Assalamulaikum. Aku ada pengakuan yang dah lama bernanah dalam hati. Dulu aku tomboy. Dari form 1-form5 aku bahagia hidup tanpa kapel. Then after habis high school aku amik kursus kemahiran. Some of my girl friend ada yang panggil aku abang sebab aku take care and suka protect kawan perempuan berbanding lelaki. Then pada tahun 2008 aku ada kenal dengan sorang lelaki ni. Dia muda 2 tahun dari aku. Tapi dia matured. Sekeras2 hati aku, dia boleh buat aku sayang kat dia. Start dari tahun tu, kami bercinta. Masa tu aku just kerja kat kantin sekolah menengah and dia kerja kat kedai makan sambil tunggu offer masuk U. Dalam bape bulan bersms, kami pun buat keputusan nak berjumpa. Aku dari terengganu turun kuantan and dia dari temerloh turun ke kuantan. Aku turun berdua dengan best friend aku. Bayangkanlah, excited nak berjumpa aku dengan aku menganga tunggu dia ada dalam 3-4jam kat terminal darul makmur tu. Then after meet up, he like me and i like him too. Then dia dapat offer masuk poli melaka aku pun turut kerja kat melaka sebab nak dekat dengan dia. Masa tu, aku tolong dia buat loan beli motor sebab kesian kat dia duduk rumah sewa jauh dengan poli. then, dia dah habis belajar dia dapat keje kat kilang buat lantai kat mentakab. Aku plak tukar keje ke shah alam sebab nak selalu jumpa dengan dia. Then tahun 2010, aku buat keputusan nak ambik dip. Dia tak bagi. Dia kata dia mampu sara hidup aku dengan dia if kami berkahwin. Tapi aku degil. Still nak further study. Then aku masuk ipts. Even dia tak bagi aku amik dip, dia la yang teman aku reg masuk kolej. Dia yang hantar aku masuk hostel sebab mak ayah tak dapat nak hantar aku. Tapi, masa aku sem 4, hubungan aku dengan dia mula keruh. Bila aku mengadu tension belajar, aku kena marah balik sebab aku yang nak sambung belajar. Bila aku tension, aku nangis sorang2. Start dari tu kami jarang bersms. Aku bz kan diri dengan kawan2 and aktiviti kolej. Then aku mintak break sebab aku tak tahan dengan layanan acuh tak acuh dia. Tapi dia cari aku balik. Kami kapel balik, setiap hari aku berdoa semoga dia dimurahkan rezeki dapat kerja yang lebih baik (masa tu dia keje kilang lagi) then pada tahun 2013 dia dapat kerja TNB. Dia pesan dengan aku. Jangan bagitahu mak ayah aku yang dia dapat kerja tnb. Takot kena paksa nikah awal sebab dia tak ada duit lagi. Aku pon diam je la. Tak bagitau. Then after 1 years dia keje tnb, aku tanya bila nak merisik. Dia cakap tunggu dia dapat exec, nak kewangan stabil. Time tu hati ni pedih tak payah cakap la. Kemain lamanya dia nak mintak aku. Aku tak mintak 10k, 5k. Berapa dia mampu, aku terima je. And masa tu, adik aku yang no 2 dah nikah (langkah bendul). Tapi, putus pulak kali kedua sebab kes yang sama. Jarang contact. Aku send whatsapp tak dibalas. Katanya dia tak ada komitmen nak mesej dengan orang. After break dengan dia kali kedua, aku try lupakan dia dengan move on dengan orang lain. Tapi, tak lama. Dia datang cari aku balik. Kali ketiga kapel balik paling aku makan hati. Text aku bila dia outstation kat terengganu je. Aku tak mintak text 24hours tapi aku ni ada bf tapi kacam tak ada. Aku susah ke, aku tension kerja ke, aku nangis sorang2. Kawan2 pulak sorang2 nikah. Memang aku sunyi gila. Paling aku tak boleh terima bila aku tanya hubungan aku dengan dia ni bila nak ke next stage dia jawab entah. Siap suruh aku accept je sesiapa yang datang merisik aku. Eh? Kebangangan apekah ini? Aku tunggu kau bukan setahun dua bhai. From 2008 until 2015. Kalau nikah dah beranak 5 kot. Time tu aku sakit hati rasa macam nak mati. Aku break dengan dia and aku cakap jangan cari aku lagi. Aku nak nikah dengan orang lain dah. Then dia cakap ok. Ok je. Serius buat aku terdiam. Menangis tak henti. Ini orang yang aku cinta and sayang selama ni? Aku try move on and aku tutup terus pintu hati aku ni untuk orang lain. Hati aku sakit sangat. Aku letih dah nak bercinta. 2 bulan after break, dia ada cari aku tapi aku keraskan hati tak nak layan. On my birthday dia wish birthday aku kat status whatsapp dia. Aku masih tak dapat nak lupakan dia. Then, aku cuba nak berbaik dengan dia. On 17.3.2016, aku ke temerloh dari ganu drive sorang2 semata nak jumpa dia. Dia layan aku macam dulu. Aku ingat, aku dengan dia ada harapan lagi. Tapi aku salah. Awal bulan 4 baru ni, dia whatsapp aku. Katanya aku dah terlambat. Dia dah nak nikah tahun ni. 3hari aku meraung macam orang gila. Dia kenal dengan perempuan tu bulan 11 tahun lepas and tahun ni bulan 7 ni nak nikah dah. Wah! Aku yang tunggu bertahun2 tak dapat, orang lain senang2 boleh dapat dia. Time tu, serius rasa macam nak mati. Aku macam orang gila. 50% percaya 50% kata semua tu tipu. Aku tanya dia. Aku ni macam mana. Aku memang tak boleh lupakan dia. Then dia cakap kalau macam tu jadi bini no 2 dia. 3 tahun lagi dia merisik aku. Sekarang, aku still whatsapp dengan dia, next week siap nak g dating. Aku pon tak paham dengan situasi aku sekarang. Dia dah nak bernikah tapi dia still layan aku baik2. Sekarang, aku dah jadi watak jahat. Bakal isteri dia kalau nak banding dengan aku, lawa aku lagi. Aku berazam nak jadi lawa lagi untuk 3 tahun yang akan datang. Bila aku jadi bini no 2, siap kau. Sekarang ni, aku nak tanya. Aku ni setia nak mati ke bebal abadi?
– Gemuk Kecik
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Xpe sis. Berjuang untuk kekasih yg sis idamkan. Tpi kalau kata2 lelaki tu cuma manis di bibir , bgus move on je lh sis….