Si Angkuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya betul2 buntu dan hilang arah kerana sudah tiada support lagi. Kata kaunselor, saya perlukan support namun saya memang tiada semua itu. Di tempat kerja atau rumah, saya seorang sahaja.

Hati saya rasa sangat berat dan dihantui kata-kata angkuh saya pada masa lalu…..

Saya betul betul rasa malu.

Dahulu, saya punya ramai kawan. Semua yang berkawan dengan saya memuji saya baik. Kata mereka, saya ini seorang yang sabar dan banyak mengalah. Mereka mengakui kebaikan saya.

Pada mulanya, saya masih rendah diri apabila dipuji begitu dan sambil-sambil tu, saya akan ingatkan diri saya bahawa saya nampak baik kerana Allah menutup aib saya.

Lama-kelamaan sifat Iblis mula menguasai diri saya, saban hari saya semakin angkuh. Saya mula persoal diri, aib apa yg Allah tutup? Saya memang baik. Saya jaga solat, jaga ikhtilat, dan jaga pandangan.

Solat lima waktu sentiasa saya kerjakan di awal waktu. Saya juga rajin mengerjakan solat sunat seperti sunat Dhuha dan sunat Qalbiah.

Kemudian, apabila ada kawan2 saya yang ber-couple dan menonton drama/filem yang menunjukkan aksi mesra, saya pasti judge mereka di dalam hati seperti ini,

“Astaghfirullah, tak takut dosa ke? Terang-terang perbuatan itu salah. Patutlah hidup macam tu. Patutlah result exam macam tu. Patutlah….”

Ya, saya judge mereka seolah-olah saya tuhan. Berdosanya saya.

Waktu terus berlalu sehinggalah saya tamat belajar.

Ya, waktu ini saya diuji dengan hebat sekali. Saya lambat mendapat pekerjaan walaupun result exam saya bagus, kemudian saya mendapat pekerjaan tetapi culture di tempat kerja tersebut menormalisasikan orang yang tidak solat. Bersentuhan dengan berlainan jantina itu juga normal.

Saya difitnah di tempat kerja kerana saya seorang sahaja yang janggal dalam circle tersebut. Semuanya hanya kerana saya solat dan tidak mahu mendengar apa-apa umpatan.

Seterusnya, saya diuji dengan bergaduh dengan family dan family semakin berantakan.saya tiada kawan2 kerana kawan2 punya hidup masing2. Semua support saya hilang. Saya mula hilang arah

Saya mula persoalkan tuhan, “apa lagi yang kurang? Saya taat dan patuh padaMu?”

Derhakanya saya pada tuhan…

Saya mula rebel. Solat sunat saya tinggalkan. Solat wajib saya lewat-lewatkan. Saya rebel kerana saya lihat sendiri orang yang tidak solat pun boleh berjaya. Saya pun menonton filem/drama yang mempunyai aksi mesra.

Saya fikir kenapa saya tak boleh tonton, orang lain juga tonton dan ianya ada di platform berbayar yang sah. (N,V,D+ dan lain lain).

Oleh kerana sudah kehilangan support, saya mula bercouple. Saya fikir tak salah untuk couple kerana saya sudah dewasa dan punya niat untuk berkahwin.

Suatu hari, saya kehilangan pekerjaan saya. Hidup saya dalam kesempitan. Saya sudah tiada tempat untuk bergantung lagi. Terpaksalah saya pulang ke rumah family lagi.

Saya pulang…saya enggan berbuat apa-apa. Saya hanya mahu tidur. Hati jiwa raga saya kosong.

Pada malam Nisfu Syaaban, saya terdengar ceramah di sosial media berkenaan malam pengampunan dan takdir yang boleh diubah.

Entah kenapa ceramah tersebut berjaya menyentuh hati saya yg sudah gelap hitam dan keras ini.

Saya mula sedar tujuan saya solat selama ini. Saya solat kerana saya HAMBA ALLAH dan saya diuji kerana hidup di dunia ini adalah LADANG UJIAN.

Tersentak hati saya, rupa-rupanya saya tidak pernah baik. Tak, saya langsung tak pernah baik. Sifat yang ada pada saya semuanya mazmumah. Sifat ahli neraka.

Terus saya terimbau semua judgemental saya pada masa lalu. Ya Allah malunya saya. Sudah terduduk tertiarap begini baru saya sedar. Sungguh Allah itu Maha Baik. Allah beri saya peluang untuk bertaubat.

Saya mula menekuni ilmu agama semula. Saya belajar manusia itu solat kerana manusia itu hamba. Hubungan hamba dan pencipta bukan transactional (buat baik terus dapat ganjaran). Bukan begitu aturannya.

Saya belajar, suruhan Allah itu wajib taat dan bagaimana Allah mahu membalasnya, itu rahsia Allah. Saya terus diuji kerana saya hidup di dunia yang merupakan ladang ujian. Di akhirat barulah tempat bersenang-lenang.

Saya mulai ada kefahaman itu. Barulah saya belajar untuk solat betul betul kerana Allah. Namun, saya masih rasa malu untuk sikap judgmental saya pada masa lalu. Saya harap kawan2 saya boleh maafkan saya.

– Calico (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *