Semoga Allah Jagakan Ibu Untuk Kami

Assalamualaikum para pembaca sekalian… Sedikit latar belakang tentang Ibu kami, seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami ketika waktu mudanya.

Gigih membesarkan anak-anak sehingga semuanya cukup makan, pelajaran dan dewasa. Ibu kami seorang wanita berhayi waja dan sentiasa mendahulukan orang lain dalam hampir semua perkara.

Satu perkara tentang ibu kami adalah, semua anak/ menantu/ cucu/ anak saudara/ saudara mara baik di matanya. Walaupun ada antaranya yang berbuat masalah kepadanya.

Alhamdulillah, apabila kami semua bekerja, Ibu hampir tiada masalah untuk difikirkan. Cukup makan pakai, belanja dapur serta pakej berjalan-jalan di dalam dan luar negara kami cuba sediakan.

Cuma satu perkara semua anak-anak jauh dan hanya dapat balik sebulan sekali. Sebelum ini nenek kami tinggal bersama sehinggalah nenek baru-baru ini meninggal dunia.

Memahami kesunyian ibu dan bimbang dengan keselamatannya, aku mengajak ibu tinggal bersama. Malangnya ditolak mentah2, katanya tak mungkin akan meninggalkan rumahnya walau apa pun yang terjadi.

Jadi kami adik beradik pun bergilir-gilir pulang ke kampung setiap minggu.

Oleh kerana kami pernah hidup susah, kami bukan sekadar mahu memastikan ibu hidup selesa dari segi wang ringgit, tetapi juga kebersihan dan persekitaran rumah.

Setiap kali kami anak2 perempuan pulang ke kampung, pasti bergotong royong untuk bersihkan rumah kecuali anak2 lelaki ibu terutama adik lelaki kami yang bongsu.

Adik lelaki kami ini dah berkahwin dan beranak pinak. Buat masa yang lepas-lepas, kami tak kisah pun sikap mereka suami isteri yang berat tulang setiap kali balik ke kampung.

Makan pun tunggu orang masak dan hidangkan. Bila sampai time makan, cuma tunggu time makan sahaja keluar bilik. Nak harap belanja belikan barang dapur memang jauh sekalilah.

Hampir sepuluh tahun mereka berkahwin, suami isteri anak bongsu, jadi tabiat agaknya bermalas-malas di rumah ibu sendiri. Tapi di rumah diorang sendiri, pandai pulak kemas rumah dan masak makan minum sendiri.

Adik aku dan adik ipar aku memang berperangai malas bila berada di rumah ibu masing-masing. Padahal ibuku dan ibu mertua adik iparku masing-masing umur sudah mencecah lebih 65 tahun.

Kedua-dua nya seakan tak peduli dengan keadaan umur kedua2 ibu masing2. Jauh sungguh nak membantu bila balik ke kampung.

Yang kelakar adik ipar aku ni selalu bawak mak dia balik kampung aku, tapi mak dia pulak yang sibuk2 tolong di dapur, yang adik ipar aku tu buat tak tau main handphone.

Bisnes online katanya. Anak-anak dibiar berkeliaran. Adik aku pulak, dah ditegur memang bergaduh lah jadinya, jadi kami pun dah malas nak ambil port dengan perangai kedua-duanya.

Yang menjadi masalah sekarang, diaorang laki bini buat keputusan nak menetap dengan mak aku di kampung. Dengan alasan kesian ibu aku sorang-sorang. Risau keselamatan ibu alasannya.

Kami cuba husnuzon, ada kebaikan dalam niat mereka ini,

Tapi bila diingat sikap mereka laki bini ni, buat kami bimbang ibu kami bakal jadi bibik mereka laki bini. Sedangkan sebelum ini ibu kami tak pernah dibebankan dengan masalah menjaga anak cucu ini.

Itu belum lagi adik lelaki aku siap pakej dengan berhenti kerja sebab nak balik ke kampung. Kerja pun asyik nak bergaduh dengan orang di tempat kerja. Jadi dia fed up, so dia ambil keputusan nak berhenti.

Ibu kami seperti biasa, menerima dengan tangan terbuka. Dia yang tak pernah komplen walau buruk mana pun anak menantu.

Tapi kami pulak sungguh tak tenang sebab kami tau ibu takkan bersuara meskipun anak menantunya mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Entahlah, aku tak mahu ibu susah buat kerja rumah berat-berat di usia macam ni.

Aku ada bercadang untuk ambil pembantu rumah buat ibu buat teman sambil boleh juga buat selesaikan kerja rumah ibu,

Tapi tak sempat buat apa (Nenek aku baru meninggal) tiba-tiba diaorang tu dengan takde angin ribut dah pindah balik kampung.

Kalau korang ada cadangan, tolonglah bantu aku nak selesaikan masalah ni.

Buat masa ni aku cuma boleh berdoa semoga ibu kami dipelihara Allah selalu dan dijauhkan dari kesusahan termasuk disusahkan oleh anak menantunya. Mudah-mudahan….

Kalau adik & adik ipar aku baca ni, tolong lah ingat, kita pun akan tua jugak satu hari nanti, apa perasaan kalau kita dapat anak menantu perangai malas macam kita? Fikir2lah.

– Malia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *