Assalamualaikum wbt..
Sahabat-sahabat, gadis-gadis di luar sana. Antara kenikmatan yang kamu akan hilang sesudah bergelar seorang isteri adalah banyak berpuasa sunat.
Bila dah kahwin. Nak puasa sunat kena minta izin dari suami. Kadang-kadang suami buat surprise ajak 'makan tengah hari'. Bila dah mengandung, kena fikirkan kesihatan diri dan bayi. Bila dah bersalin dan menyusu pun begitu juga.
Bahkan saidatina Aisyah ra menggantikan puasanya di bulan Syaaban kerana bulan itu suaminya Nabi saw banyak berpuasa. Bulan2 yang lain, beliau ' persiapkan diri' untuk suaminya.
Makanya.. Sebelum mendirikan rumahtangga. Ambillah peluang untuk perbanyakkan puasa sunat. Ye. Sebelum menyesal. :)
CikPuan HI
– CikPuanHI
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Awak pun cik lagi..
” Makanya.. Sebelum mendirikan rumahtangga. Ambillah peluang untuk perbanyakkan puasa sunat. Ye. Sebelum menyesal.”
Ayat dangkal.
hmmm tak setuju sikit.
ya betul nak puasa sunat kena mintak izin suami, tapi tiada hilang kenikmatan apa pun bila bergelar isteri melainkan kebaikan-kebaikan dan pahala yg melimpah ruah.
masak dapat pahala
senyum kat suami dapat pahala
jaga harta suami dapat pahala
kalau dah mintak izin suami, still suami surprisekan dgn makan tengahari, awak layankan suami, pun dapat pahala
semua yg adik sebut tu, semua dapat pahala dik. lebih lagi dari pahala sunat.
nak dapat pahala bila bergelar isteri bukan setakat puasa sunat je dik.
melahirkan zuriat pun kalau mati dapat syahid, dik. nak dpt zuriat kena kawen dulu la.
sebab tu berkahwin ni dituntut. semua awak buat bawah redha suami, semua dapat pahala.
kawen best wey!!! kawenla korang adik adikku. kawen! jgn tanak kawen sebab takut tak dapat pahala sunat.
Setuju2…hehe
Fokus yg wajib dulu, baru yg sunat.
Xyah kawen. Hari2 leh puasa sunat.
kann…
Period takleh puasa.
Hahahaha
Lyn somi pun dpt pahala la.
Baik ‘makan tengah hari’ dengan suami lagi best ermm dah la dapat pahala pulak tu
PAHALA lebihhhhh banyak dan lebihhhhh mudah bila dah jadi seorang ISTERI.
Hurm
Awak dah kenapeeeeeeeeeeee….bole je buat ibadah lain selain puasa sunat…adeyyyyy…
ha?
Layan suami tu wajib dah bukan sunat. Kan? Lg priority. Cuma, yg dh kawen, yg dlu masa belum kawen suka puasa sunat, faham perasaan CikPuan. Klu takat ganti pose pun hujung2, kadang terlajak sampai kena denda, ape ada kesah..
Bab ibadah, jangan lah kita cetek sangat hanya mengukur akan ibadah berpuasa sunat sahaja. Bergantung macamana kita tengok perkahwinan itu sendiri.. kalau kita membina perkahwinan atas sebab nak cari keredhaan Allah, insyaAllah bertambah tambah pahala kalau suami isteri sama sama nak kerja redha Allah. Solat berjemaah dapat pahala lebih, berkasih sayang antara suami isteri pun dapat pahala juga…. Apa apa pun saya respek cik sebab mesti rajin puasa sunat. Anyhow, jangan ingat pahala itu cuma bab puasa sunat saje yer.
Jumud…
Rasulullah s.a.w bersabda,
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ
“Apabila seorang wanita solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dari zina, dan taat kepada suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” [HR. Ibnu Hibban dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Shahihut Targhib: 1931]
Kewajiban atas seorag istri untuk selalu menaati suami dalam perkara apa pun, selama bukan maksiat kepada Allah ta’ala, dan bahwa itu adalah kemuliaan bagi seorang wanita, bukan kelemahan.
Luasnya rahmat Allah subhanahu wa ta’ala bagi seorang wanita yg jd isteri solehah..Tujuan berpuasa tu utk dapat rahmat Allah. Tp utk isteri Allah bg pekej buat ni semua dapat walaupun xpuasa sunat tp dapat masuk dari pintu syurga khas bg org yg suka berpuasa
Cakap xpkai akal.
‘makan tengah hari’ tu ada beza ke dengan makan tengah hari?
Cetek sngt org yg buat confession ni, sama la juga cetek sngt ilmu agama org yg sokong confession ni, dia x tahu ke 3 perkara yg memudahkn seorg wanita tu masuk syurga, solat lima waktu, taati suami dan puasa dibulan ramadan(maaf klu trsilap)
Confession ni x lain dan x bukn nk ladi dari tajuk ‘berkahwin’ atau nk larikm diri dri alam perkahwinan… Ko pegang tangam suami ko pun dh berguguran dosa ko. Sbb ko bukn ya taubat tiap2 hari. Ada hikmah yg sngt besar knp para anbiya berkahwin walaupun sush, krn pd perkhwinan itu ada rahmat, maghfirah dan kberkatan san Sunnah Nabi.
Ko x berpuasa sunat(puasa sunat hnya sunnah) , tpi ko masakkn utk suami dan melayan suamimu jika suamimu berkehendak adlh wajib, pahal wajib dan pahala sunat… Hitunglah sendiri. Ade org jadi lbih soleh slps dia kawen. Muka lbih bersih dan bercahaya slps berkahwin. Krn kaifiyyatnya Allah yg Maha mengetahui.
Confession ni x boleh jdi bahan rujukan agama.
Steady boss
Tp perempuan yg mengandung siang malam malaikat akan mohon ampun. Sakit nk bersalin, setiap kesakitan kat urat td allah bg pahala yg melimpah dan terhapus dosa. Mati masa bersalin dikira syahid. Layan suami dapat pahala. Pegang tgn suami dpt pahala. Jaga anak dpt pahala. Beri susu anak dpt pahala..suami redha kat isteri inshaallah isteri dpt syurga..