Sebab Saya Berhenti Jadi MUA a.k.a Mak Andam

Terasa nk berkongsi sebab saya dah tak ambil servis MUA sejak tahun 2020 lagi.

Saya dah berusia 34 tahun dan masih single. Saya bekerja full time di sebuah swasta kerjaya mmg kukuh dan income pun alhamdulillah.

Cuma passion saya bukan ke arah kerjaya saya sbb saya mmg x suka pun kerja skrg nak berhenti pun kewangan belum kukuh kalau tak kerja nanti.

Toksik di tempat kerja dan background keluarga B40 mendorong saya untuk mempunyai business sendiri di masa akan datang.

Saya dari dulu memang suka nampak cantik dan kemas. Suka mekap siap pakai gincu dan bedak mak. Dulu tahun 90 an mekap eyeshadow mak takde sebab ayah memang tak suka mak mekap.

So bila dah menginjak dewasa dah ada kewangan sendiri dan saya lihat banyak video2 mekap tutorial dan hasil mekap dari MUA2 terkenal, saya pun terinsipirasi nak jadi MUA dan buka saloon sendiri suatu hari nanti.

Memandangkan saya memang suka cantikkan dan dandan orang. Bagi saya satu kepuasan kalau dapat hiaskan orang jadi lebih cantik.

So saya pun bermula dengan pergi workshop mekap yang murah sehinggalah yang mahal sampai seribu lebih di sebuah akademi kecantikan milik bumiputera. Walaupun saya dapat sijil pengiktirafan tetapi saya belum dapat sijil kemahiran SKM tak silap saya sebab harganya yang agak mahal.

Masa tu saya bertekad, saya akan ambil sijil kemahiran bila dah mampu dan saya pun mula la ambil servis mekap secara sambilan.

Kebanyakan client2 saya adalah kawan2 rapat dan lepas tu barulah saya terima dari socmed.

Jenis mekap yang saya ambil pun yang saya belajar sahaja iaitu mekap pengantin dan event seperti dinner, graduation dan bridesmaid.

Mekap seperti modelling dan stage atau cosplay saya tak ambil sebab saya tak belajar bab tu masa training dan tak nak ambil risiko. Mekap2 tu diajar kalau saya ambil pakej yang dapat sijil kemahiran SKM tu.

3 tahun saya buat servis mekap then Covid-20 pun melanda ketika itu. Apabila kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan, memang saya tak ambil permintaan servis MUA. Pernah ada yang tanya tapi saya menolak sebab faktor keselamatan.

Dan lama kelamaan seperti ada suara dalam hati untuk berhentilah jadi MUA. Sebabnya. Sejak dari saya jadi MUA, tipulah jiwa selalu tak tenang dan tahu juga pasal hukum berhias berlebihan atau erti kata lain tabaruj. Kita tahu tapi kesedaran tu kurang. Sama la macam, kau tahu berzina tu dosa tapi buat juga.

Tapi saya selalu ignore juga sebab alasan konon untuk membantu wanita menjadi cantik untuk suaminya. Dan pakaikan bulu mata palsu kat client. Saya memang ignorance dulu sebab terpengaruh dengan mekap2 cantik dari MUA2.

Saya perasan, selama saya buat servis MUA, saya selalu dpat video atau posting dekat newsfeed SOCMED saya mengenai hukum berhias berlebihan, tabaruj dan hukum memakai bulu mata palsu la, dan paling tak lupa kisah seorang bekas MUA yg share bekas client dia meninggal dengan bulu mata extension masih terpasang.

Walaupun saya belum belajar pasang lash extension tapi kisah tu memberi kesan pada saya.

So, sejak dari tahun 2020, saya dah berhenti jadi MUA. Segala alat mekap2 seperti foundation, eyeshadow, blusher saya buang. Berus mekap yang saya tak guna saya buang. Permintaan untuk mekap pun saya dah tolak walaupun mekap simple untuk dinner dan graduation.

Sekarang, kalau saya mekap pun yang simple2 sahaja tidak terlalu menonjol. Saya masih lagi suka mekap2 yang tebal2 mcm Arabic, tapi buat untuk diri sendiri suka2 sahaja mcm hobi. Tapi bukan lagi untuk posting di SOCMED. Ya dulu saya pun selalu juga post video2 mekap tutorial di SOCMED.

Now, video2 tu semua saya dah delete. Saya perasan, yang sekarang ni tak banyak pula video2 or posting2 mengenai hukum bertabaruj, berhias berlebihan di SOCMED saya. Dan jiwa rasa lebih tenang sikit. Kadang2 saya terfikir, mungkin Allah ‘tegur’ saya dengan cara halus iaitu melalui SOCMED.

Saya masih berhias tapi tidaklah terlalu menonjol kerana Islam juga menuntut untuk kita nampak kemas, cantik dan bersih cuma tidak berlebihan. Dan saya pun dah mula longgarkan pakaian saya. Biarlah nampak macam makcik2 old fashion dari nampak ketat.

Semoga saya istiqamah dalam penghijrahan kecil saya ni. Penulisan ni juga tidaklah bermakna nak hukum kerja MUA2 tu haram. Saya tak layak untuk jatuhkan hukum. Ini hanyalah sekadar perkongsian. Lagipun setiap apa yang kita buat semua bergantung atas niat kita.

Sekian

– Bekas MUA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *