Seoul garden dan ikan kering

Assalamualaikum.
Maaf title kelako skit.
Aku cuma nak share sikit tentang perasaan aku bila tiap kali kawan2 ajak hang out dan berjimba (bukan pergi clubbing k). Ya I know memang tak salah sekali sekala keluar enjoy dgn kawan2 sebab kalau dok terperap je dalam bilik pun otak tak berkembang ye dop.

Aku ada bebrapa kawan yang suka ajak hang out. Dan bila duduk hostel selera student nak makan kt luar campus mmg tak lari. Aku pun kekadang bosan mkn kt cafe dlm campus. Tapi aku masih mampu bersyukur sebab at least dapat jugak makan. Lagi pun makan kat cafe hostel aku ni alhamdulillah masih munasabah lagi harganya.

Yang jadi masalahnya , bila kwn aku kerap sgt ajak keluar, aku rasa tak best. Every weekend je nak ajak g berjimba jalan2 window shopping lah. Kadang takda keperluan sangat pun. Kdg2 aku pelik dia orang takda assignment ke ? Dan tiap kali keluar diorang selalu ajak makan yg mahal2. Nak yg konon-konon hipster je. Seoul garden lah,tapers lahh, tapirs lahh. Huhu..Aku ni pulak bukannya anak orang kaya. aku tgk kwn2 aku pun macam aku jgk bkn anak org senang. Mungkin kejutan budaya hisptur agaknya. Aku lebih suka join volunteer work kalau ada masa lapang dan kalau ada rezeki aku, dapatlah makan free. Mak ayah aku pesara, jadi mereka bergantung pada duit simpanan je utk teruskan hidup. Dan bila tiap kali aku keluar makan dengan kawan2 aku rasa bersalah bila fikir kan mak ayah aku kt rumah. Kadang2 aku terpaksa tolak ajakan kawan-kawan sebab aku mmg btl2 tkdak duit. Kdg2 aku makan sedap2, order je makanan sampai. Mak dgn ayah aku kt rumah entah makan ke tak.

Pernah beberapa kali aku call mak tnya mak makan apa. Mak aku jawab makan lauk semalam je panaskan. Punya lah aku sedih sebab aku baru je hentam nasi ayam penyet kat mahallah mak aku makan lauk semalam je ? kadang2 bila aku balik rumah aku akan tapaukan mak dgn ayah makanan kalau mak tak masak. Mak aku pun rajin masakkan sedap2 bila anak2 balik rumah. Tapi kalau tinggal mak ayah berdua kt rumah dia org rela je mkan ikan kering, kdg2 goreng telur je. Kalau ada kakak aku yg rajin bwk family makan luar, dapat lah kitorang makan sedap2 sikit and spent time sama2. Nak harapkan aku aku makan pun pakai duit hutang ni. Ya sebab tu lah aku besederhana . Aku sedar aku bkn anak org kaya. Tapi aku bersyukur, hidup kami tak sesusah org yg lebih susah dari family aku.

Apapun, pointnya kt sini, bila kita enjoy2 dgn kawan2 makan sedap2 igt la jugak mak ayah kt rumah. Tnya2 dia org dh mkn ke, makan apa. Kdg2 mak ni pandai menipu kata dh mkn padahal tgh ikat perut. Kalau kau dari family senang takpa la jugak. Tapi kalau kita sedar kita dari family yg susah, hidup je lah secara besederhana. Nak2 pulak bulan puasa ni elakkan membazir. Sekali sekala takpa nak merasa tapi kalau setiap kali keluar nak makan mahal2 end up akhir-akhir sem menghadap maggi je. Jadi marilah berjimat cermat kawan-kawan.

Hmm lagi satu, jasa pengorbanan mak ayah ni memang takkn boleh kita balas tapi aku tetap berniat bila aku dah bekerja dan ada pendapatan sendiri aku akan bagi nafkah pada mak ayah walaupun sikit. Aku tau ada jugak dlm kalangan korang student atau yg bekerja yg hntr duit kt mak ayah, tahniah aku ucapkan sekurang-kurangnya korang ingat mak ayah kt rumah. Kalau kita tak mampu nak bg diorang duit pun, sekurang2nya doa lah utk diorang. Nescaya rezeki korang pun takkan putus. InsyaAllah. Tu je yg aku nk sampaikan. Dan sempena nk sambut raya ni bagi yg masih ada parents, marilah sama2 tolong parent buat kerja rumah dan persiapan raya, spent time dgn mereka. Semoga kita semua menjadi anak yg soleh solehah dan semoga ibu bapa kita semua sentiasa dirahmati Allah. Salam eid mubarak.

– Sistur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

22 Comments

  1. Kdg2 dik, mmg ada mak ayah yg makan mcm tu..mcm mak akak, wlpn ayah akak ada pendapatan tetap, bila kt rumah tinggal mak dgn ayah akak je, mak akak cuma goreng ikan atau buat telur dadar je, then buat kicap, buh cili potong, bawang..tu je..
    Deme ni, masak yg heaven bila ada org kt rumah, bila xde, diorang xkn membazir masak yg best2 lps tu xde org makan..tp bila anak2 balik, ha, masak nasi la, bihun sup la, laksa la, kek la..kerap kali klu akak balik, mak akak masak mcm2..kdg2 tinggal berdua je, ayah akak ajak mak akak makan kt luar.masak kt rumah pun bukan ada org makan, bazir gas je..
    Akak sndiri pun, klu laki akak kje, akak x masak, rela makan megi, plg rajin goreng ikan dgn buat sambal kicap tu je..klu laki akak ada, mula la, nk wat nasi tomato la, nasi ayam la, nasi beriani la..
    Org tua ni, selera dia x sama mcm org muda..tp bagus pd awak, yg sntiasa beringat..

  2. Biasa je, bila dah tua kadang2 makan pun sikit2 x rasa nak makan best sangt pun even ada duit. Asal ada makanan sudah. And u should bershukur ada kawan2 yg selalu ajak hang out, means u got friends calling out for u. Kadang2 bukan nak berlagak hipster, tapi kebanyakkan kita bila kuar mesti nak makan best, kalau dah kat uia makan nasiiii jee, xkan keluarpun makan nasi.bosan kan? Ada duit makan la, xda duit xusah kuar. Dok diam2

  3. Good sharing…:-) So kpd readers, baca dan pikirlah, termasuklah aku ya! Nak berbelanja/nak hang out hilangkan stress ke ape pon, pikir dan bezakan, kenal pasti apa itu KEPERLUAN & KEMAHUAN. haaa time blaja ni duit tu biar guna betul2 jangan duk pikir nak hang out ja. Yes, mmg bagus ada member tak lupa kita selalu ajak hang out tp agak2 ler kome, x kan nak hang out jek kan? Ikut keadaan ler…

  4. Depends lah masing2 mcm mana dengan family. Mcm xda point jek. Kwn kau nak makan apa dia punya pasal la. Tekak dia. Poket dia. Kau ckp je la xnk ikut apa susah. Takda benda nak di confess kan pun.

  5. bagus dh tu beringat. tp sbnrnya selera org tua mmg camtu. kau ckp mak ayah dh pencen, maknanya at least umur 55. umur camtu dh tak makan banyak dh. just isi perut je. mak aku umur baru 49, tp dh tak selera makan sgt dh. makan sekali sehari je. and dh jd habit makan lauk smlm. sbb adik beradik semua duk hostel. mmg purposely masak 3 hari sekali buat stok makan lauk sama. mmg camtu. aku nk belanja makan luar mmg dorang taknak. sbb mak bapak aku jenis tak suka makan luar. so dh tak jadi kesian dh. ikutkan je lah dh mak bapak aku suka camtu. nenek mertua aku lagilah. makan roti sekeping je. tu pun kalau habis.

  6. Cuba carik kerja part time. Saya dulu zaman belajar (5-6 years ago) buat kerja part time, x dapat banyak pun tapi cukup utk makan minum sewa bayar sendiri dan prepare mental for alam pekerjaan. Keluar2 uni dulu dah ada experience bekerja, so senang dapat kerja. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *