Salam.
Kisah saya macam ni. Dulu masa kecil, kami adik beradik rapat kot dengan ayah. Semua pakat berebut nak tidur celah ketiak ayah. Pakat gaduh sebab nak jadi anak kesayangan ayah.
Tapi bila dah makin besar, kami perasan yang ayah dah semakin renggang dengan kami. Dah tak boleh nak bergurau senda macam dulu. Saya ingatkan mungkin sebab kami dah makin besar, jadi ayah lebih rapat dengan adik-adik yang kecik. Rupanya tidak jugak.
Bila balik cuti semester, baru perasan yang ayah sekarang dah jadi macam pemarah. Kesannya, even adik-adik yang masih kecil pun dah kurang rapat dengan ayah.
Bab tanggungjawab memang ayah tak pernah abaikan. Tapi sayangnya komunikasi kami kurang. Jadi bila ada apa-apa, kami adik beradik cerita dekat mak aje. Even sekarang semua pakat cakap yang nak cakap dengan ayah pun rasa kekok.
Tapi bila dengan kawan-kawan dia, ayah boleh pulak senyum,ketawa dan cakap elok-elok. Dengan anak isteri tak macam tu. Tengking dan marah- marah. Sedih sangat. Sebab dulu ayah tak macam tu pun.
Serius, kami adik beradik cemburu sangat bila tengok keluarga orang lain. Ayah diaorang boleh berborak mesra, bergurau senda dengan anak-anak. Mungkin silap kami sendiri sebab kurang komunikasi dengan ayah. Tapi bila nak cakap tu memang tak ada point or modal. Akhirnya, bercakap bila ada benda yang penting sahaja.
Pernah sekali dulu, masa tu saya balik cuti,hampir setiap hari ayah merungut dan marah-marah tanpa sebab. Sampaikan saya tanya pada mak, ayah tak suka ke saya balik ke rumah? Masa tu semua anak anak lari dan jadi renggang dengan ayah. Sebab bila dia tengok je muka anak anak dia jadi perengus dan pemarah.
Sekarang ni saya rasa macam kami adik beradik ni macam beban untuk ayah. Pernah terdetik mungkin dia rasa terpaksa berkerja untuk tanggung kami semua. Sebab tu dia jadi stress dan suka masam muka. Kalau dia tak marah orang, selalunya,slalunya dia akan dia dan masam muka saja.
Sedihnya hati ni, Allah saja yang tahu.
Tapi saya tak pernah lupa berdoa untuk ayah dan mak. Mereka sahaja ibu bapa saya dunia dan akhirat.
– bulanbintang