Sebab Saya Pilih Hidup Bujang Sampai Akhir Hayat

Assalamualaikum, saya lelaki, 20-an. Baru2 ni, saya ada buat ngl kat story Instagram dan ada yang bertanya mengapa saya tak nak kahwin sebab kahwin tu sunnah Nabi.

Ya, saya tak nafikan memang betul berkahwin adalah salah satu sunnah Nabi. Tetapi saya rasa sayang dan cukup dengan apa yang saya ada sekarang ni. Korang nak kahwin silakan, happy for you! Namun, kita tak boleh nak expect orang lain untuk hidup cara kita.

Kenapa tak boleh nak hormat pilihan saya bila saya boleh hormat pilihan anda? Hidup setiap orang lain2, so jangan mudah menghakimi sebelum anda berada dalam kasut saya terlebih dahulu.

Mungkin saya terlalu muda untuk perkahwinan dan percintaan, tetapi saya ada sebab yang tersendiri.

Hakikatnya, saya dulu pernah menganggap bahawa percintaan ni hanya “kita bikin romantis” sana sini, tapi semakin menginjak kedewasaan, saya mula sedar bahawa percintaan dan perkahwinan bukanlah sebuah katil penuh jambakan bunga.

Saya penuh dengan red flag (perangai buruk), but nak kata tak nak kahwin sebab saya ada red flag pun tak boleh jugak, sebab semua orang ada red flag masing2.

Tapi, kalau red flag tu sampai menganiaya pasangan, better jangan berkahwin at the first place. Kesian anak dara orang nanti. Jadi boleh la nak katakan saya taknak settle down sebab orang taknak or tak suka dengan saya tapi saya tak kisah pun semua tu.

Segelintir orang terlampau meromantiskan perkahwinan dengan alasan “rezeki” dan “sunnah” tapi ramai yang abaikan tanggungjawab untuk menghadapi fasa susah senang bersama.

Akan ada terlalu banyak komitmen untuk dilaksanakan, terutamanya lelaki sebab nak jadi suami dan ayah, memandangkan tanggungjawab suami lebih tinggi dan banyak daripada isteri. Dalam Islam dah highlight pasal ni.

Bukan nak kata bertanggungjawab tu tak bagus, cuma saya tak mampu dan bukanlah orangnya. And saya pun memang tak suka banyak sangat komitmen, penat saya nanti.

Cukup la komitmen untuk diri sendiri, kerja dan parents saya. Tak nak la kahwin dan berkomitmen kat pasangan sebab terpaksa dan tak ikhlas, kan?

Untuk pengetahuan, saya juga ada mewarisi suatu penyakit keturunan daripada ayah saya (tapi saya kena lagi teruk) so kalau saya pilih untuk kahwin dan ada anak, mereka akan cenderung mewarisi penyakit saya.

Saya tahu ada banyak cara nak halang kehamilan, but nak “play safe” better jangan kahwin. Takkan la saya nak anak2 saya membesar dan salahkan saya sebab penyakit yang diwarisi, kan?

Lagi satu, anak tu amanah, bukan rezeki je tau. Saya tak mampu galas amanah yang terlalu berat, jadi saya nak elak daripadanya supaya tak disoal dan dihukum kat akhirat nanti sebab tak amanah.

Saya langsung tak salahkan ayah saya, sebab saya pasti dia pun tak nak saya mewarisi penyakit ni. Dia berusaha menjaga saya dan memastikan penyakit saya pulih, tapi saya tahu saya tak mampu berbuat begitu pada anak2 saya nanti.

And dunia ni pun dah cukup kejam untuk mereka, so biarlah roh2 mereka tinggal di Luh Mahfuz supaya dapat bertemu kat syurga nanti. Ya, kat syurga nanti baru saya akan kahwin dan beranak pinak, sebab dah takde komitmen macam kat dunia.

Saya pun tak suka gaduh benda2 bodoh dengan pasangan, bagi saya hanya merosakkan mood dan membazir masa dan tenaga. And tak nak ada anak dan pasang harapan diorang akan jaga saya bila saya dah tua.

Saya tak nak mereka fikir mereka berhutang dengan saya. Saya dah plan untuk register ke rumah orang tua pada hari2 tua saya nanti.

Masih ada 2 amalan yang takkan putus lepas saya meninggal nanti, iaitu sedekah jariah (doakan saya rajin bersedekah) dan ilmu yang bermanfaat (saya bakal pendidik anak bangsa). Ada anak ramai pun belum tentu ada yang doakan kita.

Bahkan hukum kahwin pun ada banyak; wajib, sunat, harus, makruh, haram. Saya bimbang saya cenderung menganiaya pasangan dan anak2 (kalau ada) kalau saya pilih untuk kahwin. Sebab menganiaya pasangan tu haram dan berdosa besar. Saya dalam kategori haram berkahwin.

Kesimpulannya, saya bukan la nak promote single life, cuma nak orang lain hormat pandangan dan pilihan hidup saya, sebab kahwin bukanlah tujuan hidup semata-mata. Cara dan tujuan hidup kita berbeza.

One more thing, marriage and relationship is not for everyone walaupun ianya fitrah. Sekarang saya cuba untuk “menangguhkan” fitrah saya yang satu ni untuk digunakan di syurga nanti.

Akhir kata, saya selalu ingatkan diri saya: “Sejahat mana pun diri kita, jangan pernah sekali pun kita aniaya orang lain.”

– Mr. Nothing Special (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Whaaatttt..jauh tersimpang kau dik..semua penat kami pun penat.ya betul aturan hidup kita jalani Allah yg tentukan.kuatkan la sikit diri 2.tempoh kehidupan yg mendatang.mampu kawen. x mampu jgn kawen.lu x mau susah itu semua..jgn sangkutkan dgn agama.ingat dik kita dia bawah maha pemberi rezeki.maha pemurah..seluruh alam dia punya.klu penat sgt..pergi la duk bulan.masalah x banyak..pikir2nkan lah..

    • Biar la dia tak nak kawin. Boleh jadi orang masuk syrga sebab tak kawin sbb takde beban, boleh jd jgk masuk neraka sebab kawin ble menzalimi istri/suami

  2. umm. bro, takde orang boleh halang awak dari berfikiran dan berpendirian macam tu. itu pilihan awak. dan bila awak dah buat ngl kat story instagram tu, saya rasa awak dah terbuka untuk maklum dengan pelbagai reaksi follower awak kan.

    saya tertanya kenapa awak boleh terfikir untuk published story tu dekat sini. ada sesuatu mesej yang awak cuba sampaikan?

    kisah awak ni hampir sama dengan kawan saya yang berpendirian taknak kawen sebab tak sedia dengan tanggungjawab, ada trait dalam famili yang risau akan diwariskan kepada zuriat bertentangan dengan saya yang memilih untuk kawen.

    saya dan dia cukup berbeza tapi kami berdua sedar yang kami ada masalah dari keluarga masing2 yang kami sendiri sedang usahakan untuk pulih. melihat usaha beliau yang berusaha mencari ilmu, rajin ke masjid, rajin berpuasa sunat dan memperbaiki diri saya dapat mengagak yang beliau sebenarnya ingin berkahwin akan tetapi ada kerisauan dalam diri yang menghalang. apa pun itu pilihan dia, dan saya memilih untuk hormati beliau dan berdoa dia akan berkahwin suatu hari nanti. saya bangga dengan setiap usaha beliau.

    tak salah pun memilih untuk sendiri tapi setiap manusia yang hidup kat dunia ni diberi masa untuk bertanggungjawab. Allah pasti tolong kita dengan tanggungjawab itu. saya tak pasti kenapa dia dan kamu seperti orang yang sama dalam cerita ni. tapi saya tetapp mendoakan kalian dibukakan hati untuk berkahwin dan semoga kalian mendapat ketenangan jiwa disebalik pelbagai rintangan dalam perkahwinan. mungkin sekarang bro dan kawan saya tu belum boleh menerima tapi akan datang saya doakan kalian boleh memahaminya.

    apa yang terjadi kepada ibu dan ayah kita adalah pelajaran untuk kita. kita sebagai generasi baru boleh mencari ilmu dan menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik. insyaAllah.

    sorry bro. saya menghormati keputusan bro dan kawan saya sekarang tapi saya jugak tetap akan mendoakan kalian dibukakan hati untuk berkahwin.

    mr nothing special, kamu special pada Allah. maaf untuk pandangan ini andai terkesan pada diri.

    nurr – bukan nama sebenar.

    • Awl lagi dik ko nak ckp mcm tu. Tggu dah 30an mesti ko rasa lain bila xkawen. Skrg boleh ckp sbb kwn2 xsemua kawen lg, family pom semua ade. Nanti lama2 mcm ko rasa mcm biasa tp jauh sudut hati ko akan sunyi. Btw pasal penyakit tu xsemestinya ko kawen dpt anak, sume anak2 ko dpt penyakit. Ko ni negetif sgt pemikirannya. Kene nampak yg positive2 sikit.

  3. Akak respect awak ada pandangan sendiri.. sampai masa nnt mungkin pandangan awak akan berubah mengikut masa.. maybe sampai masa cari anak angkat ke, maybe who knows… it’s about your life, not others.. ada org suka berteman, ada org suka bersendirian.. life is short.. enjoy your life to the fullest..

  4. saya faham tapi semua orang nak hidup berpasangan kan, apa kata awak cari perempuan yang tak boleh melahirkan zuriat supaya hidup awak ada peneman. kalau sendirian mungkin bosan jugak sebab saya pernah lalui benda tu, adakala ok adakala x ok
    apa pun jangan risau percaturan Allah itu indah sangat, mungkin boleh jadi berkat kehebatan kuasa Allah, anak awak tak terkena penyakit itu. mana tahu kan. apa pun bersangka baik ok, kalau ada someone yang ikhlas terima awak, jangan sia2kan orang yang macam ni. mana tau itu jodoh terindah yang Allah nak hadiah kat awak

  5. Abaikan je orang lain nak cakap apa. Yang penting awak tahu apa kemampuan awak. Semua orang sembang bab fitrah, tapi bab kemampuan fizikal/mental dipandang sepi je. Patutla ramai yang dah kahwin, lagi menyusahkan hidup orang lain.

  6. Assalamualaikum, harap awak baca comment saya yer.
    Saya rasa awak terlalu berfikir ke depan Dan penuh dengan negative thinking. Awak x percaya ke wujudnya Allah yang akan selalu tolong hamba hamba nya walau sebesar apa masalah? Ya saya pun struggle dengan husband saya, semua benda saya uruskan, tapi saya bahagia bila tatap wajah anak saya, telatahnya, buat saya lupa dunia. Kadang saya fikir Ya Allah indahnya nikmat zuriat yang Engkau berikan. Penat tu lah yang menghasilkan ladang-ladang pahala untuk kita. Kalau semua org berfikiran mcm awak, mmg sorang pun dlm dunia ni xkan berkahwin. Kalau dh terbuka hati, dah berjumpa jodoh, dengan izin Allah, just married sayang. Penat memang penat, but the reward later will be please to you. Just my humble opinion.

    • Biar la dia kak, hidup dia knp tak hormat pilihan dia sdgkan dia blh hormat org yg berkahwin. Dia x samakan diri dia dgn org lain. Kalau akak bahagia dgn kahwin, happy for you! Tapi jgn la judge hidup org lain hanya kerana pilihan mereka x sama dgn kita. Jika mereka bahagia dgn pilihan mereka tanpa menyusahkan org lain, just let them be!

      Saya pun dalam bot yg sama spt confessor. Betul la apa yg dia cakap tu, klu rasa tak boleh kahwin dibimbangi akan aniaya anak orang, better jangan kahwin. Tak semua orang boleh dan suka galas tanggungjawab yang berat, contoh macam saya. Confessor dh dpt pahala sbb halang nafsu dia supaya keburukan drpd diri dia tak merebak ke anak cucu. Confessor pun tak nak pasangan sama2 terseksa dgn red flag dia, dia pun nak elak drpd dapat dosa. Mana tau klu dia pilih jugak kahwin, lagi byk dosa yg dia dapat, bkn pahala. Kan kahwin ada banyak hukum, bukan sunat je.

      Ladang pahala tu luas dan banyak, bkn kahwin shj, jd jgn la berfikiran sempit tau. Jalan hidup kita berbeza, jadi setiap org berbeza amalan terbaik dlm hidup mereka. Ada org amalan terbaik hidupnya berkahwin, ada org amalan terbaik utk dirinya bersedekah, berbakti kpd org tua dll.

      Confessor pun dah bgtau yg dia nak sebarkan ilmu yg bermanfaat dan amalkan sedekah jariah. Mungkin jika ibu bapa confessor masih hidup, dia boleh jaga kedua2 mereka. Bukan sikit pahala yg dia akan dapat. Yang penting confessor pilih jalan hidup dia tanpa membenci perkahwinan tu sendiri. Dunia ni pun dh terlalu kejam, klu saya pun takkan biarkan anak2 hidup kat sini, biarlah saya ada anak di syurga nanti.

      To confessor, may u find your very own happiness and tranquility regardless of what u choose in your life! You just do yours, okie? May Allah bestows rewards up in the heavens!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *