Selamat Tinggal Malaysia

Selamat Tinggal Malaysia

Aku rakyat marhaen di usia muda yg masih belajar mengenal dunia. Perjalanan sejak di zaman persekolahan seperti dimomokkan oleh parent dn guru yg brainwash kita utk mengejar ilmu utk kerjaya. Mengejar ilmu hanya dikendong, lebihnya pd realiti mengejar cita2 mainstream keduniaan. Aku xnafikan niat segalanya, cuma bila kita dari kecil diasuh utk mengejar jalan yg ditetapkan, pemikiran bdk2 sekarang xcukup terbuka. Cerita aku dilahirkan oleh adik beradik yg semua amik bidng profesional doktor dan engineer. Aku xterkecuali. Alhamdulillah result spm aku agak cemerlang, mak aku suruh apply scholar situ sini. Aku dpt offer J*A ke UK utk engineering dn offer M*R* utk medic dlm negara, desakan mak aku utk terus aku stay dekat dgn dia ialah amik medic. Serious to say dua2 bidang ni aku xminat, tapi aku xmmpu melawan, aku mengikut arus. Orang blaja aku belek2 buku, org score aku target lepas, org niat nk berjaya aku masih berkira2 rancang jln hidup aku.

Aku kira yg proses perjalanan aku di zon yg tidak lagi selesa bermula kt sini, aku kena survive, aku xendahkan org ckp medic tu ssh, aku xdengar motivasi tapi segala motivasi tu aku gain dari pengalaman aku. Aku analyse minat dn profession sebenar yg lahir dari jiwa aku, last2 aku nekad, aku nk belajar ilmu agama yg buat jiwa aku tenang, dn aku nk bisnes utk hadapi kegawatan ekonomi sekarang. Masalah terbesar aku, aku menanggung harapan parent aku, aku menanggung perjanjian bwh penaja aku, medic bukan sikit!. Aku cari solusi.

Dari sem1 aku start bisnes kecil2an, aku bisnes trade gajet, aku buat jualan online, aku buat google ads dn mcm2 lagi..alhamdulillah aku ni ada bakat berniaga, marketing aku menjadi. Dalam kesibukan belaja yg mmg pack, aku maksimumkan waktu muda aku dgn cari rezeki. Masa berlalu, dn kini aku dh tahun3 MBBS, sudahpun dlm clinical year. Hasil titik peluh bisnes aku aku berjaya kumpul 200k. Aku kumpul semata2 nk bayar balik duit biasiswa sbb aku tahu berenti tgh jln mmg kena bayar balik.Aku nekad, aku mengadap parent aku, aku bentang perancangan aku hidup aku selepas ni. Dalam tangisan parent aku relakan.

Bermulakan kehidupan yg aku cari selama ini, aku xperlu bekerja dalam keadaan stress, aku ade kebebasan masa, aku cari ilmu yg selama ni aku mahukan. Bisnes aku makin kukuh. Ada satu impian yg belum tercapai. Aku dari kecil ingin hidup di oversea especially negara 4musim. Aku xpernah pegang salji. Dan aku benci petadbiran corrupt dn ekonomi gawat semasa negara. Aku tekad cari jln dapatkan kerakyatan luar. Xdinafikan, ssh dia hanya Allah yg tahu. Hasil pertolongan insan2 baik hati, aku berjaya dapatkan kerakyatan negara yg aku impikan. Sebelum aku pergi, aku lunaskan dahulu soal jodoh. Aku kawin dgn prmpuan tercinta pilihan hati aku sejak zmn skolah lagi. Yg ni kalau cerita mmg lagi panjang,so aku xnk cerita sbb sudah cukup byk cerita2 jodoh yg buat korang di iium confession jadi sempit dn xmaju.

Perjalanan hidup aku penuh bengkang bengkok, namun aku puas hati, ini jalan cerita yg aku mahukan. Aku menuntut ilmu agama dkt madrasah di bumi org. aku ceburi bisnes baru di negara org.Aku bahagia bersama keluarga aku disni, tiada kekangan masa dn penuh kedamaian yg aku cari. Aku xpernah lupa parent aku dan Malaysia yg tercinta. Bangunlah jiwa muda, bebaskan impian anda!

– AkuYgAku

Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *