Seorang yang introvert

Hi. Terima kasih admin approve confession sy.

Saya graduan di sebuah ipta pahang dan sy baru sahaja bekerja di sebuah syarikat perbankan. Ada la dalam 10 bulan macam tu. Tetapi sy dpat rasakan yang im not a part of their work community. Kalau ada gathering, mesti diorang x ajak sy. Contoh last month, birthday one of them dan diorang buat la makan-makan kat luar. Semua dijemput except for me.

Mungkin juga sifat saya yang pendiam, tidak konfiden dan tidak mudah mesra menyebabkan mereka tidak mahu untuk berkawan dengan saya. Maybe juga sbb ada generation gap di situ sebb mostly everyone there are 30+ and 40+. Saya x tau nak sembang apa dengan dowg because my interest ni sangat la kebudak-budakan.

Kadang-kadang saya rasa stress dan terpikir untuk cari keje lain. Tp bila pikir balik, kalau saya x boleh nak handle masalah ni sekarang, sampai bila-bila pun sy akan ada masalah yang sma even tukar tempat keje sekali pun. Saya akan terus dipinggirkan.

Saya memang betul-betul nak improve diri sy. Nak enhance social skill sy. Cuma sy tak tau macam mana. Really need your help guys.

– Miss A

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *