Sejuk

Salam semua. Nama saya Ivy. Masih muda dan baru beberapa bulan berkahwin. Saya bekerja sebagai pramugari. Manakala suami bekerja berlainan sektor dari saya.

Pasangan saya sangat baik. Pertama kali saya bertemu suami saya, saya sudah mula suka pada dia. Senyuman manis, tinggi, berkulit hitam manis.

Sememangnya mengikut kriteria dan citarasa saya. Memang tall, dark and handsome.

Pendekkan cerita, memang kami berdua jatuh cinta pandang pertama. Jarang berlaku. Tetapi memang itu yang berlaku di antara kami. Jodoh mungkin.

Pertemuan sangat singkat dan kami terus berkahwin. Suka sama suka. Jadi semua hal berjalan lancar.

Namun, tiada manusia yang sempurna bukan? Saya tiada tempat meluah. Tujuan saya cuma inginkan pandangan. Kerana saya merasakan bercerita tentang rumah tangga itu bukan sesuatu yang baik bukan?

Tidak pernah sekali saya bercerita kepada orang sekeliling saya. Tapi saya juga manusia biasa yang inginkan pandangan.

Sebelum itu, saya ingin bertanya terlebih dahulu. Adakah normal untuk sepasang suami isteri berhubungan cuma 2 hingga 3 kali sebulan. Dan setiap hubungan itu cuma 5 ke 7 minit. Mungkin.

Itu pun saya yang terpaksa mengheret sedikit masa. Kalau tak mungkin hanya 2 ke 3 minit sahaja. Mungkin. Suami saya tidak pernah menunjukkan minat dalam hal ‘itu’.

Saya pula sebagai wanita. Saya rasakan mungkin saya memerlukan lebih masa. Maaf jika saya berbaur tidak senonoh. Bukan niat saya. Saya cuma ingin menyatakan dengan jelas tentang hal ini supaya senang faham.

Saya bukanlah seorang yang ‘high demand’. Dah beberapa kali saya meluahkan pada suami saya. Tetapi langsung tiada perubahan. Saya juga manusia. Saya perlukan kasih sayang dari suami saya.

Takkan lah baru berkahwin dah nak ke mahkamah? Bukan untuk bercerai. Cuma untuk kaunseling. Suami saya sangat normal. Dan saya sangat tahu dia memang sayangkan saya. Segala keperluan saya dia cuba penuhi.

Cuma dari segi hubungan suami isteri sangat ‘sejuk’ antara kami. Dia akan cari saya jika dia ‘memerlukan’. Jika saya cari dia di saat saya ‘memerlukan’. Kemungkinan saya ditolak itu tinggi.

Kadang saya rasa stress. Adakah saya tidak cukup menarik? Tapi bila bertanya, dia memang suka pada saya. Suka segalanya tentang saya.

Tapi bagi saya hubungan suami isteri itu adalah kasih sayang, cinta antara kami berdua. Jadi mengapa mesti ada hal begini antara kami.

Saya seorang yang suka makan. Kadang nafsu makan saya sedikit keterlaluan. Tapi saya masih kurus ya. Sehingga kawan-kawan ada berseloroh untuk saya cek jika ada ‘isi’.

Tapi saya akan tersentak sendiri, “Macam mana saya nak ada ‘isi’ sedangkan suami saya pun tak nak ‘bersama’ dengan saya”.

Adakah ini ujian untuk saya? Ya. Saya tahu ini ujian untuk saya. Tetapi saya juga manusia biasa. Saya sangat sayangkan suami saya dan rumahtangga kami.

– Ivy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *