Pengenalan:
Salam 1 malaysia, Salam Jumaat penuh barakah. Saya bengang dengan ex-housemate saya, budak course mass communication university awam di Shah Alam. Pandai. Awak semua pandai teka University apa. Tahniah. Saya tak berniat nak burukkan mana-mana agensi atau nak serang personally. Saya harap korang semua jangan tiru perangai ex-housemate saya ni. Saya sedar masalah ni tak penting untuk negara, tapi ini kan namanya confession page, jadi saya nak confess lah.
Baru baru ni, diorang dah habis study dan bagitahu nak keluar rumah bila lagi 2 minggu nak keluar. Kitorang dah bagitahu dengan jelas masa diorang baru masuk, sila cari pengganti bilik dan bagitahu at least sebulan awal sebelum keluar rumah supaya masing-masing ada masa nak cari pengganti. Kalau tak, deposit akan burn. Memang standard sewa rumah ramai-ramai macam begini lah rules dan regulationnya. Sebab deposit rumah tuan rumah yang pegang, kalau nak mintak tuan rumah pulangkan deposit, semua orang kena keluar dari rumah tu. Bila penyewa bilik-bilik dalam rumah tu kerap bertukar, ini je lah the best methodology nya.
Dua tiga hari sebelum hari kejadian hitam tapi tak berdarah:
Housemate saya ada inform diorang (diorang sewa bilik tu 3 orang) yang diorang kena bayar sewa untuk bulan 1 ni, sebab diorang tak ada pengganti dan bagitahu last minute. Habis kalau diorang tak bayar siapa yang nak bayar part diorang? Kitorang penyewa lain masing-masing dah kerja, dah allocate duit sewa, masing-masing ada bajet bulanan. Memang lah tak banyak jumlah bahagian diorang tu untuk kitorang cover, tapi terasa kot bajet lari, ko ingat kitorang kerja Petronas? Shell? Petron? BHP? Gaji ribu riban juta jutaan? Nak pulak bulan ni dah allocate bajet untuk bawak mak ayah pergi medical checkup ke, dah standby untuk emergency ke, apa diorang nak sponsor ke untuk kitorang? Memang mimpi la. Huh.
Hari kejadian hitam tapi tak berdarah jugak:
Petang tu masa kat ofis saya whatsapp budak-budak tu inform diorang saya nak kutip sewa. Tak ada orang reply, macam biasa. Diorang silent reader kot. Lantak lah yang penting aku dah bagitahu (cakap dalam hati). Sampai je rumah, saya tengok rumah tak ada orang, jumlah kasut-kasut yang bertebaran di rak kasut pun dah berkurangan, beg pakaian diorang yang diorang dah packing dan letak kat luar bilik pun tak ada dah. Saya pun pergi lah bilik diorang, ketuk-ketuk, lagak along mintak hutang. Parang je tak ada. Gaya dah ada. Senyap, bilik pun tak buka lampu. Gelap. Tido kot (cakap dalam hati lagi). Saya ketuk lagi, kali ni kuat sikit. Takde respon. Takde bunyi. Kalau ada orang, mesti diorang sedar, kuat gila kot saya ketuk. Bunyi nyet-nyet katil (katil yang tak berkualiti akan berbunyi nyet-nyet-nyet bila kita bangun dari tidur, kekuatan bunyi bergantung pada berat si pemakai katil, makin berat, makin kuat bunyinya) pun tak ada. Ah sudah, memang sah lah diorang ni tak ada. Pintu bilik kunci.
Sambungan hari kejadian, hitam dan masih tak berdarah:
Saya pun mengadu kat housemate saya, cakap diorang tak ada, pintu bilik kunci. Saya suspek diorang dah get lost. Housemate saya suruh buka pintu bilik tu guna kad keras, alhamdulilah lah Berjaya bukak. Saya bukak je pintu bilik diorang, jeng jeng jeng…tinggal habuk. Dah kosong. Diorang dah keluar rumah tanpa membayar sewa. Uiii perasaan saya masa tu memang nak mengamuk sebab fikirkan mana nak carik duit lebih nak bayar sewa untuk part diorang tu. Mana ada budget dah. Lahabau betul budak-budak ni. Sejurus, saya kembali ke bilik saya dan bertafakur sebentar. Saya personal whatsapp seekor-seekor budak ni. Profile picture tak ada. Mesej pun tak double thick. Undelivered. Ah sudah. Sah. Mereka telah memblok saya. Kurang ajar. Ko nak lari, lari je lah tak payah lah nak block bagai, ingat kitorang hadap sangat nak contact? Dasar budak tak matang. Saya ingat diorang block whatsapp je, jadi saya pun cuba call. Pergh. Masuk voicemail semuanya. Ada sorang tu dapat, ada bunyi tutt-tutt, tapi tak angkat. Kurang ajar lah korang ni. Tak padan dengan muka lawa-lawa, perangai buruk. Menganiaya orang.
Sambungan hari kejadian (kurang hitam), dan tidak akan berdarahlah:
Lepas tak dapat call tu, saya mengadu lagi kat housemate saya yang lain, diorang try whatsapp and call pun tak dapat. Mereka juga telah di blok. Aduhai perangai. Dalam keburukan perangai diorang ni, ada jugak kehadiran sel-sel bongok dalam kepala otak diorang tu. Dalam bilik diorang, diorang tinggalkan name tag beserta gambar yang clear dengan nama diorang, mungkin sebagai cenderahati kenang kenangan kepada kitorang. Kalau lah saya ni bersahabat rapat dengan syaitanirrajim, memang hari ni saya dah upload gambar tu kat facebook. Apa lagi, nak kasi viral lah. Dah ko tinggal kan tag tu lepas buat taik pasal apa? Nasib lah kan. Tapi saya masih waras dan baik hati. Jadi saya hanya decide untuk confesskan kebengangan saya kat sini. Lagipun kalau saya viral kan, saya kena kecam balik nanti, sebab jumlah part sewa diorang tu lebih kurang RM300.00 sahaja. Kang nanti Rakyat Malaysia, Vietnam, Nepal, Bangladesh dan Indonesia kecam pulak setakat RM300.00 nak viral, bayar je lah bukan banyak pun. Haah, bagi yang ada bapak yang kerja cop duit, makan rasuah tu memang la tak banyak. Untuk kitorang yang cari rezeki halal ni, yang ada specific monthly komitmen ni, yang kais pagi makan pagi ni? Kami terasa sangat dianiaya tau awak. Takkan nak report polis? Come on lah benda kecik macam ni, takkan tak ada common sense kot. Benda ni berlaku dalam satu malam je, lepas dah give up tak dapat trace diorang, saya pun terus tido dalam kebengangan. Apa lagi nak buat.
Konklusi:
Tujuan saya confess ni memang clear lah kan nak luahkan rasa bengang terhadap sikap 3 ekor budak tak matang tu. Dan selebihnya nak bagi peringatan kat mereka yang juga duduk sewa rumah ramai-ramai macam kami ni. Yelah kita menyewa dengan orang yang kita tak kenal sejarah latar belakang dia kan, jadi pandai-pandailah lepas ni kena ambil extra precaution lah. Perihal penyewa ni memang macam-macam. Tak boleh lari dari semua masalah bodoh macam ni. Kepada adik-adik ex-housemate ku, next time jangan aniaya orang macam ni lagi, tak baik. Kalau korang rasa korang ada masalah kewangan dan tak boleh bayar sewa, boleh bincang. Boleh hutang dulu ke, apa. Ni tak, lari macam tu je. Korang tak dapat biasiswa or tak buat study loan eh masa study ni sampai kena lari-lari gini.
Akak-akak ni semua manusia biasa, boleh negotiate kot. Lain lah kalau kitorang ni ayam, ayam tak faham korang cakap apa. Benda ni nampak simple, tapi kesannya kita tak tahu. Jangan sebab hal kecil macam ni, Allah tak izinkan korang jadi wartawan (korang budak mass comm. kan haa jangan tipu nametag korang ada kat akak ni). dah lah harini hari jumaat, kitorang dianiaya pulak tu. Tuhan makbulkan tau doa orang teraniaya ni, tambah pulak berdoa di hari Jumaat. Next time untuk next penyewa, memang strictly kena tulis agreement in bold, tentang rules & regulation sewa rumah. Tak mau la dah kena macam ni lagi. Rasa kena backstabbed betul. Sakit hati.
– Akak Kau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit