seronok tak bertempat

thanks admin sb approve.. okay sebelum tidur aku nak story sikit pasal zaman aku dekat universiti dulu yang buat aku insaf.. sikit la tak banyak pun.. hahahha.. cerita ni tak seram mana pun bagi aku tapi macam kelakar pulak bila teringatkan balik..huuuhu

time tu midsem cuti tahun baru cina, so mostly budak2 universiti yang mana dok asrama ni balik tambah2 level aku..memang student rajin sangat balik maybe sebab rumah dekat la kot .. entah la nak… so nak dijadikan cerita level tu memang sunyi sebab takda orang melainkan bilik aku.ada yang tak balik pun pergi stay bilik kawan diorg dekat level lain.jadi tinggal kitaorg tiga orang.aku dan roomates aku yang junior tapi sama umur.kitaorg memang gila2 and masuk air..hahah naseb baik aku leh kamceng dengan diorg..Masa tu azan Isyak so aku dengan roomates aku seorg ni pergi lah tandas nak amik wudhu sebab nak solat awal2 nanti tak takot sangat nak keluar gi tandas memalam sebab asrama kitaorg dekat dengan hutan dan gelap plus sunyi plak malam tu.akak2 senior pun takda.Dalam tandas tu mitaorg berdua ja,tapi bising wei sembang macam dekat pasar ikan.dalam kitaorg nak pergi balik bilik,roomates aku boleh buat lawak bodoh yang amat sampai kami berdua gelak tak ingat dunia, sekali tu jeng jeng jeng ada yang menyambung gelak kami dengan menggilai pulak tu..Gulp tergamam aku .kami berdua lari kalah Usain Bolt.Dah la bilik aku paling hujung sekali.Sampai2 depan pintu aku terjatuh licin sebab selipar tandas aku basah .Perghh time tu rasa macam buah pinggang dah luruh.Sakit nau..Roomates aku pulak tarik aku masuk dalam bilik.Pastu aku cepat2 kunci pintu thentutup lubang bawah pintu takot kalau2 Si Menggilai tu msok..Roomates aku yang sorg lagi yg tengh study gelak ja kat kitaorg berdua and cakap kat aku 'Alahai macam la dia tak leh tembus ikut pintu'.Oh No mulut dia ni memang celupar gila seyh… Then kami diorg senyap je duduk atas katil sambil pegang kain telekung..hahaha insaf weh .. lain kali jangan dok seronok sangat memanjang.. haaa kan dah kena..Akhir sekali, kami pun batalkan niat nak tengok cerita hantu Siam malam tu…hehehe

– CT

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *