Sejak kebelakangan

Assalamualaikum…thanks admin sbb post…
Aku bkn lar seorang yg alim…masih lg dlm proses memperbaiki diri..cuma sejak kebelakangan ni…hati aku mudah sgt2 tersentuh…

Contoh situasi, semalam semasa tgh mkn malam diluar, ada seorang penjual minyak wangi kereta dtg ke meja aku dan rakan2…mula2 aku biasa2 jelar masa dia jual tu…tp bila tgk pakaian lelaki pnjual tu..hati ak tersentuh…

Baju yg dipakai lusuh, jnis kain dh berbulu dan warna pudar entah dh berapa lama usia baju tu…kasut dia dh terkopak sana sini…beg utk letak perfume kereta pun guna beg plastik yg dh lusuh..dlm hati terdetik, ya Allah betapa nikmatnye Allah bg rezeki pd ak…Allah masih bg ak pkai baju baru, kasut yg masih elok, tudung yg baru..Allah…Allah…syukur..

Terkadang kita ingt kita yg susah…pdahal masih ada manusia yg lg susah dari kita…

Sebelum tidur, kebelakangan ni ak selalu terfikir, mcm mana klau ni mlm terakhir ak? Sebak…dan ak mula belajar maafkan semua org sblm tidur..

Jam 5 pagi setiap hari, ak terjaga mendengar ayt2 suci Al Quran…mmg kebiasaan ayh aku akan psg CD Al Quran setiap pg..dan setiap pg tu jgk ak menitis air mata bila dgr…rasa merduuu sgt..dan terimbas kembali dosa2 yg pnh ak lakukan sblm ni..

Pernah dan selalu sejak kebelakangan ni bila teringat kekhilafan diri, selalu menangis minta ampun pd Allah…selalu menitik air mata..rasa terlampau takut..selalu terfikir mcm mana klau hari ni hari terakhir aku?

Allah :’)

– Hamba Allah

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Form Link

2 Comments

  1. Bila kita rasa sayu dan tenang dalam buat sesuatu kerja, itulah saat kita betul2 ikhlas dalam ibadah yang kita buat waima dalam solat pun, bila betul2 kita hayati dan faham dgn solat yg kita lakukan tanpa apa2 sebab cuma ikhlas kerana Allah, tengah solat pun hati boleh jadi sayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *