Sedikit latar belakang mengenai aku, aku Jo (bukan nama sebenar). Berumur dalam lingkungan pertengahan 20-an dan masih belum berkahwin.
Aku graduan universiti luar negara, dan rezeki aku dapat kerja cepat di syarikat besar setelah selesai belajar. Jawatan kerja aku tu menggantikan seoarang yang baru resign selepas 5 bulan bekerja.
Sepatutnya aku dah boleh baca dah waktu tu kahkah. Selama tempoh aku bekerja selama 3 tahun, aku tak bahagia. Antara punca utamanya sebab kecewa.
Selama aku kerja selama 3 tahun, aku cuba bekerja tanpa mengira. Aku kerap hadir kerja seminggu tanpa rehat dan tiada bayaran OT sebab aku nak berbakti pada syarikat dan nak “tolong” cover bossku. Dan bossku?
Dia selalu tak hadir kerja atas alasan “urusan keluarga”. Awalnya, aku cuba terapkan sifat empathy dalam diriku untuk tolong dia selagi mampu.
Kerja dia aku coverkan walaupun aku kadang kala dimaki oleh kawan sekerja lain. Oh ya, maki-makian tu adalah bahasa cinta di tempat kerja.
Walaupun aku dibayar sikit, aku cuba terapkan prinsip “biar kerja lebih walau gaji sikit” dalam diriku.
Tapi aku tak mampu untuk ikhlaskan lagi, jadi aku cuba suarakan mengenai gaji aku tetapi respon bossku yang dia pun dibayar sikit dan tiada sebab aku nak minta increment. Padahal aku tahu dia dibayar gaji 4 kali ganda gajiku kahkah.
Aku jarang tidak hadir ke tempat kerja walau bossku masih sama, tetap mengambil jalan absenteeism atas sebab “urusan keluarga”.
Dalam tempoh setiap bulan tu rasanya seminggu bersih je dia datang kerja. Selebihnya dia balik awal, datang lewat atau tak datang langsung atas alasan2 tertentu.
Lama kelamaan aku menunjukkan tanda2 mempunyai masalah kesihatan. Mental dan juga memberi kesan pada fizikal.
Aku ada symptom2 anxiety dan depression. Aku jumpa doktor, doktor kata kebarangkalian aku stress kerja dan menyarankan aku jangan over-work.
Jadi aku ambil keputusan untuk berbincang dengan bossku, HR dan bos-bos atasan atas masalahku. Tapi respon yang aku dapat ialah “aku masih muda, perlu kuat. Utamakan menimba pengalaman.”
Oh ya, aku juga communicate dengan dorang yang aku ini tak mampu lagi buat kerja lebih dan bagitahu yang aku tak mampu lagi buat kerja orang yang selalu tak hadir.
Tapi mereka tetap berkeras yang aku tiada pilihan tapi perlu hadap je dan timba pengalaman selagi aku masih muda dan tak berkahwin.
Tak seperti bossku, dia dah kahwin. Jadi aku tidasa alasan dan aku perlu teruskan bekerja jadi hamba.
Tapi bapaku dan kawan2 tahu akan apa yang aku hadap walau aku tak bercerita pada mereka secara teliti. Mereka pesan untuk berhati-hati sebab kebarangkalian aku dalam suanana kerja toksik.
Memikirkan pada waktu tersebut susah untuk dapatkan kerja, maka aku terus bertahan.
Dalam tempoh aku bekerja aku ada juga mohon tempat kerja lain, tapi hanya dapat peluang untuk temuduga saja,
Sebab sejujurnya aku tak membuat persediaan yang baik sewaktu aku dipanggil temuduga sebab asyik sangat jalankan amanah kerja pada waktu tu.
Ibu bapaku semakin risau dengan keadaanku yang makin lama makin murung. Aku dulu yang sado sikit sekarang dah kurus. Tapi apakan daya, aku bekerja kerana mereka jugak.
Memberi mereka duit bulanan menaikkan semangat aku. Tapi semangat aku hanya tahan 3 tahun. Hinggalah sampai satu tahap aku dah habis sabar di mana aku terlampau kecewa dan aku beri surat letak jawatan.
Ada juga episod pujuk memujuk untuk memikirkan keputusan aku sebab aku resign tanpa ada backup kerja lain dan pada waktu tu adalah musim PKP.
Ya, ramai orang fikir aku gila dan tak bersyukur. Tapi tak ape, Tuhan lebih tau betapa penatnya aku.
Impian aku untuk menjadi jurutera berjaya aku tepikan dahulu. Lepas membuat beberapa kali solat istikharah dan berusaha untuk bertahan tapi tak mampu, aku tetap dengan pendirian aku untuk resign dan hanya mampu bertawakkal pada Tuhan.
Sewaktu hari akhir bekerja, bossku memohon maaf atas silapnya dan aku juga turut memohon maaf juga kerana tak mampu lagi menolong dia dengan kerja dia.
Barangkali silap aku juga mungkin aku tak cukup memahami dia. Atau mungkin syarikat tersebut bukan tempatku lagi ibarat berjuang di medan perang yang salah.
Aku telah menganggur selama 4 bulan. Dalam tempoh tersebut aku cuba dekatkan diri aku dengan Tuhan dan ibu bapa aku sebab berapa lama sudah aku mengambil ringan ibadahku dan ibu bapaku atas sebab terlampau taksub dengan kerja.
Dan aku cuba untuk tidak lihat belakang sebab tanpa aku sedar, aku masih lagi terkesan dengan 3 tahun aku bekerja di tempat toksik.
Keyakinam aku merudum dan aku jadi takut2. Aku minta kekuatan dariNya untuk bantu aku jadi sepertu dulu. Setelah aku menanam anggur selama 4 bulan, akhirnya aku dapat juga tawaran kerja.
Gaji yang ditawarkan sikit berbanding dulu tetapi takde la aku bekerja macam hamba kuli lagi. Aku gembira sebab yang lebih utama bagiku adalah mentalku.
Kepada bossku, aku minta maaf sebab tak dapat bantu kau lagi. Cukup la 3 tahun. Mungkin rezeki ku bukan lagi di situ atau mungkin aku tak cukup faham situasi kau.
Walaubagaimanapun, aku berharap kau dapat bahagia bekerja sekarang dan tidak mempergunakan “Jo” yang lain.
Untuk pembaca, doakan saya dan orang yang senasib dengan saya untuk terus cekal, maju kehadapan dan sentiasa berharap pada Tuhan dan bukan pada manusia.
Semoga kita di bawah lindunganNya Insya-Allah.
Segala salah kata, saya mohon maaf.
– Jo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit