruk daripada sy dia x pernah rasa bahagia sejak kecil sy pn tapi kes sy lain.. Semoga tabah kak.. Cuma ada satu sy tahan sejak kecil (bunuh diri)…
Sdih..alahai insan yg brpurdah tu..
First confession pasal ni yang buat air mata meleleh.
Bee HOney
Sedihnya baca kisah awak.. .huhuhu. .
Noor Shahida sian dia ..moga ada bhgia stlh hujn turun
These pressures are so great that this person probably became a diamond and thats good because she’ll be able withstand almost anything. Now you may acheive your dreams. Good luck.
Saiful Adlie x nk komen ke
Sedih weh kisah dia. Sebab tu aku jenis tak suka simpan2.. simpan tu sakit..
kan..thats why kita b4 kawen kne btol2 berilmu demi anak2..????
Huuu. Asal kita lak kahwin? Hg tak cukup umuq lagi weh. Haha
oittt..even kuat nges ingt x layak e??
Fuuuhhh.. Sabr dik.. Klu adik x lepaskan ape yg trbuku kt hati tu, diorng x sedar.. Blk la gombak dulu.. Tgk ape jd kat umah..
Eriena Erien Norhuda Binti Idris Siti Noraini Daeng Pawawo
Nnti sambung lgi
Yg tak merasa,senang jak cakap, ko rasa sendiri baru tau….Baik bawa diri,travel,kumpul duit banyak2,hidup mesti diteruskan….biar masa yg menentukan…
Bertabah lah sis….. sayu hati baca cerita ni… bagus keputusan awak utk keluar dr rumah tu. Duduk sendiri. Kerja sendiri utk diri sendiri. Suatu hari nnt. Diorg akan tahu, betapa pentingnya awak dlm hidup diorg.
Hanis Syafiqah
Salina Rosli Mareena Rosli
sabar ye shuya…moga ada ssuatu yg lebih baik drpd ini
Hi shuya. Boleh dikatakan kita senasib. Cuma life story je berbeza. Mmg sedih bila jd anak “bukan kesayangan” belum buat salah pun dah kena argue kena kecam itu xkena ini xkena. Bila yg kesayangan belom buat pape semua “suka belaka”. Bertahun2 sy jauhkan diri dari keluarga. Baru mereka sedar “harga diri” sy. Bukan ibarat kain buruk dah tp dah tahap sampah. Xpernah nampak kebaikan yg seringkali ditabur.
semoga tabah…bertenang…n jgn lupa sentiasa doa utk mak n ayah sis ok .. Izinkan Allah menunjukkan jalan yg benar…sayg pd mak ayah sentiasa kuat. Moga sis juga jgn merajuk lama2…doa mak sentiasa tinggi darjatnya dcc Allah, selama mana dia masih HIDUP..please, balik peluk mak dan lepas tu, balik aje gombak. U can go through this, sis Ya Allah, bantulah saudara ku ini Ya Allah…..
Mari baca Ena Hassan
What say u?