Hai semua. Mesti masing2 sibuk dgn preparation nak raya kan? Hari tu ada terbaca post pasal Kelantanese Where You At & reply to kelantanese where you at. Sambil baca tu tersenyum2 teringat negeri kelantan. Yelah aku pun study situ jugak.
Pendekkan cerita, aku dari lahir sampai ke besar kat KL. Sekali ditakdirkan dapat study kat Kelantan, negeri yg aku tak pernah jejak dan tak ada sedara pun kat situ. Aku punya teruja tu jangan kata lah. Pergi mall (Pantai Timur Hypermarket), cashier counter dia asing lelaki dan perempuan. Sangat rare tak dapat kat KL & mana2 negeri. Pergi pulak kedai makan, punya lah kenyang aku makan, sekali bila bayar terkebil2 mata tak percaya murah sangat mak ko ijo. Ada juga la yg mahal tapi dia punya mahal still berbaloi tak macam kat tempat aku. Dia punya milo beng peh peh pehh terangkat beb! Belum cerita lagi pergi pasar malam / pasar pagi. Dekat Taman Bendahara, pita kebab dia RM2 je. Isi daging / ayam dia 80% okeh. Cukup mayo, cukup sos, cukup sedap bukan sayur je banyak. Dekat depan universiti kitorang ada 1 gerai ni kitorang panggil nasi lori. Yg ni lagi lah kenyang. Nasi putih + ayam goreng berempah besar + kuah kari / masak merah cuma RM3 je. Bila nak tutup kedai dia bagi je air free. Air green tea pula tu. Allahu, semoga murah rezeki abang. Eh sorry melebih pula cerita pasal makanan.
Kalau cerita pasal makanan, sampai raya haji pun tak habis. Betul, negeri Kelantan syurga makanan. Sejak duduk sana berat aku naik sampai baju aku pun sempit semua huhu. Dekat hostel aku dapat sebilik dengan roommate lain2 negeri. Mula2 tu susah nak communicate sebab sorang tu orang Kelantan, susah aku nak faham bahasa dia. Yg sorang tu orang utara, lagi la ha engko. Nak faham bahasa sorang2 tu ambil masa tapi bila dah faham masing2 boleh tergelak dengar lawak masing2. Bila naik sem baru je masing2 bawa makanan negeri masing2. Pastu duduk bersila share makanan. Bila time masak, masing2 main peranan masing2. Yg sorang buat air, sorang masak lauk, yg sorang basuh pinggan. Aku ni dari kecil tak pernah belajar hidup berdikari sebab selama ni hidup dengan family je. So bila study jauh2 ni merasa juga aku hidup berdikari.
Yg paling best aku dapat pergi tempat2 yg aku tak pernah pergi. Kalau dulu kat KL aku pergi area2 Selatan je, sekarang aku dah jejak area terengganu, kelantan, utara & negeri lain. Traveling ni bukan setakat kau ambil gambar banyak2 je, tapi experience yg kau dapat. Macam mana culture negeri tu, makanannya, local community, history and the best part is pengalaman jadi seorang musafir. Rasulullah pun dulu selalu bermusafir. Aku belajar macam mana nak solat jamak. Kalau dulu sebelum ni belajar kat buku teks je kan. Dalam setahun tu banyak kali aku bermusafir. Bukan jalan sesaja, tapi tuntutan kerja dan assignment. Kalau balik cuti pun bermusafir juga sebab dari Kelantan ke KL makan masa 8 jam, berhenti kat rnr sejam. Kalau naik ktm lagi syok, dapat seat katil kitorang baring je. Siap boleh tengok movie tanpa sakit belakang. Solat pun dalam keadaan baring sebab ktm tak ada surau. Merasa juga aku macam mana orang yg sakit kt hospital tu solat dalam keadaan darurat. Aku sempat merasa naik ktm sebelum kelantan banjir besar tahun 2014 dulu. Waktu banjir besar tu allah je yg tahu perasaan kami. Bayangkan waktu tu masing2 tengah sibuk study utk final (study week). Tau2 dapat berita semua student diarahkan balik dan exam ditunda. Aku dapat tengok universiti aku tenggelam. Sedihnya rasa.
Tahun seterusnya aku dapat rasa manisnya ramadhan di perantauan (study week juga time tu). Pagi2 sahur dengan roommates, berbuka masak sendiri. Petang2 pergi bazar. Malam pergi terawih pastu berjaga malam berjuang study habis habisan. Study sambil buka lagu raya. Nak bakar semangat kateko. Dalam bas otw nak balik kampung lagi la rancak berkumandang lagu2 raya.
Macam2 pahit dan manis aku dah rasa sepanjang study jauh2. Aku bersyukur diberi peluang study kat Kelantan. Orang kat sini peramah sangat. Pada yg skeptikal kat orang Kelantan yg mengata macam2, korang patut ubah mindset tu. Kalau nak kata assabiah, negeri lain pun ada assabiah juga. Tak perlu nak prejudice tunding satu negeri je. Datang sini, kenal dulu orang2 kat sini macam mana. Pada yg asal negeri2 lain tu, boleh tak share pengalaman korang kat negeri orang? Nak dengar juga cerita dari negeri lain.
Pada adik2 yg akan sambung study, go on. Merantaulah. Pada yg mak ayah family dia sihat walafiat, tiada komitmen, tiada halangan, dapat pula permission mak ayah, pergi lah study jauh2. Ambil la pengalaman. Tak rugi pun. Sampai bila nak duduk bawah family lagi? Keluar lah dari kau punya comfort zone. Nanti dah kerja kau kena berdikari juga. Percaya cakap aku, study jauh ni best sangat. Kau tak kan pernah menyesal. Ilmu itu luas. Jangan takut tak best tak ada hiburan, wayang karaoke (kalau negeri Kelantan la) sebab kau akan jumpa yg lagi best dari tu. Aku ni mula2 mak ayah tak setuju aku study jauh2. But then aku convince dorang dan pujuk2 sikit. Lama2 dorang izinkan juga. Tak kan mak ayah nak sekat cita2 kita kan? So, all the best to you guys and selamat hari raya. Sorry terpanjang pulek confession ni. Hehe
– Cherry
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Selamat hari raya jugak..
Klau kitaorg yg belajar si borneo pulak org akan tnya susah x duduk sana mesti pedalaman kan… kitaorg yg dgr ber huhuhu je
Geng umk pc gak !!
Ada member dulu dr utara, dok kutuk2 kelantan, aku just tanya satu soalan je, “ko penah pegi kelantan ke?” then dia jawab tak pernah.. Dah tu kenapa kutuk2..
ada makcik kt utara tu siap pesan kat anak dia, jgn cari awek kelantan.. hahaha adess
Yup. Really agree. Then fly..more u can feel n c get..
Nor Khairuneisya Khairudin
Kelantan best sgt…
Umk ttp dhti
#umkpc
Ni mesti budak umk pengkalan chepa …
Kelantan memang best…orgnya peramah, maknan sedap dan murah, kalu kita ditimpa kesusahan / sakit pasti sedara mara dan jiran tetangga akn ziarah dan beri bantuan..x putus2.
aku rasa ni umk Syazwani Izzati Ridzuwan.umk pc kot.hahah
Aku pun rsa umk. U mna sgt tenggelam time banjir hritu. Haha