Senyum III

Salam.
.
Sampai ke part 3 aku tulis padahal bukannya orang nak sangat baca *facepalm*.
.
Btw, aku lelaki la, elok2 aku tulis kat part 1 dulu. ni sapa ni kata aku perempuan? Aku tulis cam perempuan ka? LOL!
.
Ok, since ramai yang nak JV TT, bagai tu semua, thanks. Aku terima dengan tangan terbuka. Since aku dah jv dgn orang lain, jadi aku try fokus satu2 dulu.
.
Pasal JV ni pula, aku ada tip. Sebabnya, percaya atau tak, aku JV dengan orang, semua thru social media + diorang tak kenal langsung aku + aku cuma tulis ayat yang boleh kira ‘berpengaruh'(kot).
.
Setakat ni, 3/4 orang juga lah yang ada. Dan ada la story2 belakang tu, pasal aku yang bodoh tak reti pilih & so on. Tak pa la tu. Cuma apa point aku, kalau nak JV, kena ada persiapan dulu.
.
Kena ada ‘sesuatu’ kita nak present. Orang kata sebagai pengeras. Aku saja nak cerita sebab ni pengalaman aku dulu2. Then, jangan tergopoh2, buat macam yang kita ni mahal, limited edition, dan dalam masa yang sama, bodoh tak tahu apa. Bila dah biasa, nanti korang faham la apa maksud aku.
.
Ini kalau nak JV dengan geng2 jerung lah, kalau nak bina startup dengan ikan kecil, lain cara dia. Sebab aku ni suka target jerung besar, alhamdulillah dapat la jugak.
.
Benda macam ni, cikgu tak ajar tau kat kelas. Yang ajar, pengalaman sendiri. Sebab tu jangan takut nak buat benda yang pelik2 dan memalukan. Ni nak upload gambar kat FB pun malu. Lepas tu letak gambar kasut la, apa la. No offence.
.
Nak JV, mesti kenal partner sebelum JV. Aku ni alhamdulilah la dapat partner dgn yang kira ok la. Tapi kadang tu stress juga. Hahahaha. Tapi sabar2, lama lagi perjalanan. Raikan sesama sendiri.
.
Bisnes ni tak senang. Nak senang, gerak ramai2. Serius. Tapi ramai nak sorang2, katanya cepat untung. Puiii laaa… Saranan aku, kalau nak mula bisnes, xkesah apapun, bina tim dulu. Tim tu mesti ada kelebihan lain2. Jangan semua kumpul geng2 designer je, jangan semua kumpul geng2 pandai public speaking je.
.
Variasikan. Kita akan dapat banyak faedah daripada situ. Serius! Mula2, bina 3/4 je dulu. Dan buat teambuilding. Hah, dah mcm tutorial pulak. Banyaklah benda nya. Bosan lak korang nanti baca. Haha.
.
Okeylah, berenti membebel sat. Thanks yg membaca. Aku harap sangat kita berjaya dalam hidup kita. Ameen.
.

– DoubleW

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *