Salam semua. I have this story to share with you. Especially kepada orang yang nak mula bisnes.
.
Macam ni, saya bukan daripada family yang kepala bisnes. Ayah dulu tukang kebun sekolah, mak surirumah. Adik beradik pun, mak ayah latih daripada kecik agar nanti kerja kerajaan supaya senang lah bila dah kahwin beranak semua tu. Last-last, ada adik beradik yang kerja swasta. Dan ada yang kerja kerajaan. But, sorang pun tak nak pilih bisnes.
.
Aku? Aku student lagi di UIA. Lelaki. Dulu aku ni asyik dimomokkan, kalau bisnes, mesti konsultan, kalau bisnes je, cakap depan orang. See, kesian gila bila aku tengok diri aku yang lepas. Nak minta tunjuk ajar orang, aku ni malu masa dulu-dulu.
.
Long story short, sekarang, lepas aku lalui macam-macam kebodohan melampau dan keegoan dalam menimba ilmu, akhirnya aku jumpa celah mana aku boleh mula bisnes. 1 benda aku nak kongsi, kalau korang pernah dengar bisnes ni is about passion or minat semua benda tu, it is wrong.
.
Its not totally wrong. Tapi benda ni sangat cliche. Ok, contoh, you dah minat, then? What? You do the business? Nooope. Ok, you ada passion, tapi? You tak buat pun. Kalau buat, you buat sebab minat. That's all.
.
The real essence yang kita kena ada adalah BIG WHY. Yang ni lagi cliche. Haha. Tapi, yang ni serius. Alhamdulillah aku buat projek dengan 1 syarikat pemasaran di Malaysia, tentang 30 kisah usahawan berjaya yang menjana jualan 1M dalam sebulan guna medium online. Bukan MLM. Produk cikai-cikai je, jubah, supplemen, etc.
.
Bila aku interview dorang, Ya Allah! Dia punya pesanan tu, so simple tapi padat. Of course jatuh bangun tu biasa. Tapi bila part diorang cerita, semua ada sebab sendiri kenapa nak berjaya. Dan, sorang pun tak kata yang SAYA BERJAYA SEBAB SAYA MINAT BISNES.
.
Maaf, mungkin ada yang tak bersetuju, aku raikan. Mungkin kalian pernah jumpa orang yang lebih baik. Dan, alhamdulillah kalau korang dah capai apa yang korang nak.
.
The point is, kalau nak buat bisnes, kita mesti kena serius. Tak boleh main-main. Aku support sesapa yang buat bisnes jual di mahallah, kereta sewa, you guys are soo awesome! Nak mula bisnes, muka kena tebal. Muka kena sempoi kalau orang komen merapu kat post kita. Hati kena tabah. #brocuba
.
Dan, seriously, kita kena cari ilmu. Kita nak buat bisnes, tapi, ilmu tak dak. Ilmu ni tak semestinya you kena join seminar beribu riban. NO! Cara paling senang, kita rendahkan ego, cari orang yang dah pergi program ribu riban, then networking. Serious!
.
Kuasa networking ni sangat lumayan. Banyak seyh benda nak cakap. Tak sangka aku tulis kat confession ni. Haha. Dahlah. Kalau rajin, aku tulis lagi lah. Ni saja-saja nak cuba confess. Aku nak kita yang buat bisnes ni, sukses. Sebab aku tahu derita buat bisnes tanpa ilmu.
.
Aku bukan nak promote apa-apa kat sini. Aku pun student, cuma ada la buat part time sikit dengan syarikat luar. Dan, 1 lagi, kena pandai ambil peluang. Kena tunjukkan kita ni siapa. Apa kita boleh sumbangkan?
.
Tahukan marketing tu apa? Kata mudahnya macam ni, contoh you jual takaful, right. Roomate tahu? Mak ayah? Jiran? Kalau diorang tak tahu tu, memang kita tak buat apa-apa lah untuk marketing.
.
Orait-orait aku stop. Cuma, sesapa yang nak mula bisnes, tolong jangan buat bisnes sebab nak duit. Ya, memang nak duit, tapi bukan sebab utama.
.
Kalau aku, aku nak tolong mak ayah dan sedara mara. Aku tak nak guna duit hutang dah. Aku nak tebus kesilapan lama aku. Alhamdulillah, bila kita ada reason yang teguh, akan ada jalan Allah tunjuk. Dan, tolong jaga akhlak dan hubungan dengan Allah.
.
Thanks sebab baca :)
– Double W